Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis

Selepas kejadian Highland Tower di Ukay Heights, Ulu Kelang tumbang menyembah bumi pada 11 Disember 1993 (15 tahun yang lalu) dengan mengorbankan 48 nyawa, diikuti beberapa tanah runtuh di beberapa lereng bukit berhampiran kemudiannya. Kini berlaku lagi kes tanah lereng bukit runtuh sehingga mengorbankan empat nyawa di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang hari ini 6 Disember 2008.

Kejadian yang menyayat hati ini telah berlaku seawal jam 4 pagi ketika semua penghuni di situ kebanyakannya sedang nyenyak tidur namun beberapa keluarga yang terbabit dalam kejadian tersebut sempat tersedar adanya berlaku pergerakan bumi tetapi malangnya tidak berpeluang melarikan diri bersama ahli-ahli keluarga mereka kerana kejadian berlaku begitu pantas.

Saya dan keluarga merasa amat sedih dengan kejadian yang terus berulang ini. Kami sekeluarga mengucapkan takziah kepada keluarga-keluarga yang terlibat di dalam kejadian itu. Diharapkan mereka semua dapat bersabar dengan segala ujian dan dugaan Allah swt dan terimalah ianya dengan redha sebagai satu peringatan buat kita semua.

Mengikut kajian pada tahun 1988 lagi cerun-cerun bukit di kawasan berkenaan telah dikenalpasti sebagai kawasan bahaya untuk dimajukan dengan pembangunan perumahan disebabkan wujudnya aliran air bawah tanah namun masih ada pihak-pihak pemaju yang berdegil akibat mahu mengaut keuntungan. Walaupun peringatan telah dikeluarkan untuk dibuat kajian namun masih ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab dan tidak mahu akur akan peringatan yang diberikan dengan menganggap ianya selamat untuk dimajukan dan diduduki sebagai kawasan perumahan.

Di samping itu sebagai umat Islam kita haruslah akur dan terima bahawasanya di dalam Al-Quran telah disebutkan secara jelas lagi nyata akan bahaya-bahaya meneroka bukit-bukau dan gunung-ganang untuk dimajukan sebagai kawasan penempatan manusia jika tidak dibuat kajian dengan teliti. Bukit-bukau dan gunung-ganang merupakan pasak bumi yang seharusnya kita pelihara dengan baik dan bukan untuk digondolkan oleh manusia.

Tidaklah menjadi satu kesalahan jika ianya mahu dimajukan tetapi biarlah ianya dikaji dengan baik terlebih dahulu dan bukan sekadar menggondolkannya sesuka hati mengikut selera pemaju tanpa mahu mengambilkira ciri-ciri keselamatan penghuni yang bakal menduduki penempatan tersebut. Akhirnya beginilah akibat dari kemurkaan maha pencipta kerana kegagalan memahami keterangan Al-Quran serta gagal membuat kajian terperinci secara geologi akan kaedah sebenar cara-cara meneroka bukit-bukau.

Petang tadi beberapa laporan berita memaparkan ulasan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi tentang kejadian yang menimpa. Apa yang kurang seronoknya apabila beliau sering menuding jari kepada pihak-pihak lain sedangkan kalau diamati komen beliau, siapakah pihak yang harus dipersalahkan? Pada pandangan saya menuding jari tidak menyelesaikan sebarang masalah sebaliknya ketegasan pihak kerajaan khususnya Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan haruslah dipertanggungjawabkan kerana memberi kelulusan kepada pemaju-pemaju melalui pihak berkuasa tempatan.

Bukankah kementerian itu merupakan badan yang berada di bawah pentadbiran Perdana Menteri selaku kerajaan pemerintah? Kenapa selama ini tidak dibuat pemantauan bersepadu oleh Menteri dan Timbalan Menteri mereka dan seterusnya mengarahkan pihak berkuasa tempatan agar tidak meluluskan semua projek-projek yang dikenalpasti merbahaya? Kenapa kejadian runtuhan Highland Tower dan beberapa kes tanah runtuh di situ sebelum ini tidak mahu dijadikan iktibar? Apakah hanya melihat pada sudut keuntungan RM semata-mata sehingga ciri-ciri keselamatan seperti ini diabaikan?

Semoga selepas ini tidak akan ada lagi berlakunya bencana seumpama ini di mana-mana sahaja kawasan yang membabitkan cerun-cerun dan lereng-lereng bukit. Pihak kerajaan pemerintah haruslah lebih tegas membuat pemantauan dan berhati-hati meluluskan setiap projek-projek perumahan yang membabitkan kawasan berbukit. Ambillah iktibar daripada kejadian demi kejadian yang telah berlaku di sana sini.

5 Responses
  1. Anonymous Says:

    Salam saudara PP...

    Saya juga ucapkan takziah pd keluarga mangsa yg terlibat tapi pihak yg wajar dipersalahkan ialah:

    1. Pihak yg meluluskan projek
    2. Pihak pemaju perumahan
    3. Pemilik kediaman yg membeli

    Ketiga2 itu menyokong kehancuran dan kemusnahan. Yang akhirnya rugi dan mendapat bala ialah pemilik kerana membelinya sebagai tanda sokongan kepada pihak pertama dan pihak kedua.

    Demi prestij kehidupan di lereng bukit nyawa dipergadaikan kerana tak mahu memikirkan keselamatan keluarga. Apa nak buat nasi dah jadi bubur. Sesal kemudian tak berguna. Awal2 tak nak sesal. Cuma tahu mengaji tp tak nak fhm makna isikandungan Quran.


  2. Anonymous Says:

    al-fatihah pd mangsa korban yg islam dan takziah pd semua mangsa. ini semua satu suratan takdir ilahi yg telah ditentukan sejak azali.


  3. Anonymous Says:

    kerana kerakusan manusia akhirnya membawa padah dan bencana. siapa yg rugi? tanya diri... cari jawapan.


  4. kulatlapok Says:

    salam Pemuda Pelapis:

    Bukan itu sahaja, PBT ketika itu berada di bawah kekuasaan BN. Banyak agensi yang boleh dikaitakan antaranya:
    1. Majlis Perbandaran
    2. Pejabat Tanah
    3. Pejabat Daerah
    4. TNB
    5. JKR
    7. Wakil Rakyat
    8. Pejabat MB
    dan beberapa lagi yang berada dibawah kuasa kerajaan negeri..sooo
    KENAPA DAN MENGAPA SERTA BAGAIMANA PIHAK-PIHAK TERTENTU BOLEH MENDAPAT KELULUSAN..?????????????? Persoalan ini sehingga kini tidak terjawab sejak kes Higland Tower..


  5. Salam semua pengulas,

    Bacalah apa yang diperkatakan oleh saudara Datuk A kadir Jasin tentang musibah ini. Klik di sini untuk ke sana. Sama-samalah kita amati dan fikirkan akan kebenaran apa yang telah diperkatakan beliau.