Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Merafak sembah salam tahniah diucapkan kepada Tunku Mukhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir di atas pelantikan dan pemasyhuran baginda sebagai DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Akhirnya empunya hak dan takhta telah kembali memayungi seluruh tanah jajahan Negeri Sembilan Darul Khusus pada usia 59 tahun setelah menanti di Seri Menanti selama lebih kurang 40 tahun dengan penuh kesetiaan dan kesabaran kerana terpaksa akur atas dasar faktor usia baginda yang terlalu muda pada ketika itu dan laluan diberikan kepada bapa saudaranya, Almarhum Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, yang baru mangkat dan dimakamkan petang semalam dengan penuh adat istiadat Pepatih.

Sekali lagi tahniah dan syabas diucapkan kepada DYMM Tuanku. Juga kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Ikhlas daripada: PEMUDA PELAPIS

4 Responses
  1. Salam Tuan.

    Kok dah memang Tuanku punya takhta, pusing2 pun tak ke mana.

    Daulat Tuanku.


  2. Anonymous Says:

    DAULAT TUANKU!
    DAULAT TUANKU!
    DAULAT TUANKU!

    BAGAIKAN SIRIH PULANG KE GANGGANG


  3. ~PakKaramu~ Says:

    Selamat menyambut tahun baru yang penuh dengan cabaran dan keruntuhan


  4. Anonymous Says:

    Very good!