Sepertimana dijanjikan pada tarikh Selasa, 15 Julai 2008, maka seluruh negara telah dihidangkan acara debat yang dinanti-nantikan di antara saudara Dato' Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum PKR) dengan saudara Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Penerangan) yang diadakan di DBP telah pun berjaya disiarkan secara langsung tepat jam 9.00 malam tadi melalui saluran TV9, Astro Awani (saluran 501) dan TV Bernama (saluran 502) yang berakhir sejam kemudiannya pada pukul 10.00 malam.
Saya percaya akan pasti timbul pelbagai persepsi daripada semua peringkat pemimpin dan rakyat seluruhnya, baik para penyokong di pihak pembangkang mahupun di pihak kerajaan. Masing-masing ada pandangan sendiri untuk dibuat ulasan hasil daripada acara debat berkenaan.
Namun apa yang pasti dengan tajuknya yang menarik itu, "Hari Ini Berjaya Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak" anjuran portal berita AgendaDaily itu hanyalah indah khabar dari rupa dan hasilnya tetap harga minyak tidak akan turun pada hari esok. Cuma sekadar mampu menjadi halua mata dan halua telinga sahaja.
Datuk Ahmad Shabery Cheek telah mewakili pihak kerajaan manakala Dato' Seri Anwar Ibrahim pula mewakili pihak pembangkang telah menampilkan hujah masing-masing serta menjawab beberapa soalan yang diajukan kepada mereka.
Apa yang menarik perhatian saya adalah berkaitan 2 soalan penting yang telah diajukan kepada Datuk Ahmad Shabery Cheek oleh wakil Dato' Seri Anwar Ibrahim tentang dana subsidi pengangkutan awam serta soalan daripada Dato' Seri Anwar sendiri yang panjang kepada Datuk Ahmad Shabery Cheek iaitu kenapa kerajaan BN menaikkan juga harga minyak selepas beberapa bulan pilihanraya umum ke-12 berlalu sedangkan jelas memungkiri janji untuk tidak menaikkannya sepertimana dinyatakan dalam manifesto pilihanraya oleh BN.
Soalan mengenai dana subsidi pengangkutan awam telah tidak berjaya dijawab dengan baik oleh Datuk Ahmad Shabery kerana hujah beliau telah jauh melencong ke lain menyentuh soal-soal peribadi Dato' Seri Anwar di masa lampau ketika beliau berada di dalam kerajaan. Pada pendapat saya, hujah itu tidak menepati kehendak soalan yang diajukan malahan langsung tidak berjawab dengan baik sepertimana yang diharapkan sehinggalah loceng masa penamat sessi itu dibunyikan.
Menyentuh soalan kedua pula, sekali lagi Datuk Ahmad Shabery gagal mengemukakan hujah jawapan yang tepat kepada soalan yang diajukan oleh Dato' Seri Anwar. Apa yang jelas keterangan yang diberikan oleh Menteri Penerangan itu tidak langsung mempertahankan kenapa kerajaan BN terpaksa menaikkan harga minyak selepas PRU12 walaupun setelah berjanji di dalam manifestonya tidak akan menaikkan harga minyak. Di penghujung penggulungan juga mempamerkan kelemahan Datuk Ahmad Shabery yang begitu ketara kerana tidak memanfaatkan masa satu setengah minit terakhir dengan sebaik-baiknya sebagai penutup perdebatan.
Sementara Dato' Seri Anwar yang sememangnya dikenali ramai begitu petah berpidato sudah tentulah ada banyak kelebihannya tersendiri. Secara jujurnya, di dalam perdebatan yang berlangsung itu, Dato' Seri Anwar telah berjaya mematahkan hujah-hujah Datuk Ahmad Shabery dengan begitu mudah sekali berlandaskan fakta-fakta beliau yang lebih arif di sudut ekonomi.
Di sini saya melihat Dato' Seri Anwar lebih profesional jika dibandingkan dengan Menteri Penerangan yang mewakili kerajaan. Beliau tidak mahu melayan atau mengendahkan serangan peribadi ke atasnya yang dibuat oleh Datuk Ahmad Shabery tetapi memanfaatkan masa yang diberikan itu hanya untuk menghujahkan isu-isu berkaitan harga minyak sahaja.
Sebagai rumusan saya yang tulus dan jujur (dengan mengenepikan ideologi politik), saudara Dato' Seri Anwar Ibrahim adalah dilihat lebih menyerlah di dalam hujah-hujah beliau yang begitu bersahaja serta berlandaskan fakta-fakta sedangkan Datuk Ahmad Shabery Cheek dinilai sebagai menghampakan dan tidak sebagaimana yang diharapkan oleh pihak penyokong kerajaan BN khususnya ahli-ahli Umno di semua peringkat. Kredibiliti Datuk Ahmad Shabery kini mula diberi perhatian untuk dinilai rakyat samada diterima baik atau pun sebaliknya.
Jika mengikut mukaddimah yang disampaikan oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim, beliau tetap menyahut perdebatan itu meskipun kehendaknya untuk berhadapan samada dengan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi atau Dato' Seri Mohd Najib Razak tidak dipenuhi. Mengikut kata beliau, dia tetap menyertai debat berkenaan atas dasar tanggungjawab terhadap rakyat yang terbeban dengan kenaikan harga minyak dan inflasi di samping turut mahu berkongsi idea bagaimana beliau mampu menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen seliter di peringkat awal sekiranya Pakatan Rakyat berjaya memerintah kerajaan persekutuan.
Apa pun sessi perdebatan telah berlangsung dan sudah pun berakhir. Sebenarnya daripada awal lagi rakyat juga turut mengharapkan samada Perdana Menteri atau pun Timbalan Perdana Menteri adalah orang yang selayaknya berhujah dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Setidak-tidaknya diberikan laluan itu kepada Menteri Kewangan Kedua, Dato' Seri Mohamed Nor Yaakob.
Kesimpulan di sudut kewibawaan kedua-dua pemidato itu dan pemberian markahnya pula, Dato' Seri Anwar Ibrahim layak menerima 7/10 markah manakala Datuk Ahmad Shabery Cheek hanya sekadar mampu meraih 4/10 markah sahaja. Itu berdasarkan penilaian peribadi saya tetapi lain individu sudah pasti lain penilaiannya.
Realiti hasil perdebatan itu tidak lain hanyalah sekadar rakyat dihidangkan untuk menilai siapakah yang lebih berketrampilan dengan hujah-hujah yang bernas. Ia juga untuk mengukur kepetahan dan kewibawaan kedua-dua pendebat itu di dalam berhujah serta menangkis hujah lawan dengan baik. Rasionalnya, apakah idea dan saranan yang dibawa oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim itu sedia diterimapakai oleh kerajaan yang memerintah ke arah mengurangkan bebanan rakyat? Itu sahaja persoalannya.

haa camni la bagus anonymous boleh komen baru syok. dulu2 bkn tak nak komen kat blog ni tp nak kena ada gmail lecehlah. bila pemuda-pelapis bagi greenlight ni? eh lari tajuk lak. camnilah citernye. baik shabery atau anwar sape2 pun ada lebih ada kurangnye. anwar mmg terror ckp hujah pun dia bijak goreng tinggal lg tak hangus je. shabery lak hujahnye rapuh n rangup mcm kacang putih. tang main serang peribadi tu yg aku meluat sket. cuma aku tabik shabery kira anak jantan gaklah kalo compare dgn menteri2 lain sume haprak takde telur. politikus umno lain sume mcm tikus sbb dia tahu anwar mmg hebat berpidato. tak nafikan anwar talented tp sape pun aku tak sokong. setakat syok dgr bolehlah. sape2 naik serupa balik2 rakyat gak bongok dan dibongokkan parti2 yg ada. sume kaki rasuah.
Salam saudara Pemuda Pelapis,
Secara overall memang kelebihan berpihak kepada DSAI dlm hujahnya kalau nak dibandingkan dgn Datuk Shabery yg hanya dinilai atas sikap keberaniannya shj tapi fakta tidak berapa kukuh. Saya suka cara saudara yang memihak kpd kebenaran walaupun fahaman politik saudara adalah UMNO tapi boleh katakan byk blog saya baca ramai taksub kpd pemimpin dgn buta tuli. Teruskan perjuangan saudara untuk menegakkan yg hak.
pada dasarnya perdebatan malam tadi tidak mencapai seperti yg di harapkan.Dsai tidak memberikan fakta utk menurunkan harga minyak dgn jelas walau bagaimana pun belian nampak lebih mengusai berdebatan tersebut. DS pulak tak dpt menjawab persoalan seolah olah beliau tidak memahami soalan.yg pasti saya melihat kebodohan DS kerana belia lebih menekankan peribadi DSai bukan tentang menurunkan harga minyak. mmg belia selayaknya meletakkan jawatan.
taman negara...
memang tak mencapai matlamat kerana masa terhad. pada awalnya janji sejam setengah tp dipendekkan masa. benda elok mcm ni harus diberi masa secukupnya bagi kedua-dua pendebat berhujah dgn bebas utk mengemukakan lebih banyak fakta pandangan masing2.
akan dtg diminta mana2 pihak yg mahu menganjurkan lg perdebatan haruslah memberi masa lebih pjg. ramai bersuara kata tak puas hati dgn masa 50 minit. menteri penerangan tak patut menyentuh peribadi dsai tp pengantara johan jaafar tak tunai janji utk halang jika didpti tersasar drp tajuk debat. lain kali kena ambik khidmat pengantara berkecuali selain drp org kerajaan. kita nampak ada bias dgn pengerusi dbp tu.
Salam kembali buat semua,
Terima kasih di atas komen anda semua. Diharapkan jika usaha debat sebegini mampu menjadi satu medium baru kepada kedua-dua pihak kerajaan dan pembangkang di dalam menyelesaikan kemelut isu-isu semasa maka saya menyokong demi manfaat serta kebaikan kepada rakyat dan negara.
Sebaik-baiknya jika terus mahu dianjurkan oleh mana-mana pihak, pastikan masa perdebatan yang benar-benar mencukupi agar segala isu-isu dan fakta-fakta dapat dikupas dengan lebih bernas dan berkesan oleh kedua-dua pendebat. Saya kira masa satu jam setengah (90 minit) adalah bersesuaian untuk diambilkira.
Sementara itu pula, pihak RTM adalah stesen TV kerajaan yang harus bertanggungjawab menyiarkannya secara langsung ke seluruh negara kerana isu-isu perdebatan wajib diberikan tumpuan utama kerana ia berkaitan soal-soal kemakmuran negara. Tidak semua rakyat mampu melanggan siaran Astro dan kemungkinan di sesetengah kawasan, saluran TV9 atau TV3 tidak mendapat siaran yang jelas.
Berdasarkan tajuk debat,anwar menang sebagai pencadang,shabery gagal menjadi pembangkang.
Banyak serangan peribadi oleh shabery.
Saudara Azhar,
Maaf komen saudara lewat disiarkan kerana masalah yang diberikan oleh pihak Telekom yang tidak bertanggungjawab. Talian di kawasan saya tidak dapat digunakan selama 3 hari tanpa sebarang notis akibat kerja-kerja membaik-pulih.
Apa pun terima kasih kerana sudi memberi pendapat di blog Pemuda Pelapis walaupun komen saudara itu hanya ringkas tetapi ada makna untuk difahami.