Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Natal @ Merry Christmas khusus kepada mereka yang menyambut perayaan ini.

Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan seharusnya mengekalkan tradisi saling hormat-menghormati di antara satu sama lain demi keamanan dan ketenteraman sejagat. Hapuskanlah perasaan tidak senang hati di antara kaum sepertimana yang dibangkitkan oleh puak-puak DAP yang bukan Islam dan bukan Melayu.

Persengketaan hanya mengundang kepada perpecahan dan perbalahan. Rapatkanlah semula tali persaudaraan dan perpaduan di antara kaum-kaum di Malaysia. Hak Ketuanan Melayu tidak wajar dipertikaikan sama sekali kerana telah jelas bahawa asal-usulnya Malaysia adalah Tanah Melayu yang sememangnya menjadi hakmilik mutlak bangsa Melayu.

Kepada kaum bukan Melayu sila rujuk semula sejarah dan perlembagaan. Fahamilah apa yang terkandung khususnya "Kontrak Sosial" sebagaimana yang pernah diperjelaskan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelumnya.

Sekian semoga rakan-rakan kristian rakyat Malaysia bergembira dan ceria menyambut Merry X'mas.

6 Responses
  1. USD Says:

    Salam tuan,
    Stahu aku HARAM mengucapkan ucapan perayaan org kafir ni.TK


  2. Anonymous Says:

    Salam ustaz...

    Bila insan memegang title ustaz haruslah fhm erti maksud sebenar yg mana boleh dan tak boleh. Haram di segi apa? Niatnya mcm mana? Ustaz belajar di mana? Tambahkan lg ilmu agama jgn memalukan ustaz2 yg lain.


  3. Anonymous Says:

    i say man wish christmas haram ke? ustaz tak pernah ucapkan gong xi fa cai atau happy deepavali pd kwn2 bangsa tu ke? ckp biarlah serupa bikin. hampeh betul ustaz mcm kau nih.


  4. USD Says:

    Salam,
    Aku menyampaikan apa yg aku tau ja, utk lebih lanjut boleh refer di sini :

    http://pu3masjidtanah.blogspot.com/2008/12/hukum-mengucapkan-hari-krismas.html

    atau di sini:http://lamanbicara.blogspot.com/2004_12_19_archive.html

    atau disini: http://www.jomlayan.com/mybb/-qa-merayakan-perayaan-yang-bukan-muslim-t-17387.html

    atau mungkin di sini:http://azhan.wordpress.com/2008/12/24/begitu-ke/

    mungkin di sini juga:http://al-fikrah.net/News/article/sid=338.html

    dan di sini : http://bahaya-syirik.blogspot.com/2007/12/047-bolehkah-merayakan-perayaan-orang.html

    Wallahu 'Alam, mohon blindung drpd Allah'Azza Wa Jalla.


  5. Anonymous Says:

    W/salam ustaz...

    Baiklah kalau gitu yg ustaz kata adakah perlu kita ikut apa org lain kata? Maknanya kalau org lain mkn tahik kita pun kena ikut sama mkn tahik jugak ke? Berpada2lah...

    Jgn main hentam saje kalau tak confirm. Takkan tak tahu mcm mana cara Rasulullah melayani kaum2 kafir di zaman baginda khususnya seteru2 baginda? Kan saya dah ckp suruh ustaz belajar agama lagi utk tambahkan ilmu di dada. Jgn memalukan Islam lain dgn ilmu pengetahuan agama yg sempit.


  6. Anonymous Says:

    can u leave ur phone number to me???