Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Salam sejahtera kepada seluruh sahabat bloggers dan pengunjung yang dihormati sekalian.

Baru sebentar tadi, saya telah menyediakan sebuah laman blog tambahan yang baru www.rujukanberitatv3.blogspot.com bagi merujukkan bahan-bahan berita semasa kepada semua penonton Buletin Utama yang kerap ketinggalan waktu siarannya akibat kelewatan pulang ke rumah dari tempat kerja kerana kesesakan lalulintas dan sebagainya. Samada ianya berita arus perdana yang mungkin tidak lagi berapa popular namun sebagai rakyat yang peka, haruslah kita merujuk segala berita secara adil tanpa bersikap "bias" di dalam menilai setiap isu-isu semasa yang dilaporkan.

Saya kira laman blog ini amatlah bermanfaat kepada kita semua khususnya para bloggers untuk membuat sebarang rujukan berita-berita semasa sebelum kita melontarkan apa jua pandangan dan pendapat di blog masing-masing. Semoga laman blog tambahan yang disediakan ini dapat dimanfaatkan oleh saudara dan saudari sekalian.

Selamat menonton!

Rujukan Berita TV3

2 Responses
  1. This comment has been removed by a blog administrator.

  2. Makluman,

    Saudara HS Haji A.Ali, anda telah posting komen yang sama pada tajuk yang berlainan. Ini saya anggap satu sikap buruk dan hina sekali.

    Komen anda pada topik "Politik Jelek Kian Ketara" tidak dipadamkan tetapi telah saya komen kembali. Jika ini perilaku anda membuat posting sama pada tajuk berlainan maka saya faham dengan amat jelas sekali tahap mana pemikiran anda yang sebenarnya.

    Be more rational and more professional... Guna kepala otak dan jangan guna kepala lutut. Harap faham bahasa Melayu yang paling mudah!

    Sekian.