Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Hanya kerana seorang peliwat profesional...
Seluruh negara digegarkan kisah beliau seolah-olah tiada isu lain yang lebih penting daripadanya. Rata-rata blogger dan media membincangkan perihal peliwat profesional itu. Apakah keberuntungannya kepada rakyat dan negara? Masuk hasilkah kepada rakyat dan negara? Tidak lain dan tidak bukan hanya sia-sia sahaja melayan kerenah spesis yang luarbiasa itu.

Hanya kerana seorang peliwat profesional...
Kedengaran yang dituduh menafikannya beriaya-iya kononnya kes itu sebagai satu konspirasi politik untuk menamatkan karier politik beliau dan yang membuat tuduhan pula menegakkan kebenarannya demi maruah dan keselamatan diri dengan pengesahan laporan polis berlandaskan undang-undang negara setelah dinasihati oleh pemimpin pentadbir negara.

Hanya kerana seorang peliwat profesional...
Kedaulatan perlembagaan negara dicemari dan cuba ditelanjangkan oleh yang dituduh meliwat seolah-olah undang-undang negara tidak adil baginya dan tidak boleh dipercayai sama-sekali sehingga terpaksa meminta bantuan kuasa besar Yahudi untuk melindunginya serta menegakkan anunya yang basah selepas meliwat mangsa.

Hanya kerana seorang peliwat profesional...
Pucuk pimpinan negara semakin bercelaru diasak tohmahan demi tohmahan si peliwat yang di dalam keterdesakan dan niat jahatnya untuk menguasai pucuk pimpinan negara. Kian hari kian terserlah dengan etika perilakunya serta mimik air mukanya yang kusut-masai telah pun dipertontonkan oleh yang Maha Pencipta Alam. Apa pun jua sanggup dilakukannya demi kuasa, demi harta dan wang ringgit serta demi menutup perilaku songsang dirinya.

Hanya kerana seorang peliwat profesional...
Seluruh ketua penguasa keselamatan dalam negeri dan pentadbir undang-undang diseret peliwat berkenaan untuk disiasat bagi mendapatkan perhatian umum dunia dan publisiti murahan beliau berlandaskan agenda tersembunyi yang hanya dia, keluarganya, kroni-kroninya dan penyokong-pnyokongnya sahaja yang lebih tahu.

Hanya kerana seorang peliwat profesional...
Isu-isu penting lainnya tenggelam buat sementara waktu kerana kebodohan kerajaan pimpinan DS Abdullah melayani kerenah keyahudiannya yang bersekongkol dengan Yahudi secara terang dan jelas untuk menggadai kedaulatan agama, maruah bangsa dan negara tercinta demi cita-cita rakusnya yang tidak mengenal undang-undang dan hukum-hakam Allah swt. Secara tidak langsung beliau terlupa telah mendedahkan kepengaruhannya dengan dunia Yahudi selama ini adalah benar belaka.

Hanya kerana seorang peliwat profesional...
Rakyat Malaysia dapat mengenali seluruh penyokong-penyokong taksub si peliwat yang masih tidak mahu menerima kenyataan dan kebenaran pemimpin jahilnya selain terus menghentam si mangsa liwat yang membuat tuduhan secara membabi-buta dengan melabelkan budak malang itu kononnya sebagai binatang bertopengkan manusia walhal hakikatnya adalah manusia yang disokongnya berperilaku sedemikian rupa. Menolak kebenaran dan mengiyakan kejahilan adalah lumrah adat di akhir zaman sebagaimana dinyatakan Allah swt di dalam Al-Quranul Karim.

Hanya kerana seorang peliwat profesional...
Makin kita mengenali jatidiri umat Islam Malaysia khususnya Alim Ulamak di kedua-dua pihak baik kerajaan mahupun pembangkang yang selama ini gah mengakui diri mereka masing-masing begitu arif lagi bijaksana tentang hal-ehwal berkait agama Islam. Sedangkan di dalam persoalan keraguan ini tiada siapa mahu berbalik kepada hukum-hakam Allah Ta'ala agar memohon petunjuk kebenaran yang hakiki kecuali baru kedengaran saranan seorang Mufti dari utara tanahair agar peliwat dan mangsa bersumpah dengan Al-Quran.

Hanya kerana seorang peliwat profesional...
Terbongkarlah rahsia kelemahan badan-badan agama Islam, jabatan-jabatan membabitkan pentadbiran agama Islam dan kementerian penjaga hal-ehwal agama Islam kerana segala perundangan syariah dan mahkamah syariah bagaikan satu perhiasan semata-mata kerana tidak berani mengheret kedua-dua peliwat dan mangsa yang beragama Islam ini untuk dibicarakan secara perakuan bersumpah menjunjung Al-Quran di dalam Mahkamah Syariah Rendah ataupun Tinggi. Maka dengan ini, wajarkah lagi kita memperakui bahawasanya Malaysia sebuah negara Islam dunia?

Hanya kerana seorang peliwat profesional...
Terserlah-lah pucuk pimpinan negara yang diterajui DS Abdullah dan Timbalannya, DS Najib sebagai dua pemimpin yang amat bacul yang begitu ketara kelemahan mereka akibat tidak berani menahan si peliwat yang bermaharajalela mengucar-kacirkan negara dengan mengundang campurtangan kuasa besar Yahudi dari luar untuk membela nasibnya yang kononnya diancam bunuh dan cuba dikhianati oleh kerajaan negara sendiri. Dengan ini terserlah kembali kewibawaan mantan Perdana Menteri secara tidak langsung, kenapa dahulunya Tun Dr Mahathir terpaksa menahan dan memenjarakan si peliwat bernama Anwar ini akibat ternyata mengancam keselamatan negara.

Hanya kerana seorang peliwat profesional...
Habis isteri dan anaknya diseret ke kancah curangnya untuk dipergunakan beliau bagi membela dirinya. Demi keterpaksaan mahu membela maruah keluarga akibat yang dituduh itu adalah ketua keluarganya maka walaupun diketahui dan disedari memang bertabiat luarbiasa itu tetap dipertahankan mereka dengan lantang sekali. Undang-undang negara dan hukum-hakam Allah Ta'ala telah dipinggirkan sama-sekali asalkan pekong sebenar tidak terbongkar kepada umum. Namun mereka alpa bahawa kemungkaran dan kejahatan tidak akan mampu disembunyikan sampai bila-bila pun. Kuasa Allah Ta'ala tiada makhluk mampu menangkisnya apabila tiba saat dan ketikanya Dia mahu memperlihatkan kebenaran.

Hanya kerana seorang peliwat profesional...
Pemuda Pelapis bukanlah gemar sangat mahu membicarakannya tetapi atas dasar tanggungjawab terhadap Islam agama Allah swt yang maha suci maka Pemuda Pelapis telah kerap kali bermunajat memohon petunjuk Ilahi dengan sebenar-benarnya tawaddhu', dan didapati kebenarannya menyebelahi DS Anwar bin Ibrahim ternyata melakukan kerja terkutuk ini sejak didakwa pada tahun 1998 lagi sehinggalah ke hari ini 2008 dengan kes dakwaan liwat terbaru ke atas mangsanya bernama Saiful Bukhari Azlan.

Hanya kerana seorang peliwat profesional...
Maka dipercayai akan adanya penyokong-penyokong taksub yang menyokong menggila-babi terhadap pemimpin peliwat itu serta tidak redha menerima pengakuan pendedahan Pemuda Pelapis ini meskipun petunjuk kebenaran ini telah dinyatakan secara jelas datangnya daripada Allah swt yang maha mengetahui akan segala-galanya. Andaikata masih ada yang gila-babi beragama Islam mahu mempertikaikannya, dinasihatkan bertenang dahulu dan mengambil jalan waras untuk berwudhu' kemudian sama-samalah bermunajat kepada Allah swt memohon petunjuk yang hakiki dengan penuh khusyu' dan tawaddhu' sehingga diberikan petunjuk kebenaran. Jika tidak memperolehinya juga nescaya pasti ada kelemahan pada diri sendiri di mana-mana dan salahkanlah diri sendiri daripada menyalahkan orang lain kerana itu adalah sebaik-baik muhasabah ke atas diri.

Hanya kerana seorang peliwat profesional...
Setelah pendedahan yang benar ini kepada umum oleh seorang blogger bernama Pemuda Pelapis, tetapi jika sengaja diperlekehkan meskipun dengan kepercayaan blogger ini yang berserah bulat kepada petunjuk Allah swt yang maha berkuasa, maka samalah ibaratnya mempertikaikan kebesaran kuasa Allah swt itu sendiri. Nescaya di atas ketaksuban yang menggila-babi yang tidak mahu akur dengan petunjuk Allah swt, akan ada-lah di antara mereka ini yang pasti ditimpa bala dan musibah besar dari Allah swt termasuklah si peliwat itu sendiri.

Hanya kerana seorang peliwat profesional...
Diharapkan pendedahan yang sebenar-benarnya benar lagi sahih ini bakal menutup isu kes liwat oleh DS Anwar Ibrahim ke atas mangsa terbarunya dengan rasminya. Jika si peliwat profesional tidak berpuashati, maka Pemuda Pelapis dengan ini mencabar beliau supaya bersedia bersumpah menjunjung Al-Quran dengan beraninya di khalayak ramai atau sebaik-baiknya dilakukan di Mahkamah Syariah dan dilakukan mengikut tata-etika berlandaskan Islam jika mahu menafikan apa yang benar telah dilakukan beliau itu. Disarankan RTM dan TV3 harus membuat liputan secara langsung ke seluruh negara agar dapat diikuti oleh segenap lapisan masyarakat di Malaysia.

Sekian dimaklumkan, ala-puisi "Hanya kerana seorang peliwat profesional..." seluruh negara huru-hara dibuatnya dan terus cuba diperbodohkan oleh si peliwat jahanam yang tidak bertanggungjawab, tidak bermaruah sama-sekali malahan berkulit spesis apa pun saya tidak faham. Akhirkata penutup bicara, sama-samalah kita merenung dan berfikir sejenak bahawasanya, pemikiran si peliwat ini sebenarnya lebih hina daripada binatang kerana mengikut pandangan anak kecil yang masih berhingus, binatang pun tahu mencari jantan atau betina sebelum dikerjakannya. Oleh itu dengan menyokong dan memberi ruang kepada si jahanam ini untuk menjadi pemimpin nescaya hancur musnahlah agama, bangsa dan negara yang tercinta ini.

3 Responses
  1. kulatlapok Says:

    salam PEMUDA PELAPIS,

    PANJANG BEBNOR HURAIAN KO TENTANG PELIWAT PROFESIONAL, BAGAIMANA YANG KENA LIWAT?? LAGI PROFESIOANAL..DALAM USIA DAN TENAGA MUDA YANG KUAT KUDRATNYA BOLEH BAGI TADAH SAHAJA PADA ANU SIPROFESIONAL YANG DAH BOLEH ANGGAP KUBUR KATA MARI RUMAH KATA PERGI..TAPI KUDRAT SI PELIWAT PROFESIONAL TU LAGI GAGAH SAMA GAGAHNYA MACAM INCRIDIBLEHULK..SEHINGGA YANG KE LIWAT TAKUT TEERPAKSA MENONGGENG JE KENA TALA SI PELIWAT. (BUKAN SENANG NAK BUAT KALAU TIADA KELEMBUTANNYA...HEHEEE CAMNE LAK TU..???


  2. redbox Says:

    alahai kulatlapok....cakap mcm pandai tapi betol lah nama kulat tu..

    kalau nak crita pasal cam ne dia kena paksa..paksa tu bukan pakai tenaga jek..paksa pun boleh pakai dgn kata2...iaitu ugutan...susah sgt ke nak fikir...


  3. Salam KulatLapok dan Red,

    Tak perlu bertelagah sesama kita. Yang dibincangkan adalah salahlaku DSAI, bukannya membincangkan soal tenaga atau paksa. Lazimnya yang HARAM dan LUARBIASA itulah SYAITAN dan IBLIS suka BERTENGGEK menghasut. Yang tak kuat tiba-tiba boleh jadi kuat dengan bantuan KUASA IBLIS.

    Persoalannya di sini, banyak pula persepsi dari alim ulamak kita memberi pelbagai pandangan. Ada yang kata perlu MUBAHALAH JUNJUNG AL-QURAN, ada yang kata MUBAHALAH TANPA PERLU JUNJUNG AL-QURAN dan ada yang lain pula berkata dengan yakin kononnya BERSUMPAH DENGAN MENJUNJUNG AL-QURAN itu bukan ajaran Islam tetapi hanya sekadar adat orang Melayu.

    Macam-macam cerdik pandai agama memanipulasi fakta ajaran Islam. Susah nak cakap tentang ulamak kita di akhir zaman ini. Hakikat yang nyata tersurat dan tersirat, hanya ALLAH SWT jua yang maha mengetahuinya. Walau bagaimanapun, insya'Allah jika tiada aral akan saya tuliskan sedikit pengulasan berkaitan apa yang diberi pandangan oleh alim ulamak kita. Bukanlah mahu mengatakan TIDAK atau YA terhadap apa mereka kata tetapi sebagai perkongsian pandangan sebagai sesama Islam menurut apa yang saya fahami.

    Semoga berjumpa lagi di tajuk baru nanti. Wassalam!