Sebahagian gambar-gambar pilihan sekitar Perhimpunan Agung UMNO yang berlangsung baru-baru ini yang sempat dirakamkan.













Serahkan peluang bagi Perwakilan UMNO - Dr. M
22/03/2009 7:27pm
KUALA LUMPUR 22 Mac — Umno perlu menyerahkan kepada perwakilan dalam perhimpunan Agung parti itu mulai Selasa ini bagi memulihkan imej serta mengembalikan keyakinan rakyat terhadap parti itu, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Peluang (ketiga) itu terletak di tangan perwakilan di mana sekiranya perwakilan turut pilih orang yang terlibat dengan rasuah maka satu lagi peluang Umno (untuk pulihkan kedudukan) akan hilang. Baca selanjutnya...
Dr M: Mohd Ali patut letak jawatan KM
Jimadie Shah Othman | Mar 19, 09 6:39pm
Setelah didapati bersalah oleh Lembaga Disiplin UMNO atas tuduhan mengamalkan politik wang, Dato' Seri Mohd Ali Rustam patut mengosongkan jawatan Ketua Menteri Melaka, kata mantan Perdana Menteri.
"Ya, itu pandangan saya. Saya bukan ahli UMNO pun. Tetapi itu pandangan saya. Apabila sesuatu pengadilan dibuat, ia mestilah konsisten dan digunapakai terhadap semua orang, dalam situasi yang sama.
"(Sebagai contoh) kita tidak boleh kata, orang ini bersalah membunuh seseorang, jadi dia patut digantung. Untuk orang ini pula, oleh kerana dia orang penting, tidak perlu digantung. Kita tidak boleh cakap macam itu," kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Mantan Presiden UMNO itu menegaskan ketika ditanya soalan sama ada Mohd Ali patut kekal sebagai Ketua Menteri ekoran keputusan Lembaga Disiplin UMNO. Baca selanjutnya di sini...
Penduduk Puchong kesal dengan Gobind
KUALA LUMPUR 16 Mac - Penduduk kawasan Puchong kesal dengan tindak-tanduk Ahli Parlimen mereka, Gobind Singh Deo sehingga digantung daripada menghadiri sidang Parlimen selama 12 bulan. Baca selanjutnya di sini...
Wakil rakyat DAP digantung tugas setahun isu Najib-Altantuya
Rahmah Ghazali | Mar 16, 09 12:24pm
Wakil rakyat DAP Gobind Singh Deo digantung tugas sebagai ahli parlimen selama setahun selepas mengaitkan timbalan perdana menteri dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.
Usul yang dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz diluluskan melalui undi mulut selepas dibahas selama kira-kira 40 minit. Baca selanjutnya di sini...
Karpal dijangka didakwa esok
Mar 16, 09 7:41pm
Pengerusi DAP, Karpal Singh dijangka dihadapkan di mahkamah esok mengikut Akta Hasutan kerana mengancam untuk menyaman Sultan Perak ekoran krisis politik di negeri tersebut.
Ketika dihubungi petang ini, Karpal berkata, beliau telah dimaklumkan akan didakwa mengikut Akta Hasutan esok. Baca selanjutnya di sini...
Ujar Prof. Dr Aziz Bari;
“Seperti yang saya berulangkali katakan tindakan sultan melantik Zambry itu tidak salah tetapi saya fikir ia tidak wajar di dalam senario di Perak kerana ia jelas tidak menyelesaikan masalah. Malah kita mendapat masalah baru yang kemudiannya memaksa sidang diadakan di bawah pokok,” ujarnya.
Juru ukur didakwa hantar komen menghina Sultan Perak
PETALING JAYA 13 Mac - Seorang juru ukur tanah berusia 36 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan berkaitan menghantar komen bersifat jelik dalam komen melalui internet untuk menghina Sultan Perak.
Nor Hisham Osman didakwa telah menggunakan aplikasi iaitu internet melalui alamat Internet Protokol 118.101.116.160 secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelek sifatnya iaitu: ``..........,........``di http://books.dreambook.com.webper/dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat DYMM Sultan Perak iaitu www.sultan. perak.gov.my dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 12.34 tengah hari, 11 Februari lalu di No. 16-01-06, Blok 16 Pangsapuri Sri Indah, Taman Lestari Perdana, Sri Kembangan dekat sini.
Mahkamah membenarkan Nor Hisham yang diwakili peguam Edmund Bon dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 14 April ini. - Utusan
Pemilik kedai telefon bimbit didakwa hina Sultan Perak
KOTA KINABALU 13 Mac – Seorang pemilik kedai telefon bimbit didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi komen-komen dalam blog yang menjurus kepada perbuatan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.
Dalam pendakwaan kira-kira pukul 9 pagi itu, tertuduh, Rutinin Suhaimin, 35, yang berasal dari Kundasang, Ranau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Hakim, Ummu Kalthom Abdul Samad memutuskan tarikh 25 dan 26 Mei ini perbicaraan kes tersebut.
Tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 dengan deposit sebanyak RM5,000 bersama dua penjamin dari Ranau dan Kota Kinabalu. - Utusan
Pembantu makmal didenda RM10,000 tulis komen hina sultan
KUALA LUMPUR 13 Mac – Seorang pembantu makmal didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menulis komen yang menghina Sultan Perak dalam satu laman web pada Februari lalu.
Hakim, Rozana Ali Yusoff memerintahkan Azrin Md. Zain, 33, dipenjara lima bulan jika dia gagal menjelaskan denda tersebut.
Azrin adakah salah seorang daripada enam yang dituduh di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 hari ini dan yang pertama disabit di bawah seksyen itu. - Utusan