Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis

Sisipan Buletin Utama TV3 pada 5 April 2009 malam tadi mendedahkan rakaman kenyataan Dato' Seri Anwar Ibrahim yang mengecam hebat PAS dan DAP dalam satu majlis pemimpin bersama rakyat ketika berucap di Sabah pada tahun 1995 dahulu.

Mengikut sedutan kata-kata beliau dalam ucapannya ketika itu, Anwar berkata pemimpin-pemimpin PAS dan DAP bercakap tidak menggunakan otak sebaliknya hanya celupar menggunakan mulut tanpa berfikir. Begitulah erti maksud kenyataan beliau.

Hari ini Anwar selaku ketua pembangkang dan juga penasihat PKR bersekutu di dalam satu pakatan pembangkang yang dipanggil mereka sebagai Pakatan Rakyat (pakatan haram yang tidak berdaftar) duduk bersekongkol dengan PAS dan DAP tanpa malu, tanpa maruah.

Dari sini kita dapat menilai siapa sebenarnya Anwar Ibrahim dan bagaimana sebenarnya keperibadian beliau serta pendiriannya? Pengajaran yang dapat kita ambil sebagaimana yang sedia diketahui umum Anwar ialah seorang pemimpin kaki putar alam, pakar pembelit, raja spekulasi, ketua perusuh, pembohong besar, pemfitnah dan pengadu-domba yang utama. Pendekata Anwar ialah pemimpin perosak agama, bangsa dan negara.

Dalam ertikata Islam, Anwar seorang manusia paling munafik atau dalam bahasa modennya ialah hipokrit. Beliau sanggup melakukan apa sahaja demi mencapai agenda peribadinya di dalam politik walaupun terpaksa memancung karier politik rakan-rakan karibnya sendiri.

Dahulu semasa di dalam UMNO dan BN Anwar jelas dan secara sahihnya mengutuk PAS dan DAP sekeras-kerasnya tetapi kini beliau bersekutu pula dengan puak-puak yang pernah dicacinya. Saya secara peribadi menilai Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang kecewa dan jenis pemimpin yang tangkap muat.

Anwar Ibrahim sanggup berperwatakan apa sahaja. Bukan sekadar talam dua muka tetapi tidak terkira malahan bermuka-muka adalah sikap beliau paling jelas. Contoh paling ketara ialah apabila beliau berucap di hadapan kaum Cina, nada ucapan beliau berbunyi lain, bila berdepan kaum India ucapannya berentak lain pula. Begitulah juga ketika di hadapan Melayu bangsanya sendiri, alunannya berbeza-beza.

Kalau mahu dikaji apalah sangat hendak dihairankan dengan segala cacian serta kutukan Anwar itu sedangkan meliwat pun beliau sanggup lakukan. Ini pun sudah cukup untuk membuktikan bahawa beliau seorang manusia yang tidak bermaruah sama sekali serta tidak layak diangkat sebagai pemimpin.

Maka itu apakah wajar untuk kita membazir masa memberi sokongan kepada beliau lagi? Mereka yang masih menyokong itu adalah golongan yang sudah buta mata, buta hati dan buta minda. Senang cerita buta segala buta yang sudah tidak boleh diberikan apa-apa pertolongan lagi.

Kepada yang berdiri di atas pagar dan mereka yang sudah sedar akan kemunafikan Anwar Ibrahim, di nasihatkan cepat-cepatlah bertaubat dan pulang ke pangkal jalan untuk kembali bersama UMNO dan BN bagi memperjuangkan segala agenda penting demi merealisasikan kecemerlangan rakyat dan negara.

Wahai seluruh para pengundi di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai, ketahuilah bahawasanya hanya Barisan Nasional (BN) sahaja satu-satunya gabungan parti ulung di Malaysia yang mampu membela nasib rakyat dan negara tanpa gagal.

Sejarah negara selama 52 tahun merdeka telah membuktikannya. Maka itu pilihlah calon Barisan Nasional (BN) dengan memberi undi anda kepada BN (dacing). Nescaya selamat dan terbelalah nasib anda dan generasi akan datang untuk mewarisi kepimpinan negara yang tercinta ini.

Selamat mengundi Barisan Nasional. Hidup BN! Hidup BN! Hidup BN!

0 Responses