Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
Mengikut laporan yang saya baca di Malaysiakini katanya, kertas siasatan kes tuduhan liwat terhadap DS Anwar Ibrahim telah pun siap dan telah diserahkan kepada pejabat Peguam Negara. Macam mana dengan nasib dan peluang DS Anwar untuk bertanding di Permatang Pauh?
Apakah kali ini terus ketandusan dan gagal lagi sepertimana tahun 1999 dahulu? Apakah reaksi pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat terhadap perkara ini sekiranya ketua umum mereka masih dihalang untuk meneruskan perjuangan di Permatang Pauh sepertimana diberitakan? Adakah juga Peguam Negara akan mendakwa sebelum pertandingan pilihanraya kecil diadakan atau menunggu sehingga pilihanraya kecil di Permatang Pauh selesai dahulu?
Jika didakwa sebelumnya maka ini satu gangguan lagi kepada DS Anwar tetapi jika didakwa selepasnya pula maka ianya juga satu ketidakselesaan kepada DS Anwar sekalipun beliau menang di kerusi tersebut. Andainya setelah didakwa dan didapati tidak bersalah kira selamatlah beliau tetapi bagaimana jikalau beliau didapati bersalah dengan segala butir-butir pembuktiannya nanti?
Bermakna DS Anwar akan tentulah dipenjara sekali lagi dan juga sekaligus terpaksa melepaskan lagi kerusi parlimen yang dimenanginya itu, manakala sekali lagi jugalah pilihanraya kecil di Permatang Pauh akan dilakukan semula oleh SPR. "Compilcated" sungguh kes DS Anwar ni sehingga menyusahkan banyak pihak dan juga membosankan kami semua sebagai rakyat yang memerhati dari luar.
Loghat utara sikit: Itulah pasainya Dolah... dulu Tun sumbat Anwar suruh dia berehat kat Sg Buloh tapi hang pi lepaih belum cukup edah buat apa? La ni hang jugak biol melayan kerenah si Anwar ni. Habih jentera kerajaan terbabit... habih rakyat duk naik pening lalat ngan politik lembik hang sampai dah huru-hara jadi kalut-malut lagu ni. Hai... Dolah... Dolah... Hang lepaih la jawatan cepat-cepat pi tidoq ngan bini hang tambah anak sorang dua lagi... kan baguih!
Heboh satu pelusuk negara membincangkan DS Anwar Ibrahim dikatakan mahu bertanding dalam pilihanraya kecil di kerusi asal beliau di Permatang Pauh. Sebelumnya kita dengar macam-macam spekulasi kononnya DS Anwar akan bertanding di kerusi Kulim Bandar Baharu, Gombak, Bandar Tun Razak dan juga Lembah Pantai.
Akhirnya bagaikan puyuh balik ke ganggang untuk menyahut cabaran bertanding di kerusi asal yang terpaksa ditinggalkan beliau dahulu akibat dipenjarakan kerana kes rasuah pada tahun 1998 dan tidak dapat bertanding pada 1999. Setelah diberi laluan oleh Presiden PKR yang juga isterinya, harapan beliau adalah untuk kembali memenangi kerusi itu bagi menduduki semula parlimen secara lebih aktif untuk bersuara dengan lebih lantang.
Kenapa DS Anwar takut menerima pelawaan anakanda beliau di kerusi Lembah Pantai? Apakah cabaran di Lembah Pantai belum pasti menjamin kemenangannya nanti? Jika beliau yakin mendapat sokongan ramai untuk bergelar Perdana Menteri baru kenapa mesti ada perasaan ragu-ragu untuk bertanding di tengah kota (kerusi Lembah Pantai) sahaja? Bukankah lebih menyerlah jika menang di Lembah Pantai?
Tapi siapakah calon pencabarnya dari BN? Apakah benar Dato' Pirdaus Ismail, bekas Imam Masjid Negara yang juga Exco Pemuda Umno Malaysia yang pernah 2 kali tewas kepada DS Dr Wan Azizah atau BN bakal meletakkan juga bekas pengkhianat Umno yang baru diterima itu? (tak suka menyebut nama budak tak bermaruah itu). Andaikata benarlah itu budaknya yang bakal diberi laluan oleh Umno dan BN nescaya lebih haru-biru politik tanahair pada hari ini.
Jika dibenarkan budak bekas pengkhianat itu sebagai calon, ini mengesahkan otak "korup" DS Abdullah dan DS Najib makin terserlah. Fikir-fikirlah sendiri guna kepala otak dan tolong jangan terus guna kepala lutut. Ingatlah awak berdua adalah pemimpin nombor satu dan nombor dua negara, bukannya ketua cawangan.
Telinga ini masih lagi terngiang-ngiang kononnya mengikut kata budak pengkhianat itu ketika menyerahkan borang keahlian Umno masa nak masuk kembali dahulu, bahawa dia tak akan sibuk atau tergesa-gesa untuk menawarkan diri bertanding apa-apa jawatan tetapi kebelakangan ini muka dia memang tak tahu malu langsung, cakap tak serupa bikin. Sebab itu awal-awal lagi saya dah kata, boleh percaya ke dengan budak pengkhianat ini?
Spesis apa ka namanya ni? Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Biarlah ada sikit maruah, tolong jangan jadi keturunan bangsat yang memusnahkan kepercayaan ramai. Baru beberapa hari masuk tak segan silu menawarkan diri mahu bertanding melawan bekas bos lama. Apa ni? Sudahlah rekod politik awak tu amat buruk sekali di dalam Umno dan BN.
Tak payahlah baru sekarang terhegeh-hegeh cuba nak menonjolkan diri konon hebat sangat nak membela nasib Umno setelah puas mengkhianati Umno selama ini. Tak laku lagi dalam pakatan pembangkang barulah nak sedar diri buat lembik tengkuk kembali kepangkuan Umno. Itulah puncanya Umno amatlah bangsat sungguh pada hari ini kerana mudah menerima pengkhianat sedangkan yang lebih layak masih ramai menanti untuk diberi peluang. Apakah Umno sudah ketandusan pemimpin muda sehingga terpaksa mendengar tawaran bekas pengkhianat ini menawarkan diri?
Kepada pemimpin-pemimpin tertingi parti (Umno) dinasihatkan janganlah jadi bodoh dan terlalu bahlul di dalam membuat sesuatu keputusan yang hanya bakal menaikkan lagi api kemarahan rakyat yang majoriti. Sebab itu Islam ajar supaya kita semua makan hasil duit HALAL barulah otak cerdik dan bernas. Yang otak hangpa semua jadi bengap lagu ni kenapa? Itulah makan lagi duit HARAM dari rasuah maka itulah otak semuanya jadi biol dan dungu sampai tak reti lagi nak berfikir dengan waras.
Pemuda Pelapis: Mohon pada Allah swt agar semua pemimpin kaki rasuah ditimpa penyakit "gila babi" saja supaya rakyat semua tahu, "haa... tu dia kaki makan rasuah (duit haram) selama ini".
Kepada semua blogawan-blogawan, pembaca-pembaca dan pengunjung-pengunjung semua khususnya buat kaum bukan Melayu.
Saya dengan ini memaklumkan kepada semua bangsa tanpa kira siapa anda, samada Melayu, Cina, India dan lain-lain. Apabila satu kemudahan tempat untuk kita semua bersuara telah disediakan, kita harus memanfaatkannya sebaik-baik mungkin di dalam meluahkan perasaan tidak senang atau tidak puashati.
Bukan dijadikan tempat untuk melempiaskan kata-kata biadap yang tidak beretika. Jika bangsa bukan Melayu merasa terlalu bijak pandai dan berani mahu mencabar kedaulatan Melayu sebagai bumiputera asal di tanahair Malaysia yang tercinta ini, saya kira percaturan mereka amatlah silap sekali kerana pejuang bangsa seperti saya tidak mengenali ertikata kalah sebelum bertempur.
Kita wajar bercakap berlandaskan fakta apa yang berlaku dari semasa ke semasa terhadap pergolakan politik tanahair tanpa mengira ianya isu yang dibangkitkan oleh kaum Melayu, Cina, India atau lain-lain bangsa di dalam negara. Apa yang perlu kita tegakkan adalah HAK dan KEBENARAN dan bukan membangkitkan provokasi sesama kaum. Jika kebenaran itu datangnya dari pihak bukan Melayu maka kita terima ianya sebagai benar. Jika salah maka ianya tetap salah.
Apa yang dibaca semua komen-komen oleh kaum bukan Melayu di dalam topik di bawah (sebelum topik ini) adalah menjurus kepada cabar-mencabar yang tidak perlu saya tolak tetapi saya mengucapkan "SELAMAT DATANG" jika itu yang tuan-tuan dan puan-puan mahukan. Melayu tidak mengundang persengketaan tetapi Melayu tidak menolak jemputan.
Walaupun sentimen perkauman hanya bakal mengundang perpecahan dan perbalahan tegar sepertimana peristiwa hitam yang pernah berlaku pada tarikh 13 Mei 1969 dahulu namun ia tidak diundang oleh kaum Melayu tetapi bangsa menumpang yang tidak sedar diri yang berhijrah ke sini-lah yang mencetuskannya. Ingatlah wahai bangsa bukan Melayu, semangat Melayu sama-sekali pantang dicabar. Saya yakin dan amat percaya, orang-orang Melayu kini kembali bersemangat waja sepertimana di zaman lampau. Saya tidak mahu mengambil contoh diri orang lain tetapi biar saya mencontohkan diri saya sendiri.
Saya bukan jenis orang yang suka mencabar sesiapa di dalam apa jua keadaan apatah lagi ke arah mengundang persengketaan. Namun di dalam masa yang sama, saya tidak menolak jika ada undangan daripada pihak-pihak biadap khususnya dari golongan kaum bukan Melayu yang tidak menghormati bangsa Melayu sebagai kaum bumiputera di tanahair Melayu ini.
Setelah diberi tumpang membiakkan spesis mereka di tanahair Melayu, nampaknya majoriti keturunan bangsat seperti Cina, India dan pecahan-pecahan lain yang segelintir semakin hari semakin kurang ajar dan amat wajar bagi bangsa Melayu untuk mengajar kedudukan mereka tanpa kompromi. Saya tidak menolak ada yang baik dan berhemah tetapi hanyalah segelintir sahaja. Selebihnya adalah kaum-kaum bangsat seperti pemimpin-pemimpin DAP.
Sepertimana saya katakan dalam topik sebelum ini, punca huru-hara adalah datangnya daripada kepimpinan DS Abdullah dan DS Najib yang tiada pendirian yang tegas soal-soal isu perkauman dan sebab itulah puncanya Melayu diperkotak-katikkan. Apatah lagi jika dibiarkan DS Anwar yang mahu melaksanakan konsep samarata terhadap semua kaum di bumi Melayu ini. Mana boleh...!!! Ini bumi Melayu. DS Anwar sudah tersalah tempat jika itu yang mahu diperjuangkan.
Kepada anak-anak bangsat bukan Melayu yang telah melepaskan komen pada topik sebelumnya ini, untuk situasi semasa, saya tidak akan padamkan dahulu tetapi akan dibiarkan terus di situ bagi mengumpulkan maklumat dan juga mahu memberi muka sedikit kepada anda-anda untuk melihat sejauh mana kebiadapan anda-anda semua.
Saya bersikap terbuka walaupun mesej pesanan sebelum anda komen telah dinyatakan agar menggunakan bahasa yang lebih sopan tetap tidak dipatuhi. Sebelum ini saya tidak membuka ruang kepada "Anonymous" melepaskan komen tetapi baru dibuka beberapa minggu yang lalu sahaja. Nampaknya ia sengaja disalahgunakan oleh puak-puak bangsat melepaskan geram dengan emosi.
Keputusan padam atau tidak, biarlah diputuskan oleh anak bangsa saya (Melayu) yang lain kerana saya terbuka mendengar suara dan pandangan ramai. Saya percaya diri saya tidak berseorangan untuk dicemuh atau dikeji di dalam isu-isu perkauman sebegini. Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya... biarkan! biarkan! Akan pasti ada habuannya nanti.
Cuma satu sahaja permintaan saya kepada anak-anak bangsa bangsat itu agar lebih berani menggunakan nama sebenar atau akaun sebenar sebelum melepaskan komen yang pedas-pedas dan barulah nampak anda-anda semua lebih "gentlemen" dan tidak dayus. Wa'imah sampai ke medan pertempuran pun saya tidak menolak jika itu pilihan anda.
Merujuk kepada bab ekonomi pula, janganlah anda mendabik dada dengan sedikit sumbangan yang diberikan oleh kaum anda. Melayu tidak akan kebuluran di tanahair sendiri sekalipun anda dan spesis anda semua berambus dari bumi Malaysia.
Sememangnya itulah harapan kami orang-orang Melayu di tanahair tercinta berhasrat mahu menghalau anda semua yang biadap balik ke negara asal anda. Kita orang-orang Melayu hanya mahukan bangsa bukan Melayu yang berhemah sahaja untuk saling berganding bahu memajukan negara ini. Yang tidak ada tata-etika kemanusiaan...kirim salam!!!
SUDAH DIBERI TUMPANG DAN DITERIMA MENJADI WARGANEGARA BANYAK PULAK KOMPLEN. KALAU MACAM TU, BUNGKUS KAIN BAJU BOLEH... BLA... SAJA. ANDAI AKU MENJADI PM KETIKA INI, AKAN KU LUCUTKAN KEWARGANEGARAAN MEREKA YANG BANGSAT TIDAK TAHU MENGENANG BUDI INI.
Iklim politik kita hari ini sudah jauh berubah daripada maju ke depan kini sudah nampak maju ke belakang. Pada pemimpin songsang mereka kata tak apalah, apa-apa pun janji maju. Soal maju ke depan atau maju ke belakang bukan penting kepada pemimpin-pemimpin yang telah menjadikan politik sebagai satu kerjaya mereka. Yang mereka target adalah "masyuk" dengan wang ringgit dan projek-projek untuk kaum kerabat mereka khususnya "PM Flip Flop" kita.
Sepatutnya politik bukanlah satu kerjaya dan tidak harus dianggap sebagai kerjaya kerana ia adalah satu perjuangan serta tanggungjawab yang komited yang harus didokong secara jujur dan ikhlas oleh para wakil rakyat yang telah terpilih ke dunia politik di dalam memajukan kawasan masing-masing, negeri dan juga negara. Tapi dilihat majoriti ADUN dan Ahli Parlimen seolah-olah menganggap diri mereka semacam makan gaji dengan kerajaan. Lebih-lebih lagi wakil rakyat BN di dalam barisan kerajaan pemerintah.
Mulai sekarang rakyat semua kena lebih cerdik untuk hanya menerima pemimpin yang benar-benar berminat dan berkesungguhan membuat kebajikan sahaja. Yang tiada ciri-ciri ini, siang-siang lagi patut ditolak bermula di akar umbi barulah dapat mengumpulkan pejuang-pejuang yang diharapkan. Orang yang tidak berminat membuat kebajikan sudah pasti bila dia naik berkuasa maka tidak mungkin dia mampu membela nasib rakyat jelata. Itu salah satu tip ciri-ciri kepimpinan yang baik dan diperlukan.
Hari ini boleh dikatakan rata-rata tidak menunjukkan keikhlasan mahu berjuang membela nasib rakyat dan negara dengan telus dan jujur. Mereka terjun ke dunia politik dengan niat tersirat untuk menjadi kaya serta lebih kaya lagi. Setiap 10 wakil rakyat, dianggarkan mungkin hanya seorang sahaja yang betul-betul bersemangat waja mahu memperjuangkan hak dan kebenaran, selebihnya mengintai peluang buat duit dan mengumpulkan kekayaan dan harta duniawi. Maka sebab itulah sebegini rupa dunia politik negara kita pada hari ini.
Rasuah itu adalah jelas merupakan riba di dalam Islam tetapi nama sahaja Melayu dan mengaku sahaja beragama Islam, longgok saja duit depan mata dah tak pandang kiri kanan lagi dah. Benda mudah macam ini pun mereka masih tak faham. Ceritalah apa hukum-hakam pun sampai berbuih mulut (macam mulut DS Najib atau Datuk Shabery Cheek bila bercakap - orang cakap... saya tak kata cuma tengok je... memang benar berbuih pun) tapi semua tak masuk ke jiwa pemimpin yang cukup tamak haloba mengejar harta duniawi. Sebaliknya kuasa yang ada pada mereka sengaja disalahgunakan untuk tujuan kepentingan peribadi dan kaum kerabat mereka.
Jika membaca satu artikel penulisan Dato' A. Kadir Jasin, beliau ada mencoretkan sedikit perkongsian pandangan daripada ayahanda beliau yang bertajuk "Kisah Orang Tua Yang Marah". Saya tertarik apabila ayahanda beliau kata, orang kaya yang menceburi ke dunia politik selalunya tidak gila mencari kekayaan di dalam politik. Inilah persoalan saya, betul ke? Boleh percaya ke?
Bukanlah saya mahu mencanggahi pendapat sesiapa tetapi saya menghormati pandangan orang lain kerana itu adalah pada persepsi mereka. Mungkin di zaman dahulukala ada benarnya yang boleh dipercayai atau diterimapakai tetapi pada zaman sekarang, susah nak cerita.
Pemimpin dari golongan tidak berada, sudah tentulah masa ini saja peluang untuk mereka mencari sedikit kekayaan bagi membela nasib kaum kerabat yang susah selama ini. Bila lagi hendak berjasa? Kata orang tua-tua, sebelum tolong orang lain, kenalah tolong keluarga sendiri dulu.
Yang amat tidak menyenangkan seluruh rakyat adalah pemimpin yang sudah sedia kaya-raya yang lahir dan disuap dengan sudu perak atau sudu emas pun mengambil kesempatan apabila telah diberi kuasa. Sudah hidup senang dengan kekayaan yang ada pun masih juga nak meragut harta dengan kedudukan politik mereka. Itulah puncanya kenapa politik negara semakin hari semakin hancur. Rasuah sudah menjadi barah yang amat parah dalam dunia politik tanahair kerana memegang bulat-bulat kepimpinan melalui teladan. Ketua pun buat duit, takkan orang bawah tak boleh buat duit? Itulah prinsip kepimpinan hari ini.
Desas-desus sudah lama tersebar luas cuma mungkin tidak ada sesiapa mahu menulis untuk bertanya pendapat orang lain akan kebenarannya. Sudah lama saya terdengar ura-ura kononnya anak lelaki termuda Allayarham Tun Abd Razak iaitu Dato' Nazir Razak, CEO CIMB Group (juga adik kepada DS Najib) mengutarakan cadangan mahu membeli dan mengambil-alih Maybank. Untuk siapa?
Mak datuk, hati saya berkata-kata... banyak duit tuuu... mana mereka dapat sampai mampu nak ambil-alih Maybank? Siapa di belakang beliau? Sudah tentu orang takkan fikir orang lain lagi kalau dah abang dia sendiri sekarang ini TPM Malaysia. Sekali lagi saya nak tanya sesiapa yang tahu... betul ke?
Harap-harap jika DS Najib sendiri terbaca tulisan ini, eloklah jawab cepat-cepat sebelum tuduhan demi tuduhan dilemparkan oleh pembangkang. Takkan asyik kerja nak menjawab tuduhan saja dengan jawatan TPM itu? Lama-lama rakyat pun bertambah bosan ada pemimpin macam ini. (Bagi diri saya, DS Najib sama-sekali bukanlah pilihan dan tiada pun dalam senarai pemimpin pilihan saya. Jauh panggang dengan api, jauh langit dengan bumi).
Pada pandangan peribadi saya, tak nak percaya pun tak boleh tapi kalau nak percaya pun nak juga kena cari sedikit fakta-fakta. Hanya saya percaya dan yakin pada seorang sahaja yang boleh menjawab cerita persoalan ini dengan lebih tepat. Rasa-rasa siapa dia orang itu?
Apa kata Tun Dr Mahathir Mohamad dapat mengulas isu persoalan ini kerana saya amat yakin Tun adalah seorang pemimpin yang lebih mengenali DS Najib dan keluarganya. Kalau cerita bab isteri DS Najib main tarik-tarik rambut dulu tu ada jugaklah tahu sikit-sikit (oppsss! tersilap... tercakap...) Sorry banyak-banyak! Tak apa Tun dah lama tolong cover bab itu.
Berbalik kepada cerita yang ditulis oleh Dato' A. Kadir Jasin itu nampaknya tidaklah tepat kalau mengatakan pemimpin yang asalnya dari golongan berada tidak akan buat duit bila ada kuasa dalam dunia politik tanahair. Kita kan selalu terdengar ayat, "money make money" apa tu? Jadi janganlah kita sangkal perkara ini ada benarnya. Mohon pandangan sesiapa yang tahu dan sudi untuk berkongsi fakta.
Sejak kebelakangan ini politik Malaysia dilihat mempamerkan bermacam-macam cerita yang pelik bin ajaib, yang luarbiasa dan tidak munasabah, yang kebudak-budakan dan tidak masuk akal serta bermacam-macam lagi cerita yang meloyakan telah dihidangkan kepada seluruh rakyat berbilang kaum. Pusing tang mana pun, punca utamanya adalah kerana Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.
Yang seorang nak tunjuk baik dan bersih tak kena gaya, dan seorang lagi nak tunjuk taat-setia membuta-tuli yang tidak kena pada tempatnya. Hasilnya, di pihak kerajaan dengan kerenahnya sendiri yang semakin membangkitkan api kemarahan rakyat kerana inflasi dan pelbagai isu semasa yang lain, manakala di pihak pembangkang pula timbul pelbagai usul-usul karut-marut yang hanya bakal mengundang persengketaan kaum. Inikah selayaknya para pemimpin di kedua-dua pihak yang diberi kepercayaan untuk mewakili rakyat membawa suara ke parlimen?
Ingatlah semua wakil-wakil rakyat tanpa kira di pihak mana pun anda berjuang. Anda dipilih dalam PRU12 yang lalu adalah bagi mewakili masyarakat di kawasan anda dan bukan diangkat untuk kepentingan peribadi anda. Bawalah usul-usul yang bernas yang mampu dimanfaatkan oleh semua. Dewan Rakyat bukanlah tempatnya atau gelanggang mahu tunjuk siapa hero, siapa hebat. Juga bukan pentasnya mahu mencari publisiti murahan. Tugas anda ialah untuk membela nasib rakyat di kawasan masing-masing. Bawalah kemajuan dan pembangunan kepada rakyat, barulah seluruh negara maju dan makmur.
Contohnya baru-baru ini, ada wakil DAP sengaja membangkitkan isu papan tanda jalanraya dengan mencadangkan bahasa itu dan ini untuk digunapakai bukankah itu hanya membazir masa persidangan? Hak bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan hak agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia tidak seharusnya dipertikaikan lagi oleh mana-mana kaum bukan Melayu. Apa lagi matlamat yang dimahukan oleh puak-puak DAP anak-beranak itu? Mahu aman atau sengaja mahu mencari nahas? Jangan mulakan sebarang provokasi.
Jika kerajaan sudah tidak boleh diharapkan untuk membela nasib rakyat secara jujur dan telus, pembangkang pula sedang sibuk merancang strategi mahu merampas tampuk kekuasaan negara. Jadi kepada pihak mana rakyat semua mahu berpaut dan bergantung harap? Sebab itu kebelakangan ini saya tidak terkomen dengan apa-apa artikel baru kerana merasa jengkel, jelek, meluat, meloyakan dan bermacam-macam perasaan geram yang bercampur-baur marah terhadap kedua-dua pihak yang masing-masing sama gila kuasa semuanya.
PAS di dalam Pakatan Rakyat sudah tidak lagi sebulu atau sehaluan dengan PKR, apatah lagi dengan kumpulan DAP. Berbagai-bagai spekulasi wujud dan diada-adakan kononnya PAS dikatakan akan bergabung dengan Umno walhal apa yang dinyatakan sebenarnya hanyalah bagi tujuan mahu memperkasakan ketuanan Melayu dan ketuanan Islam sahaja. Tidak mungkin lebih daripada itu pun tapi akhir-akhir ini terlalu ramai pula wartawan-wartawan sambilan sukarela yang bagaikan cendawan tumbuh melata selepas hujan.
Ketua umum PKR yang juga pemimpin harapan mereka pula dihadapkan dengan dakwaan pelik dan luarbiasa yang amat mengaibkan. Istilahnya pada kerukunan rumahtangga, beliau telah mencurangi isterinya. Di dalam parti pula beliau mengkhianati harapan dan kepercayaan parti-parti sekutunya serta para penyokongnya. Bagi yang taksub tetap terus menyokong gila-gila dan gila babi, namun kepada yang waras tentulah mampu menilai dengan baik.
Soal keluar masuk parti mana pun seperti keadaan yang berlaku di Pahang baru-baru ini adalah lumrah biasa dalam dunia politik. Sekadar seorang dua atau kurang daripada 10 individu tidak mampu memudaratkan keadaan pun sebenarnya tetapi sengaja diperbesar-besarkan. Yang kita nak tunggu tengok adalah 16 September 2008 nanti, apakah benar Pakatan Rakyat bakal berjaya membentuk kerajaan persekutuan? Sudah banyak kali dah Dato' Seri Anwar Ibrahim gagal membuktikan kebenarannya sebelum ini. Andaikata masih juga tak berjaya lagi pada tarikh akan datang ini, kita tunggu apa lagi yang mahu diperkatakan dan dijanjikan oleh ketua umum PKR itu.
Secara jelasnya, Pakatan Rakyat dilihat tidak mampu bekerjasama dengan baik di antara sesama mereka. Gabungan PAS-PKR-DAP ibarat retak menanti belah yang sebelum ini dikatakan kepada Umno/BN. Sementara Umno/BN juga masih tidak mencapai kesepakatan secara menyeluruh di dalam apa-apa keputusan dan pelaksanaannya. Apa yang dibuat oleh pucuk pimpinan berdasarkan pandangan segelintir ahli-ahli MT sahaja, di sebaliknya tiada sokongan padu daripada keseluruhan akar umbi. Apakah dengan cara itu akan mampu memperkukuhkan parti dan pentadbiran seperti apa yang digambarkan oleh PM dan TPM? Jawapannya... kirim salam!
Sejak berlalunya 8 Mac 2008, telah nampak segala keputusan Dato' Seri Abdullah mula dicanggah oleh raja-raja negeri Melayu. Pertama, isu pelantikan MB Perlis dan kali kedua, sekali lagi isu pelantikan MB Terengganu pula. Sepatutnya "PM Flip-Flop" itu awal-awal lagi sudah faham isyarat dan wajib berundur secara sukarela kerana petanda yang diberikan itu menunjukkan diri beliau sudah tidak lagi dihormati akibat kerosakan yang dipacu beliau dalam tempoh sepenggal menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri.
Terkini juga satu berita yang sungguh melucukan apabila MB Terengganu yang baru, Dato' Ahmad Said (pilihan Istana Terengganu) yang bukan calon pilihan Dato' Seri Abdullah telah membuat keputusan sendiri dan membelakangkan arahan kerajaan persekutuan dengan bermewah-mewahan berbelanja membeli 14 unit kereta Mercedez Benz E200 Compressor untuk kegunaan sendiri serta semua exco-exco kerajaan negeri Terengganu.
Sementara alasan-alasan yang dikemukakan oleh Dato' Ahmad Said agak kurang munasabah dan tidak logik. Secara tidak langsung MB Terengganu itu sebenarnya mencanggahi "PM Flip-Flop" dan menghina Proton sebagai produk buatan tempatan yang dikatakan tidak baik kerana telah memberi banyak masalah pentadbiran yang tidak lancar akibat selalu rosak serta memakan belanja membaik-pulih yang terlalu tinggi sehingga mencecah RM1.17 juta bagi tempoh 2004-2008 sebagaimana dilaporkan. Apakah ianya masuk dek akal dengan keterangan "selamba" beliau itu ketika disoal wartawan-wartawan? Rujuk dan tonton Buletin Utama 25 Julai 2008 - Bhg 1, minit 4:34 di sini.
Apakah sebabnya yang mendorong Dato' Ahmad Said berani membuat keputusan itu? Adakah beliau memutuskan secara bersendirian atau mendapat perkenan dan sokongan pihak Istana Terengganu lagi? Saya tidak mahu mengatakan ianya benar atau pun tidak tetapi ada kemungkinan jika diamati kenyataan Dato' Seri Abdullah yang begitu berhati-hati menjawab isu tersebut dan mencadangkannya untuk dijadikan sebagai kenderaan tetamu negeri, sedangkan MB Terengganu itu pula begitu bersahaja dan selamba air mukanya menjawab kepada wartawan bahawa isu berkenaan telah pun selesai.
Jika betul ada campurtangan pihak istana dalam isu ini lebih baik "PM Flip-Flop" segera letak jawatan sahaja kerana sudah jelas tidak lagi dihormati oleh Institusi Raja-Raja Melayu. Apabila kesefahaman tidak lagi wujud antara kerajaan pentadbir dan istana maka ianya satu petanda yang tidak sihat serta tidak lagi menjamin keharmonian. Sekiranya Dato' Seri Abdullah masih juga cuba buat-buat tidak faham, elok benar jikalau DYMM YDP Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin campurtangan untuk mengisytiharkan darurat sahaja daripada dibiarkan berterusan kucar-kacir tak menentu begini.
Salam sejahtera kepada seluruh sahabat bloggers dan pengunjung yang dihormati sekalian.
Baru sebentar tadi, saya telah menyediakan sebuah laman blog tambahan yang baru www.rujukanberitatv3.blogspot.com bagi merujukkan bahan-bahan berita semasa kepada semua penonton Buletin Utama yang kerap ketinggalan waktu siarannya akibat kelewatan pulang ke rumah dari tempat kerja kerana kesesakan lalulintas dan sebagainya. Samada ianya berita arus perdana yang mungkin tidak lagi berapa popular namun sebagai rakyat yang peka, haruslah kita merujuk segala berita secara adil tanpa bersikap "bias" di dalam menilai setiap isu-isu semasa yang dilaporkan.
Saya kira laman blog ini amatlah bermanfaat kepada kita semua khususnya para bloggers untuk membuat sebarang rujukan berita-berita semasa sebelum kita melontarkan apa jua pandangan dan pendapat di blog masing-masing. Semoga laman blog tambahan yang disediakan ini dapat dimanfaatkan oleh saudara dan saudari sekalian.
Saudara-saudari yang dihormati sekalian. Setelah beberapa hari Telekom memberi masalah kepada saya dan orang-orang di kawasan saya, baru hari ini saya mampu aktif kembali untuk menulis dan memantau blog.
Ketika kembali melayari blog-blog politik, yang pertama saya baca adalah blog chedet.com sebagai sumber inspirasi saya. Tajuk terkini yang ditulis Tun Dr Mahathir Mohamad ialah mengenai langkah kerajaan yang dikatakan mahu mengurangkan beban rakyat. Khabarnya bajet 2009 akan dibentangkan pada 29 Ogos 2008 akan datang mengikut laporan berita TV malam tadi.
Penulisan Tun itu cuma ringkas tetapi padat jika mahu dihuraikan. Apa yang difahami, pandangan Tun sebenarnya, kenapa kerajaan harus menaikkan harga minyak sehingga 40% seperti yang dilakukan? Bukankah elok jika hanya dinaikkan sebanyak 10% sahaja dahulu manakala selebihnya itu disusuli secara berperingkat-peringkat atau dilakukan dengan cara alternatif lain agar tidak menekan kehidupan rakyat?
Contohnya, kenaikan sebanyak 40% itu membuatkan kerajaan terpaksa memerah otak untuk mengadakan pelbagai jenis subsidi kepada rakyat di dalam meringankan beban rakyat. Bukankah lebih baik bekerja "in smart manner" daripada melakukan secara itu? Dengan hanya menaikkan 10% dahulu harga minyak maka kerajaan tidak perlu memikirkan apa-apa subsidi lain untuk rakyat kecuali memikirkan bagaimana untuk menampung lagi 30% sahaja yang terpaksa ditanggung kerajaan.
"Pi mai, pi mai, tang tu jugak" kerajaan mencari jalan menutup semula lubang. Alangkah mudah dan baiknya jika daripada awal tidak perlu membabitkan kesusahan rakyat. Subsidi yang diagihkan itu atau yang masih ada dalam cadangan seharusnya diperuntukkan untuk mengatasi hal-hal dalaman kerajaan sendiri jika kenaikan hanya dibuat pada tahap 10% sahaja. Jadi, tidaklah banyak kerja yang perlu dilakukan. Kenapa suka buat kerja susah sedangkan kerjanya cukup mudah?
Dengan cara yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan DS Abdullah Ahmad Badawi itu, saya nampak ianya sebagai satu gimik di mana beliau mahu menarik kembali sokongan rakyat terhadap beliau dengan adanya banyak subsidi yang disediakan oleh kerajaan. Ini semua sebenarnya permainan politik DS Abdullah Ahmad Badawi sahaja.
Ini juga adalah agenda-agenda tersembunyi yang telah dirancang ke arah mencari populariti di kalangan pemimpin tertinggi di dalam tempoh-tempoh terakhir sebelum peralihan kepimpinan sebagaimana yang dicadangkan. Kita khuatir "PM Flip Flop" ini akan mula lupa diri jika diberikan sokongan semula kepada beliau. Silap haribulan, peralihan kepimpinan tidak akan berlaku sepertimana yang telah diwar-warkan.
Oleh yang demikian, semua ahli-ahli MT dan ahli-ahli di akar umbi bijak-bijaklah berfikir melangkaui pemikiran silap mata DS Abdullah Ahmad Badawi serta kroni-kroninya jika Umno/BN mahu kembali meraih sokongan padu daripada rakyat seluruh negara.
Kepada CEO Telekom Malaysia Berhad dan juga Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor disarankan agar membuat pemantauan segera terhadap sistem perkhidmatan yang dibekalkan oleh Telekom yang terlalu kerap memberi masalah kepada pelanggan khususnya di kawasan persekitaran Ampang. Saya juga percaya di kawasan-kawasan lain turut mengalami masalah yang sama.
Gangguan sistem telefon dan streamyx di kawasan Ampang sering diambil mudah dengan layanan sambil-lewa oleh petugas-petugas Telekom apabila aduan dibuat oleh pelanggan. Saya dan beberapa rakan di sekitar Ampang amat bosan dengan perkhidmatan Telekom yang terlalu lemah serta tidak cekap malahan suka memberi pelbagai alasan setiap kali aduan dilaporkan kepada talian 100 dan juga cawangan TM Point berhampiran.
Lebih buruk lagi keadaannya bermula pada Sabtu, 19 Julai 2008 sehingga hari ini Isnin, 21 Julai 2008 iaitu selama 72 jam (3 hari) perkhidmatan talian telefon dan streamyx tidak dapat digunakan kerana kerja-kerja membaik-pulih kabel yang langsung tiada diberi sebarang notis terlebih awal kepada semua pelanggan. Berita ini hanya diketahui dengan bantuan rakan kontraktor yang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan. Tiada sebarang makluman awal daripada pihak Telekom sendiri.
Telefonis 100 seharusnya memaklumkan perkara sebenar apabila menerima aduan daripada pelanggan tetapi gemar berjanji kosong mengatakan aduan direkodkan ke dalam sistem dan akan menghantar petugas untuk membaik-pulih dalam masa 24 jam daripada masa aduan dibuat. Setiap kali aduan dibuat, begitulah jawapan semua telefonis Telekom seolah-olah membaca satu skrip yang sama. Tidakkah itu diistilahkan sebagai berbohong namanya?
Saya percaya beratus-ratus atau beribu-ribu kediaman persekitaran yang melanggan perkhidmatan Telekom merasa kecewa dengan sikap acuh tidak acuh pihak Telekom yang tiada berbudi-bahasa untuk menghubungi pelanggan bagi memaklumkan kerja-kerja membaik-pulih akan/sedang dilakukan. Jika notis kelewatan bayaran boleh diposkan kepada pelanggan dan panggilan peringatan atas kelewatan pembayaran bil boleh disusuli, kenapa perkara-perkara lain seperti ini tidak mampu dilakukan oleh pihak Telekom?
Di dalam masalah kerugian kepada pelanggan yang tidak dapat mengoptimakan penggunaan yang dilanggani, apakah pihak Telekom bersedia menanggung apa-apa gantirugi kepada pelanggan-pelanggan mereka? Kadar sewaan talian tetap diambilkira seperti biasa, sementara kerugian untuk hari-hari yang tidak dapat digunakan tetap tiada sebarang "rebate" dipertimbangkan sedangkan kelewatan membayar hanya untuk tempoh beberapa hari tidak pernah diberi kelonggaran masa malahan pemotongan pernah dilakukan sebelum sampai tempoh matang tetapi dibuat terlebih awal beberapa hari sebelum tarikh sepatutnya.
Oleh itu kepada semua pegawai-pegawai atasan Telekom Malaysia Berhad yang terbaca paparan ini, sila ambil perhatian yang serius serta bertanggungjawablah terhadap segala pendedahan yang dibuat oleh pelanggan. Ingatlah bahawa di masa kini telah ada pelbagai perkhidmatan alternatif lain seperti Maxis, Digi, 4G-Izzi dan sebagainya untuk dimanfaatkan oleh pelanggan.
Apabila penghijrahan besar-besaran berlaku oleh pelanggan Telekom yang sedia-ada kepada perkhidmatan alternatif tersebut, sudah tentulah keuntungan Telekom akan mulai susut dan berkurangan. Dengan masalah-masalah kritikal dan ketidakcekapan yang diberikan kepada pelanggan sehingga amat membosankan ini, saya yakin dalam sedikit masa Telekom pasti akan kehilangan ramai pelanggan.
Hilangnya Kepercayaan Pelanggan
Kebelakangan ini kita sering ternampak iklan di TV tentang streamyx dan e-storage. Pertanyaan saya hanya satu sahaja. Apakah faedah dan manfaatnya jika sistem perkhidmatan yang dibekalkan sudah tidak lagi efisien? Apakah ciri-ciri keselamatan yang digambarkan itu boleh dipercayai sedangkan e-mel streamyx pelanggan pun sering diceroboh oleh kakitangan Telekom sendiri?
Jika dinafikan pencerobohannya, kenapa saban minggu terdapat banyak aduan pelanggan yang melaporkan tidak boleh membuka e-mel masing-masing? Apakah ada hantu raya yang menukarkan kata-laluan (password) pelanggan pada setiap minggu? Kenapa perkara seperti ini mesti berlaku? Walaupun setelah berkali-kali dibuat aduan oleh pelanggan, kenapa masalah ini terus berlaku kepada pelanggan? Tiadakah sebarang langkah penyelesaian terbaik dilakukan oleh pihak Telekom?
Ketahuilah bahawa pencerobohan ke atas e-mel pelanggan itu adalah satu kesalahan pecah amanah dan boleh dikategorikan sebagai satu jenayah di bawah akta multimedia jika sekiranya dibuat aduan rasmi oleh mana-mana pelanggan yang tidak berpuashati. Sumber dalaman telah melaporkan perkara ini tanpa sengaja akibat tekanan soal-jawab oleh pelanggan.
Sememangnya ia sering berlaku dan ianya dilakukan oleh penyelia dan pegawai yang bertugas pada syif malam di tiga pusat panggilan (Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Kuching, Sarawak). Mungkin akibat kebosanan berjaga malam maka jari-jemari dan minda mereka yang tidak bertanggungjawab itu menjadi sedikit gatal lalu ingin tahu perihal urusan orang lain maka dicerobohi e-mel orang lain sesuka hati mereka. Maka itu saya sarankan kepada pihak Telekom agar menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan segera ke atas penjenayah-penjenayah tersebut.
Kelmarin berdebat, semalam ditahan polis. Begitulah alkisahnya Dato' Seri Anwar Ibrahim yang baru selesai berdebat pada 15 Julai 2008 dengan Menteri Penerangan, akhirnya petang semalam 16 Julai 2008 beliau ditahan pihak polis untuk membantu siasatan kes liwat yang dibuat aduan ke atas beliau oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan setelah polis mengeluarkan waran tangkap akibat gagal hadir memberi keterangan dua hari lalu.
Berikut ini adalah petikan-petikan berita berkaitan penahanan ke atas Penasihat PKR itu.
Penasihat PKR akhirnya ditahan
KUALA LUMPUR - Tidak sampai 24 jam selepas polis mengeluarkan kata dua kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tampil memberi keterangan, dia akhirnya ditahan petang semalam.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditahan pukul 1 petang di Segambut iaitu kira-kira 50 meter dari rumahnya oleh sepasukan polis Bukit Aman. baca selanjutnya...
Kereta bawa Anwar dipintas polis
KUALA LUMPUR - "Sedang saya memandu kenderaan pelbagai guna Mazda yang biasa digunakan untuk membawa Datuk Seri (Anwar) dan keluarganya tiba-tiba kami dihalang oleh tiga kereta peronda."
Demikian dakwaan Abdullah Sani Said, 49, yang merupakan pemandu peribadi Penasihat Parti Keadilan (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 25 tahun lalu.
Katanya, ketika itu dia bersama Anwar dan dua peguamnya iaitu R. Sivarasa dan S.N. Nair dalam perjalanan pulang ke rumah Anwar di Bukit Segambut selepas memberi keterangan di pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya. baca selanjutnya...
Dihantar ke HKL buat pemeriksaan kesihatan
KUALA LUMPUR Setelah hampir enam jam memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.
Difahamkan, Anwar dibawa ke HKL selepas dia mengadu sakit semasa diambil keterangan oleh polis.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tiba di pekarangan Wad Diraja pukul 8.45 malam tadi dengan menaiki sebuah kereta dengan diiringi dua kereta peronda polis dan tujuh kenderaan pacuan empat roda. baca selanjutnya...
Apakah peristiwa lama 1998 bakal berulang kembali ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim? Mengikut ulasan Perdana Menteri selepas 8 jam penahanan ke atas Penasihat PKR itu, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan kejadian "mata lebam" yang pernah dialami oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika dalam tahanan polis pada 1998 tidak akan berulang kali ini. baca selanjutnya...
Adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka mengikut undang-undang sedia-ada setelah menerima aduan bagi menyelesaikan kes dengan segera.
Walau bagaimanapun diharapkan jaminan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi itu mampu menamatkan pelbagai spekulasi liar oleh parti pembangkang serta penyokong-penyokong taksub Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada bertindak ganas yang mungkin bakal mencetuskan kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam.
Juga dinasihatkan kepada pihak polis agar kes tuduhan ke atas beliau itu dapat diselesaikan mengikut tertib perundangan negara secara telus dan adil demi menjamin kredibiliti PDRM yang telah tercalar sejak kebelakangan ini. Sungguh pun jika beliau didapati bersalah, pihak berkuasa tidak wajar menggunakan kekerasan yang berbentuk penderaan sepertimana berlaku ke atasnya 10 tahun yang lalu.
Apa kata kita tonton semula rakaman siaran langsung debat di antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan Datuk Ahmad Shabery Cheek bagi sama-sama membuat penilaian sebenar secara lebih tepat.
Bukan berhasrat membuat satu penekanan mahu mempertikaikan siapa menang atau siapa kalah dalam perdebatan ini tetapi fakta-fakta yang harus diambilkira demi kebaikan serta kesejahteraan rakyat seluruhnya. Apa sahaja idea-idea yang baik perlulah diteladani dan diterimapakai seadanya sekali pun ianya lahir dari buah fikiran pemimpin yang tidak kita sokongi.
Rakaman siaran secara langsung debat ini adalah atas ehsan Malaysiakini
Bahagian 1-8 Saluran Bernama (Rakaman Malaysiakini)
Sepertimana dijanjikan pada tarikh Selasa, 15 Julai 2008, maka seluruh negara telah dihidangkan acara debat yang dinanti-nantikan di antara saudara Dato' Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR) dengan saudara Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Penerangan) yang diadakan di DBP telah pun berjaya disiarkan secara langsung tepat jam 9.00 malam tadi melalui saluran TV9, Astro Awani (saluran 501) dan TV Bernama (saluran 502) yang berakhir sejam kemudiannya pada pukul 10.00 malam.
Saya percaya akan pasti timbul pelbagai persepsi daripada semua peringkat pemimpin dan rakyat seluruhnya, baik para penyokong di pihak pembangkang mahupun di pihak kerajaan. Masing-masing ada pandangan sendiri untuk dibuat ulasan hasil daripada acara debat berkenaan.
Namun apa yang pasti dengan tajuknya yang menarik itu, "Hari Ini Berjaya Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" anjuran portal berita AgendaDaily itu hanyalah indah khabar dari rupa dan hasilnya tetap harga minyak tidak akan turun pada hari esok. Cuma sekadar mampu menjadi halua mata dan halua telinga sahaja.
Datuk Ahmad Shabery Cheek telah mewakili pihak kerajaan manakala Dato' Seri Anwar Ibrahim pula mewakili pihak pembangkang telah menampilkan hujah masing-masing serta menjawab beberapa soalan yang diajukan kepada mereka.
Apa yang menarik perhatian saya adalah berkaitan 2 soalan penting yang telah diajukan kepada Datuk Ahmad Shabery Cheek oleh wakil Dato' Seri Anwar Ibrahim tentang dana subsidi pengangkutan awam serta soalan daripada Dato' Seri Anwar sendiri yang panjang kepada Datuk Ahmad Shabery Cheek iaitu kenapa kerajaan BN menaikkan juga harga minyak selepas beberapa bulan pilihanraya umum ke-12 berlalu sedangkan jelas memungkiri janji untuk tidak menaikkannya sepertimana dinyatakan dalam manifesto pilihanraya oleh BN.
Soalan mengenai dana subsidi pengangkutan awam telah tidak berjaya dijawab dengan baik oleh Datuk Ahmad Shabery kerana hujah beliau telah jauh melencong ke lain menyentuh soal-soal peribadi Dato' Seri Anwar di masa lampau ketika beliau berada di dalam kerajaan. Pada pendapat saya, hujah itu tidak menepati kehendak soalan yang diajukan malahan langsung tidak berjawab dengan baik sepertimana yang diharapkan sehinggalah loceng masa penamat sessi itu dibunyikan.
Menyentuh soalan kedua pula, sekali lagi Datuk Ahmad Shabery gagal mengemukakan hujah jawapan yang tepat kepada soalan yang diajukan oleh Dato' Seri Anwar. Apa yang jelas keterangan yang diberikan oleh Menteri Penerangan itu tidak langsung mempertahankan kenapa kerajaan BN terpaksa menaikkan harga minyak selepas PRU12 walaupun setelah berjanji di dalam manifestonya tidak akan menaikkan harga minyak. Di penghujung penggulungan juga mempamerkan kelemahan Datuk Ahmad Shabery yang begitu ketara kerana tidak memanfaatkan masa satu setengah minit terakhir dengan sebaik-baiknya sebagai penutup perdebatan.
Sementara Dato' Seri Anwar yang sememangnya dikenali ramai begitu petah berpidato sudah tentulah ada banyak kelebihannya tersendiri. Secara jujurnya, di dalam perdebatan yang berlangsung itu, Dato' Seri Anwar telah berjaya mematahkan hujah-hujah Datuk Ahmad Shabery dengan begitu mudah sekali berlandaskan fakta-fakta beliau yang lebih arif di sudut ekonomi.
Di sini saya melihat Dato' Seri Anwar lebih profesional jika dibandingkan dengan Menteri Penerangan yang mewakili kerajaan. Beliau tidak mahu melayan atau mengendahkan serangan peribadi ke atasnya yang dibuat oleh Datuk Ahmad Shabery tetapi memanfaatkan masa yang diberikan itu hanya untuk menghujahkan isu-isu berkaitan harga minyak sahaja.
Sebagai rumusan saya yang tulus dan jujur (dengan mengenepikan ideologi politik), saudara Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah dilihat lebih menyerlah di dalam hujah-hujah beliau yang begitu bersahaja serta berlandaskan fakta-fakta sedangkan Datuk Ahmad Shabery Cheek dinilai sebagai menghampakan dan tidak sebagaimana yang diharapkan oleh pihak penyokong kerajaan BN khususnya ahli-ahli Umno di semua peringkat. Kredibiliti Datuk Ahmad Shabery kini mula diberi perhatian untuk dinilai rakyat samada diterima baik atau pun sebaliknya.
Jika mengikut mukaddimah yang disampaikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, beliau tetap menyahut perdebatan itu meskipun kehendaknya untuk berhadapan samada dengan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Dato' Seri Mohd Najib Razak tidak dipenuhi. Mengikut kata beliau, dia tetap menyertai debat berkenaan atas dasar tanggungjawab terhadap rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga minyak dan inflasi di samping turut mahu berkongsi idea bagaimana beliau mampu menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen seliter di peringkat awal sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah kerajaan persekutuan.
Apa pun sessi perdebatan telah berlangsung dan sudah pun berakhir. Sebenarnya daripada awal lagi rakyat juga turut mengharapkan samada Perdana Menteri atau pun Timbalan Perdana Menteri adalah orang yang selayaknya berhujah dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Setidak-tidaknya diberikan laluan itu kepada Menteri Kewangan Kedua, Dato' Seri Mohamed Nor Yaakob.
Kesimpulan di sudut kewibawaan kedua-dua pemidato itu dan pemberian markahnya pula, Dato' Seri Anwar Ibrahim layak menerima 7/10 markah manakala Datuk Ahmad Shabery Cheek hanya sekadar mampu meraih 4/10 markah sahaja. Itu berdasarkan penilaian peribadi saya tetapi lain individu sudah pasti lain penilaiannya.
Realiti hasil perdebatan itu tidak lain hanyalah sekadar rakyat dihidangkan untuk menilai siapakah yang lebih berketrampilan dengan hujah-hujah yang bernas. Ia juga untuk mengukur kepetahan dan kewibawaan kedua-dua pendebat itu di dalam berhujah serta menangkis hujah lawan dengan baik. Rasionalnya, apakah idea dan saranan yang dibawa oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim itu sedia diterimapakai oleh kerajaan yang memerintah ke arah mengurangkan bebanan rakyat? Itu sahaja persoalannya.
Bercerita soal "Peralihan Kuasa" kepimpinan negara yang akan dibuat DS Abdullah pada Jun 2010 mencerminkan keperibadian DS Abdullah yang terus "Flip Flop" tanpa ada rasa malu. Di manakah maruah dan harga diri beliau sebagai seorang pemimpin nombor satu negara jika ini masih dijadikan satu sandiwara? Kita juga dapat melihat DS Najib terus dibebali serta didungukan oleh DS Abdullah yang tidak bertanggungjawab itu tetapi nampaknya DS Najib terus akur dan suka dengan kerenah DS Abdullah.
Apakah saudara-saudari ingat ianya bakal menjadi realiti sepertimana sebelumnya? Sudah tentulah DS Abdullah mempunyai agenda tersendiri yang tersurat dan tersirat kenapa peralihan kuasa ini dilanjutkan sehingga ke bulan Jun 2010. Sebagaimana yang pernah dimaklumkan terdahulu DS Abdullah sudah beberapa kali mengumumkan soal peralihan kuasa kepada Timbalannya, DS Najib, cuma tidak dimaklumkan tarikh atau bulan dan tahunnya sepertimana yang dibuatnya terbaru tetapi satu pun tidak tertunai. Pendekata DS Abdullah dan Ketua Umum PKR, DS Anwar, 2x5 serupa dan sama pembohong. Kedua-duanya pengkhianat agama, bangsa dan negara.
Di sini pun kita dapat menghuraikan permainan kotor DS Abdullah yang dinasihati oleh anak dan menantunya sebab itulah menantunya Khairy beriya-iya menyokong pengumuman yang dibuat bapa mertuanya ini. Kata menantu beliau, peralihan kuasa ini kononnya amat bertepatan sekali kerana mengikut prosedur biasa dan tradisi agar ianya dapat dilakukan secara adil bagi memastikan proses peralihan kuasa ini lancar ke arah menjamin kemakmuran negara. Permainan kata-kata dan janji ini sungguh bangsat dan hina sekali di pandangan mata rakyat.
Kali ini Abdullah terpaksa menyatakan bulan dan tahun setelah mendengar usul "undi tidak percaya" yang dibawakan oleh ketua pembangkang, DS Wan Azizah ke parlimen melalui surat yang diserahkan kepada YDP Dewan Rakyat. Samada usul tersebut berjaya atau pun tidak, kita tunggu saja harinya nanti, walaupun DS Nazri Aziz begitu yakin ianya tidak akan berjaya dilakukan.
Senario ini semakin berlarutan dan semakin mencelarukan perjalanan politik tanahair. DS Abdullah ternyata berpemikiran yang amat singkat dan tidak matang di dalam membuat apa-apa sahaja keputusannya. Pengurusan Umno/BN dan negara dijadikan sebagai sebuah syarikat milik penuh beliau dan keluarganya tanpa mahu memikirkan kemakmuran negara. Pergolakan semasa tidak langsung mahu diambilkira. Beliau hanya tahu menuduh rakyat yang bersuara melalui blog sebagai pengkhianat tetapi dalam masa yang sama beliau lupa bahawa beliau-lah pemimpin utama yang telah mengkhianati hak rakyat dan rukun negara.
Tempoh 2 tahun daripada sekarang adalah satu tempoh yang agak lama. Berbagai-bagai keadaan lebih buruk boleh berlaku di sepanjang tempoh berkenaan. Pastinya beliau dan anak menantunya bersiap-siaga melakukan sesuatu untuk terus menjamin kedudukannya, lebih-lebih lagi menantu beliau yang gilakan kedudukan dan kuasa dengan agenda mahu bertapak di jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan Disember 2008 akan datang.
Masa yang lebih panjang ini sudah tentulah satu bonus kepada mereka tiga beranak untuk melakukan sesuatu di luar dugaan yang hanya mereka saja yang tahu. Inilah ketiga-tiga manusia munafik bangsat yang memusnahkan negara. Perilaku ketiga-tiga beranak ini lebih dahsyat daripada komunis dan firaun yang seharusnya kita sekat dengan segera di samping bertindakbalas memberi satu pengajaran hebat kepada mereka sebagai balasan dunia sebelum dibalas di akhirat kelak.
Mengikut apa yang dikatakan Tun Dr Mahathir sebelum ini, DS Najib serta seluruh barisan MT amat mudah digula-gulakan oleh DS Abdullah. Hanyut dan terus hanyut dengan permainan licik dan kotor DS Abdullah yang dilihat tiada usaha mahu menyekat atau membanteras pengkhianatan DS Abdullah dan keluarganya. Masing-masing terleka dan terus dilekakan dengan lenggang-lengguk DS Abdullah menghidangkan tarian yang mengasyikkan. Rata-rata ahli MT bebal sebebal-bebal semuanya kerana takut mahu bersatu bagi menggulingkan saja DS Abdullah pengkhianat ini. Jika hendak seribu daya, tetapi disebabkan tidak berani maka seribu alasan diberikan.
Tun Dr Mahathir menjawab isu peralihan kuasa ini dengan begitu ringkas dan mudah sekali. Katanya, "Jika kamu boleh berfikir, fikirlah". Mungkin beliau sudah jelak dan mual dengan permainan dolak-dalik DS Abdullah yang tidak berpendirian serta masih tidak mahu mengakui kelemahan diri sendiri. Di samping itu Tun juga mahu semua ahli MT dan semua di akar umbi menyedari akan apa yang beliau nasihatkan selama ini.
Bagi penganalisa politik seperti Datuk A Kadir Jasin, beliau turut mempertikaikan tempoh peralihan kuasa 2 tahun adalah lama. Beliau menekankan maksud kata-kata DS Abdullah "akan menyerahkan jawatan" dengan "bercadang menyerahkan jawatan" adalah dua maksud yang berbeza antara satu sama lain. Bila saya fikirkan, ada benar kata-katanya itu. Istilah "akan" boleh memberi makna kuasa bakal diserahkan pada suatu masa apabila sampai waktunya tetapi tidak diketahui bila walaupun telah diletakkan sebagai Jun 2010 sementara isitilah "bercadang" pula membawa makna samada mahu melepaskan jawatan atau pun tidak bergantung kepada keadaan. Fahamilah taktik ayat-ayat kotor dan jijik DS Abdullah yang sengaja disandiwarakan.
Berdasarkan pandangan Tan Sri Sanusi Junid pula, beliau telah mengesan strategi DS Abdullah untuk menghadapi PRU13 yang berkemungkinan pada Januari 2013 akan datang. Memetik apa yang ditulis di blog beliau, Tan Sri Sanusi Junid berkata, "Satu perbincangan dua hari, yang diadakan di Pearl Hotel di Jalan Klang Lama, beberapa minggu yang lalu, yang dihadiri oleh penyokong-penyokong Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengatur strategi menghadapi pilihanraya ke 13. Penyokong Tun Dr. Mahathir, Dato' Seri Najib, Tan Sri Muhyiddin dan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah telah tidak dijemput bersama".
Jadi, kata-kata DS Abdullah kononnya beliau tidak akan memimpin PRU13 akan datang adalah diragui jika berdasarkan kenyataan ini. Maka itu, marilah sama-sama kita fikirkan apakah sebenarnya muslihat daripada pengumuman peralihan kuasa oleh DS Abdullah baru-baru ini sedangkan kita nampak jelas dolak-dalik beliau yang telah berjaya dikesan dan dicurigai. Bagaimana pula dengan pelbagai agenda tersembunyi yang belum berjaya dikesan?
Oleh itu saya menyeru dan menyarankan kepada semua ahli-ahli Umno dan perwakilan Umno di Perhimpunan Agung Umno pada Disember 2008 akan datang agar bertindaklah sesuatu menyingkirkan DS Abdullah dan menantunya, Khairy, dari persada politik tanahair. Kehadiran mereka hanyalah sebagai liabiliti yang menyumbangkan kehancuran parti dan negara. Malaysia pasti aman dan makmur apabila dua spesis pengkhianat utama ini berjaya digulingkan.
Lakukanlah sesuatu sebaik-baiknya dengan pertimbangan yang waras dan matang di dalam membuat pemilihan akan datang. Renung-renungkanlah! Fikir-fikirkanlah!
Pemuda Pelapis awal-awal sudah mengucapkan Selamat Hari Lahir Ke-83 buat Tun Dr Mahathir Mohamad di blog beliau di bawah tajuk "Snippets - Tioman". Berikut dipetik semula untuk disiarkan di blog Pemuda Pelapis sebagai tanda ingatan dan kenangan buat insan yang dikasihi serta amat disanjungi.
Apa pun ada sedikit kesilapan kerana Pemuda Pelapis ingatkan Tun menyambut Ulangtahun Hari Lahir Ke-83 di Tioman, rupa-rupanya Tun dijamu dan diraikan di KL Sentral mengikut laporan blog BigDogDotCom.
Sebagai Tok Guru Agama dan juga pemimpin PAS berjawatan Menteri Besar Kelantan sejak 18 tahun lalu, kita biasa mendengar berbagai-bagai saranan, kontroversi serta mekanisme yang dibawa oleh DS Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak menerajui kepimpinan negeri Kelantan Darul Naim.
Terbaru beliau menitikberatkan soal SOLAT FARDHU 5 WAKTU sebagai syarat pengambilan bekerja bagi jawatan pemimpin, ketua jabatan dan kakitangan awam kerajaan negeri Kelantan. Berikut adalah memetik kenyataan beliau oleh Bernama;
Nik Aziz cadang pengambilan pemimpin, kakitangan awam penuhi solat lima waktu 07/07/2008 12:40pm
KOTA BHARU 7 Julai — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akan membawa satu usul dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk mewajibkan mereka yang menunaikan solat lima waktu dan solat Jumaat sebagai syarat wajib pengambilan bekerja bagi pemimpin, ketua jabatan dan kakitangan awam kerajaan negeri.
Beliau berkata cadangan untuk syarat menunaikan solat itu akan dijadikan sebagai satu kemestian dalam memegang jawatan sama seperti syarat kelayakan mesti lulus Bahasa Malaysia dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk membolehkan mereka mendapat pekerjaan.
“Saya akan mencadangkan di dalam dewan sebagai syarat wajib untuk memilih jawatan ketua kampung, tok penghulu, pemimpin dan kakitangan awam. Mereka mesti menunaikan solat lima waktu dan solat Jumaat.
“Syarat ini bagi memastikan mereka yang dipilih adalah mereka yang menjaga akhlak mereka supaya menjauhi daripada elemen rasuah dan tidak bermoral,” katanya kepada pemberita semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri ke-12 berhenti rehat, di sini hari ini.
-Bernama
Saranan ini amatlah baik sekali namun persoalannya di sini, bagaimanakah kaedah pemantauan yang mahu dibuat oleh beliau dan barisan kepimpinan kerajaan negeri terhadap calon-calon berkenaan? Bagi pemilihan baru apakah calon-calon baru itu harus membawa saksi-saksi yang menyokong bahawa calon itu sememangnya bersolat 5 waktu selama ini?
Bagaimana pula soal kenaikan pangkat atau jawatan lebih tinggi nanti? Ini kerana solat 5 waktu itu berlaku di ketika luar waktu pejabat. Contohnya, solat Subuh dilakukan di rumah ketika awal pagi, solat Zohor atau Jumaat pula di waktu rehat tengahari, solat Asar boleh dikerjakan selepas waktu pejabat samada di surau, masjid atau di rumah setelah pulang dari kerja. Sementara solat Maghrib dan Isyak sudah semestinya semua kakitangan berada di rumah masing-masing.
Diharapkan seruan yang baik ini harus disokong oleh semua pihak tanpa mengira ideologi politik dan semoga dapat dilaksanakan oleh Tuan Guru di bawah kerajaan pimpinannya untuk dicontohi oleh kerajaan negeri-negeri lain. Walau bagaimanapun beliau haruslah terlebih dahulu mengkaji semasak-masaknya di sudut kesahihan calon, cara memantau dan apakah ianya praktikal atau pun tidak untuk dijadikan sebagai syarat utama.
Di dalam apa-apa perkara pun sikap keterbukaan ini sebenarnya penting. Ia secara tidak langsung menyerlahkan keperibadian individu itu sendiri. Lebih-lebih lagi apabila ianya melibatkan orang-orang yang dikenali ramai seperti personaliti, artis, usahawan ternama, ahli korporat, dermawan, hartawan, ahli politik dan sebagainya. Di sini saya mahu membicarakan tentang sikap keterbukaan ahli-ahli politik tanahair baik dari pihak kerajaan mahu pun di pihak pembangkang.
Sepertimana kita semua maklum, hari ini media blog telah menjadi pilihan rakyat Malaysia khususnya di dalam membicarakan soal isu-isu politik semasa. Media alternatif ini telah mendapat perhatian ramai sejak selepas PRU12 yang lalu. Ini kerana rata-rata menyifatkan media arus perdana percetakan dan elektronik tidak lagi boleh dipercayai sepenuhnya akibat laporan yang dipaparkan kepada masyarakat diistilahkan rakyat sebagai tidak telus dan berat sebelah, yang lebih memihak kepada kerajaan.
Lebih kritikal lagi sejak kebelakangan ini media arus perdana disifatkan rakyat sebagai keterlaluan memihak kepada individu pemimpin tertentu khususnya Perdana Menteri "Flip Flop" yang dianugerahkan rakyat kepada DS Abdullah. Banyak kedengaran rentetan dan rungutan daripada pelbagai pihak yang tidak berpuashati sehinggalah suratkhabar-suratkhabar berbahasa Melayu dan Inggeris tidak lagi laris berjual seperti dahulu. Dengan situasi ini maka syarikat percetakan akhbar mungkin terpaksa mengurangkan pengeluarannya dan sudah tentulah pungutan hasilnya akan turut berkurangan.
Kerugian demi kerugian adalah dijangka bakal berlaku ke atas syarikat-syarikat akhbar terkenal (tidak perlu saya sebutkan kerana semua orang tahu). Inilah padahnya akibat terlalu mengikut telunjuk pemimpin tertentu dan membenarkan campurtangan pihak-pihak berkepentingan di dalam pengurusan syarikat akhbar mereka. Kredibiliti sudah terjejas disebabkan tidak melaporkan berita secara adil dan saksama. Keterbukaan dan ketelusan sudah tidak lagi menjadi amalan untuk dipraktikkan. Apa yang ada di benak pengurusan hanyalah mencari keuntungan politik. Akhirnya yang dikejar tak dapat, yang dikendung pula keciciran... maka padanlah muka!
Namun suratkhabar berbahasa pilihan lain seperti Tamil dan Cina dikatakan semakin laris (khususnya suratkhabar Cina) dibeli kaum berbangsa India dan Cina atau mungkin juga bangsa-bangsa lain yang memahami bahasa Tamil dan bahasa Cina (Mandarin). Tidak kurang juga dikhabarkan kaum Melayu membeli dan membaca suratkhabar ini. Kenapa agaknya laris sedangkan yang lain tidak habis pun berjual? Sudah tentulah ada seribu satu cerita dan rahsia di sebaliknya atau adakah kerana laporannya lebih telus dan dibuat secara terbuka? Ada sesetengah pendapat mengatakan ada terkandung agenda-agenda berbau hasutan kaum. Benar atau tidak, perlulah sama-sama kita siasat dahulu.
Blogger Ahli Politik
Tentang laman web dan blog pula, ada yang sedia mengamalkan sikap keterbukaan namun tidak kurang yang enggan menerima pendapat orang lain. Bagi saya itu adalah hak masing-masing bergantung kepada empunya blog itu sendiri. Jika hanya membabitkan blogger biasa yang tiada nama tak mengapa tetapi apa yang mendukacitakan bilamana melibatkan ahli-ahli politik tertentu yang dikenali. Nyata amat songsang sekali perjuangannya dan tidak sebagaimana yang gah dilaungkan.
Sekurang-kurangnya apabila seseorang ahli politik itu telah bersedia untuk mendekati rakyat melalui medium ini maka sikap keterbukaan dan ketelusan itu amatlah penting dipraktikkan. Mereka tidak seharusnya bersikap "bias" terhadap kritikan dan kecaman daripada mana-mana pihak yang mengulas di ruangan komen. Sekali pun tidak bersetuju dengan pendapat yang diberikan, ianya harus disiarkan asalkan si pengulas itu masih bersopan di dalam bahasanya tanpa melontarkan kata-kata kesat yang tidak sepatutnya.
Bagaimanakah kita mahu menilai sesebuah blog itu baik atau tidak baik di sudut sikap keterbukaannya? Tidaklah sukar untuk kita menilainya. Asas yang utama ialah penulis blog itu sedia menerima teguran, nasihat, kritikan dan kecaman oleh pengunjung yang sudi membuat ulasan pada mana-mana topik yang disiarkan di blognya.
Blogger yang bagus tidak hanya menyiarkan pujian semata-mata tetapi turut menyiarkan kritikan ke atas penulisannya asalkan bahasa kritikan itu masih lagi dikategorikan sebagai sopan. Namun ramai juga blogger politik yang takut pada bayang-bayang sendiri sehingga tidak berani menghadapi realiti. Apa yang hanya dipaparkan pada ruangan komen mereka cuma segala pujian dan bodek sahaja tetapi segala teguran dan kritikan langsung tidak mahu disiarkannya.
Di antara contoh blog yang tidak baik adalah seperti blog DS Anwar Ibrahim (PKR), Nurul Izzah (PKR), Karpal Singh (DAP), Khairy (Umno), DS Mohd Ali Rustam (Umno) dan banyak lagi yang tidak mampu disebutkan satu persatu baik di pihak kerajaan mahu pun pembangkang. Mereka ini hanya suka dipuji tinggi menggunung hingga melangit tetapi apabila ditegur, dikritik atau dikecam walaupun berbahasa sopan tidak akan diterima malahan cukup takut untuk disiarkan.
Pada pandangan saya ini mungkin dipandang kecil oleh sebilangan besar masyarakat tetapi jika mahu dihalusi sebenarnya ia merupakan satu perkara yang cukup besar dan bakal membawa kudis apabila semakin besar kuasa politiknya. Tidak mustahil golongan sedemikian adalah penyumbang kepada kepincangan politik masa depan yang boleh mencemarkan kepemimpinan negara.
Jika kritikan di ruangan ulasan blog sudah dinafikan, apakah anda yakin suara-suara anda akan didengari dan mahu diterimapakai oleh mereka ini setelah kuasa politik semakin besar berada di tangan mereka? Dahulunya kita mungkin sukar nak menilai pemimpin-pemimpin lampau kerana ketika itu mereka tiada blog. Jadi dengan persepsi rakyat yang sudah berubah lebih mempercayai kuasa berita blog maka eloklah daripada sekarang semua rakyat blogger membuat penilaian terhadap pemimpin yang berblog samada mereka bersikap terbuka atau pun sebaliknya. Di sinilah titik tolak landasan awal untuk rakyat mula menilai mereka.
Untuk blog Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah, kemengarutan mereka dilihat amat jelas dan ketara sekali. Saudara-saudari bolehlah masuk menjenguk sendiri dan membaca ulasan-ulasan daripada para penyokong taksub keluarga ini. Apa yang tertera disiarkan hanyalah puji-pujian sahaja. Bertuah jika anda berjaya terjumpa kritikan dan kecaman di dalam blog mereka. Itu dipastikan tidak akan disiarkan oleh dua beranak yang mengarut ini.
Lebih-lebih lagi dalam kemelut semasa di mana seluruh negara digegarkan kes liwat kali kedua dilakukan oleh Anwar Ibrahim. Saya mengambil contoh peribadi apabila saya cuba membuat posting nasihat yang baik kepada beliau dua beranak di kedua-dua blog tersebut namun tidak berani disiarkan mereka dua beranak. Inikah manusia yang mahu terus disokong oleh penyokong-penyokong taksub mereka?
Seharusnya mana-mana sahaja ahli politik yang menafikan suara teguran dan nasihat rakyat sewajibnya tidak harus diberi sokongan kerana jika mereka berjaya memegang tampuk kekuasaan yang lebih besar lagi sudah tentulah mereka akan terus bersikap menafikan sebagaimana contoh di depan mata kita sekarang iaitu Abdullah "PM Flip Flop" kita. Apakah masih mahu membuka peluang lagi kepada golongan ahli politik yang bersikap sedemikian yang bakal menghancurkan agama, bangsa dan negara?
Apabila perkara sekecil ini pun sudah dinafikan, apakah mustahil bagi mereka untuk menafikan perkara yang lebih besar? Oleh itu saudara-saudari semua renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah. Saya mengajak anda sama-sama menilai buruk dan baiknya demi masa depan agama, bangsa dan negara yang tercinta ini.
Melalui tajuk saya sebelumnya, "Kes Anwar Meliwat: Bersumpah atau Tidak?" kita lihat terdapat percanggahan pendapat di antara dua Mufti negeri di utara tanahair iaitu Mufti Perlis dan Mufti Perak. Sebagai golongan yang diiktiraf gelaran ulamak di Malaysia atau di mana-mana jua di dunia ini, tidak seharusnya ada sindiran sinis antara satu sama lain jika sekali pun wujud pertindihan pandangan dalam sesuatu isu.
Sepertimana saya tekankan bahawa Al-Quran itu hanya satu dan tetap satu dari azalinya sampailah ke hari kiamat. Isikandungannya tetap itu juga tanpa ada sebarang perubahan kerana ianya diturunkan oleh Allah swt buat Rasulullah saw untuk dijadikan panduan oleh seluruh umat Muhammad saw di mukabumi ini. Tafsirannya adalah sama sahaja tetapi mungkin cara memahami intipati Al-Quran itu berbeza di antara satu sama lain.
Dalam isu ini, saya nampak ada 3 perkara. Pertama akibat terlalu merasa cukup pandai dan terlebih arif dalam soal selok-belok agama sehingga begitu yakin mengolah makna dan maksudnya yang boleh menyesatkan pemahaman orang lain. Kedua, kerana sentiasa tidak ada perasaan senang sesama ulamak lain seolah-olah pandangan dia sahaja yang lebih betul daripada orang lain. Ketiga, tidak mustahil wujudnya apa-apa kepentingan yang mendorong kecenderungan membela mana-mana pihak sehingga sanggup memanipulasikan makna dan maksud keterangan Al-Quran itu dengan niat mahu mengelirukan seluruh umat Islam agar mempercayainya atau menolaknya.
Alhamdulillah, akhirnya sindirian sinis daripada Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria terhadap cadangan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin itu kini berjawab dan diulas panjang. Berikut ini disiarkan ulasan penuh Mufti Perlis tersebut yang dipetik daripada mSTAR Online.
Mufti Perlis jawab isu kemuka empat orang saksi kes liwat 07-07-2008 05:59:18 PM Oleh ZIEMAN
PETALING JAYA: Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin jelas bercanggah pendapat dengan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria dalam kes orang yang menuduh dirinya diliwat mesti mengemukakan empat orang saksi dan jika gagal boleh disebat 80 kali.
"Mereka ini keliru antara seseorang yang mendakwa orang lain melakukan zina dengan orang yang mendakwa dirinya dirogol dan diliwat," kata Dr Asri.
"Jika disamakan kaedah ini bererti mangsa-mangsa rogol dan liwat kena datangkan empat orang saksi dan kalau gagal berbuat demikian, mereka akan disebat 80 kali. Inikah Islam yang mereka faham?
"Kesalahan memahami hukum beginilah yang akan mengelirukan umat Islam? Jika ini yang ditonjolkan pada masyarakat, maka orang akan anggap Islam itu zalim," katanya lagi.
Baru-baru ini, Dr. Asri meminta kedua-dua individu yang dikaitkan dalam kes liwat iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan supaya 'bermubahalah' atau bersumpah.
Beliau berkata isu liwat itu kini sudah menjadi semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru.
Katanya, Anwar dan Mohd Saiful hendaklah bersumpah laknat iaitu dengan melafazkan sumpah: "Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya, laknat Allah kepada saya."
Cadangan Dr Asri tidak dipersetujui oleh Dato' Harussani yang berpendapat Ketua Umum Pakatan Rakyat itu tidak perlu bersumpah atau bermubahalah.
Ini kerana, menurut Dato' Harussani, isu liwat itu terletak dalam bab jenayah (kazaf) dan orang yang menuduh (Saiful) mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan.
Dr Asri pula berkata, "Sebenarnya seseorang yang mendakwa dirogol atau diliwat boleh menguatkan kes dan tidak semestinya mengemukakan empat orang saksi saja. Pendakwa boleh mengemukakan qarinah (bukti atau apa saja yang berkaitan) untuk membantu siasatan," jelasnya.
Dr Asri bertanya, adakah mungkin selepas ini pihak-pihak berkenaan akan mencadangkan supaya wanita-wanita yang membuat aduan menjadi mangsa rogol datuk, bapa, atau orang lain kena membawa empat orang saksi dan disabit 80 sebatan rotan.
"Dapatkah dicari empat orang saksi beriman? Di mana pula di dunia ini ada orang yang dirogol disaksikan empat orang saksi beriman dan saksi-saksi itu pula akan hanya melihat saja tanpa melarang perbuatan itu?," tanyanya lagi.
Cadangan bermubahalah yang pernah disuarakan oleh Dr Asri tempoh hari jelas mengundang pelbagai reaksi dari ulamak dan ahli politik.
Dato' Harussani tegas berkata yang Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah kerana katanya ia tidak menepati undang-undang Islam.
Kata beliau lagi, kes isu liwat yang membabitkan Anwar adalah perkara yang menjatuhkan maruah dan tidak timbul soal perlunya orang yang mendakwa atau tertuduh untuk bersumpah.
Kata Dr Asri, selepas bermubahalah (bersumpah) tidak bermakna orang itu tidak akan dihadap ke mahkamah.
"Mubahalah lain, prosedur mahkamah lain. Mubahalah timbul akibat ada pihak yang tak percaya pada sistem kehakiman, percaya ada komplot, bila masyarakat tidak mempercayai satu sama lain, bila saksi dianggap palsu, mahkamah pula tidak boleh dipercayai.
"Daripada terus berbalah antara satu sama lain dan membiarkan keadaan berterusan dan tuduh menuduh, elok didatangkan bermubahalah. Satu jalan penyelesaian untuk tidak terus berbalah," kata Dr Asri.
Ketika diminta mengulas kenyataan Dato' Harussani yang mengatakan cadangan bermubahalah itu datangnya orang yang terlebih pandai, Dr Asri hanya berkata, "hasad itu tidak baik."
Kesimpulan saya, sikap buruk dan jelek Mufti Perak (Dato' Harussani) haruslah dihapuskan daripada dirinya dan bersegeralah bertaubat untuk kembali ke pangkal jalan kerana sindir-menyindir antara ulamak bukan sunnah Rasulullah saw serta tidak pernah diajar oleh baginda kepada umatnya. Itulah barangkali tempias bahana "Hanya Kerana Seorang Peliwat Profesional" yang Allah swt cuba tunjukkan sehingga dua Mufti negeri bercakaran.
Ingatlah pesanan saya bahawa tugas dan tanggungjawab ulamak itu ibarat meletakkan sebelah kaki di syurga dan sebelah kaki di neraka. Pilihlah ke mana arah yang hendak dituju. Di samping itu juga pertikaian di kalangan ulamak hanya akan merugikan agama dan bangsa sendiri serta mencerminkan kelemahan kredibiliti institusi Islam di negara kita.
Janganlah agama Islam dipolitikkan oleh mana-mana pihak tetapi Islam seharusnya dijadikan landasan perjuangan yang luhur dan benar agar perjuangan politik negara tidak tersasar daripada landasan sebuah negara Islam. Fahamilah akan maksudnya dan janganlah mengelirukan rakyat.
Media arus perdana pada 7 Julai 2008 melaporkan Abdullah Badawi berkata media alternatif seperti blog adalah pengkhianat kepada negara. Kononnya banyak perkara yang dilaporkan oleh media blog hanya berunsur fitnah dan hasutan bagi mengelirukan rakyat supaya membenci kerajaan. Macam-macam lagi yang dikatakannya, malas nak ulang... buang masa melayan Abdullah Flip Flop ni. Kita sedar dia tak waras buat apa nak dilayan. Tumpukan saja usaha rakyat untuk menggulingkan dia dan kroni-kroninya. Tahulah nasib dia esok...
Bersandarkan perkataan LEBIH dan LEBIH-LEBIH, izinkan saya mengulas...
Abdullah hanya seorang pemimpin yang LEBIH bercakap daripada buat kerja. LEBIH tidur daripada memikirkan soal menyelesaikan masalah rakyat dan negara. LEBIH mementingkan diri sendiri dan keluarganya daripada tanggungjawab terhadap negara. LEBIH tamak haloba dan LEBIH-LEBIH gila kuasa.
Abdullah adalah seorang pemimpin yang LEBIH suka mencari salah orang lain daripada salah sendiri. LEBIH menuding jari dalam apa-apa masalah tetapi tidak mahu berusaha LEBIH ke arah menyelesaikannya. Bila dihentam, beliau LEBIH suka diam-diam dulu tapi kemudiannya bila sudah parah barulah menjawab tetapi LEBIH emosi daripada waras.
Abdullah dilihat sebagai seorang pemimpin yang LEBIH hipokrit dengan agenda memerangi rasuah walhal dalam masa yang sama dia sendiri merembat LEBIH-LEBIH harta rakyat dan negara. Atas pentas dan di media beliau LEBIH gemar menabur janji kosong kepada rakyat, hakikatnya segala berkaitan projek dia-lah orangnya yang meragut LEBIH-LEBIH bersama anak dan menantunya.
Abdullah juga seorang pemimpin pemalas, LEBIH-LEBIH lagi soal menyelesaikan apa sahaja isu penting. Dia LEBIH auta dan cerdik tang buat duit untuk diri dia dan keluarga dia tapi berlagak bodoh LEBIH-LEBIH soal-soal kepentingan lain. Mungkin benar dia bodoh tapi masih nak tunjuk hero LEBIH-LEBIH kononnya mahu menyelamatkan keadaan agar negara kembali stabil, aman dan makmur. LEBIH-LEBIH pulak dia perasan sendiri...
Abdullah sebenarnya LEBIH berselindung di sebalik sikap alim dan tenang beliau kononnya nampak "cool" padahal dia-lah manusia munafik yang LEBIH-LEBIH dari segala raja munafik. Politik Abdullah LEBIH karut-marut sehingga negara kini terjerumus ke kancah politik kotor yang LEBIH-LEBIH. Janganlah buat-buat tak reti bahasa LEBIH-LEBIH sangat bila rakyat dah desak supaya berundur secara baik. Nak rakyat layan macam mana lagi? Apakah menunggu tindakan rakyat yang LEBIH ganas lagi?
Bab mengata orang lain dia-lah manusia yang LEBIH-LEBIH tapi bila wartawan soal balik tercungap-cungap tak reti pun nak jawab LEBIH-LEBIH. Bila dia hilang akal nak menjawab soalan wartawan, dia LEBIH suka matikan saja soalan cepat-cepat daripada terus disoal sebagai langkah LEBIH berhati-hati kerana takut termalu diri sendiri. Tapi dia lupa, dia-lah orangnya yang LEBIH bercakap yang menyebabkan wartawan LEBIH-LEBIH ingin tahu perkembangan apa yang dicakapkannya.
Bila saya dengar Abdullah LEBIH-LEBIH kata blogger sebagai pengkhianat, saya cuma tersenyum sebab dia sebenarnya tempelak diri dia sendiri yang LEBIH pengkhianat terhadap agama, bangsa dan negara. Semua orang dah nampak pun... nak sorok tang mana! Majoriti blogger LEBIH cerdik, LEBIH waras, LEBIH bernas idea, LEBIH berwawasan dan macam-macam LEBIH lagi jika dibandingkan dengan kepala otak Abdullah.
Apa pun baguslah Abdullah kutuk blogger LEBIH-LEBIH, sekurang-kurangnya makin LEBIH lagi bilangan blogger yang tidak akan sokong dia. LEBIH ramai yang benci dan meluat pada dia maka LEBIH cepatlah dapat singkirkan dia dari takhta Putrajaya. Tak gitu ke? Sebab itulah rakyat duk kata Abdullah Flip Flop ni LEBIH-LEBIH sangat bebalnya tapi masih juga tak mahu mengaku.
LEBIH lama dibiarkan dia jadi PM, LEBIH hancur dan musnah Malaysia. LEBIH kerap dengar dia bercakap, LEBIH berkerak tahi telinga kita. Cuma satu saja nak pesan pada dia ni... Jika Islam Hadhari itu "ada had dan ada hari"... Kalau mengata kat rakyat jangan LEBIH-LEBIH, tolong ada had sikit sebab bila sampai harinya nanti... tahulah nasib dengan mulut yang LEBIH-LEBIH tak ada insuran tu...
Disebabkan dia seorang punca segala-galanya, habis orang lain nak dipersalahkan. Haprak punya Perdana Menteri. Muka tak tahu malu. Lelong! Lelong! Lelong! Kasi lelong sama Abdullah sama anak dan menantunya... Tak ada siapa yang nak beli pun... Daripada beli mereka 3 beranak, lebih baik beli unta atau keldai... ada juga gunanya. Marah! Jangan marah "Lah"... Lagi marahLEBIHmurah "Lah"...
Cakap serupa bikin?
-
Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin is at a crossroad to put money
where his mouth is, in the perspective of integrity and proper governance.
The ...
GEMPAR: Mahathir angkat sumpah
-
*NEWS:*
Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri
Malaysia di hadapan Yang di Pertuan Agong di Balai Rong Seri, Istana
Neg...
Just an amusing observation..
-
Brightest students in A class, studied Science, became engineers, doctors,
architects, building the country etc.
Students in B class, studied Commerce, be...
Bapak ayam
-
Merekalah bapak ayam
Mengatur tauke tauke besar yang ghairah merogol
Menyondol hutan hutan dara subur yang basah lebat merimbun
Meraba ganas liang, lubang, l...
SALAM BAHAGIA DAN SELAMAT MEMBACA
-
As Salam. Ramai yang bertanya sama ada saya masih menulis di blog atau
sebaliknya. Saya memberitahu mereka bahawa tumpuan kini adalah kepada tiga
cabang m...
Tepu
-
Otak tepu. Masa lapang pun tepu.
Sibuk sampai tak sempat fikir tentang blog.
Dulu tak macam ni.
Mungkin ia kesan penuaan.
Nasib baik sedar diri dah tua.
Itup...
BEGAIM ALI NAK JADI CALON DI DUN CEMPAKA?
-
Jika Umno masih lagi sebuah parti politik, maka Umno mesti bertanding di
pilihan raya kecil (PRK) DUN Cempaka, kecualilah Umno Kelantan sudah jadi
NGO uj...
PERGINYA SEORANG LAGI NASIONALIS MELAYU
-
KUALA LUMPUR 22 Mac 2012 - Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Mazlan Nordin,
87, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) dekat sini
pada p...
-
DENGAR TITAH RAJA
Melayu.
Jangan derhaka.
Nanti dapat malapetaka.
Ini negeri raja punya.
Kita semua hanya menumpang.
Derhaka, nanti kena pelempang.
Mer...
Ucapan Presiden UMNO di PAU 2009
-
Seawalnya saya ingin berkongsi Firman Allah SWT, dalam surah As-Saff ayat
yang ke-4
*‘Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya, da...
Isu Masuk Syurga: Transkrip Kenyataan Nik Aziz
-
KUALA LUMPUR 20 Ogos – TV3 malam ini menyiarkan rakaman audio Mursyidul Am
PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika sidang akhbar di Pulau Pinang pada
17...
Menyelami Partisipasi Politik Belia
-
Pada 4 Julai 2009, genaplah 100 hari saya menjadi Ahli Majlis Tertinggi
UMNO. Dalam tempoh itu, tema utama yang saya bincangkan ialah partisipasi
belia dal...
Apa pun ada sedikit kesilapan kerana Pemuda Pelapis ingatkan Tun menyambut Ulangtahun Hari Lahir Ke-83 di Tioman, rupa-rupanya Tun dijamu dan diraikan di KL Sentral mengikut laporan blog BigDogDotCom.