Dr Zambry Angkat Sumpah MB Baru Negeri Perak
Kuala Kangsar: Jumaat, 6 Februari 2009 merupakan hari bersejarah buat Dato' Dr Zambry Abdul Kadir yang tidak menyangka beliau terpilih dan diperkenankan oleh DYMM Tuanku Sultan Perak untuk dilantik sebagai Menteri Besar baru Perak Darul Ridzuan.
Beliau adalah Menteri Besar Perak yang ke-11, menggantikan Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin dari PAS (kerajaan Pakatan Rakyat Perak) yang telah hilang majoriti mudah ekoran 3 ADUN dari Pakatan Rakyat mengisytiharkan keluar parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas dan diiringi ADUN Bota yang kembali semula kepangkuan Umno/BN.
Ketiga-tiga bekas ADUN Pakatan Rakyat itu (2 dari PKR dan 1 dari DAP), secara terbuka telah mengumumkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional untuk melayakkan penubuhan kerajaan baru Barisan Nasional negeri Perak Darul Ridzuan, yang sekaligus telah menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat yang hanya mampu bertahan selama hampir 11 bulan sahaja sejak pilihanraya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 yang lalu.
Suasana di Kuala Kangsar agak kecoh apabila penyokong-penyokong Pakatan Rakyat berkumpul beramai-ramai menunaikan solat Jumaat di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, berhampiran Istana Iskandariah. Mereka telah menyatakan hasrat membantah majlis angkat sumpah yang bakal berlangsung pada jam 3:30 PM, sementara 28 ADUN Pakatan Rakyat pula memboikot dan tidak hadir pada majlis berkenaan.
Saya yang tiba di bandar Kuala Kangsar pada jam 12:30 PM terus menuju ke masjid untuk bersolat Jumaat di bandar Kuala Kangsar sahaja kerana jalan masuk menuju ke Masjid Ubudiah dan Istana Iskandariah (laluan yang sama) telah dikawal ketat dan ditutup oleh anggota polis yang mengawal keselamatan.
Selesai solat Jumaat saya singgah mengalas perut di gerai berhampiran Sungai Kangsar. Jam lebih kurang 2:45 PM, saya mengambil tempat di jalan masuk berdekatan bulatan dan jambatan Sungai Kangsar sahaja.
Saya tidak masuk ke perkarangan Masjid Ubudiah dan Istana Iskandariah setelah dinasihati oleh pegawai polis bertugas untuk tidak naik ke atas kerana dimaklumkan rusuhan akan berlaku. Saya akur dengan apa yang dinasihatkan dan hanya membuat liputan di jalan masuk di situ sahaja sehingga majlis angkat sumpah selesai di sebelah petangnya.
Beliau adalah Menteri Besar Perak yang ke-11, menggantikan Dato' Seri Ir. Nizar Jamaluddin dari PAS (kerajaan Pakatan Rakyat Perak) yang telah hilang majoriti mudah ekoran 3 ADUN dari Pakatan Rakyat mengisytiharkan keluar parti masing-masing untuk menjadi ADUN Bebas dan diiringi ADUN Bota yang kembali semula kepangkuan Umno/BN.
Ketiga-tiga bekas ADUN Pakatan Rakyat itu (2 dari PKR dan 1 dari DAP), secara terbuka telah mengumumkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional untuk melayakkan penubuhan kerajaan baru Barisan Nasional negeri Perak Darul Ridzuan, yang sekaligus telah menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat yang hanya mampu bertahan selama hampir 11 bulan sahaja sejak pilihanraya umum ke-12 pada 8 Mac 2008 yang lalu.
Suasana di Kuala Kangsar agak kecoh apabila penyokong-penyokong Pakatan Rakyat berkumpul beramai-ramai menunaikan solat Jumaat di Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, berhampiran Istana Iskandariah. Mereka telah menyatakan hasrat membantah majlis angkat sumpah yang bakal berlangsung pada jam 3:30 PM, sementara 28 ADUN Pakatan Rakyat pula memboikot dan tidak hadir pada majlis berkenaan.
Saya yang tiba di bandar Kuala Kangsar pada jam 12:30 PM terus menuju ke masjid untuk bersolat Jumaat di bandar Kuala Kangsar sahaja kerana jalan masuk menuju ke Masjid Ubudiah dan Istana Iskandariah (laluan yang sama) telah dikawal ketat dan ditutup oleh anggota polis yang mengawal keselamatan.
Selesai solat Jumaat saya singgah mengalas perut di gerai berhampiran Sungai Kangsar. Jam lebih kurang 2:45 PM, saya mengambil tempat di jalan masuk berdekatan bulatan dan jambatan Sungai Kangsar sahaja.
Trak PGA dari Kulim menuju perkarangan Istana Iskandariah
Trak FRU menuju perkarangan Istana Iskandariah
Lagi trak-trak FRU menuju perkarangan Istana Iskandariah
Wartawan-wartawan media mengambil tempat untuk membuat liputan
Anggota PGA dari Kulim mengambil tempat berkawal