Kita sedia maklum terdapat dua bahagian Umno yang berkecuali setakat ini iaitu Bahagian Pekan (yang diwakili Dato' Seri Najib) dan Bahagian Kepala Batas (yang diwakili Dato' Seri Abdullah) telah dikecualikan daripada mencalonkan mana-mana pemimpin yang merebut jawatan tertinggi parti khususnya bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden sebagai mengelak konflik atau sangkaan menyebelahi mana-mana calon yang bertanding bagi jawatan-jawatan tertinggi berkenaan.
Saya tidak bersetuju dengan hal sedemikian sebaliknya saya bersetuju dengan pendapat yang disuarakan oleh Ketua Umno Bahagian Cheras, YB Senator Datuk Syed Ali Alhabshee yang tidak berpuashati apabila menyatakan pengecualian itu menyebabkan hak ahli-ahli yang terkandung di dalam perlembagaan parti telah dinafikan.
Kehilangan dua pencalonan daripada dua bahagian tersebut telah mengurangkan kuota pencalonan bagi mana-mana calon yang bertanding merebut jawatan-jawatan tertinggi parti. Ia juga sepertimana undi dalam pilihanraya umum. Setiap satu undi itu amatlah bermakna dan berharga sekali kerana ia boleh membawa sebarang kemungkinan jika benar-benar mahu dinilai. Tidak seharusnya perkara ini diabaikan daripada diambilkira.
Apakah kerana kedua-dua bahagian Umno itu mewakili bahagian Timbalan Perdana Menteri dan Perdana Menteri maka ianya berhak dikecualikan? Jika mahu dinilai di sudut sebegitu saya fikir terdapat banyak lagi bahagian-bahagian lain yang mewakili calon yang bertanding juga wajar dikecualikan daripada membuat pencalonan supaya tidak nampak konflik atau meyebelahi mana-mana calon yang bertanding bagi mengelakkan persepsi berpuak-puak di dalam Umno.
Sebagai satu contoh mudah saya berikan di sini apabila Bahagian Sembrong yang diwakili oleh Dato' Seri Hishammuddin telah mencalonkan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno maka sekaligus difahami ramai apatah lagi Datuk Mukhriz sendiri bahawa Dato' Seri Hishammuddin tidak menyokong beliau sebaliknya menyokong menantu Pak Lah. Bukankah ini juga sebagai satu konflik yang dapat dilihat dan dinilai?
Pada hakikatnya masih banyak kelemahan yang wujud di dalam pengurusan Umno di peringkat tertinggi jika hanya membuat penilaian secetek ini. Keadilan dan ketelusan di dalam pentadbiran Umno masih lagi dilihat berada pada tahap kecelaruan yang masih tidak diperbaiki dan dikemaskini dengan mantap.
Andaikata mahu dikecualikan mana-mana bahagian maka haruslah diambilkira secara purata bagi semua bahagian-bahagian yang membabitkan calon-calon yang bertanding apa-apa sahaja jawatan tertinggi di dalam pemilihan Umno. Seandainya difikirkan tidak adil untuk dikecualikan lain-lain bahagian yang mungkin akan membabitkan banyak bahagian-bahagian yang terpaksa dikecualikan maka tidak perlulah ada pengecualian untuk mana-mana bahagian. Hak ahli-ahli parti adalah wajar diberikan keutamaan sebagai membuktikan Umno sebuah parti yang mengamalkan demokrasi.
Sebab itulah para pemimpin tertinggi parti harus lebih bijaksana membuat apa jua keputusan tanpa menyinggung perasaan mana-mana ahli parti dan bukan satu keputusan atas pertimbangan peribadi yang boleh dinilai sebagai satu keputusan pandai-pandai sendiri atau syok sendiri semata-mata.
Umno adalah hakmilik seluruh ahli-ahli parti dan tidak hanya dimiliki oleh Dato' Seri Abdullah, Dato' Seri Najib dan juga Dato' Seri Tengku Adnan sahaja. Umno adalah sebuah parti tunggak sebagai wadah perjuangan orang-orang Melayu yang menjadi tulang belakang pentadbiran kerajaan seharusnya menunjukkan satu contoh dan teladan yang baik, telus dan adil kepada semua.