Melalui tajuk saya sebelumnya, "Kes Anwar Meliwat: Bersumpah atau Tidak?" kita lihat terdapat percanggahan pendapat di antara dua Mufti negeri di utara tanahair iaitu Mufti Perlis dan Mufti Perak. Sebagai golongan yang diiktiraf gelaran ulamak di Malaysia atau di mana-mana jua di dunia ini, tidak seharusnya ada sindiran sinis antara satu sama lain jika sekali pun wujud pertindihan pandangan dalam sesuatu isu.
Sepertimana saya tekankan bahawa Al-Quran itu hanya satu dan tetap satu dari azalinya sampailah ke hari kiamat. Isikandungannya tetap itu juga tanpa ada sebarang perubahan kerana ianya diturunkan oleh Allah swt buat Rasulullah saw untuk dijadikan panduan oleh seluruh umat Muhammad saw di mukabumi ini. Tafsirannya adalah sama sahaja tetapi mungkin cara memahami intipati Al-Quran itu berbeza di antara satu sama lain.
Dalam isu ini, saya nampak ada 3 perkara. Pertama akibat terlalu merasa cukup pandai dan terlebih arif dalam soal selok-belok agama sehingga begitu yakin mengolah makna dan maksudnya yang boleh menyesatkan pemahaman orang lain. Kedua, kerana sentiasa tidak ada perasaan senang sesama ulamak lain seolah-olah pandangan dia sahaja yang lebih betul daripada orang lain. Ketiga, tidak mustahil wujudnya apa-apa kepentingan yang mendorong kecenderungan membela mana-mana pihak sehingga sanggup memanipulasikan makna dan maksud keterangan Al-Quran itu dengan niat mahu mengelirukan seluruh umat Islam agar mempercayainya atau menolaknya.
Alhamdulillah, akhirnya sindirian sinis daripada Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria terhadap cadangan Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin itu kini berjawab dan diulas panjang. Berikut ini disiarkan ulasan penuh Mufti Perlis tersebut yang dipetik daripada mSTAR Online.
Kesimpulan saya, sikap buruk dan jelek Mufti Perak (Dato' Harussani) haruslah dihapuskan daripada dirinya dan bersegeralah bertaubat untuk kembali ke pangkal jalan kerana sindir-menyindir antara ulamak bukan sunnah Rasulullah saw serta tidak pernah diajar oleh baginda kepada umatnya. Itulah barangkali tempias bahana "Hanya Kerana Seorang Peliwat Profesional" yang Allah swt cuba tunjukkan sehingga dua Mufti negeri bercakaran.
Ingatlah pesanan saya bahawa tugas dan tanggungjawab ulamak itu ibarat meletakkan sebelah kaki di syurga dan sebelah kaki di neraka. Pilihlah ke mana arah yang hendak dituju. Di samping itu juga pertikaian di kalangan ulamak hanya akan merugikan agama dan bangsa sendiri serta mencerminkan kelemahan kredibiliti institusi Islam di negara kita.
Janganlah agama Islam dipolitikkan oleh mana-mana pihak tetapi Islam seharusnya dijadikan landasan perjuangan yang luhur dan benar agar perjuangan politik negara tidak tersasar daripada landasan sebuah negara Islam. Fahamilah akan maksudnya dan janganlah mengelirukan rakyat.

Mufti Perlis jawab isu kemuka empat orang saksi kes liwat
07-07-2008 05:59:18 PM
Oleh ZIEMAN
PETALING JAYA: Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin jelas bercanggah pendapat dengan Mufti Perak, Dato' Harussani Zakaria dalam kes orang yang menuduh dirinya diliwat mesti mengemukakan empat orang saksi dan jika gagal boleh disebat 80 kali.
"Mereka ini keliru antara seseorang yang mendakwa orang lain melakukan zina dengan orang yang mendakwa dirinya dirogol dan diliwat," kata Dr Asri.
"Jika disamakan kaedah ini bererti mangsa-mangsa rogol dan liwat kena datangkan empat orang saksi dan kalau gagal berbuat demikian, mereka akan disebat 80 kali. Inikah Islam yang mereka faham?
"Kesalahan memahami hukum beginilah yang akan mengelirukan umat Islam? Jika ini yang ditonjolkan pada masyarakat, maka orang akan anggap Islam itu zalim," katanya lagi.
Baru-baru ini, Dr. Asri meminta kedua-dua individu yang dikaitkan dalam kes liwat iaitu Dato' Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan supaya 'bermubahalah' atau bersumpah.
Beliau berkata isu liwat itu kini sudah menjadi semakin rumit dan rakyat pula menjadi keliru.
Katanya, Anwar dan Mohd Saiful hendaklah bersumpah laknat iaitu dengan melafazkan sumpah: "Jika dia tidak melakukan kepada saya, laknat Allah kepada saya, jika saya melakukannya, laknat Allah kepada saya."
Cadangan Dr Asri tidak dipersetujui oleh Dato' Harussani yang berpendapat Ketua Umum Pakatan Rakyat itu tidak perlu bersumpah atau bermubahalah.
Ini kerana, menurut Dato' Harussani, isu liwat itu terletak dalam bab jenayah (kazaf) dan orang yang menuduh (Saiful) mesti membawa saksi sebagaimana yang disyaratkan dalam kanun jenayah syariah, jika dia gagal, dia boleh dikenakan hukuman 80 sebatan.
Dr Asri pula berkata, "Sebenarnya seseorang yang mendakwa dirogol atau diliwat boleh menguatkan kes dan tidak semestinya mengemukakan empat orang saksi saja. Pendakwa boleh mengemukakan qarinah (bukti atau apa saja yang berkaitan) untuk membantu siasatan," jelasnya.
Dr Asri bertanya, adakah mungkin selepas ini pihak-pihak berkenaan akan mencadangkan supaya wanita-wanita yang membuat aduan menjadi mangsa rogol datuk, bapa, atau orang lain kena membawa empat orang saksi dan disabit 80 sebatan rotan.
"Dapatkah dicari empat orang saksi beriman? Di mana pula di dunia ini ada orang yang dirogol disaksikan empat orang saksi beriman dan saksi-saksi itu pula akan hanya melihat saja tanpa melarang perbuatan itu?," tanyanya lagi.
Cadangan bermubahalah yang pernah disuarakan oleh Dr Asri tempoh hari jelas mengundang pelbagai reaksi dari ulamak dan ahli politik.
Dato' Harussani tegas berkata yang Anwar Ibrahim tidak perlu bersumpah kerana katanya ia tidak menepati undang-undang Islam.
Kata beliau lagi, kes isu liwat yang membabitkan Anwar adalah perkara yang menjatuhkan maruah dan tidak timbul soal perlunya orang yang mendakwa atau tertuduh untuk bersumpah.
Kata Dr Asri, selepas bermubahalah (bersumpah) tidak bermakna orang itu tidak akan dihadap ke mahkamah.
"Mubahalah lain, prosedur mahkamah lain. Mubahalah timbul akibat ada pihak yang tak percaya pada sistem kehakiman, percaya ada komplot, bila masyarakat tidak mempercayai satu sama lain, bila saksi dianggap palsu, mahkamah pula tidak boleh dipercayai.
"Daripada terus berbalah antara satu sama lain dan membiarkan keadaan berterusan dan tuduh menuduh, elok didatangkan bermubahalah. Satu jalan penyelesaian untuk tidak terus berbalah," kata Dr Asri.
Ketika diminta mengulas kenyataan Dato' Harussani yang mengatakan cadangan bermubahalah itu datangnya orang yang terlebih pandai, Dr Asri hanya berkata, "hasad itu tidak baik."
Kesimpulan saya, sikap buruk dan jelek Mufti Perak (Dato' Harussani) haruslah dihapuskan daripada dirinya dan bersegeralah bertaubat untuk kembali ke pangkal jalan kerana sindir-menyindir antara ulamak bukan sunnah Rasulullah saw serta tidak pernah diajar oleh baginda kepada umatnya. Itulah barangkali tempias bahana "Hanya Kerana Seorang Peliwat Profesional" yang Allah swt cuba tunjukkan sehingga dua Mufti negeri bercakaran.
Ingatlah pesanan saya bahawa tugas dan tanggungjawab ulamak itu ibarat meletakkan sebelah kaki di syurga dan sebelah kaki di neraka. Pilihlah ke mana arah yang hendak dituju. Di samping itu juga pertikaian di kalangan ulamak hanya akan merugikan agama dan bangsa sendiri serta mencerminkan kelemahan kredibiliti institusi Islam di negara kita.
Janganlah agama Islam dipolitikkan oleh mana-mana pihak tetapi Islam seharusnya dijadikan landasan perjuangan yang luhur dan benar agar perjuangan politik negara tidak tersasar daripada landasan sebuah negara Islam. Fahamilah akan maksudnya dan janganlah mengelirukan rakyat.
dunia dah akhir zaman ulamak semuanya makin mengarut. tak kurang yang termencarut. yg halal boleh jadi haram dan yg haram dikatakan halal. pada mereka agama ni mcm hak mutlak mereka boleh main ikut suka hati mereka. elok jugak saudara libas sekali2 bagi menyedarkan golongan ulamak mcm ni. saya setuju peringatan yg saudara berikan kpd semua pengunjung blog saudara. teruskan perjuangan saudara menegakkan kebenaran.
farouk
bro PP,
pendapat Dr Asri betul,..heheh..rasa2 dari segi logik pun betul gak..Surah An-Nur :-
[24:6] Wal ladziina yarmuuna azwaajahum wa lam yakul lahum syuhadaa-u il-laa anfusuhum fa syahaadatu ahadihim arba'u syahaadaatim billaahi innahuu la minash shaadiqiin
[24:6] Dan orang-orang yang menuduh isterinya berzina, sedang mereka tidak ada saksi-saksi (yang mengesahkan tuduhannya itu) hanya dirinya sendiri, maka persaksian (sah pada syarak) bagi seseorang yang menuduh itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa sesungguhnya ia dari orang-orang yang benar.
[24:6] And for those who launch a charge against their spouses, and have (in support) no evidence but their own,- their solitary evidence (can be received) if they bear witness four times (with an oath) by Allah that they are solemnly telling the truth;
[24:7] Wal khaamisatu anna la'natallaahi 'alaihi in kaana minal kaadzibiin
[24:7] Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata): Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang yang dusta.
[24:7] And the fifth (oath) (should be) that they solemnly invoke the curse of Allah on themselves if they tell a lie
[24:8] Wa yadra-u 'anhal 'adzaaba an tasyhada arba'a syahaadaatim billaahi innahuu la minal kaadzibiin
[24:8] Dan bagi menghindarkan hukuman seksa dari isteri (yang kena tuduh) itu hendaklah ia bersumpah dengan nama Allah, empat kali, bahawa suaminya (yang menuduh) itu sesungguhnya adalah dari orang-orang yang berdusta.
[24:8] But it would avert the punishment from the wife, if she bears witness four times (with an oath) By Allah, that (her husband) is telling a lie;
[24:9] Wal khaamisata anna ghadhaballaahi 'alaihaa in kaana minash shaadiqiin
[24:9] Dan sumpah yang kelima (hendaklah ia berkata); Bahawa kemurkaan Allah akan menimpa dirinya jika suaminya dari orang-orang yang benar.
[24:9] And the fifth (oath) should be that she solemnly invokes the wrath of Allah on herself if (her accuser) is telling the truth.
[24:10] Wa lau laa fadhlullaahi 'alaikum wa rahmatuhuu wa annallaaha tawwaabun hakiim
[24:10] Dan kalaulah tidak kerana adanya limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, dan juga (kalaulah tidak kerana) bahawa Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Bijaksana, (tentulah kamu akan) akan mengalami kesusahan yang sukar diatasi).
[24:10] If it were not for Allah's grace and mercy on you, and that Allah is Oft- Returning, full of Wisdom,- (Ye would be ruined indeed).
pikiaq-pikiaq la kita sendiri..heheh..apo nak dikato..(,")
SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWar!!
"You're not to be so blind with patriotism that you can't face reality. Wrong is wrong, no matter who does it or says it."
~ Malcolm X
Terima kasih atas petikan ayat Al-Quran dan maknanya sekali yang disertakan untuk rujukan di sini. Sepatutnya perkara ini yang telah sedia termaktub nyata di dalam Al-Quran wajib ke atas diri sesiapa pun yang mengaku Islam sejati mentelaahnya lebih-lebih lagi para golongan ulamak sebelum mahu menyatakan hujah mereka kepada umum.
Itulah yang saya katakan pergolakan di akhir zaman apabila hak agama Islam ini seolah-olah menjadi harta peribadi ulamak itu yang sesuka hati mentafsirkan hukum-hakam mengikut kefahaman sendiri tanpa mahu merujuk kepada kitab suci Al-Quran yang telah sedia menyimpan segala rahsia ketetapan jawapan serta hukum-hakam Allah swt.
Oleh itu janganlah kita terburu-buru menerima dan menggunapakai apa sahaja fatwa ulamak secara membuta-tuli tanpa mahu menyelidikinya terlebih dahulu. Jadikanlah ianya satu peringatan sepanjang masa kerana golongan ulamak jugalah sebagai kaum yang menyesatkan umat Islam di akhir zaman. Wallahu'alam!