Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis

Jumaat, 3 April 2009: Jam 10 pagi ini, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak akan menghadap DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara untuk majlis angkat sumpah jawatan Perdana Menteri ke-6 dan sumpah menyimpan rahsia kerajaan setelah mendapat perkenan Tuanku Mizan semalam.

Sementara Dato' Seri Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang di Dewan Rakyat akan terus terkebil-kebil dan terpinga-pinga apabila hasrat jahat dan busuk hatinya yang cuba menghalang Dato' Seri Najib daripada dilantik sebagai Perdana Menteri ke-6 menggantikan Pak Lah tidak dilayan YDP Agong meskipun petisyen bantahan mendesak penangguhan terhadap pelantikan itu telah diserahkan kepada Istana Negara semalam.

Sudahlah harapan kosong dan janji kosongnya kepada para penyokongnya beberapa kali sebelum ini untuk menukar kerajaan tidak kesampaian, tak lama lagi segala kelantangan dan keceluparan mulutnya memfitnah Dato' Seri Najib dengan pelbagai tuduhan tanpa bukti bakal memakan dirinya sendiri ibarat haiwan sesumpah.

Di sana sini kini heboh mengatakan nasib ketua pembangkang itu akan kembali gelap sebagaimana di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad bilamana beliau dipecat atas kesalahan sodomi dan beberapa kes rasuah. Kesemua kes-kes lampaunya dijangka akan dibangkitkan semula untuk dibicarakan segera di mahkamah termasuklah segala fitnah-fitnah baru beliau terhadap Dato' Seri Najib.

Demi maruah dan reputasi sebagai Perdana Menteri ke-6, Dato' Seri Najib dijangka tidak akan berdiam diri dengan segala fitnah serta tuduhan liar yang dipropagandakan oleh Dato' Seri Anwar dan barisan pembangkang selama ini. Adalah wajar bagi Dato' Seri Najib untuk mengambil tindakan tegas terhadap Dato' Seri Anwar dan seluruh pakatan pembangkang yang terbabit.

Menaiki takhta kekuasaan sebagai pemimpin nombor satu negara adalah saat yang paling dinanti-nantikan Dato' Seri Najib ibarat "pucuk dicita, ulam mendatang" dan tindakan yang sewajarnya boleh diambil terhadap ketua pembangkang itu berlandaskan bidang kuasa dan peruntukan undang-undang yang termaktub demi membersihkan nama baik beliau sebagai Perdana Menteri ke-6 negara.

Adalah dipercayai petisyen bantahan yang ditandatangani bersama Presiden PAS yang diserahkan kepada Istana Negara semalam bagi mendesak agar menangguhkan pelantikan Dato' Seri Najib sebagai Perdana Menteri ke-6 merupakan usaha terakhir Dato' Seri Anwar yang dilihat semakin terdesak namun tidak dilayan oleh YDP Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Bermula hari ini setelah Dato' Seri Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri baru menggantikan Pak Lah, kita bakal melihat sesuatu yang tidak mustahil berlaku jika Dato' Seri Anwar yang selama ini diberi muka dengan lantang dan celupar melemparkan fitnah dan tuduhan liar terhadap Dato' Seri Najib bakal termakan sumpahnya menjadi sesumpah untuk kembali mengukir sejarah hitamnya duduk dikelilingi tembok batu di Istana Batu Sungai Buloh.

Segala-galanya berkemungkinan jika Dato' Seri Najib dan isterinya, Datin Seri Rosmah tegas mahu membersihkan nama baik mereka. Begitulah desas-desus yang hangat tersebar sehari dua ini. Akhirkata, terimalah nasib kau Labu...

Padan muka! Baru tahu langit tinggi atau rendah!


1 Response
  1. Anonymous Says:

    Anver (Al J*b*ri)Abraham,
    Apa lagi putar belit dan sandiwara ko malaun. Tak habis2 memporak perandakan negara. Cucuk sana, cucuk sini. Bangsat2 kat luar yg otak letak kat lutut tu, mudah percaya dan tak segan2 jilat pungkok ko. Perangai ko tak berubah-ubah dari ko studen dulu. Umur ko dh lanjut, bawa2 mengucap. Muhasabah diri. Ko dh tak ada peluang untuk jd menteri, apalagi PM.

    Mudah2an Najib selamat memerintah dan dapat mengembalikan semula kegemilangan negara. Harap Najib jgn ketepikan Tun Mahathir, kalu sorang lg tu tak apa (mmg patut!).