Kemaskini terbaru pada jam 12:59 PM - Isnin, 3 November 2008.
Saya ingin mengucapkan terima kasih dan penghargaan kepada portal berita alternatif SabahDaily.Com dan juga kepada saudara Che Wan seorang ahli MyKMU.Net sebagai panelis senior kerana telah sudi mengambil artikel penulisan saya untuk disebarkan kepada lebih ramai pelayar-pelayar internet khususnya rakyat pembaca isu-isu politik tanahair.
Lewat malam tadi 2 November 2008 saya baru perasan adanya artikel penulisan saya telah dipetik untuk dimuatkan di laman portal SabahDaily.Com yang bertajuk "Ibarat Bertelur Sebiji Riuh Sekampung".
Satu lagi artikel penulisan dari blog Pemuda Pelapis sebelumnya yang turut dimuatkan di laman portal SabahDaily.Com bertajuk "Minyak Naik Mendadak Turun Berperingkat".
Sementara itu saudara Che Wan sebelum ini pada 1 November 2008 telah turut memetik satu artikel lain untuk dimuatkan di ruangan forum MyKMU.Net yang bertajuk "Pak Lah -vs- Dr Mahathir - Dari Sudut Punca & Fakta".
Syabas! saya ucapkan kepada mereka yang telah mula bersedia mahu menerima idea serta pandangan kerdil dari penulisan saya sebagai insan pena bernama Pemuda Pelapis untuk dikongsikan kepada lebih ramai lagi pelayar internet dan pembaca ruangan isu-isu politik di luar sana. Semoga kerjasama tolong-menolong menyampaikan maklumat kepada semua seperti ini dapat terus dipupuk oleh semua pihak bagi membuka kesedaran minda akan hal-hal realiti dan hakikat yang sebenarnya.
Apa yang penting ialah sesuatu penulisan kita itu biarlah berlandaskan kepada fakta sebenar yang boleh diterima akal pembaca semua untuk dinilai secara lebih rasional dan bukan secara emosional. Biar pun ada atau akan adanya pihak-pihak yang bersikap negatif untuk menyangkal pandangan kita itu namun semua itu adalah lumrah manusia yang sukar mahu menerima nasihat dan teguran. Inilah hal-hal yang sewajarnya diperbaiki khususnya di pihak kerajaan.
Bagi diri saya, sesiapa jua berhak untuk menyangkal cuma biarlah ianya disangkal-balas secara profesional berlandaskan hujah-hujah yang juga berfakta. Perbincangan tentang isu-isu politik semasa tanahair tidak bermakna kita harus menjuruskan kepada situasi ketegangan atau membawa kepada perbalahan antara satu sama lain.
Sebaliknya dengan mengemukakan segala pandangan, teguran atau nasihat itu adalah bertujuan agar seluruh rakyat dan para pemimpin dapat membuka minda untuk berfikir secara lebih waras dan lebih bijaksana tanpa mengikut emosi di dalam memperbetulkan sebarang kelemahan ke arah mengemaskini pentadbiran kerajaan demi untuk rakyat dan negara supaya semua pihak memperolehi manfaatnya.
Sekian, salam perjuangan!

Siapa kata penulisan Tuan adalah penulisan kerdil? Memang dia buta. Saya telah lama mengikuti blog Pemuda-Pelapis dan saya akui tulisan Tuan memang baerlandaskan fakta dan straight forward.
ps: den bukan pecacai.
Salam saudara Harimau-Menaip,
Saya tak kata saudara yang kata malahan saya berterima kasih di atas sokongan saudara dan teman-teman golongan muda selama ini.
Mereka-mereka yang tidak mahu memberi perhatian dan pertimbangan terhadap penulisan-penulisan kerdil seperti kita semua sebenarnya mereka lupa diri dan begitu angkuh. Mereka lupa akan pepatah "kecil-kecil cili padi" atau "kecil-kecil cili api"...
Mereka yang bergelar pemimpin sebenarnya "mudah lupa" peristiwa terbaru PRU12 telah membuktikan betapa berpengaruhnya blogawan-blogawan di dalam mengubah keputusan pilihanraya umum yang lalu.
Apakah mereka telah bersedia untuk melaluinya sekali lagi atau lebih teruk lagi pada PRU13 akan datang daripada apa yang telah berlaku? Tepuk dada tanya selera mereka. Benar rakyat tak berkuasa sekarang tetapi kuasa rakyat tetap akan sampai jua nanti pada harinya. Jika mereka terus bersikap "hidung tinggi" maka terimalah padahnya apabila sampai waktunya nanti.
Hanya tunggu dan lihat sejauh mana para pemimpin cuba mempermainkan rakyat bawahan seperti kita. Bila tiba masanya rakyat pula akan mempermainkan mereka semua. Banyak-banyak bersabar hingga ke harinya nanti. Kalau baik perubahannya maka baik jugalah sokongan rakyat nanti tapi jika di sebaliknya maka terimalah akan padahnya nanti.
Hukum alam memang sudah termaktub, layanan baik maka dibalas baik, layanan buruk maka terimalah balasan buruk. Jika hari ini pemimpin keras kepala, tiba hari mengundi PRU nanti rakyat pula membalas dengan keras kepala. Formulanya hanyalah semudah A, B, C... Kalau itu pun mereka tak mahu faham, entahlah, tak tahu lagi apa nak dicakapkan.