Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Gambar oleh Kosmo

Kelmarin berdebat, semalam ditahan polis. Begitulah alkisahnya Dato' Seri Anwar Ibrahim yang baru selesai berdebat pada 15 Julai 2008 dengan Menteri Penerangan, akhirnya petang semalam 16 Julai 2008 beliau ditahan pihak polis untuk membantu siasatan kes liwat yang dibuat aduan ke atas beliau oleh bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan setelah polis mengeluarkan waran tangkap akibat gagal hadir memberi keterangan dua hari lalu.

Berikut ini adalah petikan-petikan berita berkaitan penahanan ke atas Penasihat PKR itu.

Penasihat PKR akhirnya ditahan

KUALA LUMPUR - Tidak sampai 24 jam selepas polis mengeluarkan kata dua kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tampil memberi keterangan, dia akhirnya ditahan petang semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, bekas Timbalan Perdana Menteri itu ditahan pukul 1 petang di Segambut iaitu kira-kira 50 meter dari rumahnya oleh sepasukan polis Bukit Aman. baca selanjutnya...


Kereta bawa Anwar dipintas polis

KUALA LUMPUR - "Sedang saya memandu kenderaan pelbagai guna Mazda yang biasa digunakan untuk membawa Datuk Seri (Anwar) dan keluarganya tiba-tiba kami dihalang oleh tiga kereta peronda."

Demikian dakwaan Abdullah Sani Said, 49, yang merupakan pemandu peribadi Penasihat Parti Keadilan (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak 25 tahun lalu.

Katanya, ketika itu dia bersama Anwar dan dua peguamnya iaitu R. Sivarasa dan S.N. Nair dalam perjalanan pulang ke rumah Anwar di Bukit Segambut selepas memberi keterangan di pejabat Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya. baca selanjutnya...


Dihantar ke HKL buat pemeriksaan kesihatan

KUALA LUMPUR Setelah hampir enam jam memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudiannya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Difahamkan, Anwar dibawa ke HKL selepas dia mengadu sakit semasa diambil keterangan oleh polis.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tiba di pekarangan Wad Diraja pukul 8.45 malam tadi dengan menaiki sebuah kereta dengan diiringi dua kereta peronda polis dan tujuh kenderaan pacuan empat roda. baca selanjutnya...

Apakah peristiwa lama 1998 bakal berulang kembali ke atas Dato' Seri Anwar Ibrahim? Mengikut ulasan Perdana Menteri selepas 8 jam penahanan ke atas Penasihat PKR itu, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi memberi jaminan kejadian "mata lebam" yang pernah dialami oleh Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika dalam tahanan polis pada 1998 tidak akan berulang kali ini. baca selanjutnya...

Adalah menjadi tanggungjawab pihak berkuasa untuk menjalankan tugas mereka mengikut undang-undang sedia-ada setelah menerima aduan bagi menyelesaikan kes dengan segera.

Walau bagaimanapun diharapkan jaminan Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi itu mampu menamatkan pelbagai spekulasi liar oleh parti pembangkang serta penyokong-penyokong taksub Dato' Seri Anwar Ibrahim daripada bertindak ganas yang mungkin bakal mencetuskan kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam.


Juga dinasihatkan kepada pihak polis agar kes tuduhan ke atas beliau itu dapat diselesaikan mengikut tertib perundangan negara secara telus dan adil demi menjamin kredibiliti PDRM yang telah tercalar sejak kebelakangan ini. Sungguh pun jika beliau didapati bersalah, pihak berkuasa tidak wajar menggunakan kekerasan yang berbentuk penderaan sepertimana berlaku ke atasnya 10 tahun yang lalu.

0 Responses