Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis

Jika lelong parti-parti pakatan haram PR dan seluruh pemimpinnya setengah sen pun belum tentu laku tapi yang nak dilelong ini ialah kesemua 16 unit Toyota Camry yang hanya sempat digunakan dua bulan oleh exco-exco dan bekas MB balaci pakatan haram PR Perak.

Sekali lagi pakatan haram PR akan berputih mata menengok kereta idaman pula kena ketuk loceng lelong sesudah kerajaan negeri Perak dirampas semula oleh BN secara rasmi 6 Februari lalu dengan ketukan loceng lelong oleh FRU di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Semakin meraban dan kembali hilang akallah agaknya Nizar Jamaluddin (bekas MB balaci). Silap haribulan Nizar dan Anwar akan sekali lagi mengumpulkan pejuang-pejuang berani mati syahid untuk beratur sambil berbaring ditengah jalanraya yang saling tak tumpah macam lembu-lembu di kampung yang suka berbaring di jalan-jalan.

Kesian penyokong-penyokong tolol yang mungkin dimangsakan sekali lagi oleh pemimpin-pemimpin pakatan haram PR. Terlalu mudah dibahlulkan dan senang dibengongkan gara-gara taksub membabi-buta. Nama saja ada otak tapi masih berfikir dengan kepala lutut.

Sama-samalah kita saksikan jika peristiwa "lawak syahid" itu mungkin berulang lagi nanti. Jangan dimarah, pesan pada FRU jangan ditangkap mereka tapi ramai-ramailah nanti kita bersorak meraikan mereka dengan tepukan gemuruh. Kali ini kita siapkan kain kapan sekali sambil niatkan sedekah amal jariah tanda penghormatan terakhir atas kebongokan mereka sendiri.

Sambil menulis ni sebenarnya teman terkekeh-kekeh gelak besar teringatkan peristiwa kat Kuala Kangsar hari tu sebab teman nengok "live" (secara langsung dari lokasi kejadian). Gelihati...

Memang harapan teman mintak perkara ni berlaku lagi di hari lelong kereta-kereta Toyota Camry tu nanti. Bukan apa tapi seronok pulak melayan geng-geng biol macam tu. Dah jadi satu hiburan pulak rasanya. Alahai gelihati...

0 Responses