Ingin saya paparkan semula sebahagian petikan berita Utusan Malaysia pada 14 Disember 2008 mengenai kenyataan dan ulasan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak tentang pilihanraya kecil (PRK) parlimen P036 - Kuala Terengganu yang akan diadakan pada 17 Januari 2009 akan datang. Perihal ini menarik minat saya untuk dibuat sedikit ulasan.
Berkenaan ulasan dan kenyataan Dato' Seri Najib itu, saya ingin pecahkan ia kepada dua bahagian sahaja seperti berikut:
1. Dato' Seri Najib yang juga bakal Presiden baru Umno menyeru dalam kebimbangan agar semua pihak merapatkan barisan untuk bekerjasama dan bersatu hati di dalam memastikan kejayaan BN mengekalkan kerusi parlimen P036 - Kuala Terengganu dengan maksud supaya ianya tidak terlepas ke tangan calon PAS dan sekaligus akan mengurangkan satu lagi kerusi BN di Dewan Rakyat.
Komen Pemuda Pelapis:
Kenapa hanya di ketika adanya pilihanraya kecil atau pilihanraya umum sahaja baru semua pemimpin mahu sedar betapa perlunya kita ahli-ahli parti merapatkan barisan dan bersatupadu? Kenapa seruan ini tidak diendahkan atau tidak mahu diambil peduli pada hari-hari biasa agar sepanjang masa parti Umno dan semua parti komponen BN berada di dalam kesatupaduan dan harmoni?
Wajarkah di dalam sebuah parti seperti BN khususnya Umno itu sendiri wujudnya kelompok-kelompok kumpulan tertentu sepertimana yang kita sedia maklum? Tidakkah ini hipokrit namanya?
2. Kata Dato' Seri Najib lagi ia perlu bermula di semua peringkat kerana jika pemimpin di atas sudah molek (baik) maka di bawah juga akan turut molek. Begitulah seadanya harapan yang digambarkan oleh pemimpin nombor dua negara ini. Di samping itu beliau turut menyelitkan satu selingan kenyataan yang menuding jari kepada ahli-ahli parti akibat kekalahan BN di Terengganu dalam pilihanraya umum tahun 1999 dahulu.
Komen Pemuda Pelapis:
Ini amat menarik kepada saya kerana saya sangkakan selama ini tiada pemimpin tertinggi yang mahu sedar betapa perlunya contoh teladan kepimpinan yang baik-baik (molek) di peringkat atasan agar kepimpinan bawahan akan mencontohinya dan menjadi elok belaka.
Kenapa saya katakan begini? Selama ini saya perhatikan Umno dan BN memang mengamalkan slogan "Kepimpinan Melalui Teladan" sejak berdekad-dekad lamanya dan apa yang dilakukan oleh kepimpinan atasan maka akan dicontohi oleh kepimpinan di peringkat bawahan. Jika baik dilakukan di pihak pemimpin tertinggi maka baik jugalah diikuti oleh pihak pemimpin bawahan dan begitulah sebaliknya.
Soal kekalahan BN di Terengganu kepada PAS pada PRU10 tahun 1999 dahulu tidak wajar dipersalahkan kepada ahli-ahli parti akibat tidak memberikan sokongan padu kepada BN tetapi sebenarnya kepimpinan atasan di peringkat negeri Terengganu yang mengabaikan kepentingan semua pihak sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli.
Keadaan yang berpuak-puak dan mementingkan kroni oleh kepimpinan BN negeri juga telah memberi impak negatif kepada BN sendiri serta kredit mudah kepada parti lawan disebabkan ahli-ahli merasa bosan dan meluat.
Samalah juga keadaannya yang telah berlaku pada PRU12 - 8 Mac 2008 yang lalu.
Sejak pengambilalihan kuasa oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi daripada Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu, yang terserlah ialah kegilaan kuasa dan juga kegilaan mengaut projek-projek mega dan super mega yang telah dikronikan maka di peringkat bawahan turut mengamalkannya sehingga keadaan menjadi berpecah-belah dan menyulitkan situasi politik dalaman itu sendiri.
Ini telah mewujudkan kelompok-kelompok kumpulan tertentu yang menyokong dan tidak menyokong kepimpinan atasan akibat lahirnya perasaan tidak berpuas hati di kalangan ahli-ahli kerana adanya diskriminasi yang ketara yang dipacu oleh kepimpinan tertinggi parti.
Sungguhpun situasi cuba ditutupi dengan agenda memerangi rasuah secara besar-besaran tetapi rakyat khususnya ahli-ahli parti masih tidak buta untuk menilai siapa sebenarnya pemimpin di atas. Dari situlah juga punca kenapa ahli-ahli parti sendiri yang bertindak belot mengundi parti lawan pada PRU12 yang lalu.
Pak Lah boleh berbangga setelah terpilih oleh Tun Dr Mahathir sebagai pengganti Perdana Menteri namun kebanggaan diri Pak Lah menerajui negara untuk tempoh 5 tahun ini akan menjadi satu kebencian dan kehinaan bagi dirinya di dalam lipatan sejarah untuk tempoh masa 50 tahun akan datang. Begitulah desas-desus yang didengari daripada ibu pejabat Umno sendiri.
Bermakna orang-orang dekat di sekeliling Pak Lah sendiri turut bermuka-muka dengan Pak Lah selama ini. Sekarang tahulah kita sejauh mana kepengaruhan sebenar Pak Lah. Beliau hanya dihormati dalam kepura-puraan kerana kuasa yang ada di tangannya tetapi bukan atas dasar kredibiliti dan kepimpinannya.
Mengenai kekalahan BN dalam PRU pula, memanglah mudah bagi pucuk kepimpinan tertinggi untuk menilai kononnya situasi yang berlaku itu dianggap sebagai satu pengkhianatan ahli-ahli terhadap parti tetapi pernahkan di pihak pucuk kepimpinan tertinggi bermuhasabah akan diri sendiri masing-masing kenapa perihal seperti ini boleh terjadi? Apakah masih tidak memperolehi hasil yang positif daripada bedah-siasat (post-mortem) yang pernah dibuat?
Pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin yang bertiup tetapi hari ini banyak pihak mengatakan pokok telah bergoyang kuat bukan hanya kerana tiupan angin atau ribut semata-mata bahkan dengan adanya beruk-beruk yang berpaut dan menggoncangkan pokok maka sebab itulah ianya bergoyang makin kuat sehingga hampir tumbang menyembah bumi.
Puncanya adalah kerana salahlaku-salahlaku daripada pihak kepimpinan tertinggi juga sehingga menjurusnya keadaan yang telah berlaku pada PRU12 itu. Kalau sudah wujud kesedaran tentang perkara ini maka syukurlah tetapi jangan hanya sedar untuk seketika kerana akan menghadapi pilihanraya kecil sahaja. Diharapkan kesedaran ini akan kekal berpanjangan sampai bila-bila.
Suka atau tidak suka, Umno dan BN harus akur dan sedar jika ingin terus kekal untuk menjadi sebuah parti tunggak pemerintahan negara. Pucuk kepimpinan tertinggi khususnya pemimpin nombor satu dan nombor dua negara diibarat sebagai kepala keretapi yang menggerakkan banyak gerabak di belakangnya.
Jika kepala keretapi ini tergelincir daripada landasannya sudah tentulah ia akan turut mengheret kemusnahan kesemua gerabak-gerabak yang dibawa di belakangnya tetapi kalau hanya sebuah dua sahaja di antara gerabak-gerabak tersebut yang tergelincir, belum tentu kepala keretapi itu akan turut terjunam daripada landasannya. Fikir-fikirkanlah.
Untuk mencapai kemenangan itu, Najib meminta semua ahli UMNO dan BN supaya merapatkan barisan dan bersatu hati tanpa mengira siapa calon yang akan dipilih bertanding dalam pilihan raya kecil itu nanti.
"Saya mahu semua pihak di peringkat bahagian, negeri dan kebangsaan bekerjasama dan bersatu padu dalam memastikan kejayaan ini".
"Ia perlu bermula daripada peringkat pemimpin kerana jika di atas sudah molek (baik) maka di bawah juga akan molek," ujarnya.
Beliau memberitahu, kekalahan yang dialami oleh BN di Terengganu pada pilihan raya umum 1999 bukan kerana parti pembangkang kuat tetapi ahli UMNO sendiri tidak menyokong parti.
"Ahli-ahli UMNO sendiri sanggup mengkhianati dan bermuka-muka dengan kita. Mereka tidak sokong parti berikutan pemimpin pilihan mereka tidak dipilih sebagai calon untuk bertanding," jelasnya.
Rujuk berita penuh di sini...
Berkenaan ulasan dan kenyataan Dato' Seri Najib itu, saya ingin pecahkan ia kepada dua bahagian sahaja seperti berikut:
1. Dato' Seri Najib yang juga bakal Presiden baru Umno menyeru dalam kebimbangan agar semua pihak merapatkan barisan untuk bekerjasama dan bersatu hati di dalam memastikan kejayaan BN mengekalkan kerusi parlimen P036 - Kuala Terengganu dengan maksud supaya ianya tidak terlepas ke tangan calon PAS dan sekaligus akan mengurangkan satu lagi kerusi BN di Dewan Rakyat.
Komen Pemuda Pelapis:
Kenapa hanya di ketika adanya pilihanraya kecil atau pilihanraya umum sahaja baru semua pemimpin mahu sedar betapa perlunya kita ahli-ahli parti merapatkan barisan dan bersatupadu? Kenapa seruan ini tidak diendahkan atau tidak mahu diambil peduli pada hari-hari biasa agar sepanjang masa parti Umno dan semua parti komponen BN berada di dalam kesatupaduan dan harmoni?
Wajarkah di dalam sebuah parti seperti BN khususnya Umno itu sendiri wujudnya kelompok-kelompok kumpulan tertentu sepertimana yang kita sedia maklum? Tidakkah ini hipokrit namanya?
2. Kata Dato' Seri Najib lagi ia perlu bermula di semua peringkat kerana jika pemimpin di atas sudah molek (baik) maka di bawah juga akan turut molek. Begitulah seadanya harapan yang digambarkan oleh pemimpin nombor dua negara ini. Di samping itu beliau turut menyelitkan satu selingan kenyataan yang menuding jari kepada ahli-ahli parti akibat kekalahan BN di Terengganu dalam pilihanraya umum tahun 1999 dahulu.
Komen Pemuda Pelapis:
Ini amat menarik kepada saya kerana saya sangkakan selama ini tiada pemimpin tertinggi yang mahu sedar betapa perlunya contoh teladan kepimpinan yang baik-baik (molek) di peringkat atasan agar kepimpinan bawahan akan mencontohinya dan menjadi elok belaka.
Kenapa saya katakan begini? Selama ini saya perhatikan Umno dan BN memang mengamalkan slogan "Kepimpinan Melalui Teladan" sejak berdekad-dekad lamanya dan apa yang dilakukan oleh kepimpinan atasan maka akan dicontohi oleh kepimpinan di peringkat bawahan. Jika baik dilakukan di pihak pemimpin tertinggi maka baik jugalah diikuti oleh pihak pemimpin bawahan dan begitulah sebaliknya.
Soal kekalahan BN di Terengganu kepada PAS pada PRU10 tahun 1999 dahulu tidak wajar dipersalahkan kepada ahli-ahli parti akibat tidak memberikan sokongan padu kepada BN tetapi sebenarnya kepimpinan atasan di peringkat negeri Terengganu yang mengabaikan kepentingan semua pihak sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan ahli-ahli.
Keadaan yang berpuak-puak dan mementingkan kroni oleh kepimpinan BN negeri juga telah memberi impak negatif kepada BN sendiri serta kredit mudah kepada parti lawan disebabkan ahli-ahli merasa bosan dan meluat.
Samalah juga keadaannya yang telah berlaku pada PRU12 - 8 Mac 2008 yang lalu.
Sejak pengambilalihan kuasa oleh Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi daripada Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu, yang terserlah ialah kegilaan kuasa dan juga kegilaan mengaut projek-projek mega dan super mega yang telah dikronikan maka di peringkat bawahan turut mengamalkannya sehingga keadaan menjadi berpecah-belah dan menyulitkan situasi politik dalaman itu sendiri.
Ini telah mewujudkan kelompok-kelompok kumpulan tertentu yang menyokong dan tidak menyokong kepimpinan atasan akibat lahirnya perasaan tidak berpuas hati di kalangan ahli-ahli kerana adanya diskriminasi yang ketara yang dipacu oleh kepimpinan tertinggi parti.
Sungguhpun situasi cuba ditutupi dengan agenda memerangi rasuah secara besar-besaran tetapi rakyat khususnya ahli-ahli parti masih tidak buta untuk menilai siapa sebenarnya pemimpin di atas. Dari situlah juga punca kenapa ahli-ahli parti sendiri yang bertindak belot mengundi parti lawan pada PRU12 yang lalu.
Pak Lah boleh berbangga setelah terpilih oleh Tun Dr Mahathir sebagai pengganti Perdana Menteri namun kebanggaan diri Pak Lah menerajui negara untuk tempoh 5 tahun ini akan menjadi satu kebencian dan kehinaan bagi dirinya di dalam lipatan sejarah untuk tempoh masa 50 tahun akan datang. Begitulah desas-desus yang didengari daripada ibu pejabat Umno sendiri.
Bermakna orang-orang dekat di sekeliling Pak Lah sendiri turut bermuka-muka dengan Pak Lah selama ini. Sekarang tahulah kita sejauh mana kepengaruhan sebenar Pak Lah. Beliau hanya dihormati dalam kepura-puraan kerana kuasa yang ada di tangannya tetapi bukan atas dasar kredibiliti dan kepimpinannya.
Mengenai kekalahan BN dalam PRU pula, memanglah mudah bagi pucuk kepimpinan tertinggi untuk menilai kononnya situasi yang berlaku itu dianggap sebagai satu pengkhianatan ahli-ahli terhadap parti tetapi pernahkan di pihak pucuk kepimpinan tertinggi bermuhasabah akan diri sendiri masing-masing kenapa perihal seperti ini boleh terjadi? Apakah masih tidak memperolehi hasil yang positif daripada bedah-siasat (post-mortem) yang pernah dibuat?
Pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin yang bertiup tetapi hari ini banyak pihak mengatakan pokok telah bergoyang kuat bukan hanya kerana tiupan angin atau ribut semata-mata bahkan dengan adanya beruk-beruk yang berpaut dan menggoncangkan pokok maka sebab itulah ianya bergoyang makin kuat sehingga hampir tumbang menyembah bumi.
Puncanya adalah kerana salahlaku-salahlaku daripada pihak kepimpinan tertinggi juga sehingga menjurusnya keadaan yang telah berlaku pada PRU12 itu. Kalau sudah wujud kesedaran tentang perkara ini maka syukurlah tetapi jangan hanya sedar untuk seketika kerana akan menghadapi pilihanraya kecil sahaja. Diharapkan kesedaran ini akan kekal berpanjangan sampai bila-bila.
Suka atau tidak suka, Umno dan BN harus akur dan sedar jika ingin terus kekal untuk menjadi sebuah parti tunggak pemerintahan negara. Pucuk kepimpinan tertinggi khususnya pemimpin nombor satu dan nombor dua negara diibarat sebagai kepala keretapi yang menggerakkan banyak gerabak di belakangnya.
Jika kepala keretapi ini tergelincir daripada landasannya sudah tentulah ia akan turut mengheret kemusnahan kesemua gerabak-gerabak yang dibawa di belakangnya tetapi kalau hanya sebuah dua sahaja di antara gerabak-gerabak tersebut yang tergelincir, belum tentu kepala keretapi itu akan turut terjunam daripada landasannya. Fikir-fikirkanlah.
abe dah tulis dalam blog dah....bacalah yeee sebab pas akan guna strategi BABI iaitu "bring anok bini in...." dan misi KT iaitu "kuat temberang..."
http://aberamly.wordpress.com
http://ramlyotai.blogspot.com
Oh ya ke! Abg Ramly tulis di bawah tajuk apa tu? Harap dapat berikan pautan kepada tajuk berkenaan (jika ada) supaya senang pengunjung nak membuat rujukan. Terima kasih.
Syabas saudara PP...
Perenggan2 akhir itu satu perumpamaan yg cukup baik utk difikirkan oleh semua org khasnya pemimpin2 BN dan ahli2 UMNO.
Kalau nak faham, fahamlah semua. Pedas berbisa menikam kalbu. Siapa makan cili dialah terasa pedasnya.
Teruskan perjuanganmu wahai Pemuda Pelapis...
najib dah mula tunjuk bunga2 nak warisi perangai pak lah suka tuding jari cari kesalahan org lain. citer 1999 masih ungkit lg ke? salah sape? kau tu bagus sgt ke najib? woi najib kau dgn pak lah apa kurangnya khianat pd agama, bangsa dan negara. berkarung2 dah duit rakyat kau rembat bagi anak bini kau mencekik. halal haram kau apa peduli?
Pada ramalan saya, BN kalah dalamPRK 17 jan.09
Majoriti adalah 1709 bersempena tarikh tersebut
add ko beli nombor ekor la 1709 ramalan ko tu... kena first prize nallek ah... tp jgn lupa belanja aku wei...
240309 toto 6d ko x nak try ke add? tu kan date perhimpunan umno nnt... kaya tu kalo strike first prize... hehehe!
Anonymous Dayus, keluar la tonjol identiti kalau berani!!!.
Hebat betul anda sehinggakan beri status toto. Bertaubatlah hantu anonymous!!!!.
Cukup dan bersyukur rezeki yang Allah kurniakan buat saya selama ini...
add takkan ko nak marah aku kot... aku ckp je sbg cadangan tak semesti ko kena beli... ramai pe melayu kaki ekor... entah2 ko mmg kaki toto ke mana nak tau kan! hehehe...
psl status anonymous takpelah janji ko fhm aku ni melayu dari bahasa aku tulis... steady la bro...
Salam sejahtera kepada semua pengulas,
Terima kasih saya ucapkan kepada anda semua untuk menyertai komen berkenaan topik ini. Saya harap ulasan yang dibuat biarlah berkaitan dengan artikel yang saya tulis dan tidak tersasar keluar daripada apa yang sedang diperbincangkan.
Kerjasama dan sokongan anda semua amatlah dihargai. Sila berikan komen yang lebih bernas untuk sama-sama kita kongsikan dengan rakan-rakan yang lain supaya di pihak kepimpinan tertinggi mampu mengambil teguran kita sebagai satu iktibar di dalam mempertingkatkan kualiti perkhidmatan mereka untuk manfaat rakyat dan negara.
Sekian dimkalumkan.