Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis

Hari ini, Jumaat, 13 Februari 2009, Suruhanjaya Pilihanraya bakal membuat pengumuman tarikh pilihanraya kecil bagi kawasan Parlimen P.59 - Bukit Gantang di Perak dan bagi kawasan DUN N.25 - Bukit Selambau di Kedah.

Kemungkinan besar diberitakan kedua-dua pilihanraya kecil tersebut bakal berjalan serentak pada hari yang sama. Begitulah mengikut sumber yang dimaklumkan. Apa pun keputusan muktamadnya akan diketahui siang nanti mengikut budi bicara SPR.

Ramalan

Adalah terlalu awal untuk dibuat ramalan bagi kedua-dua pilihanraya kecil berkenaan. Calon-calon bagi mewakili Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat juga masih belum dinamakan lagi. Walau bagaimanapun saya cuba meramalkan keputusan yang bakal berlaku nanti.

Menurut sumber, katanya Barisan Nasional akan meletakkan calon anak tempatan di dalam parlimen Bukit Gantang sementara Pakatan Rakyat masih belum diketahui namun tidak menolak kemungkinan mereka akan turut menonjolkan calon anak tempatan.

Bagi kepimpinan Pakatan Rakyat, tentulah mereka lebih ghairah untuk mengatakan pihak mereka akan mampu mengekalkan kedua-dua kerusi tersebut yang dimenangi mereka pada pilihanraya umum ke-12 lalu, memandangkan sentimen "kembalikan hak rakyat" menjadi motto perjuangan mereka sejak akhir-akhir ini setelah berkuburnya kerajaan Pakatan Rakyat di negeri Perak baru-baru ini.

Bagi Barisan Nasional pula sudah tentunya mahu merampas kembali kedua-dua kerusi tersebut daripada Pakatan Rakyat kerana pada asalnya kedua-dua kerusi berkenaan adalah milik Barisan Nasional.

Saya meramalkan kerusi Parlimen P.59 - Bukit Gantang negeri Perak bakal dirampas kembali oleh Barisan Nasional manakala kerusi DUN N.25 - Bukit Selambau negeri Kedah pula bakal dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Oleh itu sekiranya ini benar-benar terjadi mengikut ramalan saya, kedua-dua pihak Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat haruslah akur dan tidak perlu bergaduh kerana kedudukannya seri 1-1 (sama).

Sisipan keputusan lalu untuk pilihanraya umum ke-11 tahun 2004 dan pilihanraya umum ke-12 tahun 2008 akan saya muatkan pada posting berikutnya sebagai rujukan untuk semua.

1 Response
  1. Anonymous Says:

    Bang,

    Lebih baik kita ngundi tak kira mana parti..yg penting mereka tu melayu..undi melayu..sebusuk2 daging dikincah2 dimakan juga..mana boleh kawasan majoriti melayu bn letak calun kat puak2 tu..cuba tguk brapa byak kawasan melayu yg calunnya bukan melayu..bila mereka menang, dia bantai umno balik..dia bantai melayu balik..kenapa pemimpin2 umno tak berfikir di luar kotak, apa kata kalau kawasan yg majoriti bukan melayu, bn letak melayu jd calun..apacam ada berani..itu lah sebabnya kita tak habis2 melalak tapi kita tak sedar yang kampung kita, kita gadaikan !