Isu semasa ialah berkenaan harga minyak (petrol dan diesel) yang turun lagi. Sebagai rakyat tentulah hal sedemikian disambut baik cuma kita merasa sedikit hairan bilamana harganya boleh naik melambung secara mendadak pada kadar yang amat luarbiasa tetapi turun pada kadar yang tipis secara berperingkat-peringkat. Kita semua faham kenaikannya dahulu berasaskan pasaran harga minyak dunia.
Di sini saya ingin bersuara memberi satu kesedaran minda buat seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira apa sahaja agama dan bangsa asalkan bernama warganegara. Saya tetap bersyukur dengan perkembangan positif ini tetapi masih mahu mengingatkan para pemimpin supaya janganlah terus-menerus memperbodoh-bodohkan rakyat kerana rakyat semua tidak buta mata, tidak buta hati dan tidak buta minda. Cukup-cukuplah bermain "silap mata" atau mendendangkan "tarian gamelan" atau juga bermain "wayang kulit" yang masih mampu dihidu rakyat.
Pada dasarnya harga minyak boleh diturunkan serentak tanpa perlu dilakukan berperingkat-peringkat sepertimana pengumuman demi pengumuman sudah tiga empat kali sejak akhir-akhir ini, hanya menyusahkan para pengusaha stesen minyak untuk mengubahlaras harga pada pam-pam minyak di stesen mereka. Kerajaan tidak perlu cuba menunjukkan ehsan atau sikap baik hati kononnya telus dan bertanggungjawab terhadap rakyat walhal di sebaliknya cuba mahu mengambil kembali hati rakyat setelah dirobek sebegitu hebat sebelumnya. Bukan sengaja hendak mempertikaikan usaha baik kerajaan tetapi menyampah dengan sikap para pemimpin yang lebih bermuka-muka.
Terus-terang saya katakan situasi yang berlaku tentang penurunan harga minyak ini untuk beberapa kali kebelakangan ini hanyalah satu pengumuman bagi mendapatkan publisiti murahan di media-media massa dengan harapan supaya rakyat kembali berterima kasih kepada kerajaan yang kononnya prihatin menjaga kepentingan rakyat. Jika dahulu semasa harga minyak naik melambung secara mendadak, Pak Lah mengatakan beliau membuat satu pengumuman yang tidak popular. Apakah pengumuman penurunan harga minyak sebanyak tiga empat kali ini diibarat pula sebagai satu pengumuman untuk mencari populariti? Tidakkah ini boleh dianggap sebagai satu persoalan?
Apakah juga ianya satu kebetulan dalam kehangatan pencalonan pemilihan Umno sekarang ini? Sejak saya remaja sehingga kini sudah terlalu dewasa, situasi kebetulan terlalu banyak dan kerap berlaku untuk dihidangkan kepada rakyat. Contohnya bila hampir pilihanraya umum atau pilihanraya kecil maka akan adalah sedikit usaha membawa apa-apa sahaja kemajuan seperti menurap tar pada jalan-jalan kampung, membina dewan serbaguna, menghulurkan bantuan kewangan kepada fakir miskin, meluluskan projek itu dan pembiayaan ini, penambahbaikan sistem itu dan ini dan sebagainya. Apakah kerajaan fikir rakyat tidak nampak semua permainan tersebut?
Jika saudara dan saudari tidak percaya, tunggulah dalam sedikit masa lagi pasti harga minyak akan turun lagi sedikit demi sedikit walhal ianya telah dirancang dengan begitu teliti oleh penguasa-penguasa yang cukup hebat bersandiwara dengan rakyat. Apalah salahnya jika terus diturunkan ke tahap paling maksima atau menyamai harga asal sebelum kenaikan dahulu? Kenapa perlu ada peringkat demi peringkat dalam masa yang terdekat? Rakyat muak dan terlalu bosan dengan permainan politik kotor kerajaan yang hanya dilihat sebagai tidak bertanggungjawab.
Jika layak diturunkan sehingga ke tahap maksima, turunkan sahaja sekaligus tanpa perlu mengambil masa berperingkat-peringkat. Kalau naik boleh sekaligus mendadak kenapa nak diturunkan tidak boleh sedangkan ianya sudah wajar untuk diturunkan? Hentikanlah politik lapok yang sudah jauh ketinggalan zaman jika mahu menambat kembali hati rakyat. Tak sungguh tak kata, tak betul rakyat takkan mengata!

memang jemaah menteri group badawi ni jenis kaki kelentong rakyat je.
nak-nak kalau si Shahrir Uban tu lagi. Kalau bercakap berlagak mengalahkan PM tapi kalau setakat pergi potong reben Tescodan giant je baik tak payah jadi menteri.Kau ingat cina-cina tu bodoh ke nak turunkan harga barang.memangla ada yang turunkan barang tapi dalam gedung tu yang naiknya banyak mana? Shahrir memangla tak makan barangan giant dan tesco.
Sepatutnya kerajaan turunkan minyak kepada 1.92 macam asal dan kalau nak naikkan pun gunalah sistem zaman Mahathir dulu kalau nik pun 1sen,2sen bukan 30 sen dan 70 sen .Ke duit naik minyak 70 sen tu dikutip untuk menabur wang kepada perwakilan untuk merebut jawatan ketua pemuda malaysia?????
byk pihak yg mungkin bersalah
kita dapat lihat dalam bulan pertama kenaikan minyak kerajaan dikecam hebat. Kita dapat lihat byk keputusan yg dibuat secara terburu-buru demi menjaga kebajikan rakyat antaranya pada awalnya kenderaan asing tidak dibenarkan membeli minyak di kwsan sempadan, rebat tunai dan bermcam-macam lagi..
rakyat mengecam kerajaan tetapi mereka lupa RM 625 dan RM 150 yg diberikan oleh kerajaan kepada mereka, dan disebakan itu jga kita tidak dapat menerima penurunan yg banyak kerana jumlah yg dikeluarkan bagi rebat ini bukanya sedikit..
kita patut bersyukur dengan kejatuhan ekonomi AS, disebabkan kedaaan ini kita dapat menikmati penurunan harga minyak, dan negara kita seharusnya membuka lebih byk kerjsama perdangan dgn negara-negara islam tertumanya dikalangan negara arab.
jgn kita lupa OPAC sudah bersetuju utk mengurangkan pengeluaran minyak bagi mengawal kejatuhan harga minyak dipasaran global.
masalah betul dengan pak lah ini.