Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis

Isnin, 6 April 2009: Pilihanraya kecil N.25 - DUN Bukit Selambau, P.59 - Parlimen Bukit Gantang dan N.29 - DUN Batang Ai akan berlangsung tepat jam 8:00 pagi esok (Selasa, 7 April 2009) di tiga tempat berasingan. Satu di Kedah, satu di Perak dan satu lagi di Sarawak.

Semua pengundi-pengundi di kawasan-kawasan berkenaan diseru dan disarankan agar memilih calon-calon Barisan Nasional (BN) sebagai wakil rakyat kawasan masing-masing demi menjamin kesejahteraan hidup dan masa depan yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

Seluruh pengundi di ketiga-tiga kawasan pilihanraya kecil berkenaan hendaklah bijak menilai sejarah dan perkembangan semasa politik tanahair. Barisan Nasional (BN) telah terbukti menyumbang terlalu banyak budi dan jasanya kepada rakyat dan negara semenjak negara mencapai kemerdekaan selama 52 tahun sehingga kini. Ini satu realiti yang bukan sekadar omong kosong.

Jangan mudah terpengaruh dengan segala propaganda jahat pembangkang serta janji-janji kosong parti pembangkang yang terbukti tidak bertanggungjawab terhadap rakyat dan negara. Pakatan pembangkang telah banyak membuang masa emas rakyat sebaliknya tanggungjawab tugasan tidak dilaksanakan.

Kini sudah setahun satu bulan berlalu (dari tarikh PRU12 - 8 Mac 2008), pakatan pembangkang masih berpolitik sepanjang masa dan berceramah di sana sini dengan membawa pelbagai agenda mengumpat dan memfitnah kerajaan dan menyerang peribadi pemimpin BN tanpa henti serta tanpa rasa bersalah.

Apakah perlakuan sebegini mencerminkan nilai-nilai mulia kepimpinan? Sudah tentulah tidak, maka janganlah kita membuang masa memilih pakatan pembangkang lagi. PAS, PKR dan DAP sememangnya ketandusan idea dan modal selain tahu mencari salah, merekacipta tuduhan tanpa bukti (fitnah) dan hanya bijak menabur janji-janji kosong yang tidak mampu ditunaikan mereka.


Kawasan-kawasan lain di seluruh negara yang dikuasai pakatan pembangkang telah merasa amat terseksa dan azab berada di bawah kepimpinan pembangkang yang tidak innovatif dan telah banyak memungkiri janji dalam manifesto mereka pada pilihanraya umum ke-12 yang lalu.

Pengundi-pengundi di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai dinasihatkan janganlah tersalah membuat perhitungan dalam pilihanraya kecil kali ini. Cukuplah sekali sahaja harapan telah diberikan kepada pakatan pembangkang pada pilihanraya umum 8 Mac 2008 yang lalu.

Harapan baru yang diangan-angankan saudara Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai ketua pembangkang hanyalah satu harapan kosong belaka yang tidak mungkin menjadi realiti. Jangan lagi terpedaya dengan segala tipu-helah dan pembohongan besar Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Bertindaklah dengan bijak untuk memilih BN atau lambang dacing yang tinggi nilai kredibilitinya. Memilih calon BN bermakna anda membuat pilihan yang tepat dan terbaik. Jangan sekali-kali memilih lambang selain daripada dacing. Pilihlah calon BN yang berlambangkan dacing sebagai wakil rakyat anda.

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Kesilapan anda memilih calon selain daripada BN atau lambang dacing bermakna padah menanti anda. Berhati-hatilah!

0 Responses