Bunyinya macam biasa kita dengar. Ia sering disebut malahan telah juga dilagukan oleh tiga jejaka Tionghua penyanyi tanahair kita, Kenny, Remy dan Martin. Lagunya masih terus popular.
Namun di sini bukanlah saya mahu menceritakan tentang lagu tetapi mahu menyingkap situasi yang telah berlaku dalam politik semasa khususnya di Perak, sejak kebelakangan ini.
Pepatah "sudah jatuh ditimpa tangga" juga mungkin sesuai untuk digunakan dalam mengisahkan keadaan yang telah berlaku di Perak kerana ia menepati realiti sebenar.
Bermula pada tanggal 4 Februari 2009 lalu telah membawa kejatuhan kerajaan pakatan haram PR di Perak yang diisytiharkan secara rasmi pada keesokannya, 5 Februari 2009 apabila BN mendapat 3 sokongan ADUN Bebas yang keluar daripada pakatan haram PR berserta seorang ADUN yang telah kembali semula kepangkuan BN.
Tidak sampai pun 11 bulan memerintah negeri Perak, pakatan haram PR telah tumbang ke tangan BN. Ini berpunca dari salahlaku diri mereka sendiri. Mereka terlalu angkuh dan sombong setelah berjaya mendapat kuasa.
Mereka merasa hebat dan bangga memulakan adegan lompat katak tetapi akhirnya dalam masa cuma beberapa hari sahaja senjata telah makan tuan. Inilah tanda kekuasaan Allah SWT.
Mereka memulakan dan mereka juga yang menerima padahnya. Mimpi ngeri mereka sebelum ini telah benar-benar menjadi satu peristiwa ngeri yang tidak mungkin mampu dilupakan oleh pakatan haram PR.
Untuk mengelakkan kemaluan diri sendiri mereka buat perangai dan membuat onar sehingga ke hari ini demi menegakkan benang basah di samping cuba mengalih pandangan ramai.
Mereka masih ingkar dengan ketentuan dan suratan Ilahi. Jika diamati, mereka bukan setakat menderhaka kepada Raja Melayu pemerintah negeri Perak sahaja malahan mereka sebenarnya turut menderhakai Allah SWT tanpa mereka sedar ekoran tidak redha dengan apa yang menimpa mereka.
UJIAN ATAU KEMURKAAN ALLAH SWT?
Tup! Tup! Beberapa hari selepas kerajaan pakatan haram mereka tumbang ke tangan BN, seorang Ahli Parlimen mereka (Bukit Gantang) meninggal dunia secara mengejut.
Tup! Tup! Dengar pula berita peletakan jawatan ADUN Bukit Selambau di Kedah yang juga wakil rakyat mereka. Katanya mempunyai terlalu banyak masalah-masalah peribadi dan menerima pelbagai tekanan.
Tup! Tup! Timbul pula satu cerita paling sensasi di Selangor bila mana seorang lagi ADUN mereka di Bukit Lanjan telah menerima kemaluan besar dengan tersebarnya foto-foto bogel.
Tup! Tup! Di Bangunan Parlimen, Pengerusi DAP hampir menemui kecelakaan apabila 22 Pemuda UMNO Selangor yang berang tampil menemui beliau akibat keceluparan mulutnya menghamburkan perkataan "celaka" terhadap Pemuda UMNO dan sebelumnya membuat tuduhan liar berkenaan 2 butir peluru hidup yang diterimanya.
Tup! Tup! Terkini satu lagi berita sedih yang mengejutkan apabila ibu mertua Nizar Jamaluddin telah kembali kerahmatullah pada jam 10:00 malam kelmarin (28 Februari).
Apakah semua ini satu suratan atau satu kebetulan?
Puak-puak pakatan haram PR sekali lagi cuba menutup kemaluan ini dengan mengatakan segala yang terjadi bertimpa-timpa ini adalah satu ujian dari Allah SWT buat mereka.
Namun hati-hati "kaudu" mereka masih menafikan bahawa ini sebagai peringatan dari Allah SWT yang telah murka tehadap keangkuhan hamba-hambaNya. Nyata mereka masih benak untuk berfikir dengan waras akibat kejutan ngeri yang menimpa mereka.
Bila mana beberapa perkara remeh-temeh berlaku di dalam UMNO-BN, itu pula yang mereka lebih nampak untuk dispekulasikan sebagai murka Allah SWT oleh para pemimpin dan penyokong pakatan haram PR yang tidak berkualiti.
Kemaluan demi kemaluan mengasak mereka. Mereka cuba sedaya-upaya menutupinya tetapi satu kemaluan pemimpin mereka di Selangor tetap tidak berjaya ditutup apabila ia telah tersebar luas menjadi tatapan umum. Beginilah lawak jenaka millenium rekaan pakatan haram PR yang tak berkesudahan.
PESANAN DAN PERINGATAN
Wahai muslimin dan muslimat pakatan haram PR. Ketahuilah dan sedarlah bahawasanya bala Allah SWT telah tiba kepada kamu setelah sekian lama kamu mempersendakan ayat-ayat suci Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW demi kepentingan peribadi kamu dengan niat mengelirukan orangramai.
Jadilah kamu sebagai kaum-kaum yang mahu berfikir dan kembalilah kamu ke pangkal jalan, (yakni) di jalan yang lurus lagi benar disebabkan kamu lebih mengetahui daripada orang-orang yang tidak mengetahui.
Seandainya golongan manusia dalam pakatan haram PR ini masih juga ingkar dengan segala peringatan dari Allah SWT, nescaya binasalah mereka di dalam kekufuran dan kerugian.
Selepas ini sama-samalah kita perhatikan apa lagi bala dan malapetaka yang bakal menimpa puak-puak munafik pakatan haram PR ini satu persatu dalam masa terdekat. Hanya tunggu dan lihat.
Pemuda Pelapis: Jadi Nujum Pak Belalang. Jangan marah you!

kehkehkehkeh...
kenape mempersoalkan ajal maut??
bukan kah sume itu sudah ditentukan tuhan. bukan ditentukan sultan mahupun umno..
kehkehkeh.. sedarla wahai orang tua. sedar la dari mimpi lena. bangkitlah. jangan lagi memandang keris pusaka yang sudah tua. kerana keris itu meminta sesuatu sebagai ganjaran... melayu2 kuno celik kan la matamu itu...
morubbuka
morubbuka
tahniah kerana berani berdepan dengan wargatua OKU DIparlimen tempohhari,pemuda umno memang jaGUH....
Kambing bodoh,
Maut pun u nak mempersendakan, apa jenis manusia ini.PRU12 BN/UMNO kalah 6 negeri(termasuk KL),itu bukan BALA Allah SWT kah.Yang lompat ke BN adalah jenis yang sama, kaki rasuah dan kaki perempuan "birds of the same colour will flock together".Tunggu lah nanti di Bt Gantang, Bt Selambau dan Batang Ai akan buktikan Allah SWT murka kepada siapa.
Kambing Celek
Kambing Celek,
Hanya manusia yang tak cukup ilmu akhirat saja yang takut akan kematian. Kalau faham apa erti maut/mati yang sebenarnya tidak perlu nak ditakutkan. Tidak ada kena-mengena soal nak senda-mempersendakannya tetapi supaya di pihak ular dalam semak - PAS dapat merenung lebih jauh sehalus-halusnya. Sebab itu dalam Al-Quran sering menyebut, "wahai orang-orang yang mahu berfikir....". Kenapa Allah SWT selalu ulang-ulang macam tu? Sebab Dia juga ada mengingatkan bahawa ulamak akhir zaman adalah golongan paling ramai bakal dimasukkan ke dalam neraka jahanam atas dosa-dosa mempersendakan agama suci Islam. Kitab suci Al-Quran dan Hadis digunakan untuk tujuan penyamaran demi kepentingan diri sendiri dengan niat mengelirukan umat Islam yang lain.
Maka janganlah kamu dan pemimpin kamu cuba nak berselindung di sebalik kesucian yang maha esa. Pemimpin yang mengaku Islam dalam pakatan haram PR adalah golongan yang jelas munafik kerana mereka lebih tahu tentang agama malahan tidak malu pada Allah SWT untuk mempersendakannya. Tidak semua apa yang kamu tuduh dan fitnah itu berlaku kepada pemimpin dalam UMNO-BN. Hati kamulah sebenarnya telah buta akibat saban hari mendengar hasutan serta fitnah jahat daripada pemimpin kamu. Ketahuilah pemimpin kamu adalah syaitan dan iblis yang bertopengkan Islam dan Al-Quran. Na'uzubillahi minzalik.
Amat seram lagi menyeramkan. Mohonlah petunjuk dan hidayah dari Allah SWT jika kamu merasa kamu berada di kalangan hamba dan umat yang taat kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW. Yang nyata hari ini pemimpin Islam dalam pakatan haram PR tidak lagi jujur dan ikhlas seperti itu khususnya pemimpin PAS. Bertaubatlah dan kamu dengan pemimpin kamu lebih wajib bertaubat kerana menganggap diri lebih mengetahui daripada orang yang tidak tahu.