Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Bercerita soal "Peralihan Kuasa" kepimpinan negara yang akan dibuat DS Abdullah pada Jun 2010 mencerminkan keperibadian DS Abdullah yang terus "Flip Flop" tanpa ada rasa malu. Di manakah maruah dan harga diri beliau sebagai seorang pemimpin nombor satu negara jika ini masih dijadikan satu sandiwara? Kita juga dapat melihat DS Najib terus dibebali serta didungukan oleh DS Abdullah yang tidak bertanggungjawab itu tetapi nampaknya DS Najib terus akur dan suka dengan kerenah DS Abdullah.

Apakah saudara-saudari ingat ianya bakal menjadi realiti sepertimana sebelumnya? Sudah tentulah DS Abdullah mempunyai agenda tersendiri yang tersurat dan tersirat kenapa peralihan kuasa ini dilanjutkan sehingga ke bulan Jun 2010. Sebagaimana yang pernah dimaklumkan terdahulu DS Abdullah sudah beberapa kali mengumumkan soal peralihan kuasa kepada Timbalannya, DS Najib, cuma tidak dimaklumkan tarikh atau bulan dan tahunnya sepertimana yang dibuatnya terbaru tetapi satu pun tidak tertunai. Pendekata DS Abdullah dan Ketua Umum PKR, DS Anwar, 2x5 serupa dan sama pembohong. Kedua-duanya pengkhianat agama, bangsa dan negara.

Di sini pun kita dapat menghuraikan permainan kotor DS Abdullah yang dinasihati oleh anak dan menantunya sebab itulah menantunya Khairy beriya-iya menyokong pengumuman yang dibuat bapa mertuanya ini. Kata menantu beliau, peralihan kuasa ini kononnya amat bertepatan sekali kerana mengikut prosedur biasa dan tradisi agar ianya dapat dilakukan secara adil bagi memastikan proses peralihan kuasa ini lancar ke arah menjamin kemakmuran negara. Permainan kata-kata dan janji ini sungguh bangsat dan hina sekali di pandangan mata rakyat.

Kali ini Abdullah terpaksa menyatakan bulan dan tahun setelah mendengar usul "undi tidak percaya" yang dibawakan oleh ketua pembangkang, DS Wan Azizah ke parlimen melalui surat yang diserahkan kepada YDP Dewan Rakyat. Samada usul tersebut berjaya atau pun tidak, kita tunggu saja harinya nanti, walaupun DS Nazri Aziz begitu yakin ianya tidak akan berjaya dilakukan.

Senario ini semakin berlarutan dan semakin mencelarukan perjalanan politik tanahair. DS Abdullah ternyata berpemikiran yang amat singkat dan tidak matang di dalam membuat apa-apa sahaja keputusannya. Pengurusan Umno/BN dan negara dijadikan sebagai sebuah syarikat milik penuh beliau dan keluarganya tanpa mahu memikirkan kemakmuran negara. Pergolakan semasa tidak langsung mahu diambilkira. Beliau hanya tahu menuduh rakyat yang bersuara melalui blog sebagai pengkhianat tetapi dalam masa yang sama beliau lupa bahawa beliau-lah pemimpin utama yang telah mengkhianati hak rakyat dan rukun negara.

Tempoh 2 tahun daripada sekarang adalah satu tempoh yang agak lama. Berbagai-bagai keadaan lebih buruk boleh berlaku di sepanjang tempoh berkenaan. Pastinya beliau dan anak menantunya bersiap-siaga melakukan sesuatu untuk terus menjamin kedudukannya, lebih-lebih lagi menantu beliau yang gilakan kedudukan dan kuasa dengan agenda mahu bertapak di jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno pada pemilihan Disember 2008 akan datang.

Masa yang lebih panjang ini sudah tentulah satu bonus kepada mereka tiga beranak untuk melakukan sesuatu di luar dugaan yang hanya mereka saja yang tahu. Inilah ketiga-tiga manusia munafik bangsat yang memusnahkan negara. Perilaku ketiga-tiga beranak ini lebih dahsyat daripada komunis dan firaun yang seharusnya kita sekat dengan segera di samping bertindakbalas memberi satu pengajaran hebat kepada mereka sebagai balasan dunia sebelum dibalas di akhirat kelak.

Mengikut apa yang dikatakan Tun Dr Mahathir sebelum ini, DS Najib serta seluruh barisan MT amat mudah digula-gulakan oleh DS Abdullah. Hanyut dan terus hanyut dengan permainan licik dan kotor DS Abdullah yang dilihat tiada usaha mahu menyekat atau membanteras pengkhianatan DS Abdullah dan keluarganya. Masing-masing terleka dan terus dilekakan dengan lenggang-lengguk DS Abdullah menghidangkan tarian yang mengasyikkan. Rata-rata ahli MT bebal sebebal-bebal semuanya kerana takut mahu bersatu bagi menggulingkan saja DS Abdullah pengkhianat ini. Jika hendak seribu daya, tetapi disebabkan tidak berani maka seribu alasan diberikan.

Tun Dr Mahathir menjawab isu peralihan kuasa ini dengan begitu ringkas dan mudah sekali. Katanya, "Jika kamu boleh berfikir, fikirlah". Mungkin beliau sudah jelak dan mual dengan permainan dolak-dalik DS Abdullah yang tidak berpendirian serta masih tidak mahu mengakui kelemahan diri sendiri. Di samping itu Tun juga mahu semua ahli MT dan semua di akar umbi menyedari akan apa yang beliau nasihatkan selama ini.

Bagi penganalisa politik seperti Datuk A Kadir Jasin, beliau turut mempertikaikan tempoh peralihan kuasa 2 tahun adalah lama. Beliau menekankan maksud kata-kata DS Abdullah "akan menyerahkan jawatan" dengan "bercadang menyerahkan jawatan" adalah dua maksud yang berbeza antara satu sama lain. Bila saya fikirkan, ada benar kata-katanya itu. Istilah "akan" boleh memberi makna kuasa bakal diserahkan pada suatu masa apabila sampai waktunya tetapi tidak diketahui bila walaupun telah diletakkan sebagai Jun 2010 sementara isitilah "bercadang" pula membawa makna samada mahu melepaskan jawatan atau pun tidak bergantung kepada keadaan. Fahamilah taktik ayat-ayat kotor dan jijik DS Abdullah yang sengaja disandiwarakan.

Berdasarkan pandangan Tan Sri Sanusi Junid pula, beliau telah mengesan strategi DS Abdullah untuk menghadapi PRU13 yang berkemungkinan pada Januari 2013 akan datang. Memetik apa yang ditulis di blog beliau, Tan Sri Sanusi Junid berkata, "Satu perbincangan dua hari, yang diadakan di Pearl Hotel di Jalan Klang Lama, beberapa minggu yang lalu, yang dihadiri oleh penyokong-penyokong Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mengatur strategi menghadapi pilihanraya ke 13. Penyokong Tun Dr. Mahathir, Dato' Seri Najib, Tan Sri Muhyiddin dan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah telah tidak dijemput bersama".

Jadi, kata-kata DS Abdullah kononnya beliau tidak akan memimpin PRU13 akan datang adalah diragui jika berdasarkan kenyataan ini. Maka itu, marilah sama-sama kita fikirkan apakah sebenarnya muslihat daripada pengumuman peralihan kuasa oleh DS Abdullah baru-baru ini sedangkan kita nampak jelas dolak-dalik beliau yang telah berjaya dikesan dan dicurigai. Bagaimana pula dengan pelbagai agenda tersembunyi yang belum berjaya dikesan?

Oleh itu saya menyeru dan menyarankan kepada semua ahli-ahli Umno dan perwakilan Umno di Perhimpunan Agung Umno pada Disember 2008 akan datang agar bertindaklah sesuatu menyingkirkan DS Abdullah dan menantunya, Khairy, dari persada politik tanahair. Kehadiran mereka hanyalah sebagai liabiliti yang menyumbangkan kehancuran parti dan negara. Malaysia pasti aman dan makmur apabila dua spesis pengkhianat utama ini berjaya digulingkan.

Lakukanlah sesuatu sebaik-baiknya dengan pertimbangan yang waras dan matang di dalam membuat pemilihan akan datang. Renung-renungkanlah! Fikir-fikirkanlah!

4 Responses
  1. Anonymous Says:

    Wow! bahaya jugak PM flip-flop ni...
    Sebab itulah agaknya Tun Dr M marah sangat dengan dia ni. Aku dgn kengkawan aku pun hangin jugak dgn Dolah flip-flop ni. Pasal dia sekor habis semua org susah. Huru hara negara dibuatnya. Oklah kena kempen tumbangkan si flip-flop ni.


  2. Anonymous Says:

    Saudara...
    Kita dgr ada di kalangan ahli MT UMNO ramai setuju pd zahirnya tp apakah dihati mereka ikhlas dgn apa yg Datuk Seri Abdullah umumkan? Setakat ini 2 ahli MT iaitu Datuk Shafie Apdal dan Tan Sri Muhyiddin saja yg nampaknya berani bersuara melahirkan pandangannya. Nampak sgt org lain semua takut nak beri pandangan.

    Tengku Razaleigh pula dah tentu takkan setuju kerana dia dah nyatakan apa yg PM umum tu bercanggah dgn perlembagaan parti dan negara. Sbg rakyat kita pun naik heran bila ahli MT tak mahu bersatu sepakat mengusir Pak Lah padahal senang2 je dpt tumbangkan dia sorang. Fikir2kan la...


  3. Anonymous Says:

    salam...

    di sudut kebaikan kpd semua tak nampak pak lah jujur sebenarnya. 2 tahun itu pjg dan lama mcm2 boleh terjadi. silap langkah pakatan rakyat sapu dulu melopong akhirnya najib menunggu. ibarat hrpkan buah yg takkan gugur. pak lah dan menantunya mmg sah ada agenda sdg dirancangkan. kalau tak nak nasi jadi bubur hangit sama2lah seluruh ahli umno bertindak sesuatu jatuhkan pak lah cepat2 sebelum menyesal kemudian hari. nak dgr takpe tak nak dgr pun terpulang. petunjuk tak sihat dah mula nampak.

    mohd


  4. Salam saudara Meor, Apa Apa Aje dan Mohd,

    Terima kasih atas pandangan saudara semua tapi pengumuman baru sahaja dibuat. Kita sama-sama tunggu dan lihat apakah reaksi semua pemimpin lain dan ahli-ahli di akar umbi menyatakan pendapat masing-masing. Harap-harap ramai yang bakal menolak pengumuman yang telah dibuat oleh Perdana Menteri.

    Demi kebaikan rakyat seluruhnya dan negara, Pak Lah haruslah bermuhasabah kembali dan menukar pendirian beliau untuk melakukan peralihan kuasa dengan kadar segera. Terima kasih atas sokongan sahabat semua.

    Salam Perjuangan!