Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Saya tergelak besar lagi sekali petang ni bila terbaca satu komentar berbau "Cepu Tahi" yang diajukan kepada saya oleh makhluk asing tak bernama malah tak ret-reti bahasa pesanan kat atas dah bagitahu sila letakkan nama betul atau nama samaran jika mahu lepaskan komentar di sini.

Saya rasa tak perlu disiarkan komentar itu kerana tak memenuhi syarat. Lagi pun pendek saja soalannya yang hanya berbunyi "Cepu Tahi" iaitu parti Barisan Nasional (BN) ni macam mana? Berdaftar ke?

Tak dilayan karang dianggap kita sama tolol macam dia tapi nak mengulas panjang pun rasanya buang masa layan orang bengong. Senang cerita nah baca tajuk kat bawah ni sampai faham...

PAKATAN RAKYAT MASIH SEBUAH PAKATAN HARAM

Kat situ dah dijelaskan terang-terang. Sebenarnya banyak lagi tajuk-tajuk dalam blog ni yang ada menyebut perkara yang sama berulang kali. Labu Oh Labu...apalah nasib kau buta kayu.

Gelihati... Gelihati... Tu dia nooo... Gelihati semedang...

0 Responses