Tepat jam 11:37 AM, 6 Februari 2009, saya berkesempatan singgah sebentar di kawasan rehat Sungai Perak untuk menikmati secawan kopi dan membeli buah-buahan.
Hentian rehat ini boleh dianggap di antara kawasan rehat yang tercanggih dengan adanya "escalator" sebagai kemudahan di samping segala kemudahan-kemudahan lain seperti tandas, bilik mandi, surau, gerai buah-buahan, gerai makanan dan minuman, gerai barangan runcit dan kraf tangan, taman riadah kanak-kanak dan sebagainya. Ia juga terletak bersebelahan dengan stesyen minyak Petronas.
Suasana pemandangan dan lanskap hentian Sungai Perak kini sudah banyak berubah dan jauh lebih menarik dari dahulu. Hentian rehat menghala ke utara ini sudah lama siap dibina untuk kemudahan musafir manakala hentian rehat arah selatan sahaja yang masih belum siap sehingga kini.
Hentian rehat ini boleh dianggap di antara kawasan rehat yang tercanggih dengan adanya "escalator" sebagai kemudahan di samping segala kemudahan-kemudahan lain seperti tandas, bilik mandi, surau, gerai buah-buahan, gerai makanan dan minuman, gerai barangan runcit dan kraf tangan, taman riadah kanak-kanak dan sebagainya. Ia juga terletak bersebelahan dengan stesyen minyak Petronas.
Escalator di hentian Sungai Perak
Lanskap yang menarik di lorong masuk
Gerai menjual buah-buahan
Air pancut di kolam mini
Kolam ikan mini
Ruang makan yang kemas dan bersih
Taman riadah mini untuk kanak-kanak
Kenderaan peronda Polis dari Ipoh menuju Kuala Kangsar
Saya berhenti rehat lebih kurang 30 minit sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Kangsar. Turut dilihat berhenti rehat di hentian sama ialah 2 buah kenderaan peronda polis bersama 4 anggota dari Ipoh yang juga dalam perjalanan untuk bertugas menjaga keselamatan di majlis angkat sumpah MB baru Perak di Kuala Kangsar.Lanskap yang menarik di lorong masuk
Gerai menjual buah-buahan
Air pancut di kolam mini
Kolam ikan mini
Ruang makan yang kemas dan bersih
Taman riadah mini untuk kanak-kanak
Kenderaan peronda Polis dari Ipoh menuju Kuala Kangsar