Anggota Jemaah Menteri dan Timbalan Menteri, baru sahaja selesai mengangkat sumpah jawatan masing-masing di Istana Negara pagi semalam. Isnin, 13 April ini bakal menyaksikan hari pertama mereka memulakan tugas secara rasmi di kementerian-kementerian yang dilantik.
Memanglah tidak adil untuk kita membuat apa-apa telahan awal terhadap anggota kabinet di bawah kepimpinan YAB Dato' Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6.
Sementelah lagi Perdana Menteri baru kita telah memaklumkan bahawa beliau melaksanakan sistem KPI (Key Performance Index) yang bermaksud Indeks Petunjuk Prestasi ke atas semua anggota kabinetnya. Tapi demi kebaikan semua adakalanya telahan dan kritikan awal ini dirasakan perlu sebelum nasi menjadi bubur.
Harapan beliau dengan petunjuk prestasi ini akan mampu memastikan hasratnya membawa perubahan ke arah mendahulukan harapan rakyat tercapai dan ianya akan dipantau setiap tempoh enam bulan .
Menurut Dato' Seri Najib beliau secara peribadi akan mengambil inisiatif untuk membuat kajiselidik mengenai perkara ini dari semasa ke semasa. Baguslah kerana rakyat akan sentiasa memerhatikannya.
Perdana Menteri berkata, rakyat mesti merasa gembira dengan kabinet itu. Menurut katanya lagi...
Namun di sebaliknya ada kedengaran suara-suara yang melontarkan komen mengenai kabinet baru tersebut. Di antaranya ada yang tidak berpuashati kerana Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin tidak dilantik menganggotai kabinet.
Diskriminasi dikatakan berlaku apabila Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin dan Ketua Wanita, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil turut terpilih. Sebaliknya Naib Ketua Pemuda, Datuk Razali Ibrahim pula yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Belia dan Sukan.
Alasan yang diberikan Dato' Seri Najib sekiranya Khairy dilantik menganggotai kabinet maka peluang dan masa untuk Khairy menumpukan sepenuh usaha bagi memperkukuhkan barisan pemuda akan terbatas dan alasan ini tidak dapat diterima oleh kebanyakan para penyokong Khairy Jamaluddin.
Jika itulah alasannya, kenapa Ketua Puteri dan Ketua Wanita boleh dilantik? Tidakkah ianya juga turut membataskan usaha-usaha pergerakan itu ke arah memperkukuhkan kesinambungan perjuangan sayap berkenaan?
Apa yang pasti adalah kerana Khairy Jamaluddin telah dikaitkan dengan politik wang semasa proses pemilihan parti tempohari maka jika dibariskan dalam kabinet baru bermakna Dato' Seri Najib khuatir pandangan rakyat terhadapnya yang mahu membawa usaha pemulihan terhadap parti dan kerajaan akan terjejas di samping ada yang mengatakan Dato' Seri Najib takut dikecam oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya membariskan Khairy dalam kabinetnya.
Sementara suara-suara lain pula memberi ulasan mengenai kenapa Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dibubarkan? Apakah ianya digabungkan di bawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri? Di manakah relevannya jika ianya digabungkan?
Apakah kerajaan hanya akan terus membantu usahawan-usahawan yang sudah berjaya sahaja? Bagaimana pula dengan nasib usahawan-usahawan baru? Apakah langkah ini akan mampu meneruskan kesinambungan usaha membangunkan usahawan-usahawan baru khususnya di kalangan kaum bumiputra?
Saya kira YAB Perdana Menteri wajar memberikan penjelasan lebih terperinci kepada rakyat setelah membentuk kabinet baru ini. Jangan membiarkan rakyat terpinga-pinga dan berada dalam keadaan keliru.
Rakyat perlu diperjelaskan supaya lebih faham kenapa dan mengapa kementerian yang banyak memberi kepentingan kepada rakyat ini dibubarkan dan digabungkan sedangkan yang sepatutnya digabungkan ialah Kementerian Pelajaran dengan Kementerian Pendidikan Tinggi.
Inilah masalah besar kepada rakyat apabila setiap kali kepimpinan bertukar tangan, ia seumpama pepatah mengatakan, "sekali air bah, sekali pasir berubah". Kita tidak mahu rakyat diletakkan dalam keadaan yang keliru untuk berurusan dengan kerajaan.
Siarkan satu pengumuman khas yang lebih jelas kepada rakyat, ke manakah para usahawan, pengusaha pengangkutan seperti bas, lori dan teksi serta koperasi-koperasi seharusnya berurusan termasuklah juga lain-lain kementerian yang digabungkan. Tidak semua rakyat arif dan tahu akan perkara ini.
Di samping itu, ada yang memberi pendapat soal kesesuaian pemimpin dengan jawatan yang disandangnya. Contohnya, Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin yang gemuk dan gempal diberi jawatan Timbalan Menteri Kesihatan yang dilihat langsung tidak mencerminkan kewibawaan kementerian berkenaan.
Ianya kerana apabila kita mahu memegang jawatan atau diberikan tugas memikul tanggungjawab mana-mana kementerian, selain daripada latarbelakang pendidikan, jasa kepada parti dan boleh diterima rakyat, pastikan juga penampilan diri sesuai dengan tugas dan paling penting mampu mencerminkan kita sebagai seorang pemimpin yang sihat dan bukannya obes untuk dicontohi oleh rakyat, lebih-lebih lagi membabitkan Kementerian Kesihatan.
Ini adalah di antara contoh-contoh yang harus dibuat kajian semula dan penilaian lebih teliti oleh Dato' Seri Najib sebelum meletakkan mana-mana pemimpin di mana-mana kementerian. Pelantikan Ketua Puteri UMNO sebagai Timbalan Menteri Kesihatan dirasakan tidak sesuai dan tidak tepat.
Sudahlah sebelumnya pelantikan Datuk Liow Tiong Lai sebagai Menteri Kesihatan yang tidak mempunyai latarbelakang pendidikan dalam bidang perubatan menjadi kejutan, kini Datuk Rosnah yang keterlaluan obes pula diletakkan di situ.
Kementerian Kesihatan wajar mempunyai seorang menteri yang berlatarbelakangkan kelulusan dalam bidang perubatan (doktor) kerana pengetahuan dalam bidang berkaitan perubatan adalah penting di dalam menerajui kementerian ini kerana ia banyak membantu, sementara timbalannya haruslah berketrampilan lebih sesuai agar memenuhi kriteria kehidupan sihat sebagai tunggak kementerian tersebut.
Mohon YAB Dato' Seri Najib Tun Razak turut mengambilkira suara-suara hati rakyat ke arah penambahbaikan usaha kerajaan setelah apa yang dijanjikan beliau untuk mendengar keluh-kesah rakyat demi kebaikan bersama.

“Adalah mustahil untuk memuaskan hati semua orang. Saya pilih untuk memuaskan hati masyarakat awam, paling utama rakyat,” katanya ketika ditanya mengenai perasaan tidak puas hati di kalangan sesetengah anggota UMNO termasuk mereka yang menang pada pemilihan parti itu baru-baru ini.

Salam ziarah...
http://aspirasi-baru.blogspot.com
ASPIRASI BARU - "Menyusuri Transformasi, Menterjemah Aspirasi"