Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Semua penghina-penghina Tuanku Sultan Perak yang telah berjaya dicekup dan didakwa di mahkamah amat wajar diheret menghadap DYMM Sultan Azlan Shah di Istana Kinta, Ipoh, Perak.

Oleh kerana Tuanku Sultan Perak yang telah menjadi mangsa yang dihina dan dicaci oleh mereka ini maka biarkan Tuanku Sultan Perak sahaja yang menjatuhkan hukuman yang lebih setimpal ke atas perlakuan biadab penderhaka-penderhaka ini.

Berikut ini adalah petikan penuh laporan media.

Juru ukur didakwa hantar komen menghina Sultan Perak

PETALING JAYA 13 Mac - Seorang juru ukur tanah berusia 36 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan berkaitan menghantar komen bersifat jelik dalam komen melalui internet untuk menghina Sultan Perak.

Nor Hisham Osman didakwa telah menggunakan aplikasi iaitu internet melalui alamat Internet Protokol 118.101.116.160 secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komen yang jelek sifatnya iaitu: ``..........,........``di http://books.dreambook.com.webper/dul1.html yang mempunyai pautan kepada laman web pejabat DYMM Sultan Perak iaitu www.sultan. perak.gov.my dengan niat untuk menyakiti hati orang lain.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada pukul 12.34 tengah hari, 11 Februari lalu di No. 16-01-06, Blok 16 Pangsapuri Sri Indah, Taman Lestari Perdana, Sri Kembangan dekat sini.

Mahkamah membenarkan Nor Hisham yang diwakili peguam Edmund Bon dibebaskan dengan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 14 April ini. - Utusan


Pemilik kedai telefon bimbit didakwa hina Sultan Perak

KOTA KINABALU 13 Mac – Seorang pemilik kedai telefon bimbit didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memberi komen-komen dalam blog yang menjurus kepada perbuatan menghina Sultan Perak, Sultan Azlan Shah.

Dalam pendakwaan kira-kira pukul 9 pagi itu, tertuduh, Rutinin Suhaimin, 35, yang berasal dari Kundasang, Ranau mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.

Hakim, Ummu Kalthom Abdul Samad memutuskan tarikh 25 dan 26 Mei ini perbicaraan kes tersebut.

Tertuduh dikenakan jaminan sebanyak RM10,000 dengan deposit sebanyak RM5,000 bersama dua penjamin dari Ranau dan Kota Kinabalu. - Utusan


Pembantu makmal didenda RM10,000 tulis komen hina sultan

KUALA LUMPUR 13 Mac – Seorang pembantu makmal didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan menulis komen yang menghina Sultan Perak dalam satu laman web pada Februari lalu.

Hakim, Rozana Ali Yusoff memerintahkan Azrin Md. Zain, 33, dipenjara lima bulan jika dia gagal menjelaskan denda tersebut.

Azrin adakah salah seorang daripada enam yang dituduh di bawah Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 hari ini dan yang pertama disabit di bawah seksyen itu. - Utusan

Pihak berkuasa perlu lebih tegas untuk memburu lebih ramai lagi penderhaka-penderhaka yang masih bebas di luar. Mereka ini boleh dikesan di laman-laman blog pemimpin dan penyokong pakatan haram PR yang sering menghamburkan kata-kata nista bertujuan mencaci Tuanku Sultan Perak ekoran krisis politik di negeri Perak Darul Ridzuan.

Di antara blog-blog yang sering menjadi tumpuan makhluk-makhluk hina ini berkerumun melempiaskan maki-hamun, mencarut, mencaci dan menghina ialah di blog http://perisik-rakyat.com, http://perakexpress.com, http://kulupsakah.blogspot.com, http://anwaribrahimblog.com dan banyak lagi blog-blog seumpamanya.

Pihak berkuasa bolehlah membuat pemantauan pada ruangan penulisan blogger-blogger berkenaan berkaitan topik-topik krisis di negeri Perak serta di ruangan komentar oleh pengunjung blog-blog tersebut. Juga boleh melayari blog pautan saya di media youtube.com - klik di sini untuk mentelaah segala komentar berkaitan video krisis di negeri Perak yang lalu.

1 Response
  1. http://pkrpasdap.blogspot.com

    penderhaka atau pejuang?