Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Media arus perdana pada 7 Julai 2008 melaporkan Abdullah Badawi berkata media alternatif seperti blog adalah pengkhianat kepada negara. Kononnya banyak perkara yang dilaporkan oleh media blog hanya berunsur fitnah dan hasutan bagi mengelirukan rakyat supaya membenci kerajaan. Macam-macam lagi yang dikatakannya, malas nak ulang... buang masa melayan Abdullah Flip Flop ni. Kita sedar dia tak waras buat apa nak dilayan. Tumpukan saja usaha rakyat untuk menggulingkan dia dan kroni-kroninya. Tahulah nasib dia esok...

Bersandarkan perkataan LEBIH dan LEBIH-LEBIH, izinkan saya mengulas...

Abdullah hanya seorang pemimpin yang LEBIH bercakap daripada buat kerja. LEBIH tidur daripada memikirkan soal menyelesaikan masalah rakyat dan negara. LEBIH mementingkan diri sendiri dan keluarganya daripada tanggungjawab terhadap negara. LEBIH tamak haloba dan LEBIH-LEBIH gila kuasa.

Abdullah adalah seorang pemimpin yang LEBIH suka mencari salah orang lain daripada salah sendiri. LEBIH menuding jari dalam apa-apa masalah tetapi tidak mahu berusaha LEBIH ke arah menyelesaikannya. Bila dihentam, beliau LEBIH suka diam-diam dulu tapi kemudiannya bila sudah parah barulah menjawab tetapi LEBIH emosi daripada waras.

Abdullah dilihat sebagai seorang pemimpin yang LEBIH hipokrit dengan agenda memerangi rasuah walhal dalam masa yang sama dia sendiri merembat LEBIH-LEBIH harta rakyat dan negara. Atas pentas dan di media beliau LEBIH gemar menabur janji kosong kepada rakyat, hakikatnya segala berkaitan projek dia-lah orangnya yang meragut LEBIH-LEBIH bersama anak dan menantunya.

Abdullah juga seorang pemimpin pemalas, LEBIH-LEBIH lagi soal menyelesaikan apa sahaja isu penting. Dia LEBIH auta dan cerdik tang buat duit untuk diri dia dan keluarga dia tapi berlagak bodoh LEBIH-LEBIH soal-soal kepentingan lain. Mungkin benar dia bodoh tapi masih nak tunjuk hero LEBIH-LEBIH kononnya mahu menyelamatkan keadaan agar negara kembali stabil, aman dan makmur. LEBIH-LEBIH pulak dia perasan sendiri...

Abdullah sebenarnya LEBIH berselindung di sebalik sikap alim dan tenang beliau kononnya nampak "cool" padahal dia-lah manusia munafik yang LEBIH-LEBIH dari segala raja munafik. Politik Abdullah LEBIH karut-marut sehingga negara kini terjerumus ke kancah politik kotor yang LEBIH-LEBIH. Janganlah buat-buat tak reti bahasa LEBIH-LEBIH sangat bila rakyat dah desak supaya berundur secara baik. Nak rakyat layan macam mana lagi? Apakah menunggu tindakan rakyat yang LEBIH ganas lagi?

Bab mengata orang lain dia-lah manusia yang LEBIH-LEBIH tapi bila wartawan soal balik tercungap-cungap tak reti pun nak jawab LEBIH-LEBIH. Bila dia hilang akal nak menjawab soalan wartawan, dia LEBIH suka matikan saja soalan cepat-cepat daripada terus disoal sebagai langkah LEBIH berhati-hati kerana takut termalu diri sendiri. Tapi dia lupa, dia-lah orangnya yang LEBIH bercakap yang menyebabkan wartawan LEBIH-LEBIH ingin tahu perkembangan apa yang dicakapkannya.

Bila saya dengar Abdullah LEBIH-LEBIH kata blogger sebagai pengkhianat, saya cuma tersenyum sebab dia sebenarnya tempelak diri dia sendiri yang LEBIH pengkhianat terhadap agama, bangsa dan negara. Semua orang dah nampak pun... nak sorok tang mana! Majoriti blogger LEBIH cerdik, LEBIH waras, LEBIH bernas idea, LEBIH berwawasan dan macam-macam LEBIH lagi jika dibandingkan dengan kepala otak Abdullah.

Apa pun baguslah Abdullah kutuk blogger LEBIH-LEBIH, sekurang-kurangnya makin LEBIH lagi bilangan blogger yang tidak akan sokong dia. LEBIH ramai yang benci dan meluat pada dia maka LEBIH cepatlah dapat singkirkan dia dari takhta Putrajaya. Tak gitu ke? Sebab itulah rakyat duk kata Abdullah Flip Flop ni LEBIH-LEBIH sangat bebalnya tapi masih juga tak mahu mengaku.

LEBIH lama dibiarkan dia jadi PM, LEBIH hancur dan musnah Malaysia. LEBIH kerap dengar dia bercakap, LEBIH berkerak tahi telinga kita. Cuma satu saja nak pesan pada dia ni... Jika Islam Hadhari itu "ada had dan ada hari"... Kalau mengata kat rakyat jangan LEBIH-LEBIH, tolong ada had sikit sebab bila sampai harinya nanti... tahulah nasib dengan mulut yang LEBIH-LEBIH tak ada insuran tu...

Disebabkan dia seorang punca segala-galanya, habis orang lain nak dipersalahkan. Haprak punya Perdana Menteri. Muka tak tahu malu. Lelong! Lelong! Lelong! Kasi lelong sama Abdullah sama anak dan menantunya... Tak ada siapa yang nak beli pun... Daripada beli mereka 3 beranak, lebih baik beli unta atau keldai... ada juga gunanya. Marah! Jangan marah "Lah"... Lagi marah LEBIH murah "Lah"...

1 Response
  1. Anonymous Says:

    dolah bodohwi memang terlebih-lebih dajalnya. manusia yg tak sedar diri dan lupa daratan tak takut dosa dan tak ingat mati. uncle saya dan member2 tasauf dia ada lakukan sesuatu mintak tuhan turunkan bala buat dolah dan anak menantunya. sama2lah kita doa semoga dimakbulkan. rakyat bawahan seksa nak hidup dgn segala2 harga brg naik melambung.

    puak2 tarekat ramai kata pm kita ni memang kaki rasuah. petunjuk tuhan jgnlah nak kelentong lagi. yg benar tetap benar. sedikit masa semua boleh tengok betapa aibnya dolah sekeluarga nanti. piraaah... nak tunggu jun 2010 baru nak peralihan kuasa. dia ingat malaysia ni mak bapak dia punye je ke?

    farouk