Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Marilah sama-sama kita merenungi akan maksudnya yang sebenar.

Seluruh rakyat dan kepimpinan Pakatan Rakyat (PAS, PKR dan DAP) haruslah memahami ertikata sebenar yang dimaksudkan sebagai "Hak Rakyat" yang mereka slogankan bertujuan meraih simpati ramai.

Dalam krisis kepimpinan negeri Perak setelah kerajaan Pakatan Rakyat ditumbangkan oleh Barisan Nasional baru-baru ini yang mendapat perkenan DYMM Tuanku Sultan Azlan Shah telah mengelirukan banyak pihak khususnya di kalangan rakyat negeri Perak Darul Ridzuan.

Gabungan tiga parti dalam Pakatan Rakyat dilihat memainkan sentimen "Hak Rakyat" di dalam perjuangan mereka bertujuan menambahkan lagi kekeliruan rakyat negeri Perak. Apatah lagi kepada mereka yang cetek ilmu pengetahuan mengenai perlembagaan dan undang-undang. Golongan muda amat mudah sekali diperdayakan dengan dakyah-dakyah pemimpin Pakatan Rakyat.

Jika mahu diambilkira soal "Hak Rakyat" ia memberi maksud hak kepada seluruh rakyat negeri Perak. Kalau sekali pun kita menolak tepi 3 ADUN Bebas yang keluar dari Pakatan Rakyat, bermakna kedudukan kerusi DUN antara Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat adalah sama (28 kerusi).

Maka itu, bagaimana yang boleh dikatakan bahawa "Hak Rakyat" tersebut hanyalah berpihak kepada Pakatan Rakyat semata-mata? Jika begitulah yang mereka nilai dan ukur, macam mana pula Barisan Nasional berjaya memenangi sejumlah 28 kerusi DUN Perak dalam pilihanraya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 lalu?

Bukankah kemenangan 28 kerusi DUN Barisan Nasional itu juga menunjukkan sokongan rakyat negeri Perak yang turut mengundi Barisan Nasional? Jadi apa yang cuba diretorikkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat agar mengembalikan "Hak Rakyat" sama sekali mengaburi mata rakyat negeri Perak dan tidak menepati sentimen yang cuba digembar-gemburkan.

Oleh yang demikian seluruh rakyat Perak haruslah memahami erti maksud sebenar akan "Hak Rakyat" yang cuba disilapmatakan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat bagi meraih sokongan dan simpati ramai. Ini kerana kemenangan 28 kerusi DUN Perak oleh Barisan Nasional secara jelas telah membuktikannya dan ia juga datangnya daripada sokongan rakyat negeri Perak.

Sekali lagi saya cuba tekankan kefahaman ramai agar jangan menjadi keliru dalam ertikata "Hak Rakyat" yang cuba dipermainkan oleh kepimpinan Pakatan Rakyat disebabkan tidak 100% rakyat Perak menyokong kepimpinan mereka.

Paling utama harus diingat bahawa kemenangan Pakatan Rakyat menawan negeri Perak dalam pilihanraya umum ke-12 lalu juga bukan atas dasar kekuatan mereka sendiri, sebaliknya terjadi tanpa disangka ekoran ahli-ahli Umno dan lain-lain ahli parti komponen Barisan Nasional yang telah memberikan "undi bonus" yang memihak kepada Pakatan Rakyat dengan tujuan memberi pengajaran kepada kepimpinan Barisan Nasional sahaja.

Seandainya tanpa "undi bonus" daripada sebilangan besar ahli-ahli Umno dan ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional yang memberontak sudah tentulah Pakatan Rakyat tidak mungkin mampu menawan negeri Perak pada 8 Mac 2008 yang lalu.

Ini sekaligus mencerminkan kerapuhan sebenar kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak itu. Maka demikian kepimpinan Pakatan Rakyat negeri Perak tidak seharusnya cuba memperdayakan rakyat di Perak dengan slogan "Kembalikan Hak Rakyat" kerana "Hak Rakyat" yang dimaksudkan itu juga adalah termasuk hak mereka yang telah mengundi Barisan Nasional.

2 Responses
  1. TOK GEBOR Says:

    Apabila ISU HAK RAKYAT boleh dimainkan bermakna.. UMNO dan BN sudah ada GAP.. pemimpim telah menjadi eklusif.. jauh dari rakyat.. tak susah nak betulkan nya.. tepuk bahu pegundi, berbual dan tanyalah apa masalah mereka.. mereka akan bawa mulut.. mulut yang manis tentang anda.. lagi pun bukan semua MP dan DUN menteri.. tak sibuk.. hampa baut apa dengan masa yang ada dikawasan anda.. duduk ofis saja ka.. tungu orang yang ada masalah je yang datang?????


  2. Mr Joker Says:

    aku quot balik "Paling utama harus diingat bahawa kemenangan Pakatan Rakyat menawan negeri Perak dalam pilihanraya umum ke-12 lalu juga bukan atas dasar kekuatan mereka sendiri, sebaliknya terjadi tanpa disangka ekoran ahli-ahli Umno dan lain-lain ahli parti komponen Barisan Nasional yang telah memberikan "undi bonus" yang memihak kepada Pakatan Rakyat dengan tujuan memberi pengajaran kepada kepimpinan Barisan Nasional sahaja.

    Seandainya tanpa "undi bonus" daripada sebilangan besar ahli-ahli Umno dan ahli-ahli parti komponen Barisan Nasional yang memberontak sudah tentulah Pakatan Rakyat tidak mungkin mampu menawan negeri Perak pada 8 Mac 2008 yang lalu."

    UNDI BONUS???

    kalau betul UNDI BONUS, awat hangpa kecut sangat nak bubar DUN lepaih tu buat balik pilihanraya..?

    kalau betul, buktikan dalam pilihanraya bahawa PR menang sebab UNDI BONUS..!

    brani?

    samada hangpa kecut atau hangpa memang BANGANG..!

    KHAK PTUIH...!!!