Beberapa hari yang lalu ketua pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim cuba membuat kejutan baru apabila kepoh dan beriya-iya berjanji untuk mendedahkan satu pengumuman rahsia besar mengenai BN kepada semua pengundi di ketiga-tiga kawasan pilihanraya kecil namun beliau sekali lagi dilihat terus berbohong.
Jika sebelumnya ketua pembangkang itu sudah beberapa kali dinilai sebagai penipu besar kepada seluruh penyokongnya ekoran gagal mengotakan janji-janjinya untuk menubuhkan kerajaan persekutuan khususnya pada tanggal 16 September 2008 lalu kali ini situasinya agak sinonim.
Apa yang ghairah ditunggu-tunggu seluruh penyokongnya sia-sia sahaja apabila beliau hanya tampil di pentas ceramah dengan memberi helah dan alasan semata-mata. Kata Anwar, beliau akan hanya membuat pengumuman itu pada sebelah malam 7 April 2009 setelah pengumuman keputusan pakatan pembangkang berjaya memenangi ketiga-tiga pilihanraya kecil nanti.
Beliau menambah kata sekiranya membuat pengumuman itu malam kelmarin, beliau merasa khuatir risikonya terlalu besar. Oleh sebab itulah ketua pembangkang itu terpaksa menangguhkan pengumuman rahsia besar yang kononnya penting itu pada 7 April 2009 nanti. Sama-samalah kita semua tunggu sekali lagi akan kebenarannya itu.
Apakah Anwar benar-benar yakin pakatan pembangkang mampu memenangi ketiga-tiga pilihanraya kecil tersebut? Jika hanya menang satu atau dua pilihanraya kecil sahaja macam mana? Bagaimana pula jika sekiranya tewas di ketiga-tiga kawasan tersebut? Apa pula alasannya nanti?
Nampaknya sudah tentulah tiada pengumuman yang akan dibuat beliau sebagaimana yang dijanjikannya. Begitulah sikap pemimpin jenis sesumpah ini yang gemar berbohong dan pakar putarbelit. Anwar suka dirinya disumpah-seranah sepanjang masa. Sebenarnya Anwar sudah lama hilang kredibiliti kepimpinan, malahan Karpal Singh sendiri sebagai sekutunya pun sudah tidak lagi mempercayai beliau.
Situasi ini secara langsung memberi penilaian bahawa Anwar hanya mahu mencuri perhatian masyarakat pengundi di samping agenda utamanya adalah bertujuan merekacipta satu fitnah baru terhadap BN sahaja. Keadaan ini turut mencerminkan dirinya sebagai seorang pemimpin yang ketara munafik. Berbohong itu sudah menjadi sebati dengan jiwanya.
Oleh yang demikian jelaslah pakatan pembangkang kini ketandusan modal kempen dan tiada agenda-agenda penting ke arah membangunkan rakyat di semua kawasan-kawasan pilihanraya kecil berkenaan. Maka itu pilihan terbaik pengundi-pengundi sudah tentulah memilih calon Barisan Nasional (BN) sebagai wakil rakyat yang boleh diharapkan membela nasib mereka.
Semoga dengan apa yang berlaku ini mampu memberi kredit dan bonus kepada calon Barisan Nasional (BN). Aura kemenangan Barisan Nasional (BN) kian hari kian dirasai lebih-lebih lagi di saat menjelangnya tarikh 7 April 2009 yang dinanti-nantikan seluruh rakyat negara.