Sebelumnya tajuk yang sama ini telah saya paparkan dengan video ceramah Y.Bhg. Mufti Perlis, SS Dato' Dr Mohd Asri Zainul Abidin tetapi untuk versi ke-2 ini saya ingin mengulas sendiri.
Sejak artikel terakhir saya melaporkan kebiadaban kaum kafir laknatullah yang tidak tahu mengenang budi setelah diterima kerakyatannya di Tanah Melayu, kini saya ingin menyentuh sedikit perihal Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang banyak terkandung dengan situasi kekeliruan.
Dalam tempoh seminggu saya tidak membuat sebarang posting tajuk baru, saya banyak membaca dan meneliti blog rakan-rakan blogawan lain. Di antara blog yang menarik perhatian saya ialah blog saudara Roslan SMS Corner yang membincangkan tentang industri arak yang mendapat tentangan hebat daripada rakyat di sebuah negara yang agama rasminya adalah agama Buddha iaitu Thailand.
Sebenarnya arak, judi, zina dan sebagainya yang haram adalah tetap menjadi hukum haram dan ditegah oleh mana-mana agama pun di dunia ini. Tiada agama yang menggalakkan perbuatan sedemikian namun pencemaran budaya hidup telah dilakukan oleh penganut-penganutnya.
Kita umat Islam tidak perlu menuruti penganut-penganut agama lain yang telah mencemarkan kesucian agama mereka. Masing-masing wajar menjaga kesucian agama masing-masing kerana panduan budaya hidup telah sedia digariskan oleh kitab agama anutan masing-masing. Apa yang hendak dibincangkan di sini ialah mengenai Islam sebagai agama rasmi Malaysia memandangkan negara kita adalah salah sebuah negara Islam di dunia.
Di sini saya ingin mengucapkan syabas kepada penulis blog tersebut yang telah memaparkan satu kisah dan teladan yang baik bagaimana penganut-penganut agama Buddha di Thailand begitu menentang operasi perkilangan arak di negara mereka. Apakah kita sebuah negara Islam tidak mampu mencontohi apa yang baik yang telah ditunjukkan itu?
Jika rakyat Thailand boleh menentang hebat operasi perkilangan arak dan amalan meminum arak oleh penganut-penganut agama Buddha kenapa Malaysia sebagai sebuah negara Islam yang majoriti rakyatnya beragama Islam tidak boleh mengharamkan terus operasi perkilangan arak di Malaysia? Apakah kerana para pemimpin Islam kita sendiri turut terdiri daripada penagih-penagih arak tegar?
Selain daripada itu, bukankah hasil cukai daripada operasi tersebut turut menjadi satu sumber yang haram jika diagihkan kepada golongan fakir miskin yang terdiri daripada umat Islam? Tidakkah perkara ini difikirkan oleh Majlis Fatwa, JAKIM dan badan-badan agama Islam yang ada di Malaysia termasuklah penasihat agama di JPM? Apakah wajar perihal ini dikecualikan daripada perhatian sedangkan pada hukum tiada sebarang pengecualian?
Kerajaan bangga mengatakan Malaysia sebuah negara Islam di dunia sedangkan ertikata keislaman sejati masih tidak mampu difahami dengan sebenar-benarnya oleh para pemimpin dan alim-ulamak yang berada di dalam pentadbiran kerajaan dan juga pembangkang.
Kenapa para pentadbir dan pemimpin agama takut untuk menguatkuasakan undang-undang yang berkait rapat dengan hukum yang ditetapkan oleh Allah SWT tetapi boleh pula menguatkuasakan undang-undang ciptaan manusia? Begitu juga dengan para pemimpin parti pembangkang. Apakah mereka semua telah bersedia untuk menjawabnya di akhirat kelak?
Sebab itulah Raja Arab Saudi, jika tidak silap saya pernah mengutuskan surat kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa dukacitanya terhadap isu penternakan babi secara mega (untuk menjadi pengekspot utama ke negara China) yang diluluskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor yang tidak mampu dibendung oleh kerajaan pusat sedangkan kerajaan Selangor masih termaktub sebagai salah sebuah negeri yang bernaung di bawah kerajaan persekutuan Malaysia.
Rakyat hari ini melihat kerajaan dan pembangkang semuanya sama berlumba-lumba mengumpulkan hasil kekayaan untuk kegunaan kepentingan politik masing-masing walaupun terpaksa mengizinkan sumber-sumber pendapatan haram melalui pelbagai projek-projek haram di sisi agama Islam di dalam sebuah negara Islam seperti Malaysia.
Di samping itu juga sebenarnya kita terlalu memberi kebebasan ruang dan peluang (terlampau memberi muka) kepada kaum-kaum kafir di Malaysia untuk mempertingkatkan sumber ekonomi mereka secara langsung dan secara tidak langsung dan sebab itulah apabila ekonomi telah mula dikuasai oleh puak-puak mereka maka itulah bangsa Melayu dan umat Islam kini mula berani dicabar di tanahair sendiri. Maju mundur umat Islam dan bangsa Melayu adalah bergantung di atas kecekapan para pemimpin tertinggi negara yang pada dasarnya adalah pemimpin Islam. Jadi kerajaan amat wajar dipersalahkan dalam konteks ini.
Kesimpulannya Malaysia masih tidak layak untuk diiktiraf sebagai sebuah negara Islam selagi penguatkuasaan hukum Islam berlandaskan Al-Quran tidak mampu dilaksanakan oleh kerajaan pemerintah. Terlalu banyak kekeliruan jika mahu dipertikaikan oleh rakyat beragama Islam terhadap kerajaan pemerintah.
Dahulunya PAS memperjuangkan Islam untuk melaksanakan hukum-hukum Islam kononnya tetapi setelah diberi peluang memenangi beberapa negeri, kita dapat melihat betapa mereka telah hanyut dan alpa terhadap landasan perjuangan asal mereka. Terbaru kita semua ada mendengar dan menonton berita bahawa para pemimpin PAS kini sudah pandai dan leka berada di padang golf sehingga mengabaikan urusan terhadap rakyat di negeri Kedah.
Bantailah Labu, kuasa ada di tangan apa pun kamu boleh buat tapi jangan lupa pilihanraya umum ke-13 bakal tiba. Baik pemimpin kerajaan mahupun pembangkang, semuanya tidak akan terkecuali daripada hukuman rakyat bila tiba masanya nanti. Rata-rata anak-anak muda telah heboh bercakap hanya akan mengundi berdasarkan ketokohan pemimpin dan bukannya pada logo parti politik. Kita tunggu dan lihat apakah keputusan PRU13 akan datang.
Situasi ini juga turut memberi gambaran bahawa Umno bukan lagi menjadi pilihan dan minat anak-anak muda selagi penyelewengan di dalam parti masih tidak mampu dibersihkan walaupun setelah berlakunya peralihan kuasa nanti.