Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Malam tadi (Ahad, 2 November 2008), Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang memperolehi pencalonan ke-134 telah diisytiharkan sebagai calon yang menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden Umno yang baru untuk persidangan parti pada Mac 2009 akan datang. Pengesahan berita itu tidak sedikit pun mengejutkan sesiapa malahan telah diduga sejak dari awal lagi. Kini beliau mampu tersenyum lebih lebar daripada biasa.



Apa pun sebagai rakyat saya tetap merakamkan sekalung tahniah kepada beliau di atas kemenangan itu walau pun saya agak kurang gembira dengan situasi tersebut kerana apa yang diharapkan ialah majoriti suara-suara kerdil di akar umbi ingin melihat agar jawatan utama itu mampu diberikan persaingan oleh pencabarnya, YBM Tengku Razaleigh Hamzah pada hari persidangan nanti tetapi malangnya sebagai pencabar beliau hanya mampu memperolehi pencalonan sulung daripada bahagiannya sendiri sahaja iaitu Umno Bahagian Gua Musang sehari sebelumnya.

Jika sudah begitu kehendak semua bahagian-bahagian Umno dan para perwakilan maka apa lagi nak dikatakan? Cuma harapan kita agar apa yang telah diputuskan itu biarlah sesuatu yang jujur dan telus tanpa berunsurkan politik wang sebagaimana yang heboh dan meluas dilaporkan sehingga Tun Dr Mahathir sendiri turut mengesahkan perkara ini sememangnya berleluasa di ketika ini.

Bukanlah berniat tidak baik untuk mencanggahi keputusan yang telah diputuskan tersebut tetapi sekadar ingin mengemukakan satu dua persoalan secara jujur dan ikhlas bagi mendapat maklumbalas daripada pihak-pihak berwajib termasuklah pengakuan ikhlas daripada pemenang jawatan itu sendiri. Sebagai jalan menghakis kecurigaan rakyat khususnya ahli-ahli Umno di akar umbi, adalah baik jika sekiranya BPR sedia menjalankan siasatan terperinci terhadap proses pencalonan jawatan Presiden Umno itu secara telus, cekap, bersih dan amanah.

Ini memandangkan sebelumnya Dato' Seri Najib dan Dato' Seri Abdullah telah diberitakan merasuah ramai ahli-ahli parti sebagaimana laporan yang pernah dibuat oleh Kapten (B) Dato' Zahar Hashim selaku Ketua Umno Bahagian Petaling Jaya Selatan pada 11 Julai 2008 yang lalu. Sila rujuk laporan di sini.

Keduanya, sebagai seorang pemimpin beragama Islam maka Dato' Seri Najib wajar membuat satu pengakuan ikhlas secara terbuka berlandaskan tuntutan ajaran Islam sebagai agama suci sepertimana tertulis di dalam sebuah puisi ilham Y.Bhg. Mufti Perlis, SS Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang saya petik daripada laman web beliau www.drmaza.com dan dimuatkan di bawah ini yang bertajuk "Yang Benar Tetap Benar".


KLIK PADA GRAFIK UNTUK MEMBACA DENGAN LEBIH JELAS


Andai ini mampu dilakukan maka secara langsung akan dapat membantu menjernihkan kecurigaan serta kesangsian rakyat dan ahli-ahli Umno di akar umbi terhadap Dato' Seri Najib demi kebaikan bersama di samping mampu memupuk kembali perpaduan parti sebagaimana yang diharapkan.


0 Responses