Rakyat dihidangkan oleh Pak Lah dan Najib dengan pelbagai suruhanjaya sejak akhir-akhir ini. Penubuhan pelbagai suruhanjaya umpama satu aktiviti dan program semasa sebagai agenda Pak Lah yang dibantu dan mendapat sokongan Najib. Ternyata pemikiran Pak Lah dan Najib sungguh terbatas di dalam memacu negara ke hadapan.
Sekali imbas memanglah pada satu sudut pandangan penubuhan suruhanjaya itu sesuatu yang bagus tetapi di sudut lain pula seolah-olah Pak Lah dan Najib sama-sama mahu melepaskan tangan dengan segala kemelut yang berlaku dalam pentadbiran negara dan masalah-masalah yang melanda dalam negara. Masalah-masalah yang dihadapi cuba dijuruskan kepada satu badan untuk diberikan tanggungjawab memikulnya.
Dengan mewujudkan pelbagai suruhanjaya maka tugas dan tanggungjawab pemimpin tertinggi negara telah dipikul sebahagiannya oleh suruhanjaya-suruhanjaya yang telah ditubuhkan. Semua mereka-mereka yang berada dan diletakkan di bawah suruhanjaya yang ditubuhkan oleh pemimpin pemerintah masakini harus menjadi "Pak Angguk" dan sedia dengan rela menerima arahan bagi memikul tanggungjawab itu dan ini. Ini sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan kurang praktikal.
Sepatutnya dengan kekurangan tanggungjawab dan tugas yang dipikul oleh pemimpin pemerintah setelah mengagihkan sebahagian tugas kepada suruhanjaya-suruhanjaya yang telah ditubuhkan bermakna banyak masa terluang untuk dimanfaatkan oleh para pemimpin tertinggi di dalam mengorak usaha dan langkah ke arah membantu rakyat.
Namun apa yang dilihat Pak Lah dan Najib serta barisan kabinetnya masih gagal mengurustadbir negara dengan baik sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat jelata. Kepentingan rakyat jatuhnya ke belakang sedangkan kepentingan para pemimpin lebih diutamakan. Masing-masing sibuk dengan agenda politik untuk mengejar nama dan jawatan di samping mempertahankan kedudukan sendiri lebih-lebih lagi di dalam suasana sekarang di mana menjelangnya persidangan parti pada Mac 2009 nanti.
Sekarang ini negara heboh diberitakan dengan bencana-bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh yang menimpa di sana sini. Saya percaya pasti tindakan yang sama bakal dilakukan oleh Pak Lah dan Najib dengan mewujudkan sebuah suruhanjaya baru untuk diberikan tanggungjawab bagi membuat kajiselidik, siasatan dan pemantauan. Ini adalah sesuatu yang boleh dijangka oleh rakyat akibat kedua-dua pemimpin tertinggi negara ini mempunyai daya pemikiran yang amat terbatas sekali.
Kita tunggu dan lihat sahaja apakah suruhanjaya terbaru yang akan ditubuhkan oleh Pak Lah dan Najib serta barisan kabinet di bawah kepimpinan mereka berdua untuk menangani bencana-bencana yang menimpa rakyat.

berapa byk suruhanjaya daaa...
Jika terlalu banyak suruhanjaya ditubuhkan lama2 menteri2 semua semakin malas buat kerja dan negara semakin mundur kerana melepaskan responsibiliti kpd pihak lain.
MALAYSIA BOLEH! PAKLAH N PAKJIB OK JER JANJI NAMPAK MCM BUAT KEJE TP SEBENARNYA LEPAS TGN BETOI LA HANG KATA TU