Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Kemaskini jam 2:15 PM (17 Februari): Tuan empunya diri, Elizabeth Wong telah pun menyatakan keputusan beliau meletakkan semua jawatannya secara terbuka melalui satu sidang media yang dibuat pada jam 11:00 AM tadi dan berakhir 40 minit kemudiannya.

Meskipun ada sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat meminta agar beliau mempertimbangkan semula keputusannya itu namun beliau bertindak demi kebaikan parti katanya. Bermakna SPR akan dimaklumkan segera bagi mengumumkan satu lagi pilihanraya kecil di sebuah bukit yang baru di Selangor pula.

Apakah tarikhnya juga akan diputuskan pada hari yang sama, 7 April 2009 sebagaimana yang diharapkan oleh Pakatan Rakyat? Sama-samalah kita tunggu pengumuman rasmi dari SPR nanti.

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Selasa, 17 Februari 2009
: Ekoran isu panas gambar bogel exco kerajaan negeri Selangor, memaksa YB Elizabeth Wong Keat Ping yang dikatakan bakal mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ahli exco kerajaan negeri Selangor dan juga wakil rakyat Bukit Lanjan.


Lewat malam tadi para pemimpin Pakatan Rakyat telah bermesyuarat dan menerima saranan agar Elizabeth Wong meletakkan kesemua jawatannya demi tidak merumitkan Pakatan Rakyat menghadapi 2 pilihanraya kecil yang akan diadakan pada 7 April 2009 nanti di P.59 - Bukit Gantang dan N.25 - Bukit Selambau.

Nampaknya, setelah 2 bukit diisytiharkan kosong, kini bukit di Selangor pula bakal menjadi bukit ke-3 menyusuli untuk dikosongkan dan akan turut menuntut satu lagi pilihanraya kecil pada tarikh yang sama. Begitulah sebagaimana yang dilaporkan oleh blog Anwar Ibrahim awal pagi ini.

Sidang media bakal diadakan oleh Elizabeth Wong pagi ini pada jam 11:00 AM di ibupejabat PKR di Tropicana bagi mengumumkan peletakan jawatan beliau itu. Akhirnya saranan Dr Mohd Khir Toyo, ketua pembangkang Selangor agar Elizabeth Wong meletakkan jawatan terpaksa diterima dan mereka nampaknya akur.

Berita lanjut akan disusuli.

Pemuda Pelapis: Setelah wakil rakyatnya telanjang, Bukit Lanjan turut menjadi mangsa telanjang tanpa wakil rakyat untuk mentadbir.

3 Responses
  1. Anonymous Says:

    Eloklah tiga PRK diadakan serentak. BN kena kerja kuat utk rebut balik tiga2 kawasan tu. Ni dah confirm sebab tadi 11 lebih Eli dah buat kenyataan letak jawatan. Kasi bungkus sama PR berlagak dpt kuasa sikit terus huru hara negara.


  2. cekodokmasin Says:

    Salam tuan...
    PKR tak ada kerja lain. Asyik kata semua kerja BN-kerja BN-kerja BN...
    Apsal dulu bila "sodap" tak kata kerja BN tapi bila dah jadi "hampeh" pandai pula kata ini kerja BN. Belajar jer tinggi2 tapi akal tang tu juga...


  3. PRK Bkt Lanjan tak akan diadakan. Elizabert hanya letak jawatan EXCO je. Sama macam Chua Soi Lek dulu yang hanya letak jawatan Menteri Kesihatan, kerusi Parlimen Labis dia tak kosongkan pun