Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diperkenalkan Dato' Seri Najib Tun Razak dalam pentadbirannya sebagai Perdana Menteri tidak mengecualikan timbalannya. Begitulah apa yang dinyatakan sendiri oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

Berikut adalah petikan daripada portal Utusan Online;

PUTRAJAYA 13 April - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau sendiri tidak terkecuali daripada penilaian Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang baru diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pentadbiran kerajaan.

Tegas Timbalan Perdana Menteri, justeru beliau akan memberikan perhatian serius terhadap setiap tugas serta tanggungjawab yang diamanahkan kepadanya. baca selanjutnya...

Sebagai rakyat kita berharap sistem KPI bagi memantau prestasi jemaah menteri, timbalan menteri dan pegawai kanan kerajaan yang diperkenalkan Dato' Seri Najib ini benar-benar dapat dilaksanakan dengan berkesan dan bukan sekadar omong kosong sahaja.

Harapan transformasi terhadap parti dan kerajaan yang dilaungkan Perdana Menteri akan terus diperhatikan rakyat bagi memastikan keberhasilannya. Sekiranya beliau gagal melaksanakan janji ini sudah pasti beliau akan dikecam hebat oleh rakyat khususnya parti pembangkang.

Semoga harapan Dato' Seri Najib juga menjadi harapan kepada rakyat untuk melihat satu pembaharuan benar-benar berlaku di bawah teraju kepimpinan beliau.

0 Responses