Persoalan SMS yang ditanya semalam ketika rancangan Dialog@1 - Khas UMNO bersama Timbalan Presiden UMNO, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang diwawancara oleh pengacara RTM, Syed Munawar agak menarik untuk diulas.
Pada pandangan peribadi saya, UMNO kini terjadi pada kedua-dua perkara tersebut. Ia telah jauh berubah kerana telah diubah corak perjuangannya oleh para pemimpin tertinggi parti (khususnya) dan dengan ini maka berubahlah pandangan ramai terhadap UMNO. Banyak hujah-hujah jika mahu dibuat ulasan tapi cukuplah dengan sedikit pandangan sahaja.
UMNO dilihat berubah dek kerana kuasa pemimpin yang bersikap tamak haloba dengan mementingkan temolok dan perut mereka sendiri dengan sengaja mengenepikan kepentingan rakyat jelata. Perihal ini turut merebak sampai ke bahagian-bahagian dan cawangan-cawangan UMNO di seluruh negara. Apa nak buat, kepimpinan melalui teladanlah katakan.
Pemimpin-pemimpin UMNO yang dilihat tidak layak menduduki jawatan-jawatan Timbalan Menteri dan Menteri diangkat menyertai Kabinet bagi mentadbir kementerian-kementerian tertentu kerajaan. Sementara pemimpin-pemimpin yang lebih berwibawa sengaja diketepikan. Ini berlaku kerana pucuk pimpinan mempunyai agenda peribadi yang harus dicapai.
Situasi inilah menyebabkan rakyat memandang UMNO semakin hari semakin lemah. Sebagai contoh yang paling mudah dan ketara, kita ambil satu kementerian sahaja iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD). Kementerian ini penting kepada rakyat dan harus diterajui oleh pemimpin yang benar-benar telus, tulus dan bertanggungjawab.
Malangnya apa sahaja usaha-usaha kerajaan ke arah membantu ekonomi rakyat yang diumumkan oleh pucuk pimpinan hanya "indah khabar dari rupa" dan ianya tidak sampai kepada rakyat. Ia tidak berlaku sepenuhnya pada realiti sebaliknya lebih banyak dimanfaatkan oleh pihak-pihak tertentu yang berkepentingan sahaja.
Kalau ada pun usahawan-usahawan biasa cuma sebilangan kecil yang memperolehi manfaatnya tetapi terpaksa pula bersubahat "merasuahkan" pemimpin atau kroni tertentu bagi mendapatkan pembiayaan pinjaman khususnya apa yang dialami oleh kebanyakan golongan usahawan-usahawan bumiputra.
Walaupun berpuluh juta atau beratus juta ringgit telah tersedia diperuntukkan untuk membantu usahawan-usahawan malangnya hanya sekadar seronok menjadi halua telinga semata-mata. Apabila rakyat memohon akhirnya berkesudahan dengan kekecewaan meskipun syarat-syaratnya telah dipenuhi. Ini bukan dongengan malahan satu kenyataan yang telah lama berlaku dan sedang berlaku sehingga kini.
Pak Menteri hanya bijak dan gah melalak di atas pentas, di media cetak dan di media elektronik sahaja tetapi pada hakikatnya apa yang diucapkannya itu layak dianggap sebagai "cakap tidak serupa bikin" dan langsung tidak boleh diterimapakai. Untuk kementerian ini sahaja, saya sendiri telah menerima dan mendengar terlalu banyak keluhan dan rintihan dari golongan usahawan bumiputra.
Kalau tak silap Pak Menteri ini pun ada bertanding merebut jawatan Ahli Majlis Tertinggi pada Persidangan Agung UMNO ini. Maka kepada perwakilan yang bijaksana, awal-awal dimohon ketepikan sahaja Pak Menteri ini yang tak boleh diharap langsung. Idea-ideanya juga semacam hampas kelapa atau layak dikategorikan seperti sampah.
Di antara contoh idea-idea bodoh Pak Menteri ini yang hanya ditertawakan rakyat ialah menyarankan semua teksi-teksi Kuala Lumpur supaya menjual "tit-bits dan minuman" dalam teksi, di samping idea paling bodoh yang terbaru apabila menyarankan "satu keluarga, satu syarikat".
Andaikata jika berpeluang untuk berdepan dan bersemuka dengan Pak Menteri paling dungu ini, rasanya terlalu banyak hujah saya nak nasihatkan beliau. Kemungkinan besar tidak akan termampu untuk dijawab balas oleh beliau.
Pemimpin seperti inilah di antara kalangan pemimpin "pembawa virus" atau "parasit" kepada UMNO yang secara langsungnya memburukkan lagi imej parti. Jika perwakilan terus memberi sokongan kepada pemimpin seperti ini nescaya musnahlah masa depan UMNO. Ini sebagai contoh salah seorang pemimpin yang wajar dibuang dan tidak perlu diberikan sokongan.
Akhirkata, UMNO sebenarnya tidak perlukan banyak perubahan selain menyuntik sedikit idea-idea baru yang lebih bernas dan lebih positif ke arah peningkatan reputasi dan membawa kekuatan semula parti ke landasan perjuangan asalnya.
Apa yang perlu berubah hanyalah para pemimpinnya sahaja. Buang semua pemimpin yang bergelumang dengan rasuah dan skandal serta kekalkan pemimpin yang berkaliber yang harus digabungkan dengan pemimpin dari generasi muda yang mempunyai rekod bersih dari rasuah dan skandal.
Sekiranya ini dapat dilaksanakan dari sekarang maka UMNO akan kembali kuat dan pasti diterima rakyat berbilang kaum di negara kita. Kalau diamati UMNO telah dicemari oleh pemimpin perasuah dan mereka yang terlibat dengan banyak skandal-skandal tertentu selain mereka yang berlumba-lumba mengejar jawatan-jawatan penting dalam parti dan kerajaan.
Maka itu perwakilan harus berwaspada dan lebih bijaksana di dalam membuat pemilihan pemimpin untuk diangkat naik demi masa depan parti dan negara yang tercinta ini. Pilihlah pemimpin yang ikhlas mahu berjuang demi agama, bangsa dan negara. Beringatlah bahawa kesilapan bakal mengundang padah.

bkn berubah atau diubah tp dah kena robek