Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis

Ramai pencacai dan penjuak parti PAS yang memuja-muja Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yang dianggap bagaikan manusia maksum ini telah memarahi saya kerana menggelarkan "Dewa" mereka ini sebagai sudah nyanyuk. Ini adalah realiti dan bukan sebagai penghinaan sepertimana dakwaan mereka.

Apa pun mereka nak kata dan nak cakap tapi saya tetap dengan pendirian saya bahawa Nik Aziz memang jelas sudah memasuki ke alam nyanyuk. Ini bersandarkan kepada banyak fakta serta kenyaataan-kenyataan beliau yang boleh kita ukur dan nilai.

Hidup ini umpama roda yang berpusing. Dari kecil kita dibesarkan tidak tahu bercakap apa-apa sehinggalah mula pandai bercakap bagaikan bertih goreng di zaman kanak-kanak dan melalui zaman remaja hingga dewasa. Semakin hari kita semakin berusia dan tua.

Dengan umur yang dipanjangkan Allah SWT kepada seseorang atas keizinanNya maka kita kembali berperilaku seperti kanak-kanak semula. Ini adalah lumrah walau bagaimana pun ia bergantung kepada cara mana kita hidup menjaga tahap kesihatan diri sejak usia muda.

Keadaan di usia tua seseorang bergantung kepada tabiat pemakanan yang diamalkan sejak di alam remaja lagi dan juga sebagai seseorang beragama Islam kita juga bergantung kepada amalan munajat zikrullah, wirid dan sebagainya. Ini semua sebagai unsur-unsur yang dapat membantu kecerdasan otak kita meskipun usia kita sudah lanjut.

Jika mahu dibandingkan antara Nik Aziz dan Dr Mahathir, perbezaannya amatlah ketara sekali. Nik Aziz cuma berusia 77 tahun manakala Dr Mahathir sudah pun 83 tahun sehingga kini. Bermakna Nik Aziz 6 tahun lebih muda daripada Dr Mahathir. Dari segi fizikal pun kita semua dapat melihat Dr Mahathir lebih sihat dan lebih cergas daripada Nik Aziz.

Sungguh pun Dr Mahathir jauh lebih tua daripada Nik Aziz namun Dr Mahathir masih mempunyai ketajaman akal fikiran dengan segala idea-idea bernas yang sukar untuk disangkal oleh sesiapa kecuali musuh-musuh politik "baghal" yang sengaja menolak idea dan ilham yang baik. Malahan Nik Aziz sendiri pernah memuji serta mengakui kelebihan yang ada pada Dr Mahathir.

Yang terbaru pujian Nik Aziz ketika Dr Mahathir keluar daripada Umno tempohari dengan menaruh harapan jikalau Dr Mahathir sudi menyertai PAS. Kata Nik Aziz, Dr Mahathir adalah seorang tokoh yang amat berwibawa dan orang seperti inilah yang sangat-sangat diperlukan oleh PAS. Di sini juga ada unsur percanggahan cakap-cakap Nik Aziz. Semasa Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri, Nik Aziz kutuk Dr Mahathir dan kata macam-macam pada Dr Mahathir.

Untuk meringkaskan cerita, kita fokus kembali kepada Nik Aziz. Kenapa saya menilai Nik Aziz sudah nyanyuk? Berikut saya ungkapkan sebahagian fakta dan kenyataan Nik Aziz dari semasa ke semasa.

ISU PROJEK BABI DI SELANGOR

Semasa kerajaan campuran Selangor (PAS-PKR-DAP) yang menamakan mereka sebagai Pakatan Rakyat mengambil-alih kerajaan negeri daripada Barisan Nasional pada 8 Mac 2008 lalu, isu hangat yang dibangkitkan ialah berkenaan projek mega ternakan babi-babi tonyok yang cuba dijadikan sumber pendapatan utama kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor sehingga bercita-cita menjadi pengekspot utama untuk bekalan babi negara China.

Secara jelasnya Nik Aziz tampil memberi keterangan bahawa umat Islam tidak salah untuk memelihara babi. Katanya lagi, umat Islam boleh berniaga menjual babi asalkan jangan dimakan sahaja dan kalau tersentuh maka perlu disamak. Tapi tentulah tidak ada umat Islam yang mahu menjual babi, katanya.

Saya teramat malu seorang Tuan Guru agama yang dianggap Ulamak dalam PAS telah mengeluarkan kenyataan songsang sebegini.

Ulasan saya:

1. Ayat Al-Quran dan Hadis mana yang dirujuk oleh Nik Aziz dalam perkara ini? Berikan dalil-dalil Naqli dan Aqli secara nyata agar mudah difahami oleh seluruh umat Islam yang ada di Malaysia ini. Mungkin umat Islam seluruh dunia juga berminat ingin tahu akan perihal ini.

2. Kalaulah begitu kata Nik Aziz, apakah hukumnya wang hasil pendapatan daripada projek babi itu? Bolehkah ianya diberi makan kepada umat Islam?

3. Jika Nik Aziz kata boleh dan ianya halal. Baiklah, kenapa pula judi, arak dan pelacuran dikatakan haram? Kenapa di Kelantan semua kedai nombor ekor, kedai arak dan rumah pelacuran ditutup? Kenapa tidak sambung sahaja lesen-lesen premis berkenaan? Setahu saya masih ramai rakyat Kelantan penyokong PAS yang juga kaki membeli nombor ekor.

4. Babi sepertimana difahami umat Islam adalah najis berat (mughallazah) dan wajib disamak kalau kita terkena atau tersentuh. Sedangkan judi, arak dan zina (pelacuran) tidak pula disebut wajib disamak. Yang mana lagi berat dan lagi haram? Mengikut kefahaman saya, jika yang haram maka hukumnya tetap juga haram dan macam mana pula Nik Aziz boleh katakan hasil babi sebagai halal?

5. Rumusannya, bermakna atas tiket parti PAS, dengan menyokong perjuangan mereka maka segala yang Allah SWT sudah jelas mengatakan ianya sebagai haram akan menjadi halal oleh kepimpinan di bawah PAS. Bila berada di bawah pentadbiran Barisan Nasional ia masih haram dan kena berpandukan hukum Al-Quran dan Hadis Nabi. Betapa sesatnya kefahaman PAS yang dipimpin oleh Nik Aziz dan Haji Hadi.

ISU LOMPAT PARTI

Terbaru dan terhangat sejak seminggu dua yang lepas ialah mengenai isu lompat parti.

Setelah tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak (yang hanya berusia hampir 11 bulan) kepada Barisan Nasional ekoran 3 orang ADUN Pakatan Rakyat keluar daripada parti masing-masing dan menjadi ADUN Bebas yang menyokong Barisan Nasional sehingga membawa kepada pembentukan kerajaan baru Barisan Nasional di Perak dengan majoriti mudah (melebihi 3 kerusi DUN) tidak dapat diterima dengan redha oleh golongan Ulamak yang kononnya selama ini berpaksikan Islam.

Situasi ini telah menimbulkan pelbagai persepsi negatif daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat terhadap Barisan Nasional, termasuklah kenyataan nyanyuk daripada Nik Aziz sendiri. Kata beliau, jika UMNO dan BN menerima dan merelakan perkara ini berlaku maka kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang tidak bermaruah. Nik Aziz bersetuju kerajaan BN negeri Perak dilabelkan sebagai kerajaan haram yang kononnya telah melakukan rampasan kuasa secara zalim.

Kata Nik Aziz, kalau ADUN atau AP daripada BN melompat masuk ke Pakatan Rakyat barulah suci dan bermaruah tetapi jika ADUN atau AP Pakatan Rakyat yang melompat masuk parti BN maka ini tidak betul caranya dan dianggap salah serta tidak mulia.

Kita juga sudah beberapa kali mendengar Nik Aziz membuat pelbagai tanggapan yang bercanggah dengan kenyataanya sendiri sebelum ini. Anwar Ibrahim semasa menyatakan hasratnya untuk membentuk kerajaan persekutuan pada 16 September 2008 telah disokong oleh Nik Aziz secara terbuka.

Ketika itu Anwar sedang berusaha memujuk dan mahu memperdayakan sekurang-kurangnya 31 Ahli Parlimen (AP) BN di Sabah dan Sarawak agar melompat masuk Pakatan Rakyat demi mahu merealisasikan hajatnya untuk menjadi Perdana Menteri. Nik Aziz mengulas ia sebagai satu usaha murni yang mencontohi perjuangan Rasulullah SAW.

Pengkhianatan Anwar telah disamakan dengan kepimpinan Nabi Muhammad SAW. Apalah malangnya sikap Nik Aziz ini.

Saya juga ada menjawab perkara ini pada ruangan komentar pengunjung di bawah topik "Wajah-wajah Penderhaka Raja dan Undang-undang". Sila klik dan baca....

Tetapi apabila telah berlaku di sebaliknya sehingga kerajaan Pakatan Rakyat tumbang di Perak, Nik Aziz telah konar 360 darjah atau membuat pusingan "U" mengatakan kerajaan BN pimpinan Najib telah melakukan rampasan kuasa secara zalim dengan gelaran "kudeta" atau "coup d'etat" dan sebagainya. Inilah pemikiran senteng Nik Aziz yang ketara sudah nyanyuk.

Ulasan saya:

Ringkasnya bermaksud, sesuatu yang membawa keberuntungan kepada Pakatan Rakyat (PAS-PKR-DAP) maka dianggap boleh dan halal oleh Nik Aziz tetapi tindakan yang tidak menguntungkan mereka maka semudah itu ia dianggap salah, haram dan tidak bermaruah oleh Nik Aziz.

ISU BOGEL ADUN BUKIT LANJAN - ELIZABETH WONG

Isu paling sensasi dan paling kontroversi bulan Februari 2009 ini ialah mengenai gambar bogel Elizabeth Wong yang tersebar meluas melalui sistem MMS dan internet. Isu ini amat memalukan Pakatan Rakyat dan merupakan satu tamparan paling hebat kepada mereka.

Demi menghalalkan perjuangan politik Pakatan Rakyat, akhirnya Nik Aziz turut tampil memberi keterangan ringkas untuk terus membela.

Katanya, tidak salah Elizabeth Wong atau sesiapa pun yang mahu bertelanjang di dalam rumahnya sendiri. Yang salahnya ialah orang yang menceroboh masuk dan merakamkan gambar Elizabeth Wong yang telanjang. Di segi Islam pun tidak menjadi apa-apa kesalahan katanya, cuma mungkin kita malu pada malaikat sajalah.

Tambah Nik Aziz lagi, Elizabeth Wong juga tidak perlu meletakkan kedua-dua jawatannya kecuali sebagai exco Selangor sahaja. Alasannya untuk tidak membazirkan wang rakyat bagi mengadakan pilihanraya kecil yang baru. Begitulah kenyataan Nik Aziz.

Ulasan saya:

1. Kalau betul pun tidak salah sebagaimana kata Nik Aziz, apakah wajar seorang manusia waras mesti bertelanjang meski pun dalam rumah sendiri?

2. Dalam kes Elizabeth Wong, siapakah yang dimaksudkan penceroboh oleh Nik Aziz? Adakah teman lelaki Elizabeth Wong?

3. Tahukah Nik Aziz bahawa Elizabeth Wong sudah lama mengamalkan hidup bebas dan seks bebas? Mustahil budak muda bernama Hilmi Malek masuk ke rumah Elizabeth Wong tanpa keizinannya. Ini telah berlaku atas dasar suka sama suka. Bermakna wujudnya kerelaan di sini.

4. Yang menarik minat saya, harap Nik Aziz boleh tampil sekali lagi menyatakan dalil-dalil berpandukan Al-Quran dan Hadis yang mengatakan seseorang yang waras boleh bertelanjang di dalam rumahnya sendiri. Dari apa yang difahami ramai, di dalam Islam kalau hendak mandi walau pun berseorangan dalam bilik air, kita disarankan menyarungkan kain basahan untuk mandi dan tidak mendedahkan aurat, meski pun lelaki. Apakah Nik Aziz sendiri mandi dengan bertelanjang bulat?

5. Elizabeth Wong adalah seorang pemimpin Pakatan Rakyat walau pun dia berbangsa Cina dan bukan beragama Islam. Apakah wajar Nik Aziz sebagai seorang Ulamak cuba mempertahankan moral buruk seorang pemimpin seperti Elizabeth Wong itu? Sebagai pemimpin sepatutnya mempamirkan contoh dan teladan yang baik kepada rakyat dan bukan sikap amalan hidup bebas sepertimana yang dilakukan Elizabeth Wong selama ini. Sungguh pun itu gambar bogel lama beliau, apakah ini kualiti pemimpin yang diangkat oleh Pakatan Rakyat untuk dijadikan pemimpin kepada rakyat?

6. Saranan daripada ramai pemimpin BN agar Elizabeth Wong meletakkan kesemua jawatannya adalah demi menjaga maruah Pakatan Rakyat khususnya PKR itu sendiri. Kalau Dr Chua Soi Lek berani bertanggungjawab dan meletakkan jawatan kerana skandal seksnya, apakah bezanya dengan kes Elizabeth Wong?

7. Bukankah ianya turut mengaitkan soal moraliti pemimpin? Siapa cakap Dr Chua Soi Lek hanya meletakkan jawatannya sebagai Menteri Kesihatan sahaja? Bukankah kerusi Parlimen Labis di Johor telah dimenangi oleh anaknya pada PRU12 yang lalu? Bermakna laluan telah diberikan oleh Dr Chua Soi Lek kepada anaknya.

ISU CABAR-MENCABAR IBRAHIM ALI MELETAKKAN JAWATAN

Isu terkini juga tidak kurang menarik untuk saya mengaitkan bahawa Nik Aziz sebagai sudah nyanyuk. Kenyataan Nik Aziz menjerat dirinya sendiri.

Ia mengenai kisah cabar-mencabar Ahli Parlimen Bebas dari Pasir Mas, Ibrahim Ali yang digesa meletakkan jawatan oleh Nik Aziz hanya kerana Ibrahim Ali tidak bersetuju atau tidak sependapat dengan beberapa pandangan pihak PAS. Alasannya kerana Ibrahim Ali dianggap tidak mengenang budi setelah menggunakan logo PAS di dalam PRU12 yang lalu serta telah disokong oleh pengundi-pengundi PAS di Pasir Mas.

Jika dalam kes bogel Elizabeth Wong, Nik Aziz ada mengatakan ADUN Bukit Lanjan itu tidak perlu meletakkan jawatan sebagai ADUN cuma sekadar meletakkan jawatan sebagai exco sahaja. Alasannya kerana demi mengelakkan pembaziran wang rakyat seandainya pilihanraya kecil turut diadakan.

Apa bezanya pula dengan menggesa Ibrahim Ali agar meletakkan jawatan? Tidakkah ianya juga membawa pembaziran wang rakyat jika sekiranya Ibrahim Ali menerima cabaran itu untuk meletakkan jawatan yang sekaligus turut diadakan pilihanraya kecil di Pasir Mas? Apakah demi kepuasan pihak Pakatan Rakyat maka Nik Aziz sanggup melakukan apa sahaja sepertimana tindak-tanduk Anwar Ibrahim?

Samalah juga isunya dengan tuntutan pembubaran DUN negeri Perak oleh Pakatan Rakyat yang tentunya lebih membazirkan wang rakyat bagi mengadakan pilihanraya semula untuk seluruh DUN negeri Perak. Alahai Nik Aziz...Nik Aziz! Berpusing-pusing Nik Aziz bercakap.

Sekejap cakap begini, sekejap cakap begitu? Apa nak jadi dengan Tuan Guru dan Ulamak yang nyanyuk ni? Macam manalah Ibrahim Ali tak naik angin, sedangkan saya pun naik angin pada Nik Aziz kalaulah begini sikap beliau.

Ulasan saya:

Seandainya sebahagian fakta dan kenyataan Nik Aziz yang dipaparkan ini masih lagi mahu dibela oleh penjuak dan pencacai buta Pakatan Rakyat khususnya PAS dengan beranggapan segala kata-kata dan tindakan Nik Aziz itu betul, soalan saya satu sahaja. Pada pandangan anda semua, apakah Nik Aziz masih waras dan tidak nyanyuk? Atau mungkin Nik Aziz saja-saja berbuat nyanyuk demi kepentingan politik pembangkang? Begitukah pandangan anda semua?

Jika begitulah yang dianggap, selepas ini saya malu untuk memanggil Nik Aziz sebagai Tuan Guru dan Ulamak yang kononnya mahir dan arif tentang Islam. Selepas ini saya bakal menamakan Nik Aziz sebagai N.Ajis untuk panggilan "shortform" yang baru. Ikut mana anda semua nak faham, terpulanglah kepada anda.

Alasan saya, inilah di antara Ulamak akhir zaman yang terkandung di dalam Al-Quran yang amat dibimbangi Rasulullah SAW sebagaimana keterangan Allah SWT di dalam kitab suciNya. Ulamak sebeginilah paling merbahaya kepada dunia kerana jelas lagi nyata sanggup menyongsangkan kefahaman ramai atas segala kenyataan-kenyataan beliau yang sengaja mengelirukan umat-umat Muhammad SAW yang cetek pengetahuan mengenai Islam.

N.Ajis yang berkefahaman sesat lagi menyesatkan ini telah diangkat darjatnya oleh pengikut-pengikut Pakatan Rakyat yang esktrim dan fanatik tanpa mempunyai akal fikiran yang waras untuk menegur dan menasihati yang mana buruk dan yang mana baik, selain ikut seikut-ikutnya secara membabi-buta hanya kerana serban N.Ajis sebesar bakul di kepalanya.

Saya percaya kenyataan saya ini bakal mengundang kemarahan ramai khususnya di kalangan pengikut PAS sendiri tetapi biar semua orang tahu saya amat kecewa dan marah pada N.Ajis. Saya juga berhak menyedarkan N.Ajis dengan segala kata-kata dan tindak-tanduk N.Ajis yang lebih tidak bertanggungjawab sejak akhir-akhir ini. N.Ajis adalah pemecah-belah bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia. Jika Malaysia menjadi Palestin kedua maka N.Ajis-lah orang yang sepatutnya dipersalahkan.

Banyak lagi contoh-contoh lain jika mahu dihuraikan di sini. Antara lainnya soal kafir-mengkafirkan sesama umat Islam hanya kerana perbezaan ideologi politik di antara PAS dan UMNO. Ini bukan perkara baru malahan sudah lama berlanjutan. Haji Hadi juga turut terlibat secara langsung di dalam soal-soal kemusnahan bangsa Melayu dan umat Islam di Malaysia. Haji Hadi turut pernah mengeluarkan fatwa-fatwa songsang sebelum ini.

Pesanan saya kepada semua penyokong N.Ajis. Jika Raja-Raja Melayu anda sanggup menderhaka secara nyata, siapakah N.Ajis untuk dipuja dan dipuji? Apa besar dan hebatnya N.Ajis di sisi Allah SWT? Apakah N.Ajis maksum dan ahli syurga? N.Ajis hanya makhluk Allah SWT sama seperti saya dan semua orang lain. Ramai lagi orang-orang yang lebih hebat ilmu agamanya daripada N.Ajis cuma tidak menonjol diri sahaja.

Benar, kita memang diajar menghormati Ulamak tetapi inikah jenis Ulamak yang harus kita hormati? Hanya kerana mahu menangguk di air yang keruh maka N.Ajis sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan politik pembangkang, seolah-olah apa sahaja yang dia cakap segalanya betul belaka dan harus diterima oleh semua.

Kalau UMNO dan BN dianggap berselindung di sebalik Istana, bagaimana pula PAS dan pemimpin Islam Pakatan Rakyat yang lebih hina kerana berselindung di sebalik Al-Quran dan Hadis? Apakah benar politik mereka mengikut landasan Islam atau Islam itu telah dipolitikkan oleh mereka demi kepentingan peribadi?

14 Responses
  1. Ezad Says:

    ini bukan tahap nyanyuk dah ni.

    ini tahap munafik.


  2. This comment has been removed by a blog administrator.

  3. Saudara Kame,

    Maaf anda terpesong daripada apa yang dibincangkan. Anda sebut pada awalnya untuk menjawab satu persatu terhadap apa yang saya utarakan tapi kenapa jauh sangat melalut?

    Saya hanya mempertikaikan tentang Nik Aziz pada khususnya. Oleh itu komen anda terpaksa saya gugurkan. Maaf!


  4. Kepada semua yang masih tak faham-faham bahasa, sila rujuk:

    KLIK DAN TOLONG BACA SAMPAI FAHAM

    Penat mengajar orang-orang tua. Mendidik budak-budak lagi senang dan mudah.


  5. dohwie Says:

    Org PAS mana dapat terima kenyataan ini. Kalu PokNik cakap zina tu hukumnya harus...Diaorang pun percaya jugak. BN jugaklah yg banyak dipersalahkan. Sebenarnya mereka ini bukan munafik, tapi kedunguan tahap paling tinggi dan tidak boleh direversekan lagi.


  6. OrgTua Says:

    Bro PP...

    Rasa2 dia org tu ada ke dalil2 yg bro mintak tu? Kalau org tua tu gentleman masuk la jwb sendiri ye tak? Takkan pandai ckp merapu aje tp tak tau nak bertanggungjawab.

    Apa la N.AJIS ni nak jadi ye?

    dohwie...

    Betul gak apa kau ckp. Org2 PAS mana boleh terima kalau pemimpin pujaan mereka kena usik. Ibarat kalau N.AJIS kata tahik ayam candu boleh jadi penawar mujarab pun aku rasa dia org telan aje ikut ckp N.AJIS bulat2. Tu la dia melayu PAS melayu bengong.


  7. kasutlama Says:

    EDEN DARI DULU LAGI TAK GOMA DONGAN N AJIS NIH.
    MANA2 GURU YANG MENDAPAT PENDIDIKAN DARI TIMUR TENGAH,YANG BERFAHAMAN SYIAH,SIFAT MEMUJA PEMIMPIN MEMANG TAK SESUAI DI NEGARA INI.
    LAGI PUN CARA N AJIS MEMPOLITIKKAN AGAMA AKAN MENJATUHKAN MARUAH AGAMA ITU SENDIRI.


  8. Anonymous Says:

    Inilah juga puncanya aku buat keputusan keluar drp PAS. Aku malu dgn ulamak PAS yg mcm ni. Selama ni aku cukup hormat pada Nik Aziz dgn Hj Hadi tp bila dia org makin sesat takut aku nak subahat. Tak mustahil akan jadi serupa Arqam satu hari nanti. Nauzubillahi minzalik.


  9. Anonymous Says:

    assalamualaikum bro pp.saya bersyukur dengan allah S.W.T. kerana masih ada lagi orang macam kita yang nak pertahankan agama dan bangsa berdasarkan al-quran dan hadith.untuk pengetahuan semua,N.AJIS(NIK AZIZ)dalam ajaran rasullulah S.A.W dalam hadithnya,orang yang menyesatkan islam dengan menggunakan islam HALAL UNTUK DIBUNUH kerana di khuatiri menyesatkan umat islam yang lain.MARILAH KITA SAMA-SAMA BANGUN DAN TEGAK SYIAR ISLAM DAN AJARAN RASULLULAH S.A.W.FISABILLILAH!!!!!!!!!ALLAHHUAKHBAR!!!!!!!


  10. Man_bp Says:

    Apa nak jadi orang Islamni? UMNO & PASkan orang Islam. Kenapa kita kena bergaduh sesama sendiri.

    Yang untung orang bukan Islam. Sama seperti kejatuhan empayar Turki.

    Nyayuk atau tak? setiap blogger boleh menilainya sendiri.

    Bersatulah wahai umat Islam, ingat di seluruh dunia sekarangni umat Islam ditindas, dianiaya, dibunuh dan dihina. Jangan sampai ini berlaku di Malaysia.


  11. Anonymous Says:

    Assalamualaikum.

    Saya berasa resah dengan sikap Nik Aziz, kerana imej dan sikapnya jadi ikutan taksub puak-puak PAS.
    Susah nak diterangkan dengan dalil atau mana2 qaul mudah betapa bahayanya sikap Nik Aziz.

    Perpecahan umat Islam dalam Malaysia ialah disebabkan Nik Aziz.
    Tok Guru Hadi Hadi mencadangakn kerajaan Perpaduan..baru sje cadang dah mengamuk orang tua tu..

    Mengamuk kerana hawa nafsunya bergelora bencikan UMNO. Bencikan UMNO bukan kerana Agama lagi, tetapi kerana nafsu Ammarahtul Bissu'nya yang meluap2..

    Natijahnya berpecah teruklah orang Islam kerana taksub pada Nik Aziz..
    dan saudara yang post sebelum saya ini pula..sepatutnya SERU ayat tersebut di laman web/blogg orang PAS dan Nik Aziz..
    Orang UMNO lebih mudah lembut hati menerima pandangan dari puak-puak PAS..

    Akhirnya..di usia mula nyayuk ini Nik Aziz masih lagi nak bermusuh dengan macam-macam manusia yang tak berdoa..termasuk Tuan Guru Presiden sendiri serta Timbalan2.. dengan UMNO usah dikatalah..mencarut..caci, maki, hina, kafir, sindir, kutuk adalah amalan biasa Nik Ajis dan Pentaksubnya!!

    Allah jua mampu tnjuk pada si Tua yang sombong ini..


  12. Unknown Says:

    Salam,

    Memang pun..sy rsa Nik Aziz bukan nyayuk penuh tetapi lebih kepada 'zulmat' hati yang busuk, riak dan ujub dengan agama..lalu menuju munafiq..

    org Munafiq amat merbahaya..susah dibezakan kejahatannya..lalu ramailah manusia sesat akibatnya..

    Kita tak boleh 'kesian' atau simpati bila lihat wajah pakaian 'alimnya' kerana kerosakan dan kesan buruk akibat kata2 perbuatannya..menyebabkan ramai manusia Islam di Malaysia ini menjadi keliru dan sesat dalam pegangan..

    Nauzubillah..peliharalah kita dari tempiasnya..


  13. Anonymous Says:

    saya tertarik dengan blog ini.. aper pon kita mesti berfikiran matang untuk membuat keputusan.. jangan main hentam jer..yg paling penting semuanya mesti berlandaskan agama. betultak??


  14. Anonymous Says:

    Beta tak suka orang umno. Die kutuk org pas suke ati je. Cakap pas ni cakap lebih, pegang islam tapi buat perkara yang langgar islam.Abis 2 UMNO selama ni ok r wat salah? alasan nye sebab umno bukan parti islam je. bengong punye umno. die wat salah boleh sebab bkan parti islam. umno bengong