Perhatian kepada semua pengunjung yang dihormati: Sila nyatakan nama sebenar atau nama samaran di awal atau di hujung komentar bagi anda yang menggunakan "Anonymous". Kegagalan mematuhi pesanan atau komentar yang berbahasa melampau tidak akan disiarkan. Harap maklum!
_________________________________________________________

Pemuda Pelapis
CADANGAN MEMBUBARKAN DEWAN UNDANGAN NEGERI PERAK

Mesyuarat tergempar Pakatan Rakyat Perak yang berlangsung lewat malam tadi (3 Februari '09) dan selesai awal pagi tadi (4 Februari '09) berhasrat menimbang cadangan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan pilihanraya mengejut diadakan bagi kesemua kerusi-kerusi DUN negeri Perak.

Begitulah strategi terdesak kerajaan PR Perak yang kini hampir tumbang kepada BN mengikut apa yang dimaklumkan oleh lembu DAP kepada pemberita selepas selesai mesyuarat tergempar mereka. Berikut ini adalah petikan kenyataan beliau.

Menteri Besar Perak, Datuk Mohd Nizar Jamaluddin mengakui bahawa Pakatan Rakyat sedang menimbangkan kemungkinan membubarkan dewan undangan negeri bagi membolehkan satu pilihanraya mengejut diadakan.

"Kita dalam proses memikirkannya. (Anda akan tahu) bila tiba masanya," katanya ketika menjawab soalan media.

Klik untuk berita penuh...

Jika tindakan ini diambil oleh kepimpinan PR Perak bermakna mereka semalam membincangkan hanya itu sahaja cara dan kaedah yang dirasakan mampu menyelamatkan kerajaan PR Perak daripada dirampas oleh BN, yang mana kini mereka begitu cemas kerana hanya mendahului dengan kelebihan 1 kerusi DUN sahaja.

Namun perkiraan ini hanyalah persepsi mereka sahaja. Apakah mereka benar-benar yakin bahawa rakyat Perak bakal menyebelahi pakatan mereka dalam pilihanraya mengejut kali ini? Jawapannya belum tentu lagi.

Rakyat kini telah nampak jelas belang sebenar kerajaan PR Perak setelah diberi mandat secara tidak sengaja pada PRU12 yang lalu. Sudah tentulah lebih ramai yang akan insaf untuk tidak memberikan laluan kemenangan lagi kepada PR Perak.

Jangan pula nanti ibarat, "mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan" kerana mencongak kelebihan kerusi DUN yang mungkin mampu ditambah. Andai tersilap percaturan, "yang dikejar tak dapat sedang yang dikendong pula keciciran".

Jika itu menjadi pilihan maka pembaziran besar wang rakyat Perak pasti akan berlaku semata-mata dibelanjakan untuk pilihanraya mengejut (bukan keperluan) di samping masa rakyat Perak turut dicuri demi memenuhi nafsu penggila-penggila kuasa dari kalangan pemimpin PR Perak.

Ini jelas atas dasar bukan keterpaksaan akibat kematian mana-mana ADUN tetapi ianya dilihat sebagai suatu pilihanraya alternatif sahaja. Maka itu rakyat Perak sewajarnya menilai perkara ini dan melihat siapa sebenarnya kerajaan PR Perak di hadapan anda.

Pikior-pikior ler yeop! Memadailah teman dah selitkan sedikit pandangan.

2 Responses
  1. tufan Says:

    hi, good day all be with you.


  2. kulatlapok Says:

    salam Pemuda...

    Tahniah kepada UMNO/BN Perak yg bakal kembali berkuasa di Perak. Dua ekor Adun tu kini mungkin sedang bergumbira diraikan ke atasnya berdua. Tapi dua ekor tu bagi UMNO tak penting. Mereka akan digunakan di saat gening ini sahaja. Lepas empat tahun nanti silap hari bulan batang hidung pun tak nampak. Kalau bubar DUN Perak dua ekor ni lagi hancussss.... kalau bertanding semula, boleh guranteee ... Tahniah UMNO/BN.