Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Sambungan posting sebelumnya...

Dari semalam saya masih belum tidur walau sesaat pun. Setelah segar mandi dan bersiap dari rumah rakan, saya keluar menuju kediaman rasmi MB Perak melalui jalan depan Istana Kinta, Casuarina Hotel dan Bangunan Umno Negeri Perak.
Gambar-gambar di bawah menceritakan keadaan di pagi tersebut.

Polis berkawal di hadapan Istana Kinta


Laluan depan Bangunan Umno Negeri Perak sesak


Bangunan Umno Negeri Perak di Ipoh


Unit Simpanan Persekutuan berkampung berdekatan Bangunan Umno


Pasukan Unit Simpanan Persekutuan berkawal 24 jam


Bulatan berhampiran kediaman rasmi MB Perak turut sesak

Keadaan di Ipoh, Perak pada pagi Jumaat (8:30 AM), 6 Februari 2009 memperlihatkan suasana ketegangan politik negeri Perak begitu ketara dengan adanya kawalan ketat oleh Pasukan Polis Trafik, Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan juga Pasukan Gerakan Am (PGA) yang mengawal keadaan.

Ia berpunca apabila DYMM Tuanku Sultan Perak membuat keputusan tidak memperkenankan pembubaran DUN negeri Perak oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

Sebaliknya DYMM Sultan Azlan Shah lebih merestui penubuhan kerajaan baru oleh Barisan Nasional dengan majoriti mudah setelah 3 ADUN dari Pakatan Rakyat keluar dari parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas dan ADUN Bota pula kembali semula kepangkuan Umno/BN untuk menyokong Barisan Nasional menubuhkan kerajaan baru negeri Perak.

Titah pengumuman DYMM Tuanku itu sekaligus menumbangkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat yang berusia hampir 11 bulan sejak kemenangan mereka dalam pilihanraya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 lalu.

Situasi ini telah mencetuskan kemarahan para pemimpin dan ribuan penyokong Pakatan Rakyat sehingga mereka bertindak melanggar undang-undang dengan mengadakan perhimpunan haram dan berkumpul di kediaman rasmi MB Perak sejak malam sebelumnya lagi (5 Februari 2009).

0 Responses