Di dalam kes yang membabitkan tahanan ISA yang baru dibebaskan oleh mahkamah, Raja Petra Kamaruddin, sebelumnya Dato' Seri Syed Hamid Albar selaku Menteri Dalam Negeri berkata, hak dan kebebasan mahkamah tidak harus dipertikaikan oleh sesiapa tetapi hari ini nampaknya beliau sendiri yang cuba mempertikaikan keputusan mahkamah.
Seperti laporan Buletin Utama TV3 yang disiarkan sebentar tadi (8 November 2008), Dato' Seri Syed Hamid Albar dengan jelasnya telah melahirkan rasa ketidakpuasan hati dan kecewa terhadap keputusan mahkamah yang telah membebaskan Raja Petra Kamaruddin daripada terus ditahan di bawah peruntukan ISA. Dengan nada beliau yang kecewa tentang keputusan mahkamah itu kita dapat menilai bahawa beliau cuba mempersoalkan badan kehakiman yang telah membuat keputusan.
Dalam situasi ini bukan pihak lain yang mencanggahi kenyataan beliau sebelum ini tetapi beliau sendiri yang telah mencanggahinya. Apakah jenis pemimpin yang sewajarnya kita kategorikan beliau ini? Di manakah pendirian beliau sebagai seorang pemimpin veteran Umno yang masih memegang jawatan penting sebagai Menteri Dalam Negeri di dalam kabinet kerajaan? Semalam cerita lain, hari ini lain dan tidak mustahil esok lain pula ceritanya.
Seandainya kesilapan ini dilakukan oleh golongan pemimpin muda yang baru bertatih mencari pengalaman tidaklah menjadi satu isu kepada saya tetapi ianya dilakukan oleh seorang pemimpin lama yang begitu luas pengalaman di dalam parti dan kerajaan. Apakah ini sesuatu yang boleh kita anggap sebagai perkara biasa? Siapakah yang tidak menghormati keputusan mahkamah? Rakyat atau pemimpin?
Apabila rakyat memprotes keputusan mahkamah, beliau menuding jari kepada rakyat kononnya rakyat tidak menghormati kebebasan mahkamah dan undang-undang negara. Apatah lagi jika sekiranya pihak parti lawan yang memprotes. Tapi bagaimana pula kedudukannya apabila pihak wakil kerajaan sendiri yang membantah keputusan mahkamah dengan melahirkan perasaan tidak berpuashati?
Politik dan undang-undang Malaysia penuh dengan kekeliruan dan kecelaruan. Yang mengelirukan dan mencelarukan rakyat bukanlah orang lain tetapi para pemimpin kerajaan sendiri. Jika kerajaan tidak berpuashati ia tidak akan menjadi satu kesalahan tetapi jika rakyat atau pembangkang yang melahirkan rasa tidak puashati maka ianya satu kesalahan kerana tidak menghormati kebebasan mahkamah serta kebebasan undang-undang.
Samada ia dilakukan secara sedar atau pun separa sedar (nyanyok), pemimpin seperti Dato' Seri Syed Hamid Albar sudah wajar berundur diri daripada memegang jawatan penting sebagai Menteri Dalam Negeri kerana kita khuatir individu yang tidak berpendirian seperti beliau ini tidak mustahil bakal memberikan satu arahan yang boleh membahayakan ketenteraman awam dengan menyalahgunakan peruntukan kuasa portfolio yang di pegang beliau.

saya link blog saudara, salam berani berubah!
Terima kasih saudara Azli. Salam perjuangan! Tegakkan HAK dan KEBENARAN!