Sejak kebelakangan ini politik Malaysia dilihat mempamerkan bermacam-macam cerita yang pelik bin ajaib, yang luarbiasa dan tidak munasabah, yang kebudak-budakan dan tidak masuk akal serta bermacam-macam lagi cerita yang meloyakan telah dihidangkan kepada seluruh rakyat berbilang kaum. Pusing tang mana pun, punca utamanya adalah kerana Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak.
Yang seorang nak tunjuk baik dan bersih tak kena gaya, dan seorang lagi nak tunjuk taat-setia membuta-tuli yang tidak kena pada tempatnya. Hasilnya, di pihak kerajaan dengan kerenahnya sendiri yang semakin membangkitkan api kemarahan rakyat kerana inflasi dan pelbagai isu semasa yang lain, manakala di pihak pembangkang pula timbul pelbagai usul-usul karut-marut yang hanya bakal mengundang persengketaan kaum. Inikah selayaknya para pemimpin di kedua-dua pihak yang diberi kepercayaan untuk mewakili rakyat membawa suara ke parlimen?
Ingatlah semua wakil-wakil rakyat tanpa kira di pihak mana pun anda berjuang. Anda dipilih dalam PRU12 yang lalu adalah bagi mewakili masyarakat di kawasan anda dan bukan diangkat untuk kepentingan peribadi anda. Bawalah usul-usul yang bernas yang mampu dimanfaatkan oleh semua. Dewan Rakyat bukanlah tempatnya atau gelanggang mahu tunjuk siapa hero, siapa hebat. Juga bukan pentasnya mahu mencari publisiti murahan. Tugas anda ialah untuk membela nasib rakyat di kawasan masing-masing. Bawalah kemajuan dan pembangunan kepada rakyat, barulah seluruh negara maju dan makmur.
Contohnya baru-baru ini, ada wakil DAP sengaja membangkitkan isu papan tanda jalanraya dengan mencadangkan bahasa itu dan ini untuk digunapakai bukankah itu hanya membazir masa persidangan? Hak bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan hak agama Islam sebagai agama rasmi di Malaysia tidak seharusnya dipertikaikan lagi oleh mana-mana kaum bukan Melayu. Apa lagi matlamat yang dimahukan oleh puak-puak DAP anak-beranak itu? Mahu aman atau sengaja mahu mencari nahas? Jangan mulakan sebarang provokasi.
Jika kerajaan sudah tidak boleh diharapkan untuk membela nasib rakyat secara jujur dan telus, pembangkang pula sedang sibuk merancang strategi mahu merampas tampuk kekuasaan negara. Jadi kepada pihak mana rakyat semua mahu berpaut dan bergantung harap? Sebab itu kebelakangan ini saya tidak terkomen dengan apa-apa artikel baru kerana merasa jengkel, jelek, meluat, meloyakan dan bermacam-macam perasaan geram yang bercampur-baur marah terhadap kedua-dua pihak yang masing-masing sama gila kuasa semuanya.
PAS di dalam Pakatan Rakyat sudah tidak lagi sebulu atau sehaluan dengan PKR, apatah lagi dengan kumpulan DAP. Berbagai-bagai spekulasi wujud dan diada-adakan kononnya PAS dikatakan akan bergabung dengan Umno walhal apa yang dinyatakan sebenarnya hanyalah bagi tujuan mahu memperkasakan ketuanan Melayu dan ketuanan Islam sahaja. Tidak mungkin lebih daripada itu pun tapi akhir-akhir ini terlalu ramai pula wartawan-wartawan sambilan sukarela yang bagaikan cendawan tumbuh melata selepas hujan.
Ketua umum PKR yang juga pemimpin harapan mereka pula dihadapkan dengan dakwaan pelik dan luarbiasa yang amat mengaibkan. Istilahnya pada kerukunan rumahtangga, beliau telah mencurangi isterinya. Di dalam parti pula beliau mengkhianati harapan dan kepercayaan parti-parti sekutunya serta para penyokongnya. Bagi yang taksub tetap terus menyokong gila-gila dan gila babi, namun kepada yang waras tentulah mampu menilai dengan baik.
Soal keluar masuk parti mana pun seperti keadaan yang berlaku di Pahang baru-baru ini adalah lumrah biasa dalam dunia politik. Sekadar seorang dua atau kurang daripada 10 individu tidak mampu memudaratkan keadaan pun sebenarnya tetapi sengaja diperbesar-besarkan. Yang kita nak tunggu tengok adalah 16 September 2008 nanti, apakah benar Pakatan Rakyat bakal berjaya membentuk kerajaan persekutuan? Sudah banyak kali dah Dato' Seri Anwar Ibrahim gagal membuktikan kebenarannya sebelum ini. Andaikata masih juga tak berjaya lagi pada tarikh akan datang ini, kita tunggu apa lagi yang mahu diperkatakan dan dijanjikan oleh ketua umum PKR itu.
Secara jelasnya, Pakatan Rakyat dilihat tidak mampu bekerjasama dengan baik di antara sesama mereka. Gabungan PAS-PKR-DAP ibarat retak menanti belah yang sebelum ini dikatakan kepada Umno/BN. Sementara Umno/BN juga masih tidak mencapai kesepakatan secara menyeluruh di dalam apa-apa keputusan dan pelaksanaannya. Apa yang dibuat oleh pucuk pimpinan berdasarkan pandangan segelintir ahli-ahli MT sahaja, di sebaliknya tiada sokongan padu daripada keseluruhan akar umbi. Apakah dengan cara itu akan mampu memperkukuhkan parti dan pentadbiran seperti apa yang digambarkan oleh PM dan TPM? Jawapannya... kirim salam!
Sejak berlalunya 8 Mac 2008, telah nampak segala keputusan Dato' Seri Abdullah mula dicanggah oleh raja-raja negeri Melayu. Pertama, isu pelantikan MB Perlis dan kali kedua, sekali lagi isu pelantikan MB Terengganu pula. Sepatutnya "PM Flip-Flop" itu awal-awal lagi sudah faham isyarat dan wajib berundur secara sukarela kerana petanda yang diberikan itu menunjukkan diri beliau sudah tidak lagi dihormati akibat kerosakan yang dipacu beliau dalam tempoh sepenggal menjadi Presiden Umno dan Perdana Menteri.
Terkini juga satu berita yang sungguh melucukan apabila MB Terengganu yang baru, Dato' Ahmad Said (pilihan Istana Terengganu) yang bukan calon pilihan Dato' Seri Abdullah telah membuat keputusan sendiri dan membelakangkan arahan kerajaan persekutuan dengan bermewah-mewahan berbelanja membeli 14 unit kereta Mercedez Benz E200 Compressor untuk kegunaan sendiri serta semua exco-exco kerajaan negeri Terengganu.
Sementara alasan-alasan yang dikemukakan oleh Dato' Ahmad Said agak kurang munasabah dan tidak logik. Secara tidak langsung MB Terengganu itu sebenarnya mencanggahi "PM Flip-Flop" dan menghina Proton sebagai produk buatan tempatan yang dikatakan tidak baik kerana telah memberi banyak masalah pentadbiran yang tidak lancar akibat selalu rosak serta memakan belanja membaik-pulih yang terlalu tinggi sehingga mencecah RM1.17 juta bagi tempoh 2004-2008 sebagaimana dilaporkan. Apakah ianya masuk dek akal dengan keterangan "selamba" beliau itu ketika disoal wartawan-wartawan? Rujuk dan tonton Buletin Utama 25 Julai 2008 - Bhg 1, minit 4:34 di sini.
Apakah sebabnya yang mendorong Dato' Ahmad Said berani membuat keputusan itu? Adakah beliau memutuskan secara bersendirian atau mendapat perkenan dan sokongan pihak Istana Terengganu lagi? Saya tidak mahu mengatakan ianya benar atau pun tidak tetapi ada kemungkinan jika diamati kenyataan Dato' Seri Abdullah yang begitu berhati-hati menjawab isu tersebut dan mencadangkannya untuk dijadikan sebagai kenderaan tetamu negeri, sedangkan MB Terengganu itu pula begitu bersahaja dan selamba air mukanya menjawab kepada wartawan bahawa isu berkenaan telah pun selesai.
Jika betul ada campurtangan pihak istana dalam isu ini lebih baik "PM Flip-Flop" segera letak jawatan sahaja kerana sudah jelas tidak lagi dihormati oleh Institusi Raja-Raja Melayu. Apabila kesefahaman tidak lagi wujud antara kerajaan pentadbir dan istana maka ianya satu petanda yang tidak sihat serta tidak lagi menjamin keharmonian. Sekiranya Dato' Seri Abdullah masih juga cuba buat-buat tidak faham, elok benar jikalau DYMM YDP Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin campurtangan untuk mengisytiharkan darurat sahaja daripada dibiarkan berterusan kucar-kacir tak menentu begini.

Salam Tuan...
DARURAT? SAPA YANG BERPERANG? ADA BOM MELETUP DI MANA? KEKALUTAN YANG BERLAKU KINI HANYA ORANG YANG TERLALU FANATIK DAN TERLALU MENGHAYATINYA SAHAJA YANG TERASA...
DI SEBALIK KEDAMAIAN KAMPUNG, KETENANGAN MASIH LAGI TERASA...TAK PERLU FIKIRKAN KEKALUTAN POLITIK YANG...DARURAT?
Elakkan kata-kata kesat, cacian atau bahasa yang kurang sopan.
Salam,
Saya merujuk kpd pernyataan diatas, apa yg menjelekkan sy ialah awak mewakili "Pemuda Pelapis Pewaris Perjuangan Bangsa" tp awak jugalah yg mengaibkan bangsa sendiri ?, apa maksud awak 3 beranak pengkhianat agama, bangsa dan negara. Sedarlah, kerajaan kita tidak pernah menghalang kita menunaikan tanggungjawab kita sbg org Islam, tidak pernah menghalang ceramah-ceramah agama dan lain-lain. Saya tidak tahu apa yg awak perjuangkan ? inikah dikatakan pewaris bangsa ? kita lagi nak rapatkan BARISAN bukannya nak pecah belahkan bangsa melayu, awak lagi nak hancurkan BARISAN yang sedia ada..fikir-fikirkanlah, jgn sbb benci kan seseorg maka kita aib dan buka pekung bangsa sendiri. inikah pemikiran pewaris bangsa ??? Kan lebih baik jika kita membantu pemimpin meberikan idea bagaimana utk membangunkan semula agama dan bangsa kita, drpd mengutuk dan mecaci pemimpin kita...
HIDUP ISLAM HIDUP MELAYU.
(awak) merujuk kpd pemilik blog ini !!!
Salam tuan-tuan,
Desperado...
Rasa-rasanya apakah yang anda faham mengenai ertikata "darurat" pada istilah yang sebenarnya? Adakah nak kena dengar bom meletup dulu di mana-mana baru ianya dikatakan darurat? Semasa peristiwa 13 Mei 1968 dahulu pun tiada bom meletup di mana-mana bandar di Malaysia tetapi berpunca daripada sentimen perkauman. Itu adalah satu contoh yang majoriti orang tahu tetapi jika mahu diulas, banyak sebab-musabab yang boleh mengaitkan dengan darurat pada hakikatnya.
Soal kampung yang anda lihat masih lagi aman dan tenteram itu tidak mungkin akan berterusan makmur lagi jikalau negara sudah menjadi kucar-kacir akibat kemusnahan yang dipacu oleh pemimpin. Sebagai contoh kedua ini, di zaman Jepun dan Komunis suatu ketika dahulu, tidak pernahkah anda dengar apa yang terjadi kepada penduduk kampung di seluruh negara? Berapa ramai yang telah terkorban? Apakah puncanya? Pernahkah anda fikirkan? Semuanya berpunca dari kepimpinan.
Sebab itu, kita tidak boleh bercakap dengan mengambil mudah terhadap suasana politik yang berlaku. Nak buat tak kisah pun tak boleh. Semua rakyat yang membuang undi wajib dan berhak bersuara jika pemimpin-pemimpin semuanya sudah tidak lagi mahu menggunakan akal secara waras. Kita sudah mewakilkan mereka untuk membawa suara ke parlimen tetapi kenapa mesti berperang mulut soal isu-isu tertentu yang tidak perlu? Bukankah pepatah dah kata, "kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa"? Skop politik itu amat luas dan tidak sebagaimana yang anda fahami secara mudah.
HS Haji A.Ali...
Apabila seseorang itu menulis sudah pasti dia tahu apa yang dia nak tulis serta bersedia apa sahaja kebarangkaliannya. Seseorang penulis tidak semestinya dipuji malahan sedia kalau dikeji. Saya dengan pandangan saya dan anda dengan pandangan anda. Saya tahu dan faham kepada fakta-fakta mengenai individu "3 beranak pengkhianat" itu sebab itu saya berani mengatakan mereka sebagai pengkhianat.
Apakah kerana dia seorang Perdana Menteri dan Presiden Umno maka kita mesti memuji dan mengampu walaupun nyata tertonggeng kemunafikan perjuangan yang dibawa beliau? Dari sudut mana anda rasa anda memahami ertikata politik pada dasarnya? Siapakah mentor politik anda? Bahan rujukan mana yang anda periksa dan amati?
Sejauh mana pergaulan, percampuran dan wawasan anda di dalam mengikuti perkembangan dunia politik semasa? Jika sekali pun anda orang kuat mana-mana parti politik (lebih-lebih lagi jika anda berada dalam Umno) atau memegang jawatan penting pun, apakah perlu untuk saya ambil peduli? Apakah jika anda seorang yang taksub kepada pemimpin maka anda harus mengheret orang lain supaya turut taksub seperti anda?
Soal perkataan atau ayat yang anda istilahkan sebagai kesat, itu pada persepsi dan kefahaman pemikiran anda. Jika anda seorang yang memahami psikologi manusia, apabila suara-suara lembut dan sopan pernah dilaungkan beberapa kali dan tidak diambil kisah, apakah harus lagi untuk kita dendangkan dengan irama dan lagu yang lebih merdu? Ianya semakin hanyut atau semakin sedar pada fikiran anda?
Mengenai perpecahan bangsa pula, siapa yang mahu dan suka bangsa sendiri berpecah-belah? Apa yang anda faham tentang penulisan saya? Hanya ini sajakah satu-satunya topik yang anda rujuk dan seterusnya melepaskan komen? Anda tanya saya apakah yang saya perjuangkan? Saya kira tidak perlu saya mengulas kepada anda. Apakah perlunya setiap kali timbul persoalan tentang perjuangan maka saya kena mengulas kembali sedangkan di blog ini telah banyak artikel yang saya tuliskan.
Saudara, jika anda benar-benar memahami dan mengikuti perkembangan dunia politik sejak sebelum merdeka dan setelah merdeka sehingga ke hari ini, saya pasti anda sedia memahami dengan sebenar-benarnya apa yang telah berlaku. Siapa pemimpin sebenar yang layak dan siapa pula pemimpin pemusnah yang tidak layak menerajui negara. Carilah kebenaran hakiki sebelum taksub kepada seseorang pemimpin.
Contoh mudah, walaupun seseorang itu Islam dan Melayu tetapi beliau adalah penjenayah. Apakah rasa-rasanya anda terus sokong orang berkenaan? Jika anda sokong juga, bermakna anda-lah penyokong yang membawa rebah. Samalah dengan dunia politik hari ini. Semua orang tahu siapa pemimpin-pemimpin kita, lebih-lebih lagi "3 beranak pengkhianat" itu.
Saya kata dia pengkhianat kerana saya tahu di sebalik tabir apa yang mereka telah lakukan dan sedang lakukan sehingga sekarang. Sebab itu jugalah beliau melengahkan lagi masa untuk meletakkan jawatan selagi segala projek dia anak-beranak belum "secure". Apa yang telah disebat dan disapu selama menjawat jadi PM masih tak cukup-cukup dan terus tamak haloba tetapi berselindung dengan agenda memerangi rasuah. Apa ni? Berapa bahagian syer yang anda dapat sehingga taksub membuta-tuli ni?
Lain kali sebelum nak komen, selidiki dulu fakta-fakta dan ikuti dulu perkembangan semasa. Biarlah guna kepala akal dan jangan guna kepala lutut macam mana DS Abdullah duk guna selama ini. Sungguhpun saya pewaris perjuangan bangsa, saya tidak buta untuk hanya berlandaskan soal Melayu atau Islam semata-mata tetapi nyata berpegang pada HAK dan KEBENARAN. Yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah. Siapa pun yang datang di depan, saya tak akan peduli. Itu prinsip saya!
Salam;
Pendapat saya begini, sesiapa boleh cakap apa sahaja dan kita perlu hormat pandangan itu walaupun kita setuju atau tidak. Blogging bagi saya seumpama brainstorming. Kita perlu banyak input sebelum menyaringnya dan ambil yang baik sahaja.
Bagi saya, blog sebegini hanya untuk mereka yang ingin berfikir. Bagi yang tak mahu berfikir tu, tak dapek den nak nolong ehhhh.
ps: PP,owner kantin dah tukar kepada yang baru.
Salam kembali Harimau Menaip,
Betul apa yang anda cakap. Kita perlu berfikiran terbuka tidak kira dipuji atau dikeji. Pandangan wujud dalam pelbagai bentuk, samada keras, lembut, positif atau pun negatif. Bagi yang waras dia akan rujuk kesemuanya dan kemudian berfikir mengguna kepala otak dan bukannya guna kepala lutut. Juga hapuskan pemikiran sempit serta taksub kepada hanya pemimpin tertentu sahaja.
Yang kita nak tegakkan adalah HAK dan KEBENARAN yang hakiki. Apa guna menyokong pada yang hanya Melayu dan Islam pada topengnya sahaja sedangkan di sebaliknya pemimpin itu adalah pemimpin pemusnah. Sebab itu saya kata, nak bercakap atau nak menyampuk, pastikan setelah mendapat rujukan maklumat yang meluas. Skop minda cetek tu perlu di "upgrade" sikit dan tolong jangan jadi seperti "katak di bawah tempurung". Orang lain dah cerita berbatu-batu ke depan, ada lagi yang masih merangkak macam kura-kura cerita zaman DS Abdullah masih lagi "Mr Clean". Dulu dia lain, sekarang dah lain macam kerana itulah rakyat memberontak semuanya.
Akhir sekali, terima kasih atas info saudara tetapi harap di masa akan datang, segala urusan peribadi kita, harap dapat diperbincangkan melalui e-mel sahaja. Terima kasih.
ASsalammualaikum semua bloggers.Banyak banyak bersabar,Kita boleh memberi hujah hujah dgn fakta tapi jgnlah sampai menyingung perasaan sesama kita.Walau bagaimana pun saya sgt bersetuju supaya pak lah meletakkan jawatan.tetapi kerosakkan UMNO bukan hanya kesilapan pada pak lah.kesilapan sebenarnya adalah didalam sistem UMNO sendiri yg memungkinkan individu individu tertentu mendapatlan sokongan dgn membeli undi utk menjadi pemimpin.utk menarik semula sokongan rakyat kepada umno,marilah kita sama sama menolak pemimpin pemimpin yg mengamalkan politik wang dan yg terlibat dgn rasuah kerana merekalah yg sebenarnya memusnahkan UMNO.