Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis

Al-Fatihah buat Almarhum DYMM Yang Di Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Jaafar Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman, 86 yang telah kembali kerahmatullah tepat jam 11:45 pagi tadi di Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan.

Saya dan keluarga merafak sembah salam takziah buat seluruh Kerabat Di Raja Negeri Sembilan khususnya kepada DYMM Tuanku Ampuan, Tuanku Najihah Binti Tunku Besar Burhanuddin, 84 serta putera dan puteri baginda.

Kami turut merasa sayu dan sedih mendengar berita tengahari tadi yang memaklumkan kemangkatan baginda yang kembali kepangkuan Ilahi pagi tadi setelah mengadu sakit dada dan dibawa ke hospital. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa-dosa almarhum baginda serta mencucuri rahmat ke atas roh almarhum baginda dan menempatkan almarhum baginda di kalangan para solihin. Amin!

Ikhlas daripada: PEMUDA PELAPIS

3 Responses
  1. pemuda pelapis tak sokong najib?

    habis sokong sapa:-)











    (( Renungkan )) Ke Mana Kita Mahu Pergi?
    http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
    Forum Generasi Muda
    http://Forum1Malaysia.blogspot.com
    Pakatan Antara Parti Lawan Tidak Kekal
    http://pro-faizal.blogspot.com


  2. Salam saudara Faizal,

    Maaf tidak sesuai untuk saya membuat penjelasan di bawah topik ini bagi persoalan yang dikemukakan itu. Insyallah akan saya ulas pertanyaan saudara itu dalam sedikit masa lagi mungkin dalam penulisan topik baru yang khas kerana sebelum ini saya turut menerima beberapa email yang bertanyakan soalan yang sama seperti saudara.

    Sekian dimaklumakan. Salam perjuangan.


  3. Anonymous Says:

    where you come from!