MOHON BACA SAMPAI BETUL-BETUL FAHAM... SELAGI TAK FAHAM SELAGI TU KENA BACA... KALAU DAH BANYAK KALI BACA PUN TAK FAHAM JUGAK, MAKNANYA ADA "SHORT CIRCUIT" KATA MANA-MANA...
Kemaskini 3 Januari '09 - jam 10:43 AM
Seluruh negara sedia maklum bahawa gabungan parti-parti politik PKR, PAS dan DAP yang telah membentuk sebuah kerajaan pakatan dengan nama Pakatan Rakyat di 6 negeri yang dimenangi mereka sebenarnya masih sebagai sebuah pakatan haram yang tidak berdaftar dan tidak sah di sisi undang-undang negara.
Perkara ini amat wajar dipertikaikan oleh kerajaan Barisan Nasional yang berkuasa ke atas kerajaan persekutuan setelah ketua pembangkang mereka Dato' Seri Anwar Ibrahim cuba berlagak handal untuk bermain undang-undang tentang isu dua ADUN PKR yang digugurkan secara automatik sebagai wakil rakyat di kawasan masing-masing di DUN Changkat Jering dan DUN Behrang dengan menganggap surat peletakan jawatan tanpa tarikh yang kononnya telah ditandatangani oleh kedua-duanya adalah sahlaku mengikut undang-undang.
Dengan hanya bersandarkan syak wasangka serta tuduhan liar tanpa bukti kononnya kedua-dua ADUN itu sengaja menghilangkan diri dan berhasrat untuk melompat parti dari PKR kepada Umno maka kepercayaan pakatan mereka bahawa surat peletakan jawatan tanpa tarikh yang didakwa pernah ditandatangani oleh kedua-dua ADUN itu dianggap sebagai sah untuk diterimapakai mengikut peraturan dan undang-undang.
Demi menguatkan lagi dakwaan beliau itu, Anwar memaklumkan beliau turut mendapatkan pandangan seorang peguam kanan, Tommy Thomas (yang sudah tentulah orang beliau) menerusi perbualan di telefon bagi mengesahkan perkara tersebut. Ini mengikut apa yang dituliskan di blog beliau yang bertajuk, "Hard for PKR Duo to Contest Resignations". Berikut ini ialah petikan kenyataan menurut pandangan peguam tersebut:
Baiklah sekarang apa kata kita sama-sama membuat pertikaian berlandaskan undang-undang sedia-ada jika itu yang cuba diusulkan oleh Anwar Ibrahim untuk menghalalkan cara supaya pilihanraya kecil diadakan bagi kerusi-kerusi tersebut.
Pertamanya, paling utama dan paling asas untuk menjadikan sesuatu itu sah mengikut undang-undang, "platform" nya juga haruslah "platform" yang sah dengan ertikata sesebuah badan yang mengendalikannya juga diwajibkan sebagai sebuah badan yang sah mengikut undang-undang sedangkan asas kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak itu sendiri adalah sebuah kerajaan pakatan haram yang hanya pada nama sahaja tetapi hakikatnya tidak didaftarkan secara rasmi sebagaimana Barisan Nasional yang didaftarkan setelah menggabungkan kesemua parti-parti komponennya. Ini merupakan perkara pokok yang sewajarnya dipertikaikan oleh kerajaan Barisan Nasional dan dua ADUN yang terbabit.
Keduanya, apakah bukti yang mengatakan kedua-dua ADUN berkenaan pernah menandatangani surat peletakan jawatan tanpa tarikh itu sedangkan mereka menafikannya? Jika Anwar dan barisan kepimpinannya mengatakan sedia membuktikannya, namun di mata rakyat masih memerlukan keadilan secara undang-undang. Mungkin Anwar boleh mewujudkan konspirasi di kalangan orang-orang beliau untuk tampil menjadi saksi palsu. Ini semua tidak mustahil kerana Anwar adalah "Raja Spekulator".
Ketiganya, bagaimana pula sekiranya apa yang didakwa Anwar dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat termasuklah Speaker DUN Perak itu merupakan surat peletakan jawatan palsu yang sengaja diada-adakan dengan cara meniru tandatangan kedua-dua ADUN tersebut disebabkan kepimpinan mereka berada di dalam keadaan terdesak? Ini tidak mustahil dilakukan kerana matawang, mykad, chip komputer turut diciplak dan ada yang tiruan sedangkan kesemua itu telah ada ciri-ciri keselamatan berkualiti tinggi. Apalah sangat dengan tandatangan seseorang.
Keempatnya, kenyataan peguam (Tommy Thomas) di mana Anwar bertanyakan pandangan itu mengatakan kononnya ia tiada unsur-unsur paksaan untuk menandatangani surat peletakan jawatan tanpa tarikh tersebut.
Ini masih boleh dipertikaikan kerana jika benar ianya tiada unsur-unsur paksaan sebagaimana dinyatakan, kenapa perlu mengadakan surat itu agar ditandatangani oleh ADUN dan AP mereka samada sebelum atau selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu? Jika tidak diarahkan mana mungkin kedua-duanya menandatanganinya sendiri secara sukarela? Adakah ianya masuk akal? Sudah tentu adanya arahan dan ini boleh dianggap sebagai paksaan.
Apakah ini masih tidak dapat dilihat sebagai sesuatu unsur berbau paksaan yang sering dilawakjenakakan sebagai "paksa-rela"? Jika dihalusi apakah tujuan surat peletakan jawatan tanpa tarikh itu jika bukan bermaksud memaksa ADUN dan AP mereka supaya akur dan taat setia kepada pakatan mereka secara paksa?
Pernahkah perkara serupa ada dilakukan oleh Barisan Nasional terhadap ADUN dan AP mereka selama 51 tahun negara merdeka? Jika pernah sudah tentu ADUN Bota (Nasarudin) yang keluar daripada Umno melompat masuk PKR turut digugurkan sebagai wakil rakyat DUN Bota tempohari tetapi di sebaliknya tidak.
Kenapa Pakatan Rakyat boleh buat dan menjadi halal? Apakah mereka hanya mahu untung di sebelah pihak mereka sahaja sedangkan BN tidak pula mempertikaikan perkara sebodoh ini? Inikah perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang hanya gah pada nama sahaja sedangkan hakikatnya sama-sekali tidak adil?
Oleh yang demikian, saya menyarankan kepada pihak Barisan Nasional dan kedua-dua ADUN Changkat Jering dan Behrang agar memfailkan perkara ini ke mahkamah bagi mencari keadilan sebenar dan jangan terlalu bertolak-ansur untuk memberi muka kepada Anwar pengkhianat dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat yang putar alam.
Belit Anwar kita sedia maklum dan sudah faham sangat. Kalau beliau rasa beliau sudah cukup hebat memutarbelit, kita perlu lebih hebat daripada dia. Dia nak main cara bersih, kita bagi laluan secara bersih tapi jika dia pilih nak main kotor maka kita 10 kali perlu lebih kotor daripada cara yang dia lakukan. Jika beliau rasa sudah berjaya melembukan ADUN Bota apakah beliau fikir semua orang beliau mampu lembukan jugak?
Tepuk dada tanya selera. Kita patut pulangkan balik kata-kata Anwar, "Lawan Tetap Lawan" jangan undur. Bawa isu ini ke mahkamah untuk diselesaikan mengikut undang-undang. SPR jangan jadi bodoh untuk menyegerakan pengumuman pilihanraya kecil di kedua-dua DUN berkenaan. Jalankan siasatan terperinci terlebih dahulu dan serahkan kepada mahkamah untuk menentukan samada wajar diadakan pilihanraya kecil atau pun tidak. Kita sedia akur dengan keputusan mahkamah nanti.

“The law begins from the premise that as an adult, once you sign a document, even if it is undated, and you leave it in another person’s care, you have signified your consent. The law assumes you had the right to say no when asked to sign it,” Thomas said in a phone interview today.
“Pre-signed resignation letters are a common practice by political parties all over the world and have been used many times before. Even if the [assemblypersons] now deny quitting, the fact is they signed that letter.
“If they try to challenge it, the law will say, who asked you to sign it in the first place? It will also be difficult for politicians to prove that they signed it under duress,” Thomas said.
Pautan asal di sini...
Baiklah sekarang apa kata kita sama-sama membuat pertikaian berlandaskan undang-undang sedia-ada jika itu yang cuba diusulkan oleh Anwar Ibrahim untuk menghalalkan cara supaya pilihanraya kecil diadakan bagi kerusi-kerusi tersebut.
Pertamanya, paling utama dan paling asas untuk menjadikan sesuatu itu sah mengikut undang-undang, "platform" nya juga haruslah "platform" yang sah dengan ertikata sesebuah badan yang mengendalikannya juga diwajibkan sebagai sebuah badan yang sah mengikut undang-undang sedangkan asas kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak itu sendiri adalah sebuah kerajaan pakatan haram yang hanya pada nama sahaja tetapi hakikatnya tidak didaftarkan secara rasmi sebagaimana Barisan Nasional yang didaftarkan setelah menggabungkan kesemua parti-parti komponennya. Ini merupakan perkara pokok yang sewajarnya dipertikaikan oleh kerajaan Barisan Nasional dan dua ADUN yang terbabit.
Keduanya, apakah bukti yang mengatakan kedua-dua ADUN berkenaan pernah menandatangani surat peletakan jawatan tanpa tarikh itu sedangkan mereka menafikannya? Jika Anwar dan barisan kepimpinannya mengatakan sedia membuktikannya, namun di mata rakyat masih memerlukan keadilan secara undang-undang. Mungkin Anwar boleh mewujudkan konspirasi di kalangan orang-orang beliau untuk tampil menjadi saksi palsu. Ini semua tidak mustahil kerana Anwar adalah "Raja Spekulator".
Ketiganya, bagaimana pula sekiranya apa yang didakwa Anwar dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat termasuklah Speaker DUN Perak itu merupakan surat peletakan jawatan palsu yang sengaja diada-adakan dengan cara meniru tandatangan kedua-dua ADUN tersebut disebabkan kepimpinan mereka berada di dalam keadaan terdesak? Ini tidak mustahil dilakukan kerana matawang, mykad, chip komputer turut diciplak dan ada yang tiruan sedangkan kesemua itu telah ada ciri-ciri keselamatan berkualiti tinggi. Apalah sangat dengan tandatangan seseorang.
Keempatnya, kenyataan peguam (Tommy Thomas) di mana Anwar bertanyakan pandangan itu mengatakan kononnya ia tiada unsur-unsur paksaan untuk menandatangani surat peletakan jawatan tanpa tarikh tersebut.
Ini masih boleh dipertikaikan kerana jika benar ianya tiada unsur-unsur paksaan sebagaimana dinyatakan, kenapa perlu mengadakan surat itu agar ditandatangani oleh ADUN dan AP mereka samada sebelum atau selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu? Jika tidak diarahkan mana mungkin kedua-duanya menandatanganinya sendiri secara sukarela? Adakah ianya masuk akal? Sudah tentu adanya arahan dan ini boleh dianggap sebagai paksaan.
Apakah ini masih tidak dapat dilihat sebagai sesuatu unsur berbau paksaan yang sering dilawakjenakakan sebagai "paksa-rela"? Jika dihalusi apakah tujuan surat peletakan jawatan tanpa tarikh itu jika bukan bermaksud memaksa ADUN dan AP mereka supaya akur dan taat setia kepada pakatan mereka secara paksa?
Pernahkah perkara serupa ada dilakukan oleh Barisan Nasional terhadap ADUN dan AP mereka selama 51 tahun negara merdeka? Jika pernah sudah tentu ADUN Bota (Nasarudin) yang keluar daripada Umno melompat masuk PKR turut digugurkan sebagai wakil rakyat DUN Bota tempohari tetapi di sebaliknya tidak.
Kenapa Pakatan Rakyat boleh buat dan menjadi halal? Apakah mereka hanya mahu untung di sebelah pihak mereka sahaja sedangkan BN tidak pula mempertikaikan perkara sebodoh ini? Inikah perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang hanya gah pada nama sahaja sedangkan hakikatnya sama-sekali tidak adil?
Oleh yang demikian, saya menyarankan kepada pihak Barisan Nasional dan kedua-dua ADUN Changkat Jering dan Behrang agar memfailkan perkara ini ke mahkamah bagi mencari keadilan sebenar dan jangan terlalu bertolak-ansur untuk memberi muka kepada Anwar pengkhianat dan barisan kepimpinan Pakatan Rakyat yang putar alam.
Belit Anwar kita sedia maklum dan sudah faham sangat. Kalau beliau rasa beliau sudah cukup hebat memutarbelit, kita perlu lebih hebat daripada dia. Dia nak main cara bersih, kita bagi laluan secara bersih tapi jika dia pilih nak main kotor maka kita 10 kali perlu lebih kotor daripada cara yang dia lakukan. Jika beliau rasa sudah berjaya melembukan ADUN Bota apakah beliau fikir semua orang beliau mampu lembukan jugak?
Tepuk dada tanya selera. Kita patut pulangkan balik kata-kata Anwar, "Lawan Tetap Lawan" jangan undur. Bawa isu ini ke mahkamah untuk diselesaikan mengikut undang-undang. SPR jangan jadi bodoh untuk menyegerakan pengumuman pilihanraya kecil di kedua-dua DUN berkenaan. Jalankan siasatan terperinci terlebih dahulu dan serahkan kepada mahkamah untuk menentukan samada wajar diadakan pilihanraya kecil atau pun tidak. Kita sedia akur dengan keputusan mahkamah nanti.
Tuan,
Haram? Perlukah meminta persijilan Halal untuk menjadi Halal?
Mereka tahu undang-undang dan ada jawapannya cuma nak akui ataupun tidak, itu sahaja masalah mereka.
SALAM bRO:
AKU MALAS NAK BACA, POST KO NI PANJANG SANGAT TAPI KESIMPULAN AKU SENANG JE....sEBENARNYA DUA EKOR MANGKOK HAYUN NI DAHULUNYA ADALAH BEKAS AHLI UMNO. KINI DAH JADI ADUN JADI MACAM KADUK NAIK JUNJUNG. HABIS SEMUA NAK DIBOLOTNYA. DAKWA CUTI SAKIT TAPI HAIRANYA MB PULAK TAK TAHU. KALU INI DUA ORANG YG UMNO NAK REBUTKAN ambillah mereka cepat2. DAP DOK PANDANG AJE KINI HANYA MEMBISU..DAH JADI TALAM 5 MUKA
aku tak MELATAH tapi naik MELUATTT DAHH..BELUM CUKUP SETAHUN TAPI DAH BUAT KECOH, CAMNE NAK BUAT KEROJE LAGI 4 TAHUN?????
Menyesal aku baca, first statement tu yg paling bangang, konon macam tau undang-undang tapi sebenarnya hanya serkap jarang, tak kena langsung pulak tu. Pi cari perlembagaan negeri,
MOHON BACA SAMPAI BETUL-BETUL FAHAM... SELAGI TAK FAHAM SELAGI TU KENA BACA... KALAU DAH BANYAK KALI BACA PUN TAK FAHAM JUGAK, MAKNANYA ADA "SHORT CIRCUIT" KATA MANA-MANA...
Aku bukan apa, cuma kesian kat hang, takut masi dok bawa kefahaman sesat ni.