Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis

Kehadiran Ezam di mana-mana pilihanraya kecil dilihat jelas membawa nasib malang kepada calon-calon BN yang bertanding. Isu lapuk dan basi mengenai kotak rahsia yang dijaja Ezam ke sana ke mari sebenarnya penyumbang bala dan padah kepada BN.

Mula-mula di PRK Permatang Pauh, kemudian PRK Kuala Terengganu dan terbaru Ezam sekali lagi masuk campur berkempen isu-isu bodoh di Paya Nahu dalam DUN Bukit Selambau yang hanya mengundang kebencian pengundi-pengundi Melayu khususnya. Kehadiran beliau di Bukit Selambau meninggalkan kesan negatif kepada pengundi-pengundi.

Ezam perlu dihalang daripada mencampuri mana-mana kempen pilihanraya kecil atau pilihanraya umum akan datang. Di akar umbi majoriti ahli-ahli UMNO tidak langsung menaruh apa-apa kepercayaan lagi terhadap Ezam Mohd Nor.

Beliau dinilai sebagai sampah di dalam UMNO dan BN. Diharapkan kepimpinan DS Najib tidak terus-menerus menaruh apa-apa kepercayaan kepada Ezam kerana kita khuatir ianya bakal menjadi barah besar kepada parti.

Ezam tidak boleh dipercayai dan beliau tidak boleh diharapkan. Berhati-hatilah dengan bekas orang kanan pemimpin sesumpah (Anwar) ini jika mahu melihat UMNO/BN dapat diperkasakan kembali seteguh-teguhnya.

Kemungkinan besar kemasukan semula Ezam ke dalam UMNO bukan dengan hati yang jujur dan ikhlas tetapi dibimbangi mempunyai agenda-agenda tersembunyi atau menjadi agen perisik kepada pemimpin peliwat itu untuk merosakkan UMNO/BN dari dalam di kala DS Anwar pula berusaha dari luar.

Berwaspadalah! Mencegah itu lebih baik daripada merawati!

Perkara ini sudah awal-awal lagi dihidu oleh Tun Dr Mahathir Mohamad, sebab itulah Tun Dr Mahathir pernah menulis mengenai Ezam di blog beliau sekembalinya Ezam kepangkuan UMNO dahulu. Kata Tun (Mahathir), Ezam hanyalah "kuda trojan" atau "virus" kepada parti.

Selain itu, Ezam sudah tidak dihormati lagi oleh golongan pemuda. Beliau juga tidak lagi diminati dan auranya telah hilang. Bukan lagi sepertimana di zaman sebelum beliau meninggalkan UMNO untuk bersama dengan DS Anwar Ibrahim.

Jika penasihat umum PKR sudah tidak lagi memerlukan Ezam di sampingnya, apakah perlunya buat UMNO untuk mengajak Ezam (buangan PKR) bersama-sama menyertai kempen dalam mana-mana pilihanraya?

Saya betul-betul kesal apabila mengetahui Ezam turut turun berkempen di DUN Bukit Selambau tempohari. Akhirnya firasat saya yang merasakan calon MIC/BN akan tewas di Bukit Selambau benar-benar menjadi kenyataan setelah pengumuman keputusan dibuat SPR malam tadi.

Kepimpinan tertinggi UMNO/BN juga harus maklum bahawa salah satu punca pendorong kekalahan S Ganesan (BN) di kerusi Bukit Selambau adalah kerana Ezam Mohd Nor. Semakin banyak membiarkan Ezam bercakap, semakin ramai orang membenci UMNO/BN.

Senang cerita, Ezam tidak lagi relevan untuk berada di dalam kapal UMNO/BN setelah segala pengkhianatan yang dilakukannya terhadap UMNO/BN selama bersekongkol dengan DS Anwar. Mohon DS Najib dapat renungkan perkara ini dan disusuli dengan tindakan yang sewajarnya.

6 Responses
  1. add Says:

    Salam bro.
    -pada saya ezam ni faktor yang ke 100 je,,,
    -faktor yang paling penting ialah pemilihan calon.pemimpin umno diperingkat bahagian semuanya sombong baik dengan ahli umno mahupun pembangkang.
    -pemimpin umno tidak perbah berceramah bila habis prk/pr.
    -pemimpin umno dah tak nampak batang hidung bila habis pr baik kalah atau menang.

    janganlah dok menyalahkan orang lain sedangkan pengemudi umno sendiri yang terumbang ambing...


  2. Anonymous Says:

    org klate.

    saya dah khaborkan dulu, skrg masa majoriti rakyat dah tak nak dengar lagi apa-apa yang kerajaan dan media pengampu laporkan. dan hanya satu fokus sahaja bagi rakyat iaitu mahu riwayat BN ditamatkan di diganti dengan KERAJAAN PAKATAN RAKYAT

    hidup rakyat.


  3. Anonymous Says:

    memang benar telahan saudara. Ezam adalah perosak UMNO. Beliau hanyalah tali barut PKR untuk menghancurkan UMNO. Berani saya katakan, beliau bersekongkol dengan KJ untuk melihat UMNO lenyap dari peta dunia. Pikir pikirkanlah..


  4. ayor sejuk Says:

    Aiii...kenapa pulak tak kata mahathir pun membawa malapetaka pada umno...
    Sehari sebelum mengundi dia turun ke bkt gantang...esoknya umno kalah !!!! Wa..ka..ka..ka..ka
    Ini le makhluk perosak pada org melayu dan umno yg sebenor-benornya...


  5. Add,
    Soal faktor ke berapa pun itu bukan masalahnya tapi tetap sebagai salah satu punca yang menyumbangkan kekalahan calon BN. Pengemudi UMNO yang terumbang-ambing ketika zaman Pak Lah.

    Anon (org klate),
    Pakatan Rakyat ialah pakatan haram yang tidak wujud dalam daftar suruhanjaya pertubuhan jadi mana mungkin mereka mampu tubuhkan kerajaan? Janganlah jadi bodoh atau bermimpi di siang hari. Undang-undang dicanggahi tapi berhajat besar nak tubuh kerajaan.

    Anon 8 April 12:53 PM,
    Siapa yang faham maka fahamlah. Terima kasih tapi lain kali tolong hormati pesanan saya agar sesiapa menggunakan Anonymous sila tinggalkan nama samaran @ nama sebenar sebelum meninggalkan sebarang komentar.

    Ayor Sejuk,
    Kehadiran Tun Dr Mahathir di Bukit Gantang telah berjaya menarik semula ramai pengundi Melayu mengikut statistik bancian sokongan yang dibuat khususnya selepas keputusan dikeluarkan SPR kelmarin. Janganlah bercakap macam orang tolol tak berotak. PAS menang di Bukit Gantang kerana meraih undi kaum Cina yang mahu memperbodoh-bodohkan PAS yang senang dibuli demi kepentingan agenda mereka untuk takluk Tanah Melayu.

    Malangnya pakatan pembangkang golongan Melayu terus leka syok sendiri bila dipuja-puji kaum kafir harbi dan jelas paling baghal dalam sejarah politik tanahair. Kafir harbi DAP persendakan ayat suci Al-Quran pun masih tersengih membodek, berbangga bertepuk tangan dan bersorak mengalahkan yahudi. Jelas perjuangan PAS sudah songsang dan sesat. Pemimpin dan ahli PAS semuanya munafik.


  6. Anonymous Says:

    Drp Pemuda yg suka KuihLapis
    Kenapa BN tak tanya diri sendiri dulu sebelum betul2 kalah.
    Sebelum hari pengundian, wartawan kena tanya kpd zambry atau muhyidin 'Kalau BN kalah apa alasan anda?'
    Hari ni ramai ahli umno yg tak suka kat Paklah...tup tup satu hari nanti masing2 akan cakap 'kalaulah Paklah yg memerintah mesti lagi bagus'...biasalah org umno mudah lupa...bila dah tiada baru terasa.
    Sorry lah Pemuda Pelapis, kalau hang taknak siarkan posting saya pon tak apa, at least hang baca.