Berita RTM jam 4:00PM tadi (8 November 2008) memaparkan ulasan ringkas Dato' Seri Najib berkenaan politik wang di dalam proses pencalonan pemilihan Majlis Tertinggi Umno yang sedang hangat di kemuncak pada ketika ini.
Kata beliau, jika ramai berpendapat politik wang kini berleluasa di dalam pencalonan maka sesiapa jua yang membuat laporan polis untuk diserahkan kepada BPR supaya menyiasat hendaklah terlebih dahulu mengenalpasti bukti-bukti yang kukuh agar dapat dimaklumkan kepada BPR bagi memudahkan siasatan dibuat dengan lebih terperinci. Apakah beliau mengulas dengan keyakinan atau dengan perasaan yang cuak?
Tambah beliau lagi sesiapa pun boleh mengatakan bahawa politik wang itu berlaku dan boleh membuat laporan polis tetapi sejauh manakah kebenarannya jika tanpa bukti? Daripada percakapan dan ulasan beliau itu kelihatan beliau cuba meyakinkan kepada umum tentang pencalonan dirinya yang telah diisytiharkan menang tanpa bertanding itu sebagai satu proses pencalonan yang benar-benar bersih daripada politik wang.
Kenapa agaknya beliau begitu yakin pencalonan dirinya tidak membabitkan politik wang? Apa hebatnya Dato' Seri Najib jika dibandingkan dengan Tun Dr Mahathir sedangkan YBM Tengku Razaleigh berjaya melepasi kuota pencalonan untuk menentang Tun pada suatu ketika dahulu? Di sinilah timbulnya persoalan dan kecurigaan.
Tak mengapalah jika Dato' Seri Najib yakin diri beliau memang bersih daripada politik wang dalam proses pencalonannya. Suka atau tak suka kita telah mendengar persepsi daripada mulut beliau dan apa yang disarankan oleh beliau itu agar mengemukakan bukti haruslah dipatuhi sebagai satu proses pendakwaan mengikut prosedur biasa undang-undang.
Memanglah setiap dakwaan adalah wajar dikemukakan dengan bukti yang konkrit. Jangan sampai terjadi tuduhan serta fitnah sepertimana Tun Dr Mahathir didakwa dengan pelbagai kes dan kesalahan tetapi akhirnya tutup kes malahan terus diam dan sepi kerana tiada bukti yang kukuh. Bercakap semua orang boleh bercakap, selagi tak terkena batang hidung selagi itu tidak terlentang.
Dalam isu kemenangan Dato' Seri Najib yang telah disahkan menang tanpa bertanding, saya percaya tetap ada berlakunya politik wang sogok-menyogok samada secara terus daripada calon atau kemungkinan melalui konco-konco yang telah diperhambakan. Memandangkan saya tiada mempunyai bukti yang kukuh maka tidak wajarlah untuk saya tampil membuat laporan polis tetapi masih mempunyai cadangan agar korupsi politik wang ini mampu dibuktikan dengan kerjasama banyak pihak.
Jika ahli-ahli Umno di seluruh cawangan dan bahagian yang telah bersidang dan akan bersidang ada menerima sogokan, apa kata anda-anda semua tampil secara berani, jujur dan bertanggungjawab untuk membuat laporan polis dan menjadi bahan bukti tanpa mengira ianya sogokan untuk apa-apa jawatan tertinggi parti sekali pun. Hanya dengan cara ini sahaja kita dapat membanteras politik wang daripada terus membarah di dalam Umno yang mana akan hanya merugikan semua pihak termasuklah generasi akan datang.
Pada persepsi saya, jika wujud satu bukti yang nyata disertakan dengan 3 saksi pun sudah memadai untuk membuktikan dakwaan tentang laporan politik wang yang heboh diperkatakan. Apakah mungkin pihak-pihak yang telah menyogok anda mampu menutup mulut anda yang telah disogoknya?
Sekiranya anda ada menerima sogokan dan merasa bertanggungjawab terhadap perjuangan parti dan masa depan Umno maka menjadi satu kewajaran untuk anda tampil ke hadapan tanpa ragu-ragu demi membuktikan salahlaku para pemimpin yang tidak bertanggungjawab terhadap agama, bangsa dan negara. Bertindaklah atas dasar BERANI KERANA BENAR.