Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
Setiap sesuatu yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Sesungguhnya itulah janji Allah SWT. Di sebalik apa yang terjadi di negeri Perak maka fahamlah kita betapa dungu dan dangkalnya pemikiran para pemimpin Pakatan Rakyat semuanya.

Kita juga dapat menilai keperibadian sebenar para pemimpin dan penyokong PR khususnya bagi golongan Islamnya. Deme dilihat tidak profesional, tidak rasional dan tidak matang berpolitik, sebaliknya lebih kepada emosional. Selama ini deme kabor kononnya deme alim dan kuat iman. Ye ke? Bior bebenor yeop! Yang teman faham semuanya perusuh jalanan ada ler.

Kalau dah ngaku beriman kenapa tak bersedia menerima hakikat bahawa kerajaan PR Perak sudah tumbang dan hancur? Apa lagi yang Nizar dan bekas exco-exco PR nak uruskan dan nak ditadbirkan? Makhluk mana lagi yang nak mendengor arahan dia tu? Setakat penyokong jalanan PR mungkinlah kot.

Lebih kurang mengenai insiden rusuhan di Kuala Kangsar tempohari...

Gamaknya pemimpin mereka kata, "serang polis..." Tanpa banyak pikior si penyokong bodoh yang semuanya tak berilmu dan tak berakal ni terus buka langkah seribu menyerang polis. Deme berharapan kalau kena tembak dengan peluru hidup maka syahidlah deme nanti (hakikatnya deme cuma mati katak).

Termenung teman mikior kelakuan deme tak berakal tu. Sanggup deme tu tadah tubuh badan jadi benteng dan tembok rapuh cuba pertahankan pemimpin deme yang tak bertanggungjawab tu sedangkan 28 ADUN deme tu, sekor pun tak menjengah ke situ.

Yang syok nengok tu ada pulak sorang perempuan, sorang Pak Haji sanggup baring ateh jalan nak cuba halang kenderaan VVIP daripada lalu supaya tak jadi majlis angkat sumpah MB baru Perak. Hebat sungguh deme tu ye! Ada pakai ilmu kebal ke pun?

Kalau betul nak mati syahid pergi ler Palestin yeop! Bantu ler Islam di sana berperang dengan Israel kalau dah hebat sangat. Setakat menjerit bertakbir lepaih tu mencaci apa ke jadahnya. Takbir tu dah elok dah tapi lepaih takbir tu menghina dan mencaci pemimpin dengan Raja pulak.

Ada ke Tuhan ngajor kome macam tu atau TG Nik Aziz dengan TG Haji Hadi yang ngajor kome macam tu yeop? Alahai kesian sungguh kat kome ye! Lepaih solat Jumaat kome buat khoje gila pulak tu. Maknanya solat kome semua tak diterima Allah SWT lah hari tu. Macam mana Tuhan nak terima solat kome sebab langkah kome dari rumah dah siang-siang pasang niat nak buat kacau.

Sejak peristiwa di Perak tu nampaknya Allah SWT ternyata menyebelahi Umno/BN apabila satu demi satu bala menimpa Pakatan Rakyat kerana ketaksuban yang bukan-bukan sehingga tergamak menjadi golongan penderhaka kepada Raja. Deme terkena tulah dan daulat Raja Melayu yang dipersenda-sendakannya. Alahai tak reti teman nak nasihat deme tu.

Kematian AP Bukit Gantang, Roslan Shaharum (PAS) bakal menyaksikan pilihanraya kecil tidak lama lagi. Innalillahi wa'inna ilaihi raji'un dan Al-Fatihah buat allahyarham, semoga diampuni segala dosa-dosanya, dicucuri rahmat serta ditempatkan di kalangan para solihin sekalian.

Karpal Singh: Anwar has created enough trouble to the country

Anwar ketua kome pulak dah bergaduh sesama sendiri dengan Karpal Singh. Dulu deme kata Umno/BN bagaikan retak menanti belah tapi hari ini jelas deme yang sebenornya semakin hari semakin hancur. Karpal Singh naik angin sebab Anwar si putar alam tu cakap berbelit-belit.

Apa tidaknya, kalau teman jadi Karpal Singh pun teman angin. Hari tu Anwar juga yang beriya-iya cakap nak rujuk isu Perak dan serah kepada Karpal Singh supaya saman DYMM Tuanku Sultan Perak dan Umno/BN tapi tak ngaku pulak lepaih tu, sedangkan media ada buat rakaman kenyataan Anwar. Tak habis-habis menafikan apa dia cakap. Moga-moga kome semua dah mula kenal siapa Anwar sebenornya.

Itulah, siapa suruh percaya kat Anwar putarbelit tu. Dia tu kan "Raja Spekulator" kaki perancang spekulasi dan dalang utama propaganda. Dulu teman kabor tak percaya. Dia tu boleh pusing-pusing cakap bila-bila masa. Tak pasal-pasal kome juga yang terkena.

Belum sejuk lagi isu itu dan ini, dah timbul pulak ADUN Bukit Selambau, Kedah, V.Arumugam letak jawatan exco dan wakil rakyat. Kosong lagi kerusi PR, kini di Kedah pulak dah. Makin berjangkit-jangkit nampaknya. Apalah malang nasib PR ye!

Agak-agak ler bila lagi nak berjangkit sampai ke Selangor ye! Teman rasa dah tak lama lagi. Entah-entah minggu depan ada pulak ADUN PR di Selangor yang letak jawatan atau lompat katak masuk Umno/BN. Nampak gayanya kerajaan PR Selangor pun bakal tumbang. Teman dengor gitu ler.

Nak tahu ke siapa? Bagi ler teman masa sikit untuk jumpa wakil-wakil rakyat PR kome dulu bagi dapatkan "confirmation" ye! Udah dapat nanti teman janji teman kabor. Tapi apa upahnya?

MOH YEOP KITA MASUK UMNO/BN RAMAI-RAMAI

Konklusi lagi: Umpan udah makan tuan. Gitu ler kabornya...

Gelihati teman... Kebelakangan ni gitu ler... Asyik gelihati je teman siang malam...

0 Responses