Gamaknya inilah kata-kata Nizar bagaikan percaya tidak percaya kerajaan PR Perak telah tumbang ke tangan BN semalam (4 Februari 2009) setelah hilang majoriti kerana 3 ADUN-nya keluar parti dan ADUN Bota pula yang 11 hari lalu melompat dari Umno ke pakatan mereka telah kembali semula kepangkuan Umno/BN.
Pulak dah! Ini sudah berat punya kes. Baca laporan Utusan Online dan baca laporan Malaysiakini...
Hello yeop, ada faham peraturan ka takdak faham? Hari tu kan teman udah pesan kat kome, kalau bodoh sekali pun, jangan ler ditunjuk-tunjukkan sangat. Jaga ler sikit maruah bangsa Melayu. Jangan jadi macam orang tak sekolah dan takdak pelajaran.
Nak sampai Paduka Sultan Perak halau ke pun? Nanti lagi malu pulak kome. Baik kome dengan barisan kepimpinan kome pandai-pandai turun sendiri sebelum kena halau macam anjing.
Nak katakan tak menyalak, udah 10 bulan lebih BN biorkan geng-geng kome menyalak. Apa yang rakyat Perak dengan Sultan Perak nengok geng-geng kome idak juga berkhidmat untuk rakyat.
Siang malam pagi petang asyik berkempen, berceramah, berhimpun, berarak dan macam-macam hal pelik-pelik geng-geng kome buat. Kome dah diberi mandat tubuh kerajaan PR sejak 8 Mac 2008 lalu tapi kome masih juga berperangai macam pembangkang dah ler khoje tak dibuat. Yang geng-geng kome tahu buat, cuma kunci semua Tadika Kemas dan Dewan Orangramai.
La ni kome dah tak diperlukan lagi oleh orang-orang Perak. Pandai-pandai ler turun sendiri yeop. Kerusi DUN kome cuma tinggai 28 je, dah sama dengan BN tapi jangan lupa yeop, BN dapat sokongan 3 ADUN Bebas yang keluor pakatan kome tu. Maka BN ler pulak yang patut ambil-alih kerajaan Perak.
Pagi karang jam 9:00 AM (5 Februari 2009) Najib dah ada temujanji menghadap DYMM Tuanku Sultan Perak untuk persembahkan makluman pembentukan kerajaan baru BN di Perak dan menamakan MB baru BN.
Kome tak malu ke pun? Tunggu apa lagi? Turun-turun aje ler yeop, ajak semua geng-geng kome tu turun sekali sebelum Tuanku Sultan Azlan Shah mengeluarkan satu titah perintah halau kome semua. Teman bukan apa sangat cuma kesian kat kome je. Malu yeop sampai ke tahap kena halau. Teman tak sanggup nak nengok, tak sampai hati.
Atau kome masih tak pueh lagi nginap kat kediaman rasmi MB Perak tu? Tentu nanti kome rindu ngigau-ngigau terpaksa tinggaikan katil bertilam empuk, kerusi empuk ala-ala mewah dan macam-macam lagi, kan?
Alahai kesiannya kat kome ye! Toyota Camry pun baru aje dapat rasa, belum pun sebulan lagi ye! Bayor aje ler beli pakai sendiri. BN pun tak nak Camry tu. Bior ler BN pakai Proton Perdana V6 pun tak apa.
Macam ni aje ler yeop! Teman bagi cadangan kat kome kalau rasa nak ikut ler. Nak kata paksa tu idak ler cuma teman kesian sungguh kat kome mandangkan kome pun Melayu macam teman juga.
Apa kata pagi karang kome nunggu Najib kat gate Istana Kinta tu, masuk sekali berunding elok-elok dengan dia depan Tuanku dan terus lompat masuk Umno/BN, habis cerita. Lepaih tu kome merayu ler dengan Najib mintak kekal terus jadi MB Perak, baru ler betoi caranya kalau tak mahu turun.
Itu pun bergantung juga pada Najib kalau dia setuju ler nak lantik kome kekal jadi MB Perak. Kalau idak nasib ler kome. Tapi teman rasa kalau kome mahu dengar nasihat teman, insya'Allah rasa-rasanya mahu Najib terima kome tu.
Teman cadangkan aje. Terpulang ler pada kome. Lagi pun masa ni ler kome dapat ngajor balik Pengerusi DAP Perak yang duduk cucuk hidung kome tarik macam lembu selama ni. Tak gitu? Pikior-pikior ler cadangan teman ni ye! Buat ler satu kejutan baru bior Perak lebih hangat bergegar.
Selamat mencuba formula PEMUDA PELAPIS. Usah khuatir, cuba ler dulu yeop!
PANDAI JUGAK KAMU MELAWAK
ha..ha.. dgr cerita sah mangkuk ni mmg tak nak turun dan ptg ni kat ipoh akan ada demonstrasi haram membantah keputusan spr... kalau sultan azlan tolak pembubaran yg dia kemuka semlm...peh...rusuhan kat ipoh ptg ni