Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Saya paparkan semula petikan kenyataan menantu kesayangan Pak Lah a.k.a pengkhianat agama, bangsa dan negara.

Jangan hanya tuduh - Khairy

KUALA LUMPUR 19 Dis. - Calon Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mencabar pihak yang menuduhnya mengamalkan politik wang dalam pemilihan jawatan tertinggi itu Mac depan supaya tampil mengemukakan bukti.

Beliau berkata, tindakan pihak terbabit melemparkan tuduhan semata-mata terutama menerusi blog di Internet hanya menjejaskan imejnya selaku salah seorang calon bagi jawatan berkenaan.

"Semua ini dakwaan sahaja, kalau ada bukti, sila kemukakan," katanya yang juga Ahli Parlimen Rembau kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas penulisan dalam beberapa blog menuduh beliau sebagai antara calon yang mengamalkan politik wang untuk menang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO.

Beliau yang kurang senang dengan tuduhan itu berkata, sehingga hari ini, semua yang dikatakan hanya fitnah.

Katanya, jika sekadar mendengar dakwaan mengenai amalan politik wang berlaku tanpa bukti, beliau juga ada mendengar perkara yang sama melibatkan pihak lain.

Pautan asal di sini...

Makhluk hitam a.k.a orang minyak jadian ini boleh berkata apa sahaja sesedap mulut dia selagi pak mertua dia pegang kuasa sebagai pemimpin nombor satu negara. Yang salah terang-terang jadi betul dan yang haram terang-terang dihalalkannya.

Contoh mudah yang pertama ialah cara bagaimana beliau mula naik dan dimartabatkan sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian Rembau dan kemudiannya diangkat terima sebagai calon Naib Ketua Pemuda Umno Kebangsaan yang menang mudah tanpa bertanding. Seterusnya dipilih pula sebagai calon Parlimen Rembau dan kebetulan berjaya memenangi Parlimen Rembau dalam PRU12 yang lalu. Lebih-lebihlah lagi hidungnya semakin tinggi.

Semua orang terkejut beruk sebab tak logik diterima akal tetapi dek kerana kuasa pak mertua beliau maka segalanya menjadi sah dan halal. Inilah yang sering saya katakan Pak Lah BOLEH!


Contoh kedua pula kita semua dah lama tahu dan sedar bagaimana arak yang haram di sisi agama Islam telah dihalalkan oleh orang minyak jadian ini. Sebelumnya aktiviti zina dengan selebriti pun turut diterima sebagai halal oleh beliau, keluarga beliau serta semua pendokong perjuangan songsang beliau.

Maka kalau setakat penafian kononnya tidak terbabit dalam politik wang bukanlah satu perkara sukar bagi orang minyak jadian ini. Cabar-mencabar adalah satu kebiasaan pada mangkuk hayun ini selagi pak mertua dia wujud sebagai pemimpin nombor satu negara.

Bagi Pemuda Pelapis tiada apa yang hendak dihairankan atau merasa pelik dengan setiap kenyataan budak hingusan ini. Hanya masa dan keadaan sahaja yang bakal menentukan kedudukan budak hitam ini di persada politik tanahair. Hanya tunggu dan lihat.

4 Responses
  1. Anonymous Says:

    kerana sokong dia jadi begini kalau tak sokong dia jadi begitu. nak jadi begini atau begitu atas kepala hotak korang semua. bijak2lah berfikir yg mana satu korang nak. ada kepala hotak tolong pakai.


  2. add Says:

    kitorang kutuk orang minyak sebab dia jahat. disebabkan ada kepala hotakla kitaorang tak suka dia. bukan macam korang, tak pakai otak DSAi pun dipuja-puja.Korang tahu tak "korang" dikelantan adalah satu jenis alat untuk kukur kelapa yang dibelah dua. Fungsi "korang" ni ialah dia sondol semua benda...

    Sdr pemuda pelapis, bukan orang minyk tetapi "goblok minyak"


  3. gedebe Says:

    menate khairy natu pokloh ni ado jugok sikit sebanyok kebolehe dio nyo tp gak doh demo tu naik dok keno caro tu takdok sapo hok sukonyo. takdok sapo respect sbb dok gentleman. sene cerito demo ni takdok telor sbb nupe kuaso pok mertuo.


  4. Ismail Says:

    KJ ni umpama hidung tak mancung pipi tersorong2. Ada rasa tahu malulah sikit. Jgn jadi mcm kulit babi. Ini jenis iblis bertopengkan manusia pengkhianat bangsa sendiri.