Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Merafak sembah salam tahniah diucapkan kepada Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di atas pelantikan dan pemasyhuran baginda sebagai DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Akhirnya empunya hak dan takhta telah kembali memayungi seluruh tanah jajahan Negeri Sembilan Darul Khusus pada usia 59 tahun setelah menanti di Seri Menanti selama lebih kurang 40 tahun dengan penuh kesetiaan dan kesabaran kerana terpaksa akur atas dasar faktor usia baginda yang terlalu muda pada ketika itu dan laluan diberikan kepada bapa saudaranya, Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, yang baru mangkat dan dimakamkan petang semalam dengan penuh adat istiadat Pepatih.

Sekali lagi tahniah dan syabas diucapkan kepada DYMM Tuanku. Juga kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Ikhlas daripada: PEMUDA PELAPIS

Pemuda Pelapis
TRIO PEROSAK PARTI UMNO & BARISAN NASIONAL

Semalam Ahad, 28 Disember 2008 seluruh umat Islam sedunia telah pun menyambut Ma'al Hijrah (1 Muharram 1430 Hijrah) sementara Tahun Masehi 2008 masih lagi ada 2 hari untuk dihabiskan sebelum kita semua melangkah masuk ke tahun baru 2009 Masehi.

Maka saya fikir eloklah saya menjawab satu persoalan penting daripada pengunjung blog Pemuda Pelapis yang diajukan kepada saya. Ada yang membuat komentar pada topik-topik artikel di sini dan ada juga beberapa kerat yang menghubungi saya melalui email.

Eloklah diselesaikan persoalan berkenaan pada saki-baki akhir tahun 2008 yang masih tinggal ini agar tahun 2009 nanti dapat dimulakan dengan segala cerita dan kehidupan baru. Perkara yang ditanya adalah:


Kenapa agaknya saya tidak menyokong Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dan siapa pula yang saya sokong?


Jawapannya bukan saya tidak menyokong secara total tetapi sudah tentulah ada sebab dan musababnya kenapa selama ini saya meletakkan Dato' Seri Najib sebagai salah seorang dalam kumpulan "Trio Perosak Parti Umno dan Barisan Nasional". Saya amat kecewa dengan pemimpin ini akibat beliau gagal menangani banyak isu-isu rakyat. Mudah cerita beliau ini BERCAKAP TAK SERUPA BIKIN dan juga TIDAK BERPENDIRIAN TETAP.


Pemimpin yang saya sokong tanpa berbelah bagi adalah seseorang yang beriman, berkeperibadian tinggi, menjaga akhlaknya dengan baik, berhemah dan merendah diri, memahami permasalahan orang bawahan dan rakyat, mempunyai idea-idea yang innovatif, mampu berkhidmat untuk rakyat, sanggup turun padang, sedia berkorban demi sebuah perjuangan yang tulus dan segala yang baik-baik serta positif ke arah pembangunan dan kemajuan negara. Penilaian saya cukuplah jika hanya memiliki 75% markah bagi layak dipertimbangkan kerana jika saya meletakkan peratusan yang lebih tinggi rasanya tiada sesiapa pun yang akan layak.

Saya percaya anda semua tahu akan keperibadian dan kredibiliti Dato' Seri Najib di segi buruk dan juga baiknya. Memang kita wajar mengambilkira apa yang baik untuk dibandingkan beliau dengan pemimpin-pemimpin lain bagi menampakkan bahawa beliaulah yang paling layak. Tapi bagaimana pula sikap tidak baik beliau selama 5 tahun kebelakangan ini sejak dijeruk dan dirojakkan di bawah kongkongan Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi? Itu belum lagi dipersoalkan tentang skandal-skandal beliau di zaman silam.

Jika saya sahaja yang mengatakan ini mungkin tidak merugikan apa-apa terhadap dunia politik Malaysia tetapi mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah turut melahirkan rasa kecewa yang serupa terhadap kredibiliti Dato' Seri Najib yang dianggap terserlah sebelumnya tetapi akhirnya malap dan pudar kerana terpaksa akur mengikut segala rentak dan telunjuk Pak Lah yang menyebabkan banyak berlakunya kebocoran di dalam pentadbiran negara dan parti sehingga mengakibatkan 5 buah jajahan baru terlepas ke tangan parti lawan.


Apakah senang untuk Umno/BN merebutnya kembali kalau tidak melibatkan sejumlah kewangan yang besar sehingga berbilion ringgit? Kita rakyat didendangkan dengan wayang kononnya kerajaan Pak Lah dan Najib mahu menghapuskan rasuah tetapi dalam masa yang sama juga kerajaan BN sedang merancang dan mengatur strategi mahu merampas semula negeri-negeri yang terlepas ke tangan pembangkang dengan rangkaan perbelanjaan yang begitu besar bagi menggerakkan jenteranya.

Tidakkah perancangan sedemikian juga wujudnya unsur-unsur rasuah? Jadi bagaimana yang dikatakan rasuah akan dapat dibanteras secara total kalau dah pucuk pimpinan sendiri yang tidak betul? Samalah maksudnya, janganlah kita hampiri zina kalau tidak mahu terjebak sebagai umat yang berzina. Apatah lagi jika kita sendiri yang merancang. Begitulah perumpamaannya.


Tidakkah kita semua fikirkan bahawa sikap acuh tidak acuh yang ditunjukkan oleh Dato' Seri Najib itu amat mengecewakan majoriti rakyat khususnya kepada sebilangan besar pendokong perjuangan parti Umno dan BN? Apakah wajar bagi beliau bertindak selaku YES MAN selama duduk di bawah telampuk kepimpinan Pak Lah selama ini?

Bukankah sikap beliau ini menampakkan satu contoh pemimpin yang mementingkan diri sendiri kerana khuatir disingkirkan oleh Pak Lah maka itu beliau terpaksa akur apa sahaja yang Pak Lah lakukan dan amat berhati-hati untuk menegur?


Tidakkah beliau sedar dan maklum terlalu banyak kepincangan yang dibawa oleh pentadbiran Pak Lah sehingga menyebabkan negara menjadi kucar-kacir dan huru-hara? Melayu berani dicabar dan Islam dicaci, dihina atas sebab sikap lembik, lembap dan masalah kronik Pak Lah ialah bersikap TAK PA sepanjang masa tetapi di mana pula Najib? Melayu sebagai peribumi dan Islam sebagai agama rasmi tananair kini dicabar dan dicaci. Apakah kita hanya sanggup membiarkan kita dihinjak dan dipijak begitu sahaja?


Angkara siapa semua ini kalau bukan kerana Abdullah bin Ahmad Badawi dan disokong buta pula oleh Mohd Najib bin Abdul Razak. Kenapa ini mesti berlaku? Butakah mata? Butakah hati? Butakah minda? Di mana akal bakal Presiden baru Umno dan bakal Perdana Menteri baru Malaysia?

Inikah orangnya? Hanya inikah satu-satunya pemimpin yang ada yang boleh menjamin perubahan dan keutuhan negara Malaysia setelah Pak Lah, anaknya dan menantunya merobek teruk pentadbiran negara sehingga kucar-kacir? Apakah orang lain tidak layak untuk dipertimbangkan sebagai pengganti?


Semua orang tahu Najib adalah anak kepada mantan Perdana Menteri ke-3 Malaysia. Selepas ini siapa pula? Apakah sepupunya Hishamuddin anak kepada mantan Perdana Menteri ke-2 Malaysia pula bakal menggantikannya nanti? Apakah Malaysia sebuah negara yang mengamalkan kuasa pemerintahan keturunan?

Apakah juga dunia politik kita akan turut mengikuti Institusi Raja-Raja Melayu yang mengamalkan penggantinya daripada generasi keturunan? Bolehkah semua orang menerima kenyataan ini sebagai suatu kebetulan? Sampai bilakah situasi kebetulan ini akan berlanjutan dalam politik tanahair kita?


Kalau mahu diambilkira dan dihalusi sebaik-baiknya setelah PRU12 pada 8 Mac 2008 yang lalu, mesej yang telah diberikan oleh rakyat amat jelas dan Malaysia sudah wajar mengorak langkah baru secara drastik dan dengan lebih berani untuk mengetengahkan pemimpin-pemimpin dari golongan generasi muda yang lebih ramai berkaliber sebenarnya.


Apabila tiadanya pertandingan bagi merebut jawatan Presiden parti ianya amat mengecewakan kerana parti tidak diberi pilihan untuk memilih pemimpin dan kewibawaan Najib tidak nampak terserlah kembali setelah apa yang berlaku apabila tidak bersedia menerima cabaran atau sememangnya wujud konspirasi menyekat pertandingan untuk jawatan Presiden parti?


Selain daripada itu isteri seseorang pemimpin utama turut memainkan peranan penting dan sewajarnya bersedia turun padang dan perlu bersikap rendah diri di dalam membantu perjuangan suami. Bak kata pepatah, "masuk kandang kambing kita mengembek, masuk kandang kerbau kita menguak" begitulah yang seharusnya kita sesuaikan diri dengan keadaan.

Apa yang dilihat Datin Seri Rosmah bukanlah orangnya sepertimana Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali yang menjadi contoh teladan terbaik setakat ini yang bersama-sama membantu suami dan pandai menyesuaikan diri dengan rakyat jelata.
Juga janganlah kita lupa bahawa jatuh bangunnya seorang suami adalah kerana isteri atau jatuh bangunnya seseorang lelaki itu adalah kerana wanita.

Itulah serba ringkas komentar saya bagi menjawab persoalan yang diajukan oleh rakan-rakan blogger dan pengunjung yang bertanya kenapa dan mengapa. Akhir kata sama-samalah kita fikirkan apakah yang terbaik untuk kita memperjuangkan agama, bangsa dan negara kita Malaysia yang tercinta ini.


Pemuda Pelapis
: Jika benar-benar berkesungguhan mahu berubah masanya masih belum terlambat lagi.

Pemuda Pelapis
Salam sejahtera kepada semua rakan blogger, pengunjung blog Pemuda Pelapis dan seluruh rakyat Malaysia.

Saya mengucapkan SALAM MA'AL HIJRAH 1430H kepada seluruh muslimin dan muslimat serta SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2009 MASEHI kepada semua. Hanya tinggal sehari dua sahaja lagi untuk kita melangkah ke tahun baru.

Hampir berlalulah sudah tahun 2008 dengan seribu kenangan pahit manis dan sejarah suka duka dalam pelbagai sudut kehidupan. Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk diambil iktibar sebagai sempadan semoga kita semua melangkah ke tahun baru dengan penuh keazaman dan tekad baru yang positif semuanya di dalam mengharungi kehidupan dan pancaroba yang mendatang.

Diharapkan segala persengketaan isu-isu perkauman dapat dihentikan segera dan tidak dibawa berlanjutan sehingga ke tahun baru nanti oleh golongan yang tidak bertanggungjawab. Adalah dijangka sekiranya ini berlaku dan Melayu masih terus dicabar di bumi dan tanahair sendiri maka tidaklah mustahil sesuatu yang amat buruk bakal tercetus tanpa dapat dikawal akan kesabarannya lagi kerana selama ini kaum bumiputera Melayu telah banyak bertoleransi.

Di samping itu saya turut ingin mengingatkan kepada penganut-penganut agama lain agar janganlah sengaja mencampuri urusan hal ehwal agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia. Contohnya seperti perkara fatwa yang digubal hanya untuk orang-orang Islam sahaja maka tidak ada kena-mengena dengan bangsa lain dan agama lain. Jadi janganlah hendak menyibuk mencampuri urusan berkenaan jika tidak mahu memudaratkan ketenteraman awam.

Soal hina-menghina tentang Islam seperti mencerca sabda junjungan Rasululullah SAW, kitab suci Al-Quran dan sebagainya adalah amat keterlaluan yang mana saya fikir kami umat Islam dan bangsa Melayu tidak sekali-kali akan bertolak ansur jika perihal seumpamanya terus dibangkitkan dan dicetuskan tanpa otak oleh mana-mana kumpulan tertentu. Cukuplah tolak-ansur kami selama ini dan jangan terlalu mencabar untuk menguji kesabaran kami lagi kerana dikhuatiri TIADA LAGI MAAF BAGIMU kali ini.

Sekian dimaklumkan dan diucapkan.

Pemuda Pelapis

Al-Fatihah buat Almarhum DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, 86 yang telah kembali kerahmatullah tepat jam 11:45 pagi tadi di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan.

Saya dan keluarga merafak sembah salam takziah buat seluruh Kerabat Di Raja Negeri Sembilan khususnya kepada DYMM Tuanku Ampuan, Tuanku Najihah Binti Tunku Besar Burhanuddin, 84 serta putera dan puteri baginda.

Kami turut merasa sayu dan sedih mendengar berita tengahari tadi yang memaklumkan kemangkatan baginda yang kembali kepangkuan Ilahi pagi tadi setelah mengadu sakit dada dan dibawa ke hospital. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa-dosa almarhum baginda serta mencucuri rahmat ke atas roh almarhum baginda dan menempatkan almarhum baginda di kalangan para solihin. Amin!

Ikhlas daripada: PEMUDA PELAPIS

Pemuda Pelapis
Saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal @ Merry Christmas khusus kepada mereka yang menyambut perayaan ini.

Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan seharusnya mengekalkan tradisi saling hormat-menghormati di antara satu sama lain demi keamanan dan ketenteraman sejagat. Hapuskanlah perasaan tidak senang hati di antara kaum sepertimana yang dibangkitkan oleh puak-puak DAP yang bukan Islam dan bukan Melayu.

Persengketaan hanya mengundang kepada perpecahan dan perbalahan. Rapatkanlah semula tali persaudaraan dan perpaduan di antara kaum-kaum di Malaysia. Hak Ketuanan Melayu tidak wajar dipertikaikan sama sekali kerana telah jelas bahawa asal-usulnya Malaysia adalah Tanah Melayu yang sememangnya menjadi hakmilik mutlak bangsa Melayu.

Kepada kaum bukan Melayu sila rujuk semula sejarah dan perlembagaan. Fahamilah apa yang terkandung khususnya "Kontrak Sosial" sebagaimana yang pernah diperjelaskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelumnya.

Sekian semoga rakan-rakan kristian rakyat Malaysia bergembira dan ceria menyambut Merry X'mas.

Pemuda Pelapis
Kelmarin Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithaudeen Tengku Ismail telah mengeluarkan arahan melarang penggunaan blog untuk berkempen oleh calon-calon yang bertanding di peringkat Majlis Tertinggi parti pada Mac 2009 akan datang. Katanya ia melanggar tata-etika parti dan mana-mana pemimpin atau ahli-ahli parti yang mengingkari arahan akan dikenakan tindakan disiplin.

Semalam pula beberapa pemimpin Umno seolah-olah melahirkan rasa kesal dan kurang berpuashati dengan kenyataan arahan tersebut dan meminta agar ianya diperjelaskan dengan lebih terperinci supaya difahami oleh semua calon yang bertanding bagi mengelakkan kekeliruan.

Berikut ini saya paparkan kembali petikan penuh kenyataan mereka yang disiarkan di portal Utusan Malaysia atau anda boleh juga merujuk kepada pautan asal di sini.

Larangan kempen guna blog perlu jelas

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Larangan menggunakan blog sebagai kaedah untuk berkempen perlu diperjelaskan dengan lebih terperinci memandangkan pemilik blog terutama di kalangan ahli dan pemimpin UMNO agak ramai pada masa ini.

Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, perkara itu perlu dinyatakan dengan jelas kerana blog ada kalanya menjadi wadah terbaik bagi meluahkan pandangan mengenai sesuatu isu yang hangat diperkatakan dalam masyarakat di samping membolehkan rakyat mengikuti tindak tanduk dan aktiviti pemimpin mereka.

"Apabila diadakan sidang akhbar, ramai pemimpin yang memberikan maklum balas terhadap isu semasa, contohnya berkaitan naik turun harga barangan dan keesokan harinya komen mereka akan disiarkan dalam media. Jika pemimpin terbabit menulis perkara yang sama dalam blog pula, adakah itu dilihat sebagai berkempen dan boleh dijatuhkan hukuman," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan Lembaga Disiplin UMNO memberi amaran kepada bekas Ketua UMNO Bahagian Hulu Langat, Datuk Ahmad Kuris Mohd. Nor kerana berkempen menggunakan blog semasa pemilihan bahagian yang lalu.

Lembaga Disiplin menyatakan berkempen menggunakan blog itu adalah bertentangan dengan tata etika ahli UMNO.

Tambah Muhammad, jika perkara-perkara yang dipaparkan dalam blog semuanya boleh ditafsirkan sebagai berkempen, pengurusan UMNO perlu mengeluarkan surat meminta semua pemilik blog dalam kalangan ahli dan pemimpin parti menutup blog masing-masing.

"Saya pun akan menutup blog saya jika ia memang bertentangan dengan apa yang terkandung dalam tata etika ahli UMNO," katanya.

Ketua Penerangan Puteri, Datuk Shahniza Samsuddin pula berkata, penerangan lanjut berhubung blog adalah penting kerana bimbang ada ahli UMNO terkeliru dengan maksud larangan itu tanpa disedari.

"Saya menggunakan blog saya di alamat http://www.pink-ants.blogspot.com/ untuk berkomunikasi dan mendampingi rakan-rakan Puteri dari seluruh negara, adakalanya saya turut memuatkan isu-isu yang berkaitan dengan politik semasa, adakah itu juga tidak dibenarkan," katanya.

Jelas beliau, mungkin ramai ahli atau pemimpin UMNO yang masih kabur dengan kedudukan blog dalam kempen untuk pemilihan jawatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tualang Sekah, Nolee Ashilin Mohd. Radzi berkata, blog adalah satu sumber untuk mengatasi jurang antara ahli dan pemimpin.

"Hakikatnya, calon-calon harus dikenali oleh semua ahli, sekadar jumpa dengan perwakilan sahaja adalah tidak memadai kerana calon-calon ini akan menerajui kepimpinan bagi semua ahli dan bukan sekadar perwakilan sahaja," katanya.

Justeru, katanya, ahli-ahli perlu dibenarkan menggunakan blog, asalkan ia tidak melanggar tataetika berkempen yang ditetapkan parti.

Macam mana ni jika pemimpin Umno sendiri yang mempertikaikan arahan? Perlukah Lembaga Disiplin Umno menjawab balas setelah arahan dikeluarkan? Sejak bila pula blog boleh diistilahkan sebagai melanggar tata-etika parti? Kenapa selama ini arahan yang sama tidak pernah dikeluarkan? Apakah sesudah menyedari betapa hebatnya penangan blog yang telah merubah secara drastik keputusan PRU12 yang lalu?

Nampaknya semakin hari semakin terserlah seribu satu cerita celaru dan keliru di dalam Umno. Sebagai sebuah parti tunggak BN dan kerajaan pemerintah, Umno adalah tulang belakang kerajaan. Jika beginilah sudahnya pekong yang terbuka antara sedar tidak sedar pertikaian sesama sendiri, padanlah pun Malaysia dipimpin oleh barisan kepimpinan yang sering keliru dan mencelarukan.

Kesimpulannya, keputusan PRU12 yang lalu memang satu penangan yang cukup hebat sehingga memberi kesan kecelaruan dan kekeliruan berpanjangan kepada Umno. Serba-serbi menjadi tak kena dengan kepimpinan Umno. Pertelagahan pandangan tidak lagi mampu dibendung oleh para pemimpinnya sesama sendiri. Hal sedemikian sewajarnya dibincangkan secara tertutup tetapi tanpa rasa malu ianya didedahkan sebagai rujukan umum.

Maka dengan ini sekali imbas pun kita semua mampu untuk menilai sejauh mana tahap pemikiran para pemimpin Umno sekarang yang dikatakan pemimpin. Rasa-rasanya adakah mereka ini berada di landasan yang betul menuju Wawasan 2020 bagi merealisasikannya tepat pada masa? Tambah-tambah pula desas-desus mengatakan tahun 2009 bakal menjadi tahun kemelesetan ekonomi sedunia yang sudah tentunya kita akan turut terbabit sama.

Malas nak cerita panjang-panjang. Entahlah! Sukahatilah Labu!

Pemuda Pelapis
Saya paparkan semula petikan kenyataan menantu kesayangan Pak Lah a.k.a pengkhianat agama, bangsa dan negara.

Jangan hanya tuduh - Khairy

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mencabar pihak yang menuduhnya mengamalkan politik wang dalam pemilihan jawatan tertinggi itu Mac depan supaya tampil mengemukakan bukti.

Beliau berkata, tindakan pihak terbabit melemparkan tuduhan semata-mata terutama menerusi blog di Internet hanya menjejaskan imejnya selaku salah seorang calon bagi jawatan berkenaan.

"Semua ini dakwaan sahaja, kalau ada bukti, sila kemukakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Rembau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas penulisan dalam beberapa blog menuduh beliau sebagai antara calon yang mengamalkan politik wang untuk menang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

Beliau yang kurang senang dengan tuduhan itu berkata, sehingga hari ini, semua yang dikatakan hanya fitnah.

Katanya, jika sekadar mendengar dakwaan mengenai amalan politik wang berlaku tanpa bukti, beliau juga ada mendengar perkara yang sama melibatkan pihak lain.

Pautan asal di sini...

Makhluk hitam a.k.a orang minyak jadian ini boleh berkata apa sahaja sesedap mulut dia selagi pak mertua dia pegang kuasa sebagai pemimpin nombor satu negara. Yang salah terang-terang jadi betul dan yang haram terang-terang dihalalkannya.

Contoh mudah yang pertama ialah cara bagaimana beliau mula naik dan dimartabatkan sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Rembau dan kemudiannya diangkat terima sebagai calon Naib Ketua Pemuda Umno Kebangsaan yang menang mudah tanpa bertanding. Seterusnya dipilih pula sebagai calon Parlimen Rembau dan kebetulan berjaya memenangi Parlimen Rembau dalam PRU12 yang lalu. Lebih-lebihlah lagi hidungnya semakin tinggi.

Semua orang terkejut beruk sebab tak logik diterima akal tetapi dek kerana kuasa pak mertua beliau maka segalanya menjadi sah dan halal. Inilah yang sering saya katakan Pak Lah BOLEH!


Contoh kedua pula kita semua dah lama tahu dan sedar bagaimana arak yang haram di sisi agama Islam telah dihalalkan oleh orang minyak jadian ini. Sebelumnya aktiviti zina dengan selebriti pun turut diterima sebagai halal oleh beliau, keluarga beliau serta semua pendokong perjuangan songsang beliau.

Maka kalau setakat penafian kononnya tidak terbabit dalam politik wang bukanlah satu perkara sukar bagi orang minyak jadian ini. Cabar-mencabar adalah satu kebiasaan pada mangkuk hayun ini selagi pak mertua dia wujud sebagai pemimpin nombor satu negara.

Bagi Pemuda Pelapis tiada apa yang hendak dihairankan atau merasa pelik dengan setiap kenyataan budak hingusan ini. Hanya masa dan keadaan sahaja yang bakal menentukan kedudukan budak hitam ini di persada politik tanahair. Hanya tunggu dan lihat.

Pemuda Pelapis
Kejadian tanah runtuh pada Sabtu, 6 Disember 2008, jam 4:00 pagi di Bukit Antarabangsa, Ampang masih lagi menjadi tanda-tanya dan perbualan masyarakat khususnya di kalangan penduduk setempat.

Saya ada menemui ramai petugas serta penduduk-penduduk sekitar yang berdekatan yang terlibat dengan proses pemindahan setelah diberitakan bahawa kawasan sekeliling kejadian bencana itu tidak selamat untuk terus dihuni. Arahan berpindah dan mengosongkan kediaman-kediaman berdekatan telah dikeluarkan oleh pihak polis bagi menjamin tiada lagi mangsa-mangsa baru sekiranya berlaku lagi tanah runtuh di situ.

Kemusykilannya di sini daripada apa yang disampaikan kepada saya, apakah hanya 4 mayat sahaja ditemui sehingga kini sedangkan 14 buah rumah banglo terbabit di dalam kejadian bencana tanah runtuh yang telah menimbus rumah-rumah mereka? Kejadian pula diberitakan berlaku seawal jam 4:00 pagi ketika penghuni-penghuni sedang nyenyak tidur.

Jika difikirkan secara logik akal, kita anggarkan setiap rumah sekurang-kurangnya dihuni oleh empat atau lima orang termasuk pembantu rumah. Itu setelah dicongak setiap rumah mempunyai seorang pembantu sahaja. Bagaimana jika setiap rumah mempunyai dua atau lebih pembantu? Apakah ketika kejadian itu berlaku kebanyakan rumah banglo mewah di situ tidak berpenghuni? Ini satu tanggapan yang mustahil sekali.

Kebiasaannya, sekali pun tuan rumah secara kebetulan tiada semasa kejadian itu sekurang-kurangnya pembantu rumah sudah tentu berada di rumah untuk menjaga rumah majikan-majikannya dan kebiasaannya pula bilik tidur pembantu rumah selalunya diletakkan di bilik tingkat bawah. Apabila kejadian sedemikian berlaku sudah pasti pembantu rumahlah yang berkemungkinan besar turut tertimbus dalam bencana ini. Inilah persoalan dan tanda-tanya yang diajukan kepada saya untuk sama-sama berfikir.

Apakah tujuan pihak polis mahu merahsiakan jumlah sebenar mayat yang ditemui atau tidak ditemui? Rata-rata berpendapat kematian akibat tragedi itu melibatkan lebih mangsa (mayat) dan bukan sekadar 4 mayat sahaja. Kenapa pihak polis telah mengarahkan kerja-kerja mencari mangsa (mayat) dihentikan terlalu awal? Wajarkah mayat-mayat mangsa yang tertimbus di dalam bencana itu dibiarkan berkubur di bawah runtuhan tanah tersebut sebagai pusara kekal mereka?

Adalah dipercayai banyak lagi mayat-mayat mangsa tragedi yang masih belum ditemui oleh pihak berkuasa yang mungkin telah pun reput. Diharapkan pihak berkuasa dapat membuat penjelasan secara jujur dan telus dengan kemusykilan yang disampaikan ini berpandukan desas-desus perbualan masyarakat setempat yang masih tidak berpuashati dengan penemuan hanya 4 mayat sahaja di tapak tragedi sehingga ke hari ini.

Saya melaporkan berita rentetan ini bagi pihak masyarakat setempat yang masih tidak berpuashati supaya diberikan perhatian oleh pihak berkuasa di dalam merungkai persoalan dan tanda-tanya mereka agar terjawab.

Pemuda Pelapis
Ingin saya paparkan semula sebahagian petikan berita Utusan Malaysia pada 14 Disember 2008 mengenai kenyataan dan ulasan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak tentang pilihanraya kecil (PRK) parlimen P036 - Kuala Terengganu yang akan diadakan pada 17 Januari 2009 akan datang. Perihal ini menarik minat saya untuk dibuat sedikit ulasan.

Untuk mencapai kemenangan itu, Najib meminta semua ahli UMNO dan BN supaya merapatkan barisan dan bersatu hati tanpa mengira siapa calon yang akan dipilih bertanding dalam pilihan raya kecil itu nanti.

"Saya mahu semua pihak di peringkat bahagian, negeri dan kebangsaan bekerjasama dan bersatu padu dalam memastikan kejayaan ini".

"Ia perlu bermula daripada peringkat pemimpin kerana jika di atas sudah molek (baik) maka di bawah juga akan molek," ujarnya.

Beliau memberitahu, kekalahan yang dialami oleh BN di Terengganu pada pilihan raya umum 1999 bukan kerana parti pembangkang kuat tetapi ahli UMNO sendiri tidak menyokong parti.

"Ahli-ahli UMNO sendiri sanggup mengkhianati dan bermuka-muka dengan kita. Mereka tidak sokong parti berikutan pemimpin pilihan mereka tidak dipilih sebagai calon untuk bertanding," jelasnya.

Rujuk berita penuh di sini...

Berkenaan ulasan dan kenyataan Dato' Seri Najib itu, saya ingin pecahkan ia kepada dua bahagian sahaja seperti berikut:

1. Dato' Seri Najib yang juga bakal Presiden baru Umno menyeru dalam kebimbangan agar semua pihak merapatkan barisan untuk bekerjasama dan bersatu hati di dalam memastikan kejayaan BN mengekalkan kerusi parlimen P036 - Kuala Terengganu dengan maksud supaya ianya tidak terlepas ke tangan calon PAS dan sekaligus akan mengurangkan satu lagi kerusi BN di Dewan Rakyat.

Komen Pemuda Pelapis:

Kenapa hanya di ketika adanya pilihanraya kecil atau pilihanraya umum sahaja baru semua pemimpin mahu sedar betapa perlunya kita ahli-ahli parti merapatkan barisan dan bersatupadu? Kenapa seruan ini tidak diendahkan atau tidak mahu diambil peduli pada hari-hari biasa agar sepanjang masa parti Umno dan semua parti komponen BN berada di dalam kesatupaduan dan harmoni?

Wajarkah di dalam sebuah parti seperti BN khususnya Umno itu sendiri wujudnya kelompok-kelompok kumpulan tertentu sepertimana yang kita sedia maklum? Tidakkah ini hipokrit namanya?

2. Kata Dato' Seri Najib lagi ia perlu bermula di semua peringkat kerana jika pemimpin di atas sudah molek (baik) maka di bawah juga akan turut molek. Begitulah seadanya harapan yang digambarkan oleh pemimpin nombor dua negara ini. Di samping itu beliau turut menyelitkan satu selingan kenyataan yang menuding jari kepada ahli-ahli parti akibat kekalahan BN di Terengganu dalam pilihanraya umum tahun 1999 dahulu.

Komen Pemuda Pelapis:

Ini amat menarik kepada saya kerana saya sangkakan selama ini tiada pemimpin tertinggi yang mahu sedar betapa perlunya contoh teladan kepimpinan yang baik-baik (molek) di peringkat atasan agar kepimpinan bawahan akan mencontohinya dan menjadi elok belaka.

Kenapa saya katakan begini? Selama ini saya perhatikan Umno dan BN memang mengamalkan slogan "Kepimpinan Melalui Teladan" sejak berdekad-dekad lamanya dan apa yang dilakukan oleh kepimpinan atasan maka akan dicontohi oleh kepimpinan di peringkat bawahan. Jika baik dilakukan di pihak pemimpin tertinggi maka baik jugalah diikuti oleh pihak pemimpin bawahan dan begitulah sebaliknya.

Soal kekalahan BN di Terengganu kepada PAS pada PRU10 tahun 1999 dahulu tidak wajar dipersalahkan kepada ahli-ahli parti akibat tidak memberikan sokongan padu kepada BN tetapi sebenarnya kepimpinan atasan di peringkat negeri Terengganu yang mengabaikan kepentingan semua pihak sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli.

Keadaan yang berpuak-puak dan mementingkan kroni oleh kepimpinan BN negeri juga telah memberi impak negatif kepada BN sendiri serta kredit mudah kepada parti lawan disebabkan ahli-ahli merasa bosan dan meluat.

Samalah juga keadaannya yang telah berlaku pada PRU12 - 8 Mac 2008 yang lalu.

Sejak pengambilalihan kuasa oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi daripada Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu, yang terserlah ialah kegilaan kuasa dan juga kegilaan mengaut projek-projek mega dan super mega yang telah dikronikan maka di peringkat bawahan turut mengamalkannya sehingga keadaan menjadi berpecah-belah dan menyulitkan situasi politik dalaman itu sendiri.

Ini telah mewujudkan kelompok-kelompok kumpulan tertentu yang menyokong dan tidak menyokong kepimpinan atasan akibat lahirnya perasaan tidak berpuas hati di kalangan ahli-ahli kerana adanya diskriminasi yang ketara yang dipacu oleh kepimpinan tertinggi parti.

Sungguhpun situasi cuba ditutupi dengan agenda memerangi rasuah secara besar-besaran tetapi rakyat khususnya ahli-ahli parti masih tidak buta untuk menilai siapa sebenarnya pemimpin di atas. Dari situlah juga punca kenapa ahli-ahli parti sendiri yang bertindak belot mengundi parti lawan pada PRU12 yang lalu.

Pak Lah boleh berbangga setelah terpilih oleh Tun Dr Mahathir sebagai pengganti Perdana Menteri namun kebanggaan diri Pak Lah menerajui negara untuk tempoh 5 tahun ini akan menjadi satu kebencian dan kehinaan bagi dirinya di dalam lipatan sejarah untuk tempoh masa 50 tahun akan datang. Begitulah desas-desus yang didengari daripada ibu pejabat Umno sendiri.

Bermakna orang-orang dekat di sekeliling Pak Lah sendiri turut bermuka-muka dengan Pak Lah selama ini. Sekarang tahulah kita sejauh mana kepengaruhan sebenar Pak Lah. Beliau hanya dihormati dalam kepura-puraan kerana kuasa yang ada di tangannya tetapi bukan atas dasar kredibiliti dan kepimpinannya.

Mengenai kekalahan BN dalam PRU pula, memanglah mudah bagi pucuk kepimpinan tertinggi untuk menilai kononnya situasi yang berlaku itu dianggap sebagai satu pengkhianatan ahli-ahli terhadap parti tetapi pernahkan di pihak pucuk kepimpinan tertinggi bermuhasabah akan diri sendiri masing-masing kenapa perihal seperti ini boleh terjadi? Apakah masih tidak memperolehi hasil yang positif daripada bedah-siasat (post-mortem) yang pernah dibuat?

Pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin yang bertiup tetapi hari ini banyak pihak mengatakan pokok telah bergoyang kuat bukan hanya kerana tiupan angin atau ribut semata-mata bahkan dengan adanya beruk-beruk yang berpaut dan menggoncangkan pokok maka sebab itulah ianya bergoyang makin kuat sehingga hampir tumbang menyembah bumi.

Puncanya adalah kerana salahlaku-salahlaku daripada pihak kepimpinan tertinggi juga sehingga menjurusnya keadaan yang telah berlaku pada PRU12 itu. Kalau sudah wujud kesedaran tentang perkara ini maka syukurlah tetapi jangan hanya sedar untuk seketika kerana akan menghadapi pilihanraya kecil sahaja. Diharapkan kesedaran ini akan kekal berpanjangan sampai bila-bila.

Suka atau tidak suka, Umno dan BN harus akur dan sedar jika ingin terus kekal untuk menjadi sebuah parti tunggak pemerintahan negara. Pucuk kepimpinan tertinggi khususnya pemimpin nombor satu dan nombor dua negara diibarat sebagai kepala keretapi yang menggerakkan banyak gerabak di belakangnya.

Jika kepala keretapi ini tergelincir daripada landasannya sudah tentulah ia akan turut mengheret kemusnahan kesemua gerabak-gerabak yang dibawa di belakangnya tetapi kalau hanya sebuah dua sahaja di antara gerabak-gerabak tersebut yang tergelincir, belum tentu kepala keretapi itu akan turut terjunam daripada landasannya. Fikir-fikirkanlah.

Pemuda Pelapis
Menurut ulasan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato' Seri Ong Ka Chuan menerusi laporan Buletin Utama 10 Disember 2008, beliau mengatakan bencana yang menimpa penduduk Bukit Antarabangsa bukan atas sikap cuai manusia (pemaju dan pihak yang meluluskan projek).

Sebaliknya apa yang telah berlaku lebih merupakan sebagai satu malapetaka atau hanya bencana alam biasa yang tidak diduga. Katanya lagi, jika ia berlaku atas dasar kecuaian manusia tentulah rumah-rumah atau bangunan yang dibina itu telah lama roboh dalam tempoh satu atau dua tahun selepas pembinaan.

Nampaknya kenyataan beliau itu bersikap berat sebelah dan dangkal pengetahuan. Bercakap ikut sedap mulut tanpa menggunakan akal dan fikiran sebab keluarga sendiri tidak terbabit dalam kejadian bencana tersebut maka apa pun dia boleh buat ulasan. Ini tidak lebih daripada satu alasan semata-mata untuk melepas tangan daripada bertanggungjawab ke atas kejadian bencana itu.

Wahai menteri yang budiman yang kurang waras berpandangan. Tahukah anda bahawa rumah kediaman atau bangunan yang dibina merupakan satu harta kekal (aset kekal) yang apabila dibina bermakna untuk tujuan kekal sampai bila-bila selagi bumi tidak hancur? Bermakna proses pembinaannya haruslah menepati ciri-ciri keselamatan oleh pemaju dan pihak yang meluluskan projek berkenaan. Mana ada rumah atau bangunan yang dibina untuk menanti roboh atau runtuh? Lainlah jika ianya terjadi disebabkan gempa bumi tetapi di Malaysia kejadian gempa bumi tidak ada.

Persoalan kenapa ianya tidak runtuh dalam tempoh setahun dua selepas pembinaan tidak wajar dijadikan sebagai satu alasan yang tidak masuk akal. Apakah setelah ianya runtuh dalam tempoh terdekat selepas siap dibina baru boleh dianggap sebagai satu kecuaian manusia? Pendek sungguh akal dan pemikiran menteri ini.

Runtuh dalam tempoh yang tidak kekal pun adalah atas sebab kecuaian manusia. Musibah yang menimpa adalah atas sebab kerakusan dan ketamakan manusia yang lebih mementingkan keuntungan perniagaan daripada memikirkan keselamatan nyawa-nyawa manusia lain. Pihak PBT dan kerajaan negeri pula hanya tahu mencongak hasil daripada kutipan cukai tanah dan cukai pintu sebab itulah gamaknya kawasan merbahaya pun diluluskan.

Ini berlaku semasa di bawah pentadbiran Dr Mohamad Khir Toyo lagi sebagai Menteri Besar Selangor tetapi dimanakah beliau menyepi sehingga batang hidungnya pun tidak nampak di tapak kejadian? Apakah pula alasan yang akan dinyatakan oleh bekas MB Selangor itu?

Bukankah sejak tahun 1988 lagi cerun-cerun berkenaan termasuk di dalam rekod-rekod yang diwartakan sebagai kawasan tanah tinggi yang dikategorikan sebagai kawasan merbahaya? Kenapa ianya tetap diberikan kelulusan kepada pihak pemaju? Kini ianya runtuh selepas 15 tahun dibina sejak 1993 bermakna kecuaian manusia jugalah tu. Alahai bongoknya pemikiran menteri tersebut.

Satu soalan cepu emas untuk Ong Ka Chuan. Apakah anda akan membeli rumah yang nilainya berjuta ringgit tetapi hanya akan mampu bertahan selama 15 tahun sahaja sedangkan rumah kediaman merupakan aset kekal tempat berlindung sampai bila-bila selagi tidak mati dan selagi bumi tidak hancur? Sudah tentulah tidak bukan? Jadi samalah juga dengan empunya banglo-banglo yang menjadi mangsa di situ.

Sebagai pemimpin belajarlah bersikap adil dan mempunyai rasa tanggungjawab sedikit sebelum melontarkan apa-apa kenyataan. Pemilik kediaman di situ membeli kerana sudah tentulah pihak pemaju telah meyakinkan bahawa kawasan itu selamat diduduki. Bila ini terjadi kenapa semua pihak saling melepas tangan?

Pemuda Pelapis
Rakyat dihidangkan oleh Pak Lah dan Najib dengan pelbagai suruhanjaya sejak akhir-akhir ini. Penubuhan pelbagai suruhanjaya umpama satu aktiviti dan program semasa sebagai agenda Pak Lah yang dibantu dan mendapat sokongan Najib. Ternyata pemikiran Pak Lah dan Najib sungguh terbatas di dalam memacu negara ke hadapan.

Sekali imbas memanglah pada satu sudut pandangan penubuhan suruhanjaya itu sesuatu yang bagus tetapi di sudut lain pula seolah-olah Pak Lah dan Najib sama-sama mahu melepaskan tangan dengan segala kemelut yang berlaku dalam pentadbiran negara dan masalah-masalah yang melanda dalam negara. Masalah-masalah yang dihadapi cuba dijuruskan kepada satu badan untuk diberikan tanggungjawab memikulnya.

Dengan mewujudkan pelbagai suruhanjaya maka tugas dan tanggungjawab pemimpin tertinggi negara telah dipikul sebahagiannya oleh suruhanjaya-suruhanjaya yang telah ditubuhkan. Semua mereka-mereka yang berada dan diletakkan di bawah suruhanjaya yang ditubuhkan oleh pemimpin pemerintah masakini harus menjadi "Pak Angguk" dan sedia dengan rela menerima arahan bagi memikul tanggungjawab itu dan ini. Ini sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan kurang praktikal.

Sepatutnya dengan kekurangan tanggungjawab dan tugas yang dipikul oleh pemimpin pemerintah setelah mengagihkan sebahagian tugas kepada suruhanjaya-suruhanjaya yang telah ditubuhkan bermakna banyak masa terluang untuk dimanfaatkan oleh para pemimpin tertinggi di dalam mengorak usaha dan langkah ke arah membantu rakyat.

Namun apa yang dilihat Pak Lah dan Najib serta barisan kabinetnya masih gagal mengurustadbir negara dengan baik sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat jelata. Kepentingan rakyat jatuhnya ke belakang sedangkan kepentingan para pemimpin lebih diutamakan. Masing-masing sibuk dengan agenda politik untuk mengejar nama dan jawatan di samping mempertahankan kedudukan sendiri lebih-lebih lagi di dalam suasana sekarang di mana menjelangnya persidangan parti pada Mac 2009 nanti.

Sekarang ini negara heboh diberitakan dengan bencana-bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh yang menimpa di sana sini. Saya percaya pasti tindakan yang sama bakal dilakukan oleh Pak Lah dan Najib dengan mewujudkan sebuah suruhanjaya baru untuk diberikan tanggungjawab bagi membuat kajiselidik, siasatan dan pemantauan. Ini adalah sesuatu yang boleh dijangka oleh rakyat akibat kedua-dua pemimpin tertinggi negara ini mempunyai daya pemikiran yang amat terbatas sekali.

Kita tunggu dan lihat sahaja apakah suruhanjaya terbaru yang akan ditubuhkan oleh Pak Lah dan Najib serta barisan kabinet di bawah kepimpinan mereka berdua untuk menangani bencana-bencana yang menimpa rakyat.

Pemuda Pelapis
Persoalan ini bukanlah sesuatu yang baru malahan sejak selepas kejadian bencana yang menimpa Highland Tower lagi ianya telah difailkan hingga ke mahkamah namun pada ketika itu MPAJ bernasib baik kerana terlepas daripada menanggung liabiliti mengikut laporan media.

Kali ini saya rasa amat wajar untuk semua mangsa yang terbabit di dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa memfailkan saman mereka ke mahkamah setelah pihak MPAJ tidak mengambil endah dan tidak mempedulikan segala laporan dan aduan awal yang pernah dibuat mereka. Saya kira sudah tibalah masanya kali ini MPAJ wajar diberikan satu tamparan dan pengajaran yang cukup hebat oleh semua penghuni sekitar dan mangsa-mangsa yang terbabit di dalam kejadian.

MPAJ merupakan PBT yang bertanggungjawab meluluskan projek-projek di sekitarannya maka seharusnya bertanggungjawab terhadap hakisan tanah yang berlaku sehingga runtuh menimbus rumah-rumah mangsa sementelah pula telah gagal bertindak dengan segala aduan-aduan penduduk di situ sebelum ini. Akibat sikap ketidakprihatinan MPAJ menangani aduan yang dibuat maka bencana demi bencana telah menimpa penduduk sehingga mengorbankan banyak nyawa dan harta-benda.

Tidak hanya di Bukit Antarabangsa sahaja tetapi banyak lagi kawasan-kawasan merbahaya di bawah jajahan MPAJ yang perlu dibuat pemantauan. Contohnya semua kawasan-kawasan bertanah tinggi dan bertebing tinggi di persekitaran seperti di Taman Melawati, Ukay Perdana, Ukay Heights, Lembah Jaya, Taman Bukit Indah dan sebagainya.

Menurut seorang sahabat saya yang tinggal di sebuah apartmen di Taman Bukit Indah, Ampang berhampiran lereng bukit dan beberapa kondominium di sekelilingnya, tanda-tanda retak bangunan telah lama kelihatan dan telah diadukan kepada pihak MPAJ beberapa tahun yang lalu melalui pengurusan apartmen tempat tinggalnya namun sehingga kini tiada sebarang tindakan yang diambil oleh pihak MPAJ. Aduan mereka diibaratkan "umpama anjing menyalak bukit" sehingga kini terus sepi tanpa sebarang tindakan susulan.

Ditambah pula dengan kerja-kerja kuari di sebalik bukit di kawasan berdekatan Bukit Belacan yang saban hari meletupkan batu-batu besar sehingga menggegarkan bangunan apartmen dan kondominium di kawasan sekitar lebih memburukkan lagi keadaan yang telah sedia retak. Nampaknya tiada usaha-usaha pemantauan dilakukan oleh pihak MPAJ dan juga tiada arahan dikeluarkan oleh MPAJ agar kerja-kerja meletup batu di situ dihentikan demi keselamatan penduduk sekitar.

Dengan kejadian demi kejadian buruk yang berlaku ini, saya menyeru kepada semua pihak media cetak dan media elektronik agar dapat tampil membuat liputan dengan bukti-bukti bergambar dan bervideo untuk dimajukan kepada pihak kerajaan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan agar tindakan segera dapat diambil oleh pihak MPAJ selaku PBT di kawasan Ampang Jaya.

Kalau pepatah sering berkata "sudah terhantuk baru terngadah" tapi nampaknya MPAJ layak diumpamakan sebagai pihak berkuasa tempatan yang sememangnya buta dan tuli kerana setelah banyak kali terhantuk pun masih juga tidak terngadah. Mungkin dengan saman yang berjuta atau berbilion ringgit sahaja yang boleh menyedarkan mereka.

Oleh itu saya menyokong penuh agar semua pihak memfailkan saman terhadap MPAJ dengan kadar segera sebagai satu pengajaran atas kemalasan mereka menjalankan tugas sebaliknya hanya memakan gaji buta (duit haram untuk mengisi perut keluarga) setiap bulan untuk bertahun-tahun lamanya. Semoga selepas disaman mereka akan lebih bertanggungjawab menjalankan tugas demi keselamatan nyawa-nyawa penduduk.

Saya baru sahaja memuatkan undian di sebelah kanan blog ini dan sama-samalah kita mengundi sebagai sokongan bahawa MPAJ amat wajar disaman.

Pemuda Pelapis
Portal akhbar Berita Harian pada 9 Disember 2008 telah melaporkan berita mengelirukan orang ramai kononnya mangsa kelima runtuhan kediaman mewah di Bukit Antarabangsa telah ditemui dalam keadaan reput. Rujuk petikan di bawah atau klik di sini...

Mangsa kelima ditemui petang tadi

KUALA LUMPUR: Mangsa kelima tragedi 14 banglo tertimbus di Bukit Antarabangsa, di Ampang, ditemui kira-kira jam 5.40 petang tadi, berhampiran kediaman mendiang Dr N Yogeswari.

Pasukan penyelamat menemui mayat yang dipercayai pembantu doktor haiwan warga Sri Lanka itu reput berhampiran tempat majikannya itu ditemui pada hari kejadian, Sabtu lalu.

Polis bagaimanapun belum dapat memastikan identiti mangsa terbabit setakat ini berikutan keadaan mayatnya yang sudah reput.

Sementara Buletin Utama 9 Disember 2008 pada jam 8:00PM sebentar tadi pula memaparkan kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mengatakan bahawa penemuan berbau busuk itu ialah bangkai binatang peliharaan yang telah reput dan bukannya mayat manusia warga Sri Lanka yang dikatakan pembantu rumah kepada mendiang Dr N Yogeswari yang maut dalam kejadian itu.

Inilah gara-gara berlumba-lumba ingin melaporkan berita mutakhir sehingga ianya mengelirukan orang ramai. Semua wartawan media dinasihatkan agar berhati-hatilah di dalam membuat laporan. Janganlah anda menjadi ghairah tidak tentu pasal dan bertanggungjawablah membuat laporan berita mutakhir yang sebenar-benarnya.

Kejadian tanah runtuh yang mengorbankan nyawa dan harta-benda ini bukan satu berita hiburan atau pun gossip tetapi satu bencana alam atau tragedi malang yang menimpa keluarga mangsa yang terbabit. Maka tidak perlu gopoh untuk membuat sebarang laporan. Selidiki dahulu akan kebenarannya sebelum menyiarkan berita. Jadilah wartawan yang benar-benar bertanggungjawab.

Pemuda Pelapis
Penulis melawat ke sekitar tapak kejadian tanah runtuh yang menimpa beberapa rumah banglo kediaman mewah di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor. Kelihatan para petugas mundar-mandir memasuki tapak kejadian untuk kerja-kerja bantuan kepada keluarga mangsa dan mengawal keadaan.

Pemuda Pelapis

Selepas kejadian Highland Tower di Ukay Heights, Ulu Kelang tumbang menyembah bumi pada 11 Disember 1993 (15 tahun yang lalu) dengan mengorbankan 48 nyawa, diikuti beberapa tanah runtuh di beberapa lereng bukit berhampiran kemudiannya. Kini berlaku lagi kes tanah lereng bukit runtuh sehingga mengorbankan empat nyawa di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang hari ini 6 Disember 2008.

Kejadian yang menyayat hati ini telah berlaku seawal jam 4 pagi ketika semua penghuni di situ kebanyakannya sedang nyenyak tidur namun beberapa keluarga yang terbabit dalam kejadian tersebut sempat tersedar adanya berlaku pergerakan bumi tetapi malangnya tidak berpeluang melarikan diri bersama ahli-ahli keluarga mereka kerana kejadian berlaku begitu pantas.

Saya dan keluarga merasa amat sedih dengan kejadian yang terus berulang ini. Kami sekeluarga mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga yang terlibat di dalam kejadian itu. Diharapkan mereka semua dapat bersabar dengan segala ujian dan dugaan Allah swt dan terimalah ianya dengan redha sebagai satu peringatan buat kita semua.

Mengikut kajian pada tahun 1988 lagi cerun-cerun bukit di kawasan berkenaan telah dikenalpasti sebagai kawasan bahaya untuk dimajukan dengan pembangunan perumahan disebabkan wujudnya aliran air bawah tanah namun masih ada pihak-pihak pemaju yang berdegil akibat mahu mengaut keuntungan. Walaupun peringatan telah dikeluarkan untuk dibuat kajian namun masih ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak mahu akur akan peringatan yang diberikan dengan menganggap ianya selamat untuk dimajukan dan diduduki sebagai kawasan perumahan.

Di samping itu sebagai umat Islam kita haruslah akur dan terima bahawasanya di dalam Al-Quran telah disebutkan secara jelas lagi nyata akan bahaya-bahaya meneroka bukit-bukau dan gunung-ganang untuk dimajukan sebagai kawasan penempatan manusia jika tidak dibuat kajian dengan teliti. Bukit-bukau dan gunung-ganang merupakan pasak bumi yang seharusnya kita pelihara dengan baik dan bukan untuk digondolkan oleh manusia.

Tidaklah menjadi satu kesalahan jika ianya mahu dimajukan tetapi biarlah ianya dikaji dengan baik terlebih dahulu dan bukan sekadar menggondolkannya sesuka hati mengikut selera pemaju tanpa mahu mengambilkira ciri-ciri keselamatan penghuni yang bakal menduduki penempatan tersebut. Akhirnya beginilah akibat dari kemurkaan maha pencipta kerana kegagalan memahami keterangan Al-Quran serta gagal membuat kajian terperinci secara geologi akan kaedah sebenar cara-cara meneroka bukit-bukau.

Petang tadi beberapa laporan berita memaparkan ulasan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi tentang kejadian yang menimpa. Apa yang kurang seronoknya apabila beliau sering menuding jari kepada pihak-pihak lain sedangkan kalau diamati komen beliau, siapakah pihak yang harus dipersalahkan? Pada pandangan saya menuding jari tidak menyelesaikan sebarang masalah sebaliknya ketegasan pihak kerajaan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan haruslah dipertanggungjawabkan kerana memberi kelulusan kepada pemaju-pemaju melalui pihak berkuasa tempatan.

Bukankah kementerian itu merupakan badan yang berada di bawah pentadbiran Perdana Menteri selaku kerajaan pemerintah? Kenapa selama ini tidak dibuat pemantauan bersepadu oleh Menteri dan Timbalan Menteri mereka dan seterusnya mengarahkan pihak berkuasa tempatan agar tidak meluluskan semua projek-projek yang dikenalpasti merbahaya? Kenapa kejadian runtuhan Highland Tower dan beberapa kes tanah runtuh di situ sebelum ini tidak mahu dijadikan iktibar? Apakah hanya melihat pada sudut keuntungan RM semata-mata sehingga ciri-ciri keselamatan seperti ini diabaikan?

Semoga selepas ini tidak akan ada lagi berlakunya bencana seumpama ini di mana-mana sahaja kawasan yang membabitkan cerun-cerun dan lereng-lereng bukit. Pihak kerajaan pemerintah haruslah lebih tegas membuat pemantauan dan berhati-hati meluluskan setiap projek-projek perumahan yang membabitkan kawasan berbukit. Ambillah iktibar daripada kejadian demi kejadian yang telah berlaku di sana sini.

Pemuda Pelapis
Salam sejahtera buat seluruh pengunjung blog Pemuda Pelapis yang beragama Islam, sahabat-sahabat blogger Islam, para pemimpin Islam semua parti-parti politik, seluruh rakyat Islam Malaysia dan buat seluruh warga dunia yang beragama Islam.

Sekali lagi kita umat Islam menyambut ketibaan Hari Raya Aidil Adha atau dipanggil juga Raya Haji atau Raya Korban. Pemuda Pelapis seisi keluarga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam khususnya kepada Haji-Haji dan Hajjah-Hajjah yang berada di tanah suci kota Mekah Al-Mukarramah. Selamat menunaikan ibadah Haji (rukun Islam kelima) dan selamat kembali dalam keadaan sihat walafiat semuanya.

Sekian, "SALAM AIDIL ADHA" buat semua umat Islam.

Pemuda Pelapis
Salam sejahtera kepada semua pengunjung dan sahabat-sahabat blogger sekalian. Maaf kerana seminggu tidak mengemaskini blog Pemuda Pelapis. Sebenarnya saya mengikuti rakan saya berkunjung ke Perak, Kedah, Pulau Pinang, Perlis sehinggalah ke Langkawi atas urusan rasmi selama seminggu.

Dua tiga bulan yang lalu adalah kali terakhir saya ke utara Semenanjung atas urusan perniagaan, minggu lepas saya bertolak lagi ke utara atas urusan rasmi yang sama dan baru sahaja kembali semula ke Kuala Lumpur awal pagi tadi. Kata pepatah, "sambil menyelam sambil minum air" dan saya telah diberitakan dengan perkhabaran politik yang cukup hebat dari teman-teman lama di utara yang aktif berpolitik.

Di dalam kehangatan semua orang membincangkan isu politik wang masa kini, maka adalah wajar untuk saya sama-sama berkongsi maklumat daripada apa yang telah dimaklumkan kepada saya. Saya menganggap berita ini merupakan sesuatu yang sahih daripada seseorang yang boleh dipercayai kerana beliau menyaksikan sendiri politik wang bermaharajalela di cawangan-cawangan dan bahagian-bahagian Umno di utara Semenanjung.

Wang ringgit bertukar-tukar tangan sebelum dan semasa mesyuarat-mesyuarat bahagian untuk pencalonan jawatan-jawatan di peringkat bahagian dan majlis tertinggi. Sahabat lama saya ini bukanlah seorang yang pelahap duit tetapi katanya dah orang nak bagi takkan rezeki kita nak tolak. Nak meminta jauh sekali. Katanya banyak sangat tu tidaklah tetapi merasa jugalah ribu-ribu RM. Tambah beliau lagi, kalau tak diambil duit tu ianya tetap akan berpindah tangan kepada ahli-ahli lain jadi lebih baik diterima saja. Inilah hakikat sebenarnya yang telah berlaku di dalam proses pencalonan Umno untuk persediaan persidangan pada Mac 2009 akan datang.

Hebat! Memang hebat semuanya calon-calon Umno yang bertanding. Rata-rata semuanya bermain duit belaka. Dari peringkat cawangan, bahagian hinggalah kepada pencalonan majlis tertinggi. Tidak ada seorang pun yang berkecuali daripada menaburkan wang ringgit untuk mendapatkan pencalonan. Sikit atau banyak bukan soalnya tetapi rata-rata menaburkan RM belaka. Bermakna hampir semua calon-calon yang bertanding telah terjebak ke kancah politik wang secara terang-terangan. Maka dengan khabar berita ini, benarlah kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno kini sudah rosak teruk dan tercemar dengan para pemimpin perasuah secara total.

Ramai ahli-ahli Umno sendiri (di utara) meramalkan BN akan kecundang lebih dahsyat pada PRU13 akan datang. Kemungkinan hilang majoriti mudah seperti PRU12 pada Mac 2008 yang lalu adalah satu ramalan yang pasti. Apatah lagi untuk menawan kembali negeri-negeri yang tewas atau memperolehi semula majoriti 2/3 amatlah jauh sekali. Bukan kerana parti lawan lebih hebat atau bukan kerana rakyat sukakan sangat parti lawan tetapi kerana rakyat sudah menyampah dan meluat dengan parti Umno dan BN yang mengamalkan rasuah secara lebih terbuka seolah-olah ianya tidak lagi menjadi satu kesalahan di sisi undang-undang negara.

Baiklah tentu sekali saudara dan saudari ingin mengetahui siapakah calon-calon majlis tertinggi yang telah terjebak dengan politik wang. Antara percaya atau tidak percaya beliau termasuklah Tan Sri Muhyiddin Yassin sendiri yang hebat mengutuk politik wang. Juga tidak terkecuali Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Tan Sri Muhammad Muhd Taib, Dato' Seri Mohd Ali Rustam, Khairi Jamaluddin dan majoriti nama-nama popular yang lainnya. Boleh dikatakan hampir semua. Yang disebutkan itu adalah nama-nama yang dimaklumkan kepada saya. Yang tak disebut saya tak mahu senaraikan kerana telinga saya tidak mendengar.

Kata saya kepada sahabat lama saya itu, padanlah pun BPR sampai dah tak reti nak siasat sebab hampir semua terjebak. Kalau ditahan kesemuanya atau digantung perkhidmatan mereka untuk tujuan siasatan tentulah kerajaan BN akan pincang secara tiba-tiba sehingga membolehkan penukaran kerajaan yang pastinya berpihak mudah kepada gabungan parti lawan. Inilah masalahnya pergolakan politik tanahair masa kini. Agama, bangsa dan negara telah diperjudikan sehingga boleh hancur jika ini permainan politik oleh para pemimpin kita dewasa ini. Masya'Allah!

Sambung sahabat saya lagi, katanya, Dato' Seri Dr Mohamad Khir Toyo berkeinginan sangat dan menaruh cita-cita yang tinggi untuk memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno pada persidangan Mac 2009 nanti dan beliaulah calon yang telah berbelanja paling besar setakat ini untuk memikat hati ahli-ahli perwakilan pemuda supaya mengundi beliau. Dr Khir Toyo dikhabarkan turut menyediakan bilik-bilik hotel mewah dan belanja besar kepada para perwakilan selama tempoh beberapa hari persidangan nanti. Begitu juga dengan Khairi Jamaluddin, Muhammad Muhd Taib, Ali Rustam dan yang lain-lain. Yang sudah dihulur lain, yang bakal dihulur lain pula. Wow! Mewahnya para perwakilan pada persidangan kali ini (yang mungkin kali terakhir sebelum Umno dan BN tumbang terus untuk selamanya selepas ini).

Ini bukan tuduhan melulu tetapi ini satu laporan kepada umum sebagai berkongsi maklumat apa yang saya terima. Jika bertanyakan bukti memang saya tiada bukti tetapi jika pihak berkuasa merasa bertanggungjawab, eloklah sekiranya menjalankan siasatan menyeluruh di utara Semenanjung bagi mendapatkan bukti-bukti serta saksi-saksi yang boleh membantu. Saya kira sudah wajar pihak BPR bertindak tegas tanpa dibayangi oleh kerajaan pemerintah jika mahu membuktikan kes-kes salahlaku dan rasuah para pemimpin Umno. BPR tidak harus menjadi satu badan yang di"patung"kan oleh Umno dan BN. Prosedur undang-undang memerlukan segala bukti dan saksi. Di utara ada segala bukti dan saksi. BPR hanya perlu menjalankan tugas sahaja.

Peranan, imej dan kredibiliti BPR harus dijaga dan dipelihara dengan baik andaikata tidak mahu rakyat melabelkan badan itu sebagai wayang kulit Umno atau satu badan yang dibela oleh para pemimpin tertinggi Umno. Inilah masanya BPR perlu membuktikan ketelusan dan jangan sampai rakyat tidak lagi akan menaruh kepercayaan kepada badan itu walaupun setelah ianya di"suruhanjaya"kan sepertimana perancangan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang dinilai sebagai satu gimik sahaja. Hari ini rata-rata di sana sini telah berani mengatakan bahawa BPR hanya sebagai satu gimik politik Umno sementara Lembaga Disiplin Umno hanya ibarat patung yang tidak bernyawa sekalipun lebih 900 aduan politik wang telah dilaporkan. Apa yang mereka semua lakukan sampai tiada sebarang tindakan yang mampu diambil bagi membanteras rasuah (politik wang)?

Keranamu Pak Lah... tanahairku dibarisi para pemimpin perasuah! Andalah bapa perasuah utama yang berselindung di sebalik agenda memerangi rasuah secara besar-besaran bagi menutupi pengkhianatan yang bermaharajalela. Ku tutupkan bicara dengan rangkaian pantun-pantun dua kerat.

Ke majlis mana pun Pak Lah selalunya lelap,
Semua projek mega Pak Lah dan keluarga yang songlap.

Kalau rasa nak kaya masuklah Umno,
Bila calon-calon hulur "don't ever say NO".

Asal Pak Lah dari Kepala Batas,
Padanlah pun pemikiran Pak Lah terbatas.

Pak Lah tak tanding Presiden cuma gimik dan permainan,
Jawatan Perdana Menteri untuk Najib belum menjadi jaminan.

Timbalan Presiden belum pasti hak Muhyiddin Yassin,
Umno dah tenat sama-samalah kita bacakan yasin.