Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis

Isu penggantungan YAB Menteri Besar baru Perak (BN), Dato' Dr Zambry Abdul Kadir dan ahli-ahli exco-nya oleh V.Sivakumar, Speaker DUN Perak (PR) menjelaskan kepada kita bahawa betapa berlagak dan bodoh sombongnya pemimpin Pakatan Rakyat tentang perundangan.

Seperti yang pernah saya katakan sebelumnya, pemimpin Pakatan Rakyat umpama "beruk yang mendapat bunga" maka kuasa yang ada telah disalahgunakan secara terang-terangan yang mana tidak kena gaya dan bukan pada tempatnya.

Beliau merasakan kononnya beliau sudah terlalu bijak untuk menghukum dan mengenakan lawannya walhal tindakan itu tidak lebih untuk mencerminkan betapa dungunya diri beliau serta barisan jawatankuasa bertindak beliau.

Tindakan itu merupakan satu tindakan paling bodoh dan yang terbahlol sekali di dalam sejarah politik tanahair kita apabila manusia seperti V.Sivakumar jelas menderhakai Tuanku Sultan Perak yang telah memperkenankan pelantikan Dr Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

Berikut ini saya siarkan ulasan dan pandangan dari Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin, seorang pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa yang telah sudi memberi kerjasama dan berkongsi idea dengan saya. Terima kasih saya ucapkan.

Thursday, February 19, 2009 10:15:00 PM

It looks as if the Perak DUN Speaker has more power over and above his own Sultan in that he could even nullify the appointment made by the Sultan by suspending the new MB and his EXCO. Whatever is the DUN Speaker’s interpretation or whoever is advising him, it is ludicrous and absurd.

DUN Speaker Siva even thinks that he too has the power to declare a DUN seat vacant and to command SPR to hold a by election on an unsigned letter purported to be the resignation letters of two DUN members.

By the look of it, he thinks that he is above not only the Sultan but also the chairman of the election Commission.

My view of his recent act of suspending the new MB and his EXCO is a direct challenge against the authority of the Sultan and he could be liable to be detained under the ISA for undermining national security if not charged under section 121A of the Penal Code.

Assoc Prof Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Law lecturer IIUM

(Bahasa Malaysia)

Speaker DUN Perak seolah-olahnya mempunyai kuasa mengatasi dan melebihi Sultannya sendiri sehingga boleh menggantungkan MB Dato Zambri dan Exconya yang dilantik Sultan. Apapun tafsirannya dan siapapun penasihat undang2nya, ianya tafsiran yang pelik dan janggal.

Speaker DUN Perak Siva juga berfahaman bahawa dia juga berkuasa mengisytiharkan mana-mana kerusi DUN kosong dan juga berhak mengarahkan SPR mengadakan pilihanraya kecil berdasarkan surat yang tiada bertarikh kononnya dua kerusi DUN adalah kosong.

Nampaknya, Speaker DUN Perak bukan sahaja mengatasi kuasa Sultan bahkan mengatasi kuasa pengerusi SPR juga.

Pada pandangan saya, tindakan Speaker Dun Perak menggantung MB baru dan EXCOnya adalah suatu tindakan mencabar kedaulatan dan titah Sultan dan suatu perbuatan yang membolehkannya ditangkap dan ditahan dibawah ISA kerana menggangu gugat keselamatan negara dan/atau didakwa dibawah seksyen 121A Kanun Keseksaan.

Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
Pensyarah Undang2 IIUM

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya rakyat negeri Perak agar sedarlah kalian semua bahawasanya kepimpinan Pakatan Rakyat hanya memperolok-olokkan kalian dengan segala propaganda dan sebenarnya telah memanipulasi undang-undang. Mereka cuba untuk berlagak pandai sedangkan hakikatnya mereka itu manusia yang dungu sedungu-dungunya.

Mereka ternyata telah menderhakai titah baginda Tuanku Sultan Perak dengan sengaja mendahului peraturan dan perundangan yang termaktub. Mereka telah melanggar dan mencemar kedaulatan undang-undang dan perlembagaan yang sedia-ada.

Mereka sebenarnya dalam keadaan kebingungan akibat kecundang dalam masa yang singkat, yang mana tidak sampai pun sepenggal memerintah negeri Perak. Tindakan ini merupakan tindakan dendam orang-orang yang kecewa.


Ketahuilah bahawasanya pemimpin Pakatan Rakyat tidak ada yang cerdik, tidak ada yang bijak, tidak ada yang pintar dan jauh sekali di segi kualiti serta rasionalitinya melainkan hanya hebat bertindak berlandaskan kuasa emosional sendiri ekoran sikap tamak haloba mereka yang terlalu gilakan kuasa. Mereka tidak dapat menerima hakikat kekalahan mereka di Perak.

Jika mereka merasakan mereka golongan pemimpin yang cerdik pandai tidaklah sedemikian rupa daya pemikiran dan perilaku mereka di dalam melaksanakan sesuatu tindakan.

Disebabkan itulah mereka mengajar kalian semua dengan segala sikap biadab dan kurang ajar yang secara jelasnya melanggar adab dan tata-susila sebagai manusia yang bertamadun. Mereka sudah hilang pertimbangan dengan menggalakkan kalian bertindak ganas dan merusuh di jalanan bagaikan manusia yang sudah hilang akal dan tiada fikiran yang waras.

Sedarlah dan kembalilah ke pangkal jalan daripada terus berada di dalam kelompok perjuangan yang sia-sia semata-mata hanya untuk kepuasan nafsu Anwar Ibrahim demi menjayakan matlamat peribadi beliau sahaja. Lupakanlah perjuangan yang tidak jelas itu kerana ia tidak akan membawa anda ke mana-mana pun.

6 Responses
  1. Anonymous Says:

    Yes...yes...yes...
    Right...right...right...
    Correct...correct...correct...


  2. Anonymous Says:

    How about Prof Dr Aziz Bari's view;
    http://sanggahtoksago.blogspot.com/2009/03/profesor-dr-aziz-bari-sanggah-pandangan.html

    Ahad, 2009 Mac 08
    Profesor Dr Aziz Bari sanggah pandangan Rais Yatim tentang kemelut Perak

    sedikit Petikan dari web diatas;

    Ujar Prof Dr Aziz Bari;

    “Seperti yang saya berulangkali katakan tindakan sultan melantik Zambry itu tidak salah tetapi saya fikir ia tidak wajar di dalam senario di Perak kerana ia jelas tidak menyelesaikan masalah. Malah kita mendapat masalah baru yang kemudiannya memaksa sidang diadakan di bawah pokok,” ujarnya

    Prof Shad Faruqi diUiTM pun berfikiran begitu more or less. Bahkan mengatakan kuasa melantik bermakna ada juga kuasa memecat. Cuma fasal 16(7) Undang2 Tubuh Perak mengatakan seolah-olah MB tidak boleh dipecat namun Fasal 16(6) boleh. maka lebih wajar sokongan majoriti dibuat semasa sidang DUN bukan diluar DUN. Sebab itu pandangan Prof Shad lebih berhati2.

    Namun ini tidak bermakna sokongan majoriti yang dibuat luar DUN salah disisi undang2 cuma tidak wajar.

    Persoalan saya pula adalah - Apakah Sultan Perak dalam keputusannya perlu mengikut kewajaran Prof tersebut atau kewajarannya sendiri? Apakah sebagai bekas Ketua Hakim Negara, Sultan Perak sudah kurang kewajarannya sehingga memerlukan Baginda bertindak berdasarkan kewajaran dan pendapat2 orang lain? Apakah sultan perak kurang Arif dengan Undang2 Tubuh negerinya sendiri?

    Pada saya, jika keputusan Sultan dihormati, masaalah tidaklah timbul. Jika tidak puas hati akan keputusan Sultan mintalah deklarais diMahkamah. Ini tidak, digantung EXCO tersebut kononya mereka itu melakukan kesalahan terhadap Peraturan Tetap Dewan hanya kerana menerima perlantikkan Jawatan dari Sultan. Kalau perlantikkan itu sah -dimana pula kesalahan Dato Zambri dan Exconya? Kan sudah kalut. Maka siapa sebenarnya yang merampas kuasa dan siapa sebenarnya yang melanggar undang2 Tubuh?

    Fasal 16(7) menyebut "subject to clause (6). Maka berbalik kepada Fasal 16(6) jika permintaan MB Dato Seri Nizar untuk dibubarkan DUN tidak mendapat perkenan Sultan, MB Dato Nizar hendaklah mengemukakan perletakkan jawatan EXCO.

    Samada beliau hendak atau tidak meletakkan perletakkan jawatan sudah tidak relevan kerana akan dianggap sebagai sudah meletakkan jawatan. Maka saya pasti sangat Sultan Perak bertindak mengikut undang2 Tubuh Negeri dan pemecatan Dato Nizar dan Exconya pun mengikut undang2 negeri?

    Pendapat saya memang berbeza sangat dengan Prof Aziz bari. Speaker tidak berhak keatas Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya. Juga tidak berhak menggantungkan dan perlantikkan Sultan, Spekaer juga tidak berhak mengadakan sidang DUN jika Sultan tidak membenarkannya.

    Dalam hal majoriti, sila hayati perkataan fasal 16(6). Adakah ianya menyebut "members in" atau "members of the legislative Assembly"? Maka perlukah kehilangan sokongan majoriti mesti dibuat didalam sidang DUN? Ya atau tidak?P

    Perlukah sokongan majoriti diraih semasa diadakan sidang DUN?Perkataan “members of the Legislative Assembly” bukan “members in” bukankah sudah cukup jelas? Apakah tafsiran Tuanku Sultan Perak tersasar?

    Persoalan Pakatan Rakyat tidak ada lagi majoriti tidak menjadi isu sebab itu Dato Seri Nizar sendiri memohon perkenan Sultan untuk dibubarkan DUN kerana jika Dato Seri nizar memanggil sidang DUN nescaya usul tidak percaya BN (28 campur tiga ADUN lompat) terhadapnya tentu berjaya. Bermakna Kerajaan Pentadbiran Pakatan Rakyat tumbang juga.

    `Pakar Undang2 Perlembagaan’ seolah-olahnya sepakat bahawa Speaker DUN Perak tidak memerlukan perkenan Sultan jika sesi DUN yang lalu ditangguhkan/ ditundakan dan bukannya ditamatkan. Jika sesi DUN yang lalu ditamatkan baharulah perkenan Sultan diperlukan untuk memulakan semula sidang DUN.

    Pandangan saya berbeza. Samada sidiang DUN dibuat dibawah pokok atau atas pokok bukan soalan pokok – yang paling penting adalah perkenan Sultan samada sidang DUN boleh dibuat atau tidak. Jika tidak, sidang DUN dibawah pokok atau diatas pokok merupakan `perhimpunan haram’. Kesalahan yang boleh tangkap tanpa waran.

    On the issue of Article 72, Clauses (1) to (3) of the Fed Constitution;

    “(1) The validity of any proceedings in the Legislative Assembly of any State shall not be questioned in any court.

    (2) No person shall be liable to any proceedings in any court in respect of anything said or any vote given by him when taking part in proceedings of the Legislative Assembly of any State or of any committee thereof.

    Speaker hanya kebal jika pada mulanya sidang DUN yang dibuat itu adalah sidang yang sah dan ditempat yang sah. Saya menyangkal pendapat bekas Yang Arif Hakim Mahkamah Rayuan NH Chan yang mengatakan sidang DUN itu sah dan Sivakumar mempunyai kekebalan.

    Speaker hanya mendapat perlindungan jika pada mulanya sidang tersebut adalah sidang yang sah i.e. mendapat perkenan sultan.

    Persoalan yang saya ajukan adalah Sultan ibarat CEO Negeri Perak, apakah Baginda Sultan tiada kuasa veto dan mempunyai kuasa menitahkan Speaker untuk tidak membuat/ meneruskan sidang DUN yang sudah dirancangkan Speaker? Apakah rancangan Speakar mengatasi rancangan Sultan Negeri Perak itu sendiri?

    Perkataan "Speaker" (Pengucap) itu sendiri menunjukkan kedudukannya yang sebenar berbanding Sultan.

    Lain pulalah kedudukannya jika seseorang itu berpendapat bahawa Sultan bukannya CEO dinegerinya sendiri sebaliknya Speakerlah yang menentukan walaupun terhadap Sultan yang merupakan Pemerintah (Ruler) dinegeri Perak. Terpulanglah pendapat yang mana nak pakai.

    Hendaklah suatu Peraturan Tetap DUN tidak dibaca berasingan (piecemeal) tetapi secara menyeluruh dan filosof. Pentadbiran negeri boleh bertukar tangan seperti Kelantan, namun Pemerintahnya tidak. DI Kelantan contohnya, Pas mendapat mandate mentadbir negeri bagi pihak Sultan sebab itu MB merupakan perlantikkan Sultan bukan rakyat. Dinegeri Selangor pun sama, Pentadbiran jatuh kepada Pakatan Rakyat namun Pemerintahnya tidak berubah.

    Beberapa petikan dari Peraturan2 Tetap DUN dan Undang2 Tubuh Negeri Perak;

    PT 1 (Perintah Tetap DUN) yang mengatakan “maka Setiausaha Dewan hendaklah membacakan Pemasyhuran DYMM Seri Sultan Perak Darul
    Ridzuan memanggil mesyuarat..”.

    “PT 10 (1) mengatakan “ Penggal Dewan hendaklah diadakan pada waktu dan tempat sebagaimana yang ditetapkan oleh DYMM Seri Sultan Perak Darul Ridzuan dari semasa ke semasa melalui perisytiharan dalam Warta,” katanya.

    PT 10 (1) itu, kuasa mutlak untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak dan ia tidak boleh dipertikaikan.

    Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan memberi kuasa yang jelas kepada DYMM Sultan Perak untuk memanggil DUN bersidang.

    Perkara XXXVI (1)memperuntuk “DYMM hendaklah dari semasa ke semasa memanggil bersidang Dewan Negeri itu dan tidaklah boleh membiarkan tempoh
    enam bulan berlalu di antara perjumpaan yang akhir lepas dalam satu persidangan dengan tarikh yang ditetapkan bagi perjumpaan yang pertama dalam persidangan
    yang di hadapan.”

    Peruntukan di atas adalah peruntukan Perlembagaan yang merupakan Undang-Undang Tertinggi di negeri Perak dan jelas menunjukkan kuasa untuk memanggil sidang DUN adalah kuasa Sultan Perak. Bilapula Sultan ada menitahkan sidang DUN boleh dibuat dibawah pokok? Maka janganlah memalukan Sultan dan orang-orang Perak . Apakah Sultan tidak memiliki Dewan Undang Negeri yang moden sehingga dibuat dibawah pokok? Beberapa banyak kapal-kapal perang berlabuh diLumut.

    Berdasarkan Peraturan2 Tetap DUN Perak yang dikemukakan, bukankah Sultan mempunyai kata akhir/ kataputus (final say). Saya bukan mengatakan Speaker tiada kuasa namun kuasa Speaker tidak pula boleh menafikan Kuasa (kedaulatan & ketuanan) yang ada pada Raja iu sendiri dibawah Undang Tubuh dan Peraturan Tetap DUN.

    Majistret pun ada kuasa, namun Hakim mahkamah Tinggi pun ada kuasa malahan lebih lagikan?

    Perkenan Sultan perlu bukan sahaja bila DUN boleh bersidang bahkan termasuk tempat bersidang. Maka sidang DUN dibawah pokok itu atas perkenan siapa?

    Izinkan saya memberikan sedikit kelas undang2 kepada Stone jika Stone tidak keberatan. Parti2 Politik adalah sebuah pertubuhan yang didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan (Soceity Act). Masaalah dikalangan ahli2 parti hendaklah diselesaikan dibawah Akta tersebut contohnya dengan memecat ahli tersebut namun pertubuhan (PKR contohnya)itu tiada hak melucutkan mereka sebagai ADUN kerana itu adalah pilihan dan hak rakyat bukan parti. Jika rakyat benci ADUN tersebut kerana melompat, kenalah tunggu pilihanraya akan datang atau jika ada kausa tindakan (cause of action) boleh juga saman ADUN tersebut kerana memungkir janji dan meminta ganti rugi.

    Contohnya, , Ali dan Minah berkahwin. kemudiannya Minah lompat pergi ke lelaki lain. apa kaitan dalam hal ini untuk Ali menyalahkan tok kadi? Ali samanlah lelaki yang membawa lari Minah isterinya atau saman Minah . Kenapa pula hendak dibubarkan semua akad pernikahan pasangan suami-isteri yang lain yang tok kadi telah akad nikahkan?

    Inikan masaalah antara BN dan Pakatan Rakyat, kenapa perlu dibabitkan Sultan pula dan kenapa hendak dibatalkan ADUN-ADUN yang lain hanya kerana 3 ADUN yang lompat keluar dari Pakatan Rakyat?

    Maka jika Stone ditipu dan tertipu oleh ADUN Behrang (contohnya) bukankah itu masaalah Stone yang mudah tertipu dan ditipu oleh ADUN tersebut? Tunggulah pilihanraya akan datang. supaya jangan tertipu lagi namun Stone boleh jika mahu saman ADUN Behrang kerana telah mungkir janji atau saman saja PKR kerana nyata telah cuai dalam memilih calon yang baik untuk dipertandingkan. Kenapa pula nak mengalihkan pandangan dengan membenci dan menyalahkan Sultan dan menghasut dan mengelirukan rakyat atas salah diri sendiri?

    Berbalik kepada Ali dan Minah suami isteri, bukankah Ali sendiri yang tackle dan goda Minah untuk dijadikan isteri- bukannya tok kadi yang pandai-pandai paksa Ali berkahwin dengan Minah? Bila masa pula Sultan ada menyuruh Stone mengundi Adun Behrang (contoh) - maka kenapa perlu babitkan dan persalahkan Sultan atas kesilapan diri sendiri?

    Maka jika Stone tak berpuas hati dengan ADUN yang belot, samanlah ADUN itu jangan pula Sultan atau paksa Sultan bubarkan DUN sehingga membabitkan ADUN2 yang lain pula yang tiada masaalah dengan Sultan ataupun menghasut dan mengelirukan pengund2 tempat DUN lain yang tak bermasaalah.

    Sekian

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin.
    Pensyarah (Undang2 Awam) IIUM


  3. Anonymous Says:

    The Federal Court (5 judges) unanimously held (9th April 2009) that the Election Commission had the authority to determine whether there is or not a casual vacancy.

    Indeed sivakumar is brave enough in tinking that he was above and over the Eection Commission.

    Whether wrongly or rightly decided, these 5 Federal Court judges cannot agree with Sivakumar.

    Soalan seterusnya adalah, adakah dia mengatasi Sultan pula bila menggantungkan Dato Zambri dan EXCOnya?

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah (Public Law) IIUM


  4. Anonymous Says:

    Dari keputusan Mahkamah Persekutuan bahawa EC (Suruhanja Pilihanraya) kompeten menentukan samada terdapat "casual vacancy" bermaksud (tersirat) keputusan EC adalah sah disisi undang2. Pun begitu, terpulang kepada Pakatan Rakyat untuk membuat "judicial review" itupun jika dilayan (with leave) mahkamah.

    Perlu ingat bahawa mahkamah Persekutuan sudahpun memutuskan bahawa 3 ADUN tersebut kekal sebagai ADUN, maka bolehkah ada kekosongan kerusi DUN? Keputusan ini adalah estoppel by record terhadap Pakatan Rakyat.
    Tambahan pula, kini penggantungan MB Dato Zambry dan EXCOnya tidak sah.

    Isunya sekarang, apakah tindakan jenayah (pendakwaan) akan diambil terhadap beliau?

    Bermakna masaalah besar akan menimpa Speaker kerana “pandai-pandai” menggantung mereka-mereka tersebut dengan menggunakan kuasa yang salah atau salah guna kuasa (apa bezanya –fikir sendiri).

    Dibawah kanun Keseksaan (dibawah), jika sabit kesalahan, hukumannya (termasuk mereka2 yang bersekongkol juga) adalah berat;

    121B. Offences against the authority of the Yang di-Pertuan Agong, Rulers or Yang di-Pertua Negeri.
    Whoever compasses, imagines, invents or intends the deposition or deprivation of the Yang di-Pertuan Agong from the sovereignty of Malaysia or the deprivation or deposition of the Ruler, his heirs or successors, or of the Yang di-Pertua Negeri from the rule of a State, or the overawing by means of criminal force or the show of criminal force the Government of Malaysia or of any State, shall be punished with imprisonment for life and shall also be liable to fine.

    121C. Abetting offences under section 121A or 121B.
    Whoever abets the commission of any of the offences punishable by section 121A or 121B shall be punished with the punishment provided for the said offences.

    124. Assaulting Member of Parliament, etc., with intent to compel or restrain the exercise of any lawful power.
    Whoever, with the intention of inducing or compelling or attempting to induce or compel a member of Parliament or of any Legislative Assembly or of any State Executive Council to exercise or refrain from exercising in any manner the lawful powers of such member, assaults or wrongfully restrains, or attempts wrongfully to restrain, or overawes by means of criminal force, or the show of criminal force, or attempts so to overawe, such member shall be punished with imprisonment for a term which may extend to seven years, and shall also be liable to fine.


    http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Thursday/Mutakhir/20090416170917/Article/index_html

    Khamis, 16 April 2009 , 20 Rabiulakhir 1430

    Terima keputusan mahkamah dengan sebaiknya: Dr Zambry

    LUMUT: Menteri Besar Perak, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, meminta pihak pembangkang di Perak dan penyokong mereka menerima dengan baik dan hati terbuka keputusan Mahkamah Persekutuan hari ini membatalkan perintah penggantungan terhadapnya dan enam anggota exco negeri daripada menghadiri persidangan dewan undangan negeri (DUN).

    Keputusan sebulat suara itu dibuat oleh panel lima anggota diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff.

    Mahkamah itu memutuskan bahawa perintah penggantungan itu selama 18 bulan ke atas Zambry dan 12 bulan ke atas anggota exco itu oleh Speaker negeri, V Sivakumar adalah melampaui perlembagaan negeri, oleh itu tidak sah dan batal.

    Bercakap kepada pemberita di sini, Zambry berkata, keputusan mahkamah itu membolehkan beliau dan kesemua anggota exco berkenaan menjalankan tanggungjawab mereka dengan lebih dedikasi untuk rakyat dan negeri Perak.

    Zambry bagaimanapun masih berteka-teki ketika ditanya mengenai tarikh persidangan DUN Perak yang akan datang.

    Beliau setakat menyatakan bahawa persidangan itu akan diadakan dalam tempoh enam bulan selepas persidangan DUN lalu pada November lalu.

    Menteri Besar itu tidak menolak kemungkinan notis untuk memanggil persidangan yang akan dibuka Sultan Perak, Sultan Azlan Shah itu akan dikeluarkan pada esok ataupun awal minggu depan.

    Persidangan DUN kali ini perlu diadakan sebelum 13 Mei ini dan Speaker boleh memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN sekiranya persidangan tidak dilangsungkan menjelang tarikh berkenaan. - Bernama

    http://www.bernama.com/bernama/v5/newsindex.php?id=404517

    April 16, 2009 12:17 PM
    Zambry Can Attend State Sitting, Suspension Order Lifted

    PUTRAJAYA, April 16 (Bernama) -- After being suspended for almost two months, Perak Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir and his six state executive councillors can now attend the state assembly sittings after the Federal Court today lifted the suspension order against them.
    In a unanimous decision, the five-member panel led by Court of Appeal President Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff ruled that the suspension order of 18 months for Zambry and 12 months for the councillors made by state speaker V. Sivakumar was ultra vires the Perak state constitution and therefore, null and void.

    Justice Alauddin also said that under Article 63 of the Perak Constitution, the court had the power to dispose of an originating summons filed by Zambry and the six councillors at the Ipoh High Court on March 2 with no order as to costs.

    Alauddin, who sat with Chief Judge of Malaya Datuk Arifin Zakaria and Datuk Nik Hashim Nik Ab Rahman, Datuk S. Augustine Paul and Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, had adjourned the hearing for 45 minutes before coming to the decision.

    Zambry and the six -- Zainol Fadzi Paharuddin, Datuk Ramly Zahari, Hamidah Osman, Datuk Saarani Mohamad, Mohd Zahir Abdul Khalid and Dr Mah Hang Soon -- brought the case to the Federal Court under Article 44 of the Perak state constitution to seek a declaration that the suspension meted out on them by Sivakumar was null and void.

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah (Jabatan Undang2 Awam)
    Kulliyah Undang2 IIUM


  5. Anonymous Says:

    Kini Sultan Perak sudah perkenankan Dato Zambri mengadakan sidang DUN (pada 7 Mei 2009) – jika ada sesiapa yang ada bertanya apa itu Raja Berpelembagaan – ini adalah antara contohnya.

    Contoh lagi, dalam kes bunuh, Raja ada kuasa pengampunan, dan seorang yang melakukan pembunuhan (jika sabit) hakikatnya, Sultanlah yang menggantungkan pembunuh tersebut sampai mati tetapi melalui Hakim (Hakim juga dilantik oleh YDPA/Sultan juga) dan Jabatan Penjara dengan menggunakan Undang2 Sultan. Bukankah semua undang2 memerlukan perkenan Sultan juga?

    Ramai yang tanpa segan dan silu melaungkan Raja Berpelembagaan sedangkan mengetahui hanya sedikit (atau fahaman salah) apa hakikat dan maksud Raja Berpelembagaan.

    Adalah hak rakyat untuk berpersatuan (dibawah Akta Pertubuhan) dan memperjuangkan kebajikan ahli-ahli mereka dan pada masa yang sama mencalonkan ahli-ahli mereka bertanding dipilihanraya untuk merebut kerusi DUN mahupun Parlimen. Rakyat turut serta terbabit dalam proses ini - namun perlantikan EXCO dan MB serta mandat pentadbiran kerajaan negeri/Negara adalah prerogatif Sultan samada mereka-meraka (ADUN2/ Ahli2 Parlimen) adalah suatu Management Team/Pakatan Pentadbiran (BN/ dan atau Pakatan Rakyat dan sebaliknya) yang boleh pada pandangan Sultan/YDPA membawa kepada kesejahteraan dan kemajuan kepada rakayat dan negera/negeri . Jika tidak, saya tidak nampak relevannya kenapa mandat pentadbiran yang diberikan Sultan/ YDPA kepada mana-mana Management Team/ Pakatan Pentadbiran samada BN atau Pakatan Rakyat itu tidak seharusnya ditarik balik oleh YDPA/Sultan.

    “Ketuanan Rakyat” yang diwawarkan mana-mana pihak atau pertubuhan jika tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan akan cenderung kepada fahaman atau unsur2 komunisme, sosialis dan atau republik. Ini adalah menyalahi dan bertentangan dengan konsep Raja Berpelembagaan yang dipegang dan amalkan di Malaysia (Rukun Negara). Pertubuhan yang sebegitu piagamnya boleh diharamkan kerana bergiat dalam aktiviti2 subversif sebenarnya. Jika ini halnya, ianya adalah sesuatu yang membabitkan isu keselamatan negara (ISA), kesejahteraan dan ketenteraman awam (Ordinan Darurat 1969), hasutan (Akta Hasutan), dan atau memerangi Pemerintah (Raja2 – Kanun Keseksaan).

    Kepada Management Team BN, selamat mentadbir negeri Perak dan jangan dipersia-siakan mandat Raja dan hasrat rakyat untuk agama dan Negara. Bagi Pakatan Rakyat – bukankah esok masih ada?

    Prof Madya Dr Abdul Rani Bin Kamarudin
    Pensyarah (jabatan Undang2 Awam)IIUM


  6. Anonymous Says:

    http://www.pemuda.com.my/modules.php?name=News&file=article&sid=8507
    Isu MB Perak : Kenyataan Rasmi Penasihat Undang-undang UMNO
    Posted on Wednesday, April 22 @ 18:31:20 MYT

    Kuala Lumpur -- Berikutan pelbagai spekulasi yang dibuat apabila Mahkamah Persekutuan memutuskan penggantungan YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan enam Exco Kerajaan Negeri Perak oleh Speakernya, V. Sivakumar adalah batal dan tidak sah.
    Berikut adalah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Datuk Hafarizam Harun, selaku Penasihat Undang-undang UMNO/Ketua Pasukan Undang-undang.
    Kenyataan Rasmi
    A. Pengenalan
    Sejak daripada tarikh keputusan Mahkamah Persekutuan pada 16 April 2009, banyak telah diperkatakan di dalam blog dan laman web tentang kesan atau impak terhadap keputusan Mahkamah Persekutuan di dalam Notis Usul 06-04-2009 (A) antara YAB Dato Seri Dr. Zambry bin Abd. Kadir dan enam Exco lawan YB Sivakumar a/l Varatharaju Naidu (dituntut selaku Yang DiPertua, Dewan Negeri Perak) yang terbaru adalah di dalam laman http://www.harakahdaily.net/ oleh Saudara Hanipa Maidin, Pengerusi Lujnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Pusat pada April 20, 2009.
    Justeru itu, saya selaku Ketua Pasukan Undang-undang yang bertanggungjawab di dalam kes di atas merasakan perlu saya berikan penjelasan sebaliknya dan menyerahkan kepada pembaca sekalian untuk membuat kesimpulan sewajarnya.
    B. Latar Belakang Kes Mahkamah Tinggi Ipoh Saman Pemula No: 24-247-2009
    Tindakan Saman Pemula ini telah difailkan pada 2hb Mac 2009 (tindakan pertama). Antara deklarasi yang dipohon adalah seperti yang tertera di dalam LAMPIRAN 1.
    C. Kes Mahkamah Persekutuan Notis Usul No. 06-04-2009(A) di Putrajaya
    Terdapat 11 permohonan yang dipohon oleh YAB Menteri Besar Perak dan enam Exconya. Bagi mendapat kata putus kepada tindakan di atas, kami telah failkan suatu permohonan di bawah Artikel 63 Perlembagaan Negeri Perak yang bermaksud seperti di bawah :
    “Without prejudice to any appelate or revisional jurisdiction of Federal Court, where in any proceedings before another Court, a question arises as to the effect of any Article in the Laws of tahe Constitution or any part thereof, the Federal Court may, on the application of either party to the proceedings, determine that question and either dispose of the case or remit it to the other Court to be disposed of in accordance with the determination.”
    Ianya telah didengar oleh Mahkamah Persekutuan daripada 13hb hingga 14hb April dan keputusan diberikan pada 16hb April. Berikut adalah (LAMPIRAN 2) persoalan undang-undang yang telah dijawab secara positif oleh Mahkamah Persekutuan, iaitu soalan (i) dan (ii) Lampiran A kepada LAMPIRAN 2 di sini. Pada hari yang sama juga, (16 April 2009) Mahkamah Persekutuan telah membuat perintah-perintah berikut terhadap tindakan pertama kami iaitu memberikan perisytiharan bahawa;
    a. Keputusan Defendan Pertama (YB Sivakumar) menggantung dan melarang Plaintif Pertama hadir pada sidang Dewan Negeri selama 18 bulan adalah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah; dan
    b. Keputusan Defendan Pertama (YB Sivakumar) menggantung dan melarang Plaintif ke-2 sehingga ke-7 menghadiri sidang Dewan Negeri selama 12 bulan adalah menyalahi Undang-undang Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah.
    Berdasarkan kepada perintah-perintah peristiharan di atas, saya menyatakan bahawa YAB MB Perak dan enam Exconya layak hadir ke sidang Dewan Negeri Perak yang dijadualkan berlangsung pada 7hb Mei 2009 atas alasan-alasan berikut:
    i. Perintah-perintah yang diperolehi adalah muktamad dan tiada lagi ruang untuk merayu.
    ii. Jikalaupun tidak mendapat keseluruhan permohonan di dalam tindakan pertama, sila lihat Lampiran A kepada LAMPIRAN 2, yang pentingnya di sini ialah persoalan kesahihan penggantungan terhadap YAB MB Perak dan enam Exconya telah dijawab secara positif oleh Mahkamah Tinggi di Malaysia ia tidak sah dan terbatal;
    iii. Dalam ertikata lain, lain-lain permohonan (prayers) di dalam tindakan pertama hanyalah bersifat bersampingan (consequential). Yang pentingnya, seperti saya tegaskan tadi, adalah apa yang telah diberikan oleh Mahkamah Persekutuan.
    Berkenaan pendapat Saudara Hanipa bahawa Peguam UMNO telah salah memilih prosedur, iaitu perlu melalui semakan kehakiman di bawah Aturan 53 Kaedah-kaedah Mahkamah Tinggi 1980 dan bukannya Saman Pemula, ini telah diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan di dalam bantahan awal peguam YB Sivakumar bahawa tindakan pertama (iaitu melalui Saman Pemula) adalah betul dan wajar. Tambahan lagi, apa yang dipohon adalah deklarasi hak-hak (declaration of rights) oleh YAB MB Perak dan enam Exconya.
    Isu keputusan YB Sivakumar selaku Yang DiPertua patut dipadam oleh Mahkamah (quasued by the court) tidak timbul (non-issue) kerana ianya dibuat secara berseorangan (unilateral) dan bukannya di dalam sidang sah Dewan Negeri Perak. Sila lihat LAMPIRAN 3 iaitu kenyataan akhbar YB Sivakumar. Jelas perkataan yang dibuat adalah “Saya telah membuat keputusan….”
    Begitu juga surat-surat pemberitahuan di dalam LAMPIRAN 4, semuanya jelas menggunakan perkataan “…kuasa saya….” Ini pada hemat saya penggunaan kuasa secara berlebihan (excess use of powers) oleh YB Sivakumar dan tidak mengikuti lunas undang-undang.
    D. Apakah yang dikatakan suatu penghinaan (contempt) yang kononnya dilakukan oleh YAB MB Perak dan Enam Exconya sehingga ianya digantung oleh YB Sivakumar?
    Jikalau dilihat Saman untuk hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Kebebasan (Rights and Privileges Committee) yang dikeluarkan oleh YB Sivakumar, selaku Yang DiPertua Dewan Negeri Perak, iaitu LAMPIRAN 5 (untuk YAB MB Perak) dan LAMPIRAN 6 (untuk Enam Exconya), ianya dikatakan suatu penghinaan (contempt) kerana:
    (a) Untuk YAB MB Perak (LAMPIRAN 5)
    “(i) Bahawa bertentangan dengan peruntukan Undang-undang Tubuh Negeri Perak kamu telah dan masih secara salah menjawat diri kamu sebagai Menteri Besar;
    (ii) Bahawa kamu telah menyalahi undang-undang dengan membentukkan suatu Majlis EXCO walaupun wujudnya sebuah EXCO yang dilantik secara sah, yang mana ahli-ahlinya tiada meletakkan jawatan ataupun dihentikan perlantikan mereka di bawah Undang-undang Tubuh Perak;
    (iii) Bahawa kamu dan yang lain telah secara salah menduduki dan mengambil milikan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan oleh itu adalah penceroboh;
    (iv) Bahawa tindakan kamu membentuk suatu penghinaan Dewan Negeri kita yang mulia dan menghalang perjalanan lancar dan fungsinya;
    (v) Bahawa tindakan menghina oleh kamu telah memalukan YB Menteri Besar, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan ahli-ahli Majlis EXCO dan membendung mereka daripada menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas mereka;
    (vi) Bahawa tindakan yang menghina oleh kamu adalah kelakuan tak senonoh sebagai seorang ahli Dewan Negeri kita yang mulia ini adalah bertentangan Perintah-Perintah Tetap, Undang-Undang Tubuh Perak dan Rukun Negara, khasnya, Rukun No. 5 Kesopanan Dan Kesusilaan;
    (vii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu telah mencemar nama baik Dewan Undangan kita yang mulia ini dan membawa kehinaan, cemuhan, kebencian dan keaiban kepada Dewan;
    (viii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu bermaksud suatu kelakuan rasuah, derhaka, pengaruh tak wajar, biadap dan pemerintahan buruk.”
    (b) Untuk Enam Exco Perak (LAMPIRAN 6)
    “ (i) Bahawa bertentangan dengan peruntukan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak kamu telah dan masih secara salah menjawat sebagai ahli EXCO;
    (ii) Bahawa kamu telah menyalahi undang-undang dengan membentukkan suatu Majlis EXCO walaupun wujudnya sebuah EXCO yang dilantik secara sah, yang mana ahli-ahlinya tiada meletakkan jawatan ataupun dihentikan perlantikan mereka di bawah Undang-Undang Tubuh Perak;
    (iii) Bahawa kamu dan yang lain telah secara salah menduduki dan mengambil milikan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri dan oleh itu adalah penceroboh;
    (iv) Bahawa tindakan di atas membentuk suatu penghinaan Dewan Negeri kita yang mulia dan menghalang perjalanan lancar dan fungsinya;
    (v) Bahawa tindakan menghina oleh kamu telah memalukan YAB Menteri Besar, Dato’ Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan ahli-ahli Majlis EXCO dan membendung mereka daripada menjalankan dan melaksanakan tugas-tugas mereka;
    (vi) Bahawa tindakan yang menghina oleh kamu adalah kelakuan tak senonoh sebagai ahli Dewan Negeri kita yang mulia ini dan adalah bertentangan Perintah-Perintah Tetap, Undang-Undang Tubuh Perak dan Rukun Negara, khasnya, Rukun No. 5 Kesopanan Dan Kesusilaan;
    (vii) Bahawa tindakan tak senonoh kamu telah mencemar nama baik Dewan Undangan kita yang mulia ini dan membawa kehinaan, cemuhan, kebencian dan keaiban kepada Dewan.”
    Persoalan pokok di sini ialah bukankah DYMM Paduka Seri Sultan telah perkenan mengadap dan mengangkat sumpah jawatan YAB MB Perak pada 6hb Februari 2009 manakala enam Exco pada 10hb Februari 2009. Jika menerima perlantikan jawatan YAB MB Perak dan Exco adalah suatu penghinaan (contempt) kepada Dewan Negeri, tidak menerimanya pula adalah suatu penderhakaan (traitor) terhadap kuasa mutlak DYMM Paduka Seri Sultan Perak.
    Kesimpulan saya daripada di atas adalah berikut:
    (i) Oleh kerana pihak pembangkang mengakui prinsip ketidakbolehan cabaran (non-justiciability) kuasa DYMM Paduka Seri Sultan melantik Menteri Besar dan barisan Exconya, YAB MB Perak dan Enam Exconya telah dijadikan mangsa serangan (obvious target);
    (ii) Ianya adalah serangan secara pintu belakang (back door challenge) disebabkan prinsip ketidakbolehan cabaran (non-justiciability); dan
    (iii) Suatu lagi contoh penggunaan kuasa secara keterlaluan oleh YB Sivakumar selaku Yang Dipertua Dewan Negeri Perak tanpa mengambil kira prinsip pecahan kuasa iaitu DYMM Paduka Seri Sultan Perak selaku Ketua Negeri dan di bawahnya adalah Badan Legislatif dan Eksekutif.
    E. “Mesyuarat bawah pokok” – tidak sah
    Adalah mengelirukan pada hemat saya, apabila Saudara Hanipa mengatakan bahawa penggantungan YAB MB dan Enam Exconya telah diterima (endorsed) di sidang bawah pokok kerana alasan-alasan berikut:
    (i) Perintah Tetap 10, Perintah-perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undangan Negeri Perak Darul Ridzuan (LAMPIRAN 7) jelas mewajibkan perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan di dalam warta;
    (ii) Mesyuarat bawah pokok pada 3hb Mac 2009 tidak mendapat perkenan, tiada perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan dan diwartakan; dan
    (iii) Ketiga-tiga mesyuarat di dalam Penggal yang terdahulu, yang terakhir berakhir pada 13hb November 2008, mempunyai perisytiharan DYMM Paduka Seri Sultan dan diwartakan. Ianya telah diikuti secara ketat oleh YB Dato’ Seri Ir Mohd Nizar Ahmad Jamaludin sewaktu beliau menjadi Menteri Besar Perak.
    F. Kesimpulan
    Adalah hujahan saya bahawa perintah Mahkamah Persekutuan yang diperolehi pada 16hb April 2009 adalah konklusif dan tidak boleh dipertikaikan. Ianya juga bukan akademik semata-mata tetapi menjawab persoalan kepada tindakan pertama dan lain-lain yang berkaitan dengannya.
    Sumber : umno-online.com