Portal akhbar Berita Harian pada 9 Disember 2008 telah melaporkan berita mengelirukan orang ramai kononnya mangsa kelima runtuhan kediaman mewah di Bukit Antarabangsa telah ditemui dalam keadaan reput. Rujuk petikan di bawah atau klik di sini...
Sementara Buletin Utama 9 Disember 2008 pada jam 8:00PM sebentar tadi pula memaparkan kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mengatakan bahawa penemuan berbau busuk itu ialah bangkai binatang peliharaan yang telah reput dan bukannya mayat manusia warga Sri Lanka yang dikatakan pembantu rumah kepada mendiang Dr N Yogeswari yang maut dalam kejadian itu.
Inilah gara-gara berlumba-lumba ingin melaporkan berita mutakhir sehingga ianya mengelirukan orang ramai. Semua wartawan media dinasihatkan agar berhati-hatilah di dalam membuat laporan. Janganlah anda menjadi ghairah tidak tentu pasal dan bertanggungjawablah membuat laporan berita mutakhir yang sebenar-benarnya.
Kejadian tanah runtuh yang mengorbankan nyawa dan harta-benda ini bukan satu berita hiburan atau pun gossip tetapi satu bencana alam atau tragedi malang yang menimpa keluarga mangsa yang terbabit. Maka tidak perlu gopoh untuk membuat sebarang laporan. Selidiki dahulu akan kebenarannya sebelum menyiarkan berita. Jadilah wartawan yang benar-benar bertanggungjawab.
Mangsa kelima ditemui petang tadi
KUALA LUMPUR: Mangsa kelima tragedi 14 banglo tertimbus di Bukit Antarabangsa, di Ampang, ditemui kira-kira jam 5.40 petang tadi, berhampiran kediaman mendiang Dr N Yogeswari.
Pasukan penyelamat menemui mayat yang dipercayai pembantu doktor haiwan warga Sri Lanka itu reput berhampiran tempat majikannya itu ditemui pada hari kejadian, Sabtu lalu.
Polis bagaimanapun belum dapat memastikan identiti mangsa terbabit setakat ini berikutan keadaan mayatnya yang sudah reput.
Sementara Buletin Utama 9 Disember 2008 pada jam 8:00PM sebentar tadi pula memaparkan kenyataan Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mengatakan bahawa penemuan berbau busuk itu ialah bangkai binatang peliharaan yang telah reput dan bukannya mayat manusia warga Sri Lanka yang dikatakan pembantu rumah kepada mendiang Dr N Yogeswari yang maut dalam kejadian itu.
Inilah gara-gara berlumba-lumba ingin melaporkan berita mutakhir sehingga ianya mengelirukan orang ramai. Semua wartawan media dinasihatkan agar berhati-hatilah di dalam membuat laporan. Janganlah anda menjadi ghairah tidak tentu pasal dan bertanggungjawablah membuat laporan berita mutakhir yang sebenar-benarnya.
Kejadian tanah runtuh yang mengorbankan nyawa dan harta-benda ini bukan satu berita hiburan atau pun gossip tetapi satu bencana alam atau tragedi malang yang menimpa keluarga mangsa yang terbabit. Maka tidak perlu gopoh untuk membuat sebarang laporan. Selidiki dahulu akan kebenarannya sebelum menyiarkan berita. Jadilah wartawan yang benar-benar bertanggungjawab.
berita harian bkn berita mutakhir tp berita muntah air. hampeh!!!
Saudara Anonymous
Berita muntah air ke berita mustahil? Dia org tu buat laporan sbb nakkan nama bknnya ikhlas sgt. Main hentam kromo ajelah. Maklumlah nak berlumba dgn media2 lain sape cepat siarkan berita terkini.
dah tau silap tak nak pulak keluarkan kenyataan ralat kepada pembaca. mmg portal akhbar arus perdana jenis tak bertanggungjawab.